Monday, August 6, 2012

Sifir Umur Dan Kemana Kita Habiskan



Sejauh manakah tindakan yang telah kita ambil atau dengan kata mudah yang telah kita amalkan dengan peringaran/tazkirah, ‘ibrah/pengajaran yang telah kita dapat/terima daripada pelbagai sumber tidak kira samada offline(kuliah di masjid/surau) atau online ini. 

Marilah kita sama sama semak atau muhasabah kembali diri kita disamping mohon kepada Allah SWT agar kita dipermudahkan untuk beramal dengan ilmu yang kita terima. Terdapat pepatah arab yang mengatakan
Al’lmu bila ‘amal kasshajar bila thamar” yang bermaksud “ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah”. Perumpamaan mudah ini tidak perlu dihuraikan lagi kerana semua orang boleh memahaminya.

Justeru, janganlah kita menunda-nunda untuk beramal kerana kita tidak tahu bila masa ajal kita. Mungkin kita sering mendengar orang mengatakan: “Sementara masih muda ni la nak enjoy..dah tua nanti baru lah bertaubat.

Sungguh betapa kejinya ucapan ini. Apakah manusia tahu kalau umurnya akan panjang? Kalau seandainya  ditakdirkan panjang, apa jaminan mereka akan insaf/bertaubat? Ataukah akan bertambah kesesatannya?!

Allah berfirman yang bermaksud :

“Dan tiada yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Luqman: 34)

Dengan kehadiran bulan Muharram yang mulia ini iaitu bulan pertama tahun baru Islam 1432 Hijrah bermakna umur kita juga makin bertambah. Tahukah luorang tarikh dan ulangtahun kelahiran luorang dalam bulan islam??Mmm..mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak pasti. Untuk menyemak tarikh kelahiran luorang mengikut kalendar hijriah, sila isi tarikh lahir luorang dan tekan butang ">"




Sekarang cuba tolakkan tahun hijrah sekarang iaitu 1432H dengan tahun hijrah kelahiran luorang. Wa pasti ada yang akan terkejut bila mendapat tahu umur kita sebenarnya lebih tua daripada umur yang kita maklum sekarang, mengikut kiraan tahun masihi.

Bercerita berkenaan umur , wa ingin mengajak pembaca budiman sekalian bersama-sama wa yang lemah dan lalai ini untuk bermuhasabah tentang umur yang dikurniakan Allah SWT kepada kita semua. Ianya secara langsung mengingatkan kita akan kematian yang sedang menghampiri kita semua dan sudah menjadi ketetapan terhadap setiap yang bernyawa. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : 

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan - Al-Anbiyaa’ (21:35)

Selagi batas umur yang diberikan ini belum habis dan masa persoalan pertanggungjawaban ke atas amalan belum diminta, bermakna masih ada urusan yang belum diselesaikan. Persoalannya sudah sejauh manakah semua urusan itu dilaksanakan sebagai seorang hamba.. Adakah hamba yang taat? atau hamba yang ingkar??

Sepertimana yang kita sedia maklum, umur umat nabi Muhammad S.A.W agak pendek jika dibandingkan dengan umur umat nabi-nabi yang lain. Nabi SAW bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari sahabat Abu Hurairah R.A: 

Umur-umur umatku antara 60 hingga 70, dan sedikit dari mereka yang melebihi itu.” (Dihasankan sanadnya oleh Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Bari, 11/240)

Baiklah fokusnya sekarang wa ingin mengajak  pembaca yang budiman sekalian bermain sedikit dengan perkiraan matematik sekolah rendah.. kiraan yang sangat sangat mudah.. hanya dengan congak congak santai  aje.. untuk itu, MOH MUHASABAH UMUR KITA~!! 

Sebelum itu wa nak ingatkan semula maksud akil baligh. Maksudnya “sampai” iaitu pada tahap manusia sudah sampai atau mampu dari segi spiritual, mental dan fizikal untuk mengamalkan seluruh perintah dan meninggalkan seluruh larangan Allah. Wa yakin luorang semua sudah tahu dan ofcoz faham sangat sangat dah..

Oret .. let start rolling.. 

Katakanlah baligh purata manusia pada umur 15 tahun (tingkatan 3) dan jangka hayat pula sampai 65 tahun..

65 tahun - 15 tahun = 50 tahun - balance umur yang dikira amalan kita untuk tentukan pahala/dosa

Formula Asas
--------------------------------------------------------
1 hari = 24 Jam 
1 tahun (360 hari) = 8640 jam [ 360hari x 24jam ] 

Kalau 50 tahun? = 50 x 360 = 18,000 hari
--------------------------------------------------------

Perkiraan :

Solat
Masa yang diambil untuk setiap kali waktu solat dianggaran sekitar 10 minit

Perkiraan waktu solat
5waktu X 10 = 50 minit [senang kira 60 minit / 1 jam sehari]

Oleh itu masa solat 1hari = 1jam, 
maka 18,000 hari = 18,000 jam
Dalam kiraan tahun = 18,000jam/8640jam = 2 TAHUN

2- Makan 
Andaikan masa yang diperuntukkan untuk sesi pemakanan adalah 20 minit

Perkiraan waktu makan
3 (sarapan, tengahari & malam) x 20 = 60 minit [1 jam sehari]

Oleh itu masa makan 1hari = 1jam, 
maka 18,000 hari = 18,000 jam
Dalam kiraan tahun = 18,000jam/8640jam = 2 TAHUN

3- Tidur 
Tidur yang paling standard kita andaikan 8jam

Perkiraan waktu tidur
Kalau 50 tahun = 18,000 hari x 8 jam = 144,000 jam
Dalam kiraan tahun = 144,000jam/8640jam = 17 TAHUN

4- Kerja
8 jam sehari tak termasuk overtime

Perkiraan waktu kerja
Sama dengan kiraan tidur = 17 TAHUN
tu tak termasuk perjalanan pergi balik dan sangkut dalam jem

Huh..di sini wa buat kiraan untuk 4 perkara asas sahaja. Sekiranya luorang ingin menambah perkara perkara yang luorang rasa perlu..silakan buat kiraan selanjutnya berasaskan formula asas yang wa sediakan di atas.

Mari kita lihat semula masa masa yang telah dikira di atas.

  1. SOLAT = 2 TAHUN 
  2. MAKAN = 2 TAHUN 
  3. TIDUR = 17 TAHUN 
  4. KERJA = 17 TAHUN 


Hasil Tambah, 2+2+17+17 = 38 TAHUN 

Baki Tahun, 50 tahun - 38 tahun = 12 TAHUN #

Jadi, apa pengisian untuk 12 TAHUN lagi sebagai seorang hamba ALLAH SWT??

Kesimpulannya : 

Cukupkah solat yang kalau dikerjakan tanpa tinggal 1 waktu pun dalam tempoh 50 tahun itu? Itu pun kalau sampai umur 65 tahun!!

ALLAHUAKBAR!! ASTAGFIRULLAH.. Maha Benar Allah 

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan Amal Soleh. Dan mereka pula bermuafakat bersama-sama dalam saling memberi pengajaran tentang Kebenaran dan Kesabaran"

Ayuh! Hayati Doa Iftitah dalam solat kita, 

"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU, dan MATIKU, kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."

Afala Ta'qilun?? Tidakkah kamu berfikir??

Jadi marilah kita sama sama fikir fikirkan.. WALLAHUA'LAM..

Ya Allah! Jadikanlah umur kami umur yang diberkati..berilah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka-Mu ya Allah..ameen~!!..

Sumber : Internet

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |