Showing posts with label Debik. Show all posts
Showing posts with label Debik. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Lelaki VS Wanita

0 comments

Assalamualaikum oll ~!!  tiba masanya untuk mendebik. Samada luorang perasan atau idak, persoalan jantina tak abih abih menimbulkan polemik ngan perdebatan. Tak kira le peringkat antarabangsa ke, peringkat tempatan ke, maupun kat peringkat ahli mesyuarat tingkap. Kat negara kita ni pon dah banyak ngo yang aktif dalam isu persamaan hak gender ni, termasuk le yang dikelolakan oleh pompuan yang ada binti kat nama dia ..huhu

Sebenarnya wa pon tak paham apa sangat le yang nak diperdebatkan ..bagi wa semuanya jelas, samada lelaki atau pompuan, semuanya ada bab dan bahagian memasing. Dedua ada peranan tapi ikut kategori yang tersendiri le, ikan dijadikan untuk berenang .. bukan terbang, sebab terbang tu dah dianugerahkan kat burung .. tak gitu ? Allah dah kata dalam Al Quran .. lebih kurang maksud dia .. Allah tak jadikan sesuatu itu dengan sesia .. so, kalo kita nak perinci .. waima bakteria ngan zarah seni yang lain tu pon ada sebab dan musabab dijadikan.

Gini le .. wa bagi perumpamaan, Jaguar XJ (saje wa amik yg highly maintenance), apa yang luorang dapat gambarkan ? Halus buatannya, anggun, cun, bila dok kat dalam dia plak .. perghh .. nyaman, empuk, harum, aircond pon power semacam je .. lepas tu bila kat jalanraya .. meluncur je peginya, smooth, laju .. dan banyak mata memandang.. boleh macam sowang pompuan .. tak gitu ?


Then satu lagi kita amik Land Rover le contoh, apa plak yang datang dalam pemikiran luorang ? .. Kasar, tegap, tahan lasak, kengkadang body penuh ngan lumpur, dalam bau hapak peluh.. tapi mana hutan yang takleh diredah ? mana denai ngan lembah yang tak leh diteroka ? abih sungai pun dia belasah.. tertonggeng pon selamba je lagi.. boleh start balik lepas tu.. then jalan.. cam tu le agaknya kalo nak diumpamakan lelaki. (karakter sotong wa taknak sentuh .. huhuhu)

OK .. sekang wa nak tanya ... luorang fikir mana satu lebih baik ?

Weyh~!! mana boleh kita nak kata yang ni lagi baik dari yang tu.. kalo nak buat perbandingan.. Jaguar kena le banding ngan SL Merc ke.. Bentley ke.. baru le masuk kategori. Land Rover plak kena le banding ngan 4x4 yang lain.. baru kena.. kan ? Kalo luorang tak caya.. tanya bebudak marketing kereta.. diowang akan kata.. setiap unit dan model tu ada target market yang tersendiri.. ada kegunaan dia ikut motif dia dikeluarkan.. kalo ada satu jenis je yang boleh jual.. baik kilang kereta seluruh dunia keluarkan ikut model yang sama je.. tak gitu ? Camtu gak le ngan jantina kita.. baik lelaki atau pompuan, ada kekuatan dan kelemahan tersendiri .. 

Sekang ni banyak sangat persatuan atau NGO yang memperjuangkan hak samarata antara jantina .. soalnya .. apa yang samarata sebenarnya ? Boleh ke luorang bawak kereta Jaguar tu macam drive 4x4 .. atau sebaliknya ? . .penah rasa pecut 4x4 atas jalanraya lebih 120km/j ? cam nak tercabut semua skru .. kah kah kah .. lepas tu plak ada golongan pejuang hak wanita ni plak cakap seolah olah "kami pun ada hak untuk bawak Jaguar dan berkumpul dengan team 4x4 yang lain kat kejuaraan off-road" hadoih cemana le tu ye ?
So balik pada persoalan asal .. bila kita nak cerita pasal persamaan hak jantina .. tang mana yang kita boleh jumpa kesamarataan (equality?)

Takpe.. terus wa jawab.. dalam skop kereta tadi.. PEMANDU.. atau senang cakap.. JIWA kita .. iaitu melangkaui persoalan kulit luar kita.. melangkaui persoalan lelaki atau pompuan .. Bila kita asik mempertikaikan bentuk luaran, tak akan pernah ada penamatnya isu ni .. macam Jaguar ngan Land Rover .. cuma ada satu je persamaan yang jarang orang titikberatkan .. kalo luorang "pemandu" .. dan nak balik ke 'kampung' .. kedua duanya boleh sampai ke destinasi dengan selamat, InsyaAllah . Luorang boleh faham ke idak ni ? huhuhu .. Allah bagi dedua nya peluang samarata untuk pulang ke jalan yang diredhai.. yang penting .. pemandu tersebut .. baik pemandu Jaguar .. maupun pemandu Land Rover .. tau .. mana tempat nak dituju .
Jiwa yang baik sama macam pemandu yang baik .. memandu ngan tenang .. bukan asik pikir nak race ngan model lain .. kalo terbabas .. sape yg susah ? huhuhu

OK le .. tu je le yang wa nak debik .. kang cakap lelebih.. sekali ngan wa jadi tak paham  ..sesilap wa plak kena debik..  kah kah kah ... stay kewlz .. adios .

* analogi yang wa nak sampaikan ni bukan pasal kereta tu, kereta tu cuma contoh yang kita memang didatangkan ngan body tersendiri, tak leh nak memilih .. jangan plak ada yang kata pompuan pon boleh bawak 4x4 .. tu dah lari tajuk .. kah kah kah 

Thursday, November 11, 2010

Manfaat Silaturrahim

1 comments

Silaturrahim

♪♫ Aku sendirian di sini
Terbujur berdiri
Di tengah kota

Ramai manusia di sisi
Sombong dan tidak
Bertegur sapa

Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan tuhan
Sampai bila
Begini...

Jika kita hidup di perbatasan
Peluru tidak kenal kasihan
Sampai bila
Begini... ♪♫
( Silaturrahim - BumiPutera Rockers)

Menjalinkan silaturrahim memang dituntut dalam kehidupan kita seharian . Dengan adanya perhubungan antara manusia baru timbul satu kelompok yang dipanggil masyarakat (apsal skema je ayat wa ni). Gini le, suka atau tidak, kita memang perlu kepada tali persaudaraan. Tak kira samada adik beradik, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan, kenalan niaga, pen-pal maupun ahli mesyuarat tingkap .. takde kalu .. memang tak cukup korum ah . Susah wo .. hidup sensorang, jadi kera sumbang .. tak campur masyarakat. Nanti bila sakit, takde sape nak hantar ke hospital .. sape susah ? .. luorang jugakkk !!

So, kat sini .. wa nak share skit pasal manfaat menjalinkan silaturrahim. Perkara ni memang mudah dan sememangnya berlaku dalam kehidupan kita seharian .. soalnya.. antara sedar ngan idak je .. period.

1.Rezeki Bertambah Dan Umur Panjang

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud "Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan akhir usianya (dipanjangkan umurnya) hendaklah ia menyambung silaturrahim". (Hadis Riwayat Bukhari)

Rezeki bukan setakat wang dan harta benda . Ia dalam konteks yang lebih luas, udara yg kita sedut ni pun rezeki yang tak boleh dijual beli .. cuba kalo kita terperangkap dalam asap tebal dan takleh bernafas .. azab woo .. selain dari tu, anak anak, isteri, tubuh badan yang sihat, anggota tubuh yang berfunsi, akal yang waras, hidup yang tenang , tu semua merupakan rezeki yang jarang kita amik perhatian. 

2. Dapat Menyuburkan Harta 

Dalam hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Hanbali, At Tirmidzi & Al Hakim dari Abu Hurairah bahawa telah bersabda Rasulullah SAW yang membawa maksud : "Belajarlah tentang nasab nasab kalian sehingga kalian dapat menyambung silaturrahim. Kerana sesungguhnya silaturrahim adalah (sebab adanya) cinta terhadad keluarga (kerabat), banyaknya harta dan bertambah usia".

Kalo kita ikut teori ekonomi pun, makin banyak permintaan .. makin banyak le keuntungan. Sebab tu le kita kena ada pengiklanan supaya orang kenal ngan produk kita . Gitu gak le ngan ada persaudaraan yang ramai .. lagi ramai lagi baguih dok ada .. time mereka susah, kita rerajin le tanya khabar dan membantu setakat yg termampu , time kita susah .. ramai pulak yang boleh turut membantu . 

3. Menumbuhkan Rasa Cinta 

Dalam dunia moden ni, kita memang semakin hari semakin tak banyak masa utk saling ziarah menziarahi .. then, hubungan keluarga semakin renggang apatahlagi saudara jauh . Last sekali, anak kita dah tak kenal mana sepupu sepapat . Bila dah gitu .. takde laa rasa kasih sayang sebab dah takde kemesraan . So kita disarankan untuk tetap menjaga perhubungan.. saling bertanya khabar .. supaya hubungan sentiasa erat .. malah pepatah melayu pun ada mengatakan "tak kenal maka tak cinta" .. bila dah saling mengenal baru le keharmonian dapat dibentuk .. 

4. Kesudahan Hidup Yang Baik 

Dari sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Abdullah Bin Ahmad, Al Bazzar Dan At Thabrani, dari Ali bin Abi Thalib, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa suka untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya serta dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturrahim".

Cemana silaturrahim boleh menyebabkan kematian yang baik ? Ini adalah sebab, berkasih sayang antara orang Islam itu dapat menghapuskan dosa antara sesama. Semakin banyak usaha yang kita lakukan dalam mempereratkan silaturrahim, semakin banyak dosa kita yg terhapus. Satu lagi, mungkin ada kesilapan yang tanpa disedari kita lakukan kepada orang lain .. maka dengan menjalin kemesraan dengan sendirinya, orang itu dapat melupakan dan memaafkan kesalahan kita .. kan elok gitu .

5. Dapat Imbuhan Di Akhirat 

Anas R.A berkata "Tiga orang yang akan berada dibawah naungan Allah SWT pada hari kiamat iaitu :

  • Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan, diberkati umurnya, dan dilapangkan kuburnya juga rezekinya
  • Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan kemudian memelihara anak yatim sehingga mereka peroleh kesenangan dan mati 
  • Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak anak yatim dan orang orang miskin.".
Gitu le lebih kurang yang wa nak kongsikan ngan luorang ..mungkin terlalu ringkas .. almaklum la .. ni tazkirah utk diri sendiri .. kalo lurang baca dan faham Alhamdulillah .. kalo idak .. cecepat gi cari uztaz .. jangan biarkan hidup anda diselubungi ... kera sumbang ~!! .. hihihi 

Wednesday, November 10, 2010

Bahasa Dalam Lif

0 comments

Memang jarang kita dengar owang yg tak pernah naik lif, melainkan orang asli yang tak penah keluar dari kawasan. Even pakcik makcik kat kampung ceruk mana pon , kalo ditanya, paling idak dah penah merasa naik lif kat hospital kerajaan ataupon kat supermarket 3 tingkat kat kawasan pekan.  

Kat KL lagi lah, lif ada kat memana, bangunan kerajaan, menara pejabat, shopping complex atau cakap je semua bangunan tinggi, konfem ada lif, kalo idak memang sengsara aa nak menapak naik tangga. Kalo tingkat 5 takpe lagi .. kalo tingkat 20 ? perghh .. hilang semua lemak tepu kalo terpaksa mendaki tetiap hari .. keh keh keh

Sebenarnya bukan wa nak cerita pasal lif , itu mungkin next change kot , wa cuma nak sentuh sikit pasal perkara yang paling dasar , masalah bahasa.. perghh .. cam nak beretorik plak .. Dalam kita nak menuju ke arah negara maju, memang bahasa memainkan peranan yang penting. Kalo idak takde la cogankata "Bahasa Jiwa Bangsa" kan ?. Kita kena akui , sejak dari dulu kita memang selalu terkebelakang dalam usaha untuk memenuhkan stor perbendaharaan kata  bahasa kita . Bab bahasa ni nanti mungkin wa nak lanjutkan ke post lain utk skop yang lebih luas, kira coming soon la , bila nak buat posting,tu jangan tanya .. nengok keadaan (mungkin dipercepatkan bila ada feedback yg memuaskan)

Bebalik pada perkara asal, wa selalu terjumpa (bukan 'ter' sebenarnya, memang nak guna pun) lif yang guna suara untuk info ringkas operasi (bukan suara misteri), setiap kali memang pakai suara pompuan, tak pernah le plak ada suara jantan.. (atau wa belum "ter"jumpa). Tujuan nya memang mudah , untuk bagitau kat pengguna halatuju lif tu samada nak naik atau nak turun. 

Kalo suara tu guna bahasa inggeris, tak jadi masalah sebab memang dah kena dari sudut bahasa - Going up, Going Down . Masalahnya bila pakai bahasa melayu, wa rasa pelik - Naik Ke Atas, Turun Ke Bawah - hadoih ..penah ke kita dengar dalam bahasa kita perkataan naik ke bawah atau turun ke atas ? dah nama nya pon naik , konfem le ke atas .. dan turun, mesti le kebawah .. kah kah kah .. apsal le diowang tak ringkaskan bahasa tu jadi - Naik , Turun - tak payah bagitau atas, bawah, kan lebih mudah gitu .Ataupun guna je penambahan 'ke' , jadi - Keatas, Kebawah, Sape lah yang jadi penasihat bahasa tu ye ? .. huhu

Lagi satu, perkataan 'Lif' tu sendiri kita cilok dari bahasa inggeris 'Lift' yang boleh la kalo nak disesuaikan dengan bahasa kita tafsirkan jadi "Pengangkat" atau 'Pengangkut' . Mat saleh pon guna perkataan 'lift' cuma sebagai bahasa harian diowang sedangkan dalam bahasa standard diowang pakai "Elevator' . Moga moga DBP akan cipta satu istilah baru untuk menda ni ..supaya nanti anak wa tak dibebankan ngan pertanyaan dari cucu wa " Ayah kenapa dia kena kata naik ke atas ? ada ke naik ke bawah ?" kah kah kah

Sebenarnya menda ni simple je, tak jadi persoalan kot utk owang lain. Saja je wa nak bagi luorang terfikir apa yang wa fikir. Tapi bagi wa, ia tetap menjengkelkan . 

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |