Showing posts with label Jelek. Show all posts
Showing posts with label Jelek. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Bangkai Katak Dalam Tin Minuman

0 comments


Seorang lelaki, Fred DeNegri sedang memanggang daging dibelakang rumahnya dan mula merasa kehausan. Dia mengambil setin Diet Pepsi, menarik penutupnya dan terus meneguk untuk menghilangkan dahaga apabila dia tiba tiba tersedak kerana merasa kelainan pada rasa Pepsi tersebut - pekat dan seperti berlendir. 

Beliau kemudiannya dengan segera membawa tin tersebut ke sinki dan mula menuangnya untuk melihat apa yang terkandung sehinggalah sesuatu yang berwarna merah jambu terjulur keluar diikuti dengan objek yang agak gelap. Walaupun telah cuba sedaya upaya menggoncang tin tersebut, namun objek itu masih gagal untuk dikeluarkan.

Dengan penuh rasa jijik dan loya, pasangan DeNegri terus menghubungi Kawalan Racun serta FDA (Food and Drug Administration) dan tin minuman tersebut telah diambil dan dibawa ke makmal ujikaji untuk mengenalpasti bahan yang seakan akan berlumpur itu. 

Pasangan tersebut akhirnya menerima laporan lengkap yang dikeluarkan oleh Jabatan FDA yang telah merumuskan bahawa bendasing yang terdapat didalam tin minuman tersebut adalah merupakan bangkai seekor kodok atau katak.

Kepala Ayam Hidangan Happy Meal

0 comments

Seorang wanita Amerika telah mengunjungi restoran McDonald's dengan membawa dua orang anaknya yang berusia 6 dan 8 tahun.

Beliau memesan  2 set Happy Meals ayam untuk anak-anaknya sementara hamburger dengan kentang goreng untuk dirinya sendiri. Ketika mereka mula menjamu selera, anaknya yang berumur 6 tahun lebih tertarik untuk bermain gelongsor di seberang jalan daripada menjamah ayam yang dibeli ibunya bahkan tidak langsung menyentuhnya. Lalu si ibu memutuskan untuk menghabiskan bahagian anaknya. 

Tanpa melihat kedalam kotak Happy Meal tersebut, beliau telah memilih ketulan yang paling besar dan terus membawa kemulutnya  dan ketika itu anaknya yang berusia 8 tahun tiba tiba berteriak dan menghalang beliau dari terus memakan ayam tersebut. Beliau amat terkejut apabila setelah itu mendapati - walaupun diselaputi dengan kerak tepung, jelas ianya adalah bahagian kepala ayam.

Pengurus restoran makanan segera tersebut telah menawarkan pulangan bayaran disamping bekalan makanan percuma selama 2 minggu sebagai usaha untuk menutup kejadian, namun telah ditolak malahan restoran tersebut telah di kemukakan saman sebanyak USD100,000 sebagai gantirugi. 

* huhuhu .. ini bebetul happy punya meal .. happy happy bagi orang marah .. kah kah kah 

Wednesday, November 24, 2010

Kopi Luwak - Termahal Tapi ...

0 comments


Tahukah luorang , kopi yang termahal kat dunia ni bukan datang dari Brazil ataupun kepulauan Hawaii, bukan juga dari Jamaica tapi dari negara jiran kita Indonesia .

Kopi ni diakui memang yang termahal kat dunia dengan data harga yang berbeza beza . Kat wikipedia dinyatakan harga untuk 450g ialah USD100 , lebih kurang RM330, harga untuk kopi yang siap dibancuh plak boleh mencecah $65 secawan .. humang aih .

Tapi, yang wa nak cerita bukan le sebab harga dia.. tapi kopi tu sendiri .. kalo luorang nak tau .. kopi ni sebenarnya adalah sisa buangan (najis) dari sejenis binatang yang digelar musang kelapa kat Indonesia. Musang ni dikatakan makan biji kopi mentah dan kebanyakannya tak hadam dalam perut dan hasil pengeluaran tu le yang diowang amik utk dibuat minuman .. hadoih .. kembang tekak .

Mengikut kata penggemar kopi, rasa yang dihasilkan memang berbeza dan mempunyai nikmat yang tersendiri .. dan sehingga kini kopi ini mendapat permintaan yang tinggi dari peminat kopi seluruh dunia .

* Bila nengok kat dia punya packaging kat gambar atas tu.. memang nampak dasat ah kopi ni.. terserlah kemewahan dia .. tapi cuba luorang nengok gambar masa kopi luwak memula dikutip .. kih kih kih ... dalam bahasa ringkasnya .. taik musang .. hadoih .. takde menda lain ke nak minum .. dibagi free pon wa tak nak .. kah kah kah ... tapi nak buat cemana .. dah peminum kopi tegar suka .. hantam saja laaa .. yang pasti .. ia tetap najis mutawassitah .. luorang nak minum ?? terpulang .. keh keh keh .. 

Baca kat forum ni untuk pengedar yang sah ... huhuhuhu

Sunday, November 7, 2010

Wanita Senior Ber Tattoo Penuh

1 comments

Dengan menggunakan keseluruhan badannya sebagai kanvas, Isobel Varley seorang wanita senior (malas lak nak guna pompuan tua - kang kecik ati dia), yang berusia 72 tahun, dikenalpasti sebagai perempuan yang mempunyai paling banyak tattoo dibadannya . 

Beliau membelanjakan lebih kurang USD40 ribu untuk bertattooo dan memulakan projek sulungnya pada tahun 1986 setelah menghadiri sebuah konvensyen tattoo di tempatnya . 

Beliau juga mengatakan tempat yang paling menyakitkan apabila di tattoo adalah jari, tumit dan dahi ... dan .. jeng jeng jeng ... tempat yang takleh nak tunjuk kat khalayak .. kah kah kah ... tuttttttt

* apa le pesen diowang ni .. nak kata tambah cantik .. idak jugak .. dah masuk kategori antik pon nak tayang body lagi .. donia donia .. isk isk isk 

Saturday, November 6, 2010

Jam Diperbuat Dari Najis Dinasour

0 comments

Dinasour Dung 'Coprolite' Watch 
Sekiranya kita perlu membayar setinggi RM40 ribu untuk seutas jam tangan, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran ? Tentunya ia sebuah jam yang bersalutkan emas dan bertatahkan permata . Tapi cemana kalo jam itu diperbuat dari fossil najis tinggalan dinosaur ?? .. huhuhu 

Sebuah syarikat yang berpengkalan di Switzerland , Artya , telah mengumumkan penciptaan unit jam ekslusif dan mahal yang diperbuat tinggalan dinasour - najis dia le -  yang di beri nama sebagai Dinasour Dung . 

Diberi nama yang agak mengancam, dengan bahasa cantiknya Coprolite, Syarikat pengeluarnya memberi pernyataan bahawa peninggalan dinasour ini adalah satu penemuan penting dalam bidang paleontologi .

* yuck .. bagi le nama cun cemana pon ... bagi free pon wa tak nak ... najis tetap najis .. huhuhu

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |