Showing posts with label Haiwan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Haiwan Terkecil Mengikut Kategori

1 comments

Anjing Terkecil : Ducky


Dengan berat 1.4 pound dan tinggi 4.9 inci, Ducky, seekor anjing dari baka Chihuahua dari Charlton, Massachussetts, US, memegang rekod dunia Guiness untuk anjing terkecil dunia (berdasarkan pada ketinggian). Ducky telah menewaskan seekor lagi anjing yang dinamakan Danka Kordak dari Slovakia yang mempunyai ketinggian 5.4 inci.

* huhu .. apsal lak nama dia ducky ? itik ke anjing ni .. kah kah kah .. tapi kalo letak nama doggy buruk no la plak bunyinya .


Ular Terkecil : Leptotyphlops Carlae

Leptotyphlops Carlae ialah spesis ular yang terkecil di dunia dengan panjang purata ular dewasa hanya sekitar 4 inci. Terdapat  hanya di Kepulauan Carribean, Barbados. Ia kelihatan seperi spaghetti dan dijumpa oleh seorang yang bernama Blair Hedges

* ni kalo buat umpan memancing ok gak kot ... ada le plak dikata nampak cam spaghetti .. huhuhu .. sape le punya idea tu eh ?

Thursday, July 26, 2012

Ketam Claude Yang Bersaiz Mak Datuk ..

0 comments


Bandingkan saiz ketam biasa yang berwarna hitam kat atas  ketam size gergasi ni .. mak aih .. lebih dari sedulang derrr



Pandangan hadapan .. dah macam predator pon ada .. kah kah kah



amik kau .. ini lah saiz sebenarnya ..


Luorang bayangkan kalau kepala luorang kena sepit ngan ketam ni .. huhuhu .. 


Fakta :

Sebagaimana ketam ketam yang lain, salah satu sepit Ketam Claude berukuran lebih besar dari yang sebelah lagi. Sepit yang besar tersebut mempunyai tugas untuk memecahkan objek manakala sepit yang lagi satu adalah untuk tujuan kerja kerja yang lebih teliti.

Bagaimanapun, sepit yang lebih kecil mempunyai tenaga yang sangat kuat dan mempunyai kemampuan untuk memutuskan jari manusia atau memecahkan kacang walnut.

Apabila diregangkan, sepitnya itu mempunyai ukuran sepanjang 3 kaki berbanding ketam biasa yang rata ratanya mempunyai ukuran 3.5 inci.

Jika sepitnya itu putus atau tercerai, ia mempunyai kemampuan untuk tumbuh semula

Ketam Claude perlu menukar cengkerangnya setiap 5 tahun untuk tumbesaran.

Sebagaimana ketam ketam yang lain, gigi Ketam Claude juga terletak didalam perutnya

Sebahagian besar anak anak ketam claude yang baru menetas, akhirnya menjadi santapan kepada pemangsa, melainkan hanya sedikit yang mampu mencapai usia dewasa. Bagaimanapun ketam claude mampu hidup sehingga 20 tahun.

Ketam ini juga direkodkan sebagai yang kedua terbesar didunia selepas Ketam Labah Labah Jepun yang memiliki purata berat 20kilogram dan panjang sepitnya mencapai ke 12 kaki.

Tuesday, December 21, 2010

Kasih Antara Dua Musuh Tradisi

0 comments


Bagaikan anjing ngan kucing.. ermmm .. tak banyak yang wa nak perkatakan pasal gambar ni .. sebab apa yang tertera dan cukup untuk menceritakan semuanya. Dua jenis haiwan yang memang diketahui sejak zaman berzaman saling bermusuhan boleh plak jadi intim macam anak beranak .. wa selalu nengok binatang yang tak lazim berkawan boleh dok senda gurau dan hidup dalam satu tempat .. itu dah lumrah .. tapi bila kucing ni menyusu ngan anjing .. ermmm ... wa terus blank .. melankolik eh ? 

Friday, December 17, 2010

10 Ikan Pelik Yang Masih Wujud Hari Ini

1 comments

Mungkin banyak lagi ikan pelik kat luar sana yang luorang tau .. tapi utk entry kali ni ... wa listkan 10 je dulu .. kalo ada lagi tambahan .. kita sambung ke part 2 .. Ikan ikan yang ada ni masih lagi berkeliaran bebas kat lautan luas nun .. belum ada tanda tanda kepupusan ..  dan wa tak rasa ada owang yang nak bela dalam akuarium .. kah kah kah .. ehh .. ada ke ?

1. Goliath Tigerfish . Nengok gigi dia .. hmang aih .. 

2. Jerung Frilled.  Ngeri woo .. kepala dah serupa cobra 

3. Ikan Blob @ Blob Sculpin . Perghhh renungan matanya menawan kalbu

4. Ikan Serigala @ Wolf Fish . Badan dah macam ikan semilang, kepala lak cam dugung .. apsal panggil serigala eh ?  boleh menyalak ke ? 

5. Ikan Rattails (ekor tikus) .. nampak cam banyak je mamat ni tangkap ( kat bawah kaki dia) .. nengok kan rupa ikan ni je wa dah tak lalu .. apatahlagi kalo nak makan .. tapi kalo dah buang kepala lepas tu dah siap masak .. mungkin wa belasah gak kot .. kah kah kah 

6.  Ikan Lamprey. Nampak cam ikan lap cermin .. tapi bila close up .. mak datok  .. dah macam mak lampir 

7. Jerung Goblin . Luorang penah nengok cerita Alien ? .. gitu le gigi dia keluar masa nak makan ermm .. ada toncit plak tu

8. Jerung Basking. Mak oih .. dah serupa terowong .. tapi ni kalo dah masuk .. tak jumpa jalan keluar .. kih kih kih

9. Wolf Fish . Sama cam no 4 tapi dari genus yang lain .. kira sedara le jugak 

10. Ikan Grenadier.. perghh .. maleh aa nak komen 

Friday, November 26, 2010

Black Dragon Fish

0 comments

Dragonfish Hitam (Black Dragonfish)
  1. Merupakan sebahagian dari keluarga Malacosteid, spesis terdekat dengan Ikan Viper (The Viperfish)
  2. Mempunyai badan yang bercahaya (bioluminescent) dan mampu mengeluarkan warna merah dan hijau kebiruan 
  3. Cahaya itu dikeluarkan melalui satu organ dalaman ikan itu yang bernama photophore.
  4. Kebanyakan organisma laut dalam, hanya membalikkan warna biru kerana hanya warna itu yang mempunyai jarak gelombang yang jauh dan kebanyakan organisma tersebut kekurangan pigmen yang bloeh menyerap cahaya dan ia hanya sensistif kepada warna biru 
  5. Cahaya yang dipantulkan oleh Dragonfish boleh mencecah ke tahap infra red dan sukar untuk dikesan oleh mata manusia, dan ini juga merupakan kelebihan dragonfish dalam pemburuannya.
  6. Boleh mengeluarkan cahaya yang bersinar untuk menjauhkan pemangsa atau mencari mangsa yang tidak waspada kerana warna yang dikeluarkan mengelirukan mangsa.
  7. Cahaya tersebut juga dipercayai digunakan untuk tujuan mengawan. Tidak banyak yg diketahui tentang proses ini namun dipercayai Dragonfish mengawan secara bersendiri dengan ikan betina mengeluarkan telurnya untuk disenyawakan oleh ikan jantan manakala telurnya pula akan terapung dipermukaan laut sehingga menetas. Anak anak ikan yang lahir akan kekal di laut cetek sehingga meningkat matang sebelum kembali ke dasar lautan dalam.
  8. Tinggal dikedalaman 1500 meter dibawab paras laut . (1.5km) dan kebanyakannya bertumpu di Utara dan Barat Lautan Atlantik dan juga di Teluk Mexico
Ikan ikan lain yang dinamakan Dragon Fish 
  1. Barbeled Dragonfish, ikan laut dalam yg bercahaya dan tergolong didalam keluarga Stomiidae
  2. Arowana , ikan air tawar yang bersaiz besar dari keluarga Osteoglossidae
  3. Lionfishes, paling menonjol , ikan marin yang berbisa dari genus Pterois dan Dendrochirus, keluarga Scorpaenidae
  4. Violet Goby, ikan yang mempunyai bentuk seakan akan belut yang juga dikenali dengan nama Dragon Goby.
* luorang tak seram ke nengok ikan ni .. huhu ..sebenarnya banyak lagi kategori ikan ni dari genus dan genera yang lain .. sama je leihkurang rupa dan bentuknya .. dan yang paling menarik .. ikan ni bukan je ada gigi kat rahang .. tapi kat lidah dia sekali .. memang kalo dah kena ngap .. konfem tak selamat .. mesti dia takleh nak kiss eh ? kih kih kih 

Buaya Pra Sejarah Ditemui Di Thailand

0 comments


Bangkok - 25/11/10 . Sejenis spesis baru buaya yang hidup 100 juta tahun dulu telah dikenalpasti melalui fosil yang dijumpai diThailand. Saintis dari Universiti Mahasarakham, Komsorn Lauprasert, mejelaskan  spesis itu mempunyai kaki yang lebih panjang berbanding buaya yang ada pada masa kini dan berkemungkinan memakan ikan sebagai diet berdasarkan rupabentuk giginya.  

Komsorn jua berpendapat, buaya tersebut tinggal didarat dan boleh berlari dengan pantas. Pada mulanya fosil tengkorak buaya yang berukuran 15 sentimeter panjang, yang ditemui ditapak penggalian di daerah Nakhon Ratchasima ataupun lebih dikenali dengan nama Korat, tidak dikenalpasti sebagai spesis yang telah pupus. 

Kini, spesis tersebut telah diberi nama Khoratosuchus Jintasakuli, sempena nama tempat ia ditemui iaitu Korat dan digabungkan dengan nama Pengarah Jabatan Kayu dan Mineral, Institut Penyelidikan Timur Laut, Pratueng Jintasakul. Penemuan ini telahpun diterbitkan oleh The Geological Society of London.

Daerah timur laut negara Thailand telah menjadi lokasi penting bagi kajian peleontologi sejak abad terakhir ini. Telah banyak fosil pra sejarah ditemui dikawasan yang kini digelar dengan nama  rantaian dinasour, dimana ianya dipenuhi dengan fosil batu sedimen era Mesozoic.

Saintis dari Thailand dan juga Perancis mula menjalankan penyelidikan bersama pada tahun 1980, selepas ahli geologi yang sedang dalam mencari lokasi uranium terjumpa tulang paha dinasour dihujung tahun 1970 an.

* 100 juta tahun ? hmang aih .. ye ke tu .. tapi wa tak heran laa prof tu sebut .. buaya dok kat darat .. banyak dah suku sakat spesis ni .. kah kah kah .. lagu satu nama spesis diowang bagi pon boleh tahan gak speselnya .. Jintasakuli .. kih kih kih ... bukan jin pakai toncit tau ..  

Friday, November 5, 2010

Spesis Sotong Laut Dalam

0 comments


Sangat sedikit yang diketahui tentang hidupan laut dalam kerana ianya hanya dapat hidup di aras kedalaman tertentu dan sukar utk dikatalogkan sebelum ini kerana gambar hidupan ini hanya dapat di photo menggunakan kamera yang berteknologi tinggi . Dengan adanya kemajuan dalam bidang fotografi, baru kita dapat menyedari kewujudan makhluk yang selama ini terasing dari pengetahuan kita . Kesemua spesis di bawah adalah termasuk didalam kategori yang baru ditemui oleh sepasukan pengkaji di Mariana Trench , kawasan laut yang paling dalam di Lautan Pasifik . 

Glowing Sucker Octopus
Telescope Octopus
Dumbo Octopus
Grimpoteuthis Dumbo Octopus
* Foto kat atas ni memang semuanya pelik dan menakjubkan .. mungkin tak lama lagi lebih banyak spesis sotong laut dalam yang akan kita ketahui dengan adanya perkembangan teknologi yang semakin maju .. tapi kat darat pon sebenarnya ada spesis baru yang wujud kat kedai kedai makan & pasar malam .. err .. sotong kangkung .. kah kah kah 

Wednesday, November 3, 2010

Stewie - Kucing Terpanjang

0 comments



Seekor kucing dari baka Maine Coone telah dinobatkan sebagai kucing yang terpanjang di dunia. Dengan mempunyai ukuran melebihi 4 kaki ia telah menafikan rekod yang sebelumnya juga milik kucing dari baka yang sama .

Jurnal Reno-Gazette melaporkan, kucing yang diberikan nama Stewie dan berusia 5 tahun itu telah diperakui sebagai rekod baru Guinness setelah diukur memiliki saiz 48½ inci dari hujung hidung sehingga ke hujung ekor  memadamkan rekod sebelumnya dengan kelebihan  ½ inci .

Pemilik kucing berkenaan, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness berkata , mereka terpanggil untuk mencuba rekod setelah mendengar banyak pandangan dari orang ramai tentang saiz yang dimiliki oleh peliharaan mereka . Maine Coone adalah baka yang juga dikenali sebagai Gergasi Mesra dalam dunia kucing, ujar mereka lagi .

* apa nak heran .. kat negara kita ni .. ada lagi panjang dari tu .. err.. alleycats ... keh keh keh ... rambut dia kalo luruskan then ukur .. humang aih ..

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |