Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Jelmaan Makhluk Ghaib Di Siang Hari

0 comments

kewlz

Weyh, lain kali kalau ternampak menda menda gini, lelebih lagi kalo time tengahari, bebawak le siasat dulu .. mungkin ada sedara atau kengkawan luorang sudah berniat nak prank kan luorang. 

Tapi, kalo dah terkejut biawak, mana sempat nak fikir fikir lagi ye dak? Kaki lebih cepat bertindak dari akal .. kah kah kah .. pecut bagai nak rak le jawabnya.

Apa apapon, foto kat atas adalah satu dari teknik yang digunakan untuk mewujudkan gambaran hantu dalam foto atau filem.

Luorang pon boleh buat sendiri, dengan mengikuti beberapa langkah mudah dan hanya melibatkan kelengkapan yang minimum, selain dari sedikit kreativiti.







Nota : Jangan buat kalau orang yang luorang nak prank tu ada sakit lemah jantung .. tak memasal padam plak nanti .. huh .. jangan dibuat buat ..

Sunday, December 26, 2010

Destinasi Pelancongan Yang Menyeramkan

0 comments

La Isla de la Munecas (Latin- yang bermaksud Pulau Anak Patung) adalah merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yg terkenal di dunia. Terletak di negara Mexico, dan dengan melihat pada namanya, orang mungkin memikirkan suatu tempat yang menarik dan meninggalkan kenangan yang indah. Tetapi hakikatnya, senario yang wujud adalah sebaliknya dan sangat menganggu pandangan bilamana beribu ribu anak patung yang kebanyakannya telah cacat dan buruk bergantungan hampir di kebanyakan pokok di pulau itu.


Don Julian Santana, telah menyepi dari keluarganya serta dunia luar untuk menghuni pulau ini dan telah mengabdikan 50 tahun dari hayatnya untuk mencipta 'La Isla de la Munecas'. Dikatakan, beliau melakukan semua ini adalah untuk memberi ketenangan kepada roh kanak kanak perempuan yang telah lemas di dalam terusan yang ada disitu. Apa pun alasannya, dia berjaya mengubah pulau itu menjadi tempat yang aneh, misteri dan menyeramkan dimana setiap pergerakan terasa bagai diperhatikan oleh ratusan pasang mata milik anak anak  patung tersebut.



Don Julian sentiasa memencilkan diri dan akan hanya keluar apabila ingin mengumpulkan anak anak patung samada yang telah rosak di tapak pembuangan sampah atau dibeli sebagai pertukaran dari hasil tanamannya yang berbentuk buah buahan dan sayuran. Adalah dipercayai bahawa beliau tidak suka pada pencerobohan atau diganggu  dan atas sebab itu beliau cuba menakutkan manusia dari menghampiri tempatnya dengan menggantungkan wajah wajah anak patung yang menyeramkan.


Pada tahun 2001, Don Juan telah didapati mati lemas didalam terusan yang sama di sekitar rumahnya. Biarpun pada dunia, beliau telah mati tetapi pandangan yang menyeramkan miliknya tetap ada disitu melalui wajah wajah anak patung yang tidak bernyawa, rosak dan digantung yang seolah olah menggambarkan hukuman dan seksaan manusia yang sadis.


Tempat ini kekal menyeramkan namun menyediakan tarikan pelancongan kepada anak muda yang gemar kepada darah dan kematian. Banyak pula pengunjung yang berasa sedih dan simpati pada wajah wajah anak patung yang sebenarnya tidak bernyawa namun tetap memandang kepada pengunjung seolah olah mereka yang menyebabkan kematiannya. 

Tuesday, December 21, 2010

10 Misteri Yang Kekal Misteri

0 comments

Dalam jangkamasa 100 tahun yang lepas, dunia telah menyaksikan pelbagai pembaharuan dalam bidang penyelidikan, teknologi dan kemajuan sains. Manusia telah sampai ke bulan, menyelam ke dasar laut yg amat dalam dan juga menemui sel binaan manusia- DNA. Namun disamping itu semua, masih ada lagi perkara yang  tidak dapat deselesaikan dan kekal misteri sehingga kehari ini . Berikut wa list down 10 kejadian yang paling misteri dalam abad lepas yang masih meninggalkan persoalan tentang jawapannya.

1. SS Ourang Medan 


Satu mesej kecemasan telah diterima pada bulan 1947 yang memberitahu bahawa kesemua anak kapal termasuk kapten telah mati didalam kabin dan diatas jambatan. Adalah dipercayai bahawa semua krew telah menemui ajal ketika satu lagi kod morse dikesan dengan ayat terakhirnya "aku mati" kemudian terus senyap.

Kod tersebut diterima oleh kapal kapal yang berdekatan  dan dapat dikenalpasti datangnya dari kapal pengangkut barangan milik Belanda yang dikenali sebagai SS Ourang Medan yang ketika itu berada di Selat Melaka.

Kapal dagang yang paling hampir, The Silver Star telah bergegas untuk memberikan bantuan kecemasan. Ia kemudiannya bersama sama dengan kapal penyelamat Belanda yang lain  menemui pemandangan yang mengerikan dimana kesemua anak kapal dijumpai tergeletak disekitar kapal tersebut. Mayat mereka bertebaran dan apa yang lebih membingungkan kesemua mereka mati dengan mata yang terbuka dan wajah yang seperti menanggung kesakitan. Anak kapal Silver Star juga menjumpai mayat operator radio yang masih memegang alat frekuensi kod morse yang juga terbuka matanya dengan gigi yang menyeringai. Bagaimanapun tiada satu luka atau kecederaan pun yang dijumpai pada mayat mayat tersebut.

Keputusan telah diambil untuk menunda kapal yga dilanda misteri itu ke pelabuhan, namun sebelum sempat prosesnya bermula, tiba tiba kelihatan asap berkepul kepul keluar dari dek yang paling bawah. Ini membuatkan semua anggota penyelamat panik dan berlari meninggalkan kapal dan menuju ke kapal masing masing. Mujur tali penunda yang mengikat kapal tersebut pada kapal penunda telah dapat dileraikan sebelum SS Ourang Medan kemudiannya meletup dan terus tenggelam . 

Ada pendapat yang mengatakan, perkara tersebut berkemungkinan disebabkan oleh gas beracun yang meluap naik dari lantai dasar laut yang mengakibatkan malapetaka kepada keseluruhan krew dan kapal terbabit. Malah ada yang kontroversial yang menganggap ia adalah kerana puaka kawasan tersebut, malahan makhluk asing turut dikaitkan. Walauapapun tanggapannya, nasib yang menimpa SS Ourang Medan kekal tidak terungkai sehingga ke hari ini.


2. Kepingan Aluminium di Auid

Pada tahun 1974 (1973 menurut sesetengah sumber), kepingan aluminium aneh telah dijumpai disekitar tebing Sungai Mures, Transylvannia, berdekatan bandar Auid. Ianya ditemui jauh tertanam dibawah timbunan pasir bersama sama dua buah tulang mastodon. (mastodon ni hape eh ?)

Semasa ujikaji dijalankan, objek itu - yang menyerupai bentuk kepala tukul - diselaputi selapis oksid yang setebal 1 mm yang menunjukkan ianya berusia antara 300 - 400 tahun. Kemudiannya, ujian lanjut yang dijalankan oleh pakar dari Switzerland mendapati keputusan yang serupa, bagaimanapun oleh kerana ianya dijumpai bersama tulang mastodon, ianya boleh jadi berusia sehingga 20,000 tahun. 

Biarpun aluminium bukanlah sesuatu yang ganjil dan taburannya merata diseluruh dunia, tapi ia hanya boleh didapati setelah diekstrak dari mineral yang lain dan memerlukan teknologi yang moden sedangkan kepingan aluminium yang dijumpai ini nyata telah mendahului zaman. Seorang jurutera angkasalepas berpendapat. kepingan aluminium itu mirip kepada tapak landing gear yang dipasang pada pesawat angkasalepas. Komuniti saintis pula berpendapat, objek tersebut dicipta dibumi dan tujuannya masih belum dapat dikenalpasti.

Malangnya, kepingan ini kini tersimpan dilokasi yang dirahsiakan dan menyukarkan proses mengenalpasti. Bagaimanapun foto objek pelik ini masih dapat ditemukan dalam internet.


3. Pengkalan Dulce

Binaan kompleks yang ditebuk didalam bebatuan di Archuleta Mesa, Dulce, New Mexico ini sepatutnya menjadi lokasi yang dirahsiakan, bagaimanapun berlaku kebocoran maklumat dari saksi dan para bekas pekerja yang mendakwa bahawa tempat ini telah dijadikan makmal genetik secara kerjasama antara manusia dan makhluk asing. 

Pelbagai bunyian aneh yang kedengaran dari tapak ini telah meningkatkan spekulasi tentang kewujudannya disamping acapkali kelihatan helikopter berlegar legar disekitar kawasan tersebut.

Seorang penulis telah menemubual saksi yang menyatakan "disana terdapat ujikaji yang dilakukan terhadap ikan, anjing laut, burung dan tikus sehingga bentuk haiwan tersebut telah berubah sama sekali. Terdapat juga manusia yang mempunyai banyak kaki dan dilengkapi senjata juga terdapat sekandang kelawar yang mempunyai bentuk seperti manusia yang setinggi 7 meter. Makhluk asing telah menurunkan banyak ilmu genetik kepada manusia samada yang baik mahupun yang buruk."  

Kerajaan Amerika telah menafikan kewujudan Pangkalan Dulce ini bagaimanapun ia masih tidak dapat menghentikan spekulasi yang tersebar berkenaan perkara tersebut.


4. BEKs

Besar kemungkinan luorang belum pernah terdengar tentang BEKs (Black Eye Kids). Hanya sedikit cerita kewujudannya yang dapat diketahui dan amat jarang didengar tetapi melalui internet, kisahnya berkembang dengan cepat. Laporan berkenaan penemuannya bukan sahaja aneh tetapi juga sangat menakutkan. 

Kisahnya selalu bermula dengan cerita yang sama .. iaitu loceng pintu akan berbunyi , seorang atau dua kanak kanak akan muncul didepan pintu 'mangsa' dan ingin meminta pertolongan samada ingin menggunakan tandas atau ingin membuat panggilan kecemasan atau apa apa perkara lain. Mereka meminta untuk dibenarkan masuk kedalam rumah, malahan dalam sesetengah kes mereka merayu untuk masuk, namun selalunya pemilik rumah enggan membenarkan lantaran perasaan tidak tenang dan wajah mereka yang mencurigakan. Mungkin keadaan mata BEKs yang hitam keseluruhannya yang menjadi penyebab kenapa tuan rumah enggan membenarkan dan dalam setengah laporan , wajah mereka menjadi kabur. 

Menurut seorang dari mangsa yang didatangi BEKs, Selama 3 hari berturut turut BEKs menjelma dihadapan rumahnya, apabila polis dihubungi, mereka hilang tiba tiba, selepas dari itu tiada lagi kemunculannya dihadapan rumah namun sesekali beliau akan terserempak dengan BEKs tersebut dikawasan bandar seolah olah mengekorinya. Apabila ia pergi ke kawasan lain di Sacramento, wajah itu masih kelihatan di sebalik pepohon atau diseberang jalan dan sedang merenungnya.

Satu lagi kes dimana seorang lelaki telah membenarkan BEKs tersebut masuk ke dalam rumah untuk menggunakan tandas dan telefon. Sebaik sahaja ia masuk kedalam rumah, lelaki tersebut ternampak perubahan pada matanya dan serta merta beliau menjadi sangat cemas. BEKs itu datang menghampirinya dan memberitahu bahawa kedatangan mereka adalah untuk menjemput lelaki tersebut. Mujur lelaki itu dapat melarikan diri dan meninggalkan rumah itu dengan segera. 


5. Peta Piri Reis

Tersimpan didalam Istana Topkapi, Istanbul, Peta Piri Reis merupakan satu teka teki yang amat membingungkan tentang kewujudannya. Ia dengan jelas menunjukkan garis Pantai Barat Afrika, Pantai Timur Amerika Selatan malahan sebahagian dari Pantai Utara Antartika (yang hanya diketahui umum penemuannya 300 tahun setelah hayat Piri Reis). Apa yang lebih menakjubkan, peta ini menunjukkan Antartika tanpa dilitupi dengan ais sedangkan bukti geologi menunjukkan bahawa Antartika adalah sebuah dataran tanpa ais hanya pada 4000 tahun SM. 

Reis merupakan laksamana terbilang Turki yang amat cenderung dalam bidang Kartografi (mudah difahami dengan statusnya sebagai pelayar). Dengan kelebihan kedudukannya dan kemudahan untuk masuk ke Perpustakaan Diraja Konstantinople, peta miliknya yang terlukis diatas kulit rusa adalah hasil karya orang terdahulu yang mana ada antaranya hasil kartografi yang sezaman dengan Alexander The Great. Peta ini juga menunjukkan ciri ciri sangat terperinci tentang topografi di Amerika Selatan seperti contoh - Banjaran Andes- berbanding dengan apa yang dipercayai oleh orang England pada tahun 1513.


6. Batu Bersurat - Ayat Perintah

Sebuah batu yang seberat 80 tan dan terletak di Hidden Mountain, New Mexico merupakan salah satu perkara yang kekal misteri sehingga ke hari ini. Terdapat tulisan disisi batu tersebut yang mengandungi apa yg dipercayai sebahagian dari 10 Perintah Tuhan (10 Commandments) yang terdiri dari tulisan Paleo-Ibrani.

Dijumpai ketika penjelajahan akademik oleh seorang arkeologi, Professor Frank Hibben pada tahun 1933. Menurut catatan, batu tersebut telah diketahui kewujudannya oleh penduduk tempatan sejak berdekad dekad lamanya dan jurupandu arah yang membawa Hibben ke lokasi batu tersebut mengatakan bahawa beliau telah mengetahui tentangnya sejak 1880 lagi. Jika menurut kepada risalah penemuannya, jika benar, jika ukiran yang terdapat pada batu itu memang asli, ini akan membawa kepada pertukaran sejarah penemuan Benua Amerika yang selama ini kita ketahui dijumpai oleh Columbus. Ini juga akan membuktikan kedatangan kaum Yahudi atau Phoenician yang memiliki tulisan itu, lebih awal dari sejarah yang kita ketahui. 


 7. The Somerton Man

Pada awal tarikh 1 Disember, 1948, satu mayat lelaki telah dijumpai terdampar di Pantai Somerton, Adelaide. Lelaki tersebut dianggarkan berusia di awal 40an dan dalam keadaan fizikal yang baik. Apa yang menjadi tandatanya, kesemua label pada pakaiannya hilang, tanpa kad pengenalan dan juga rekod pergigiannya tidak menyamai seseorang pon yang diketahui.

Pakar bedah dan agensi penyiasatan Scotland Yard menemui jalan buntu dalam mencari identiti mayat tersebut dan sebab sebab kematiannya. Misteri ini ditambah dengan penemuan secarik kertas yang bertulis 'Tamam Shud' didalam saku tersembunyi dari seluar mayat tersebut. Kertas itu dikenal pasti adalah cebisan dari buku 'The Rubaiyat Of Omar Khayam' dan mempunyai seakan akan kod rahsia dibahagian belakangnya.

Beberapa percubaan yang telah dilakukan oleh para amatur dan profesional untuk memecahkan kod itu namun tidak berhasil. Identiti mayat dan penyebab kematiannya masih kekal tidak diketahui sehingga ke hari ini. Kes ini tidak pernah ditutup oleh Badan Siasatan Jenayah Australia Selatan dan beberapa individu masih meneruskan penyiasatan.


8. Gef - Cerpelai Yang Boleh Berkata Kata 

Juga dikenali dengan nama Spook Dalby, Gef dikatakan adalah satu makhluk mirip kepada bentuk cerpelai. Ia dilaporkan tinggal bersama keluarga Irving, dikawasan rumah ladangnya berdekatan dengan dusun Dalby, Isle Of Man. Gef masih kekal sebagai satu makhluk yang misteri dan tidak dikenalpasti spesisnya. Ia digelar (bersama beberapa gelar lainnya) sebagai poltergeist, criptid dan juga dikatakan sebuah cerita pembohongan. (yang diada adakan). 

Diceritakan, pada bulan September 1931, keluarga Irvings mula diganggu dengan bunyi cakaran yang kuat dari loteng rumahnya. Kemudian bunyi tersebut bertukar seakan akan bunyi bayi sedang ketawa, setelah itu menjadi bunyi bayi yang baru mula belajar bercakap dan perlahan lahan ia mengungkapkan kata demi kata seolah olahnya 'haiwan' tersebut sedang mengulangi apa yang diperkatakan oleh keluarga Irving. Jika itu masih dirasakan kurang pelik, sebagai tambahan, 'haiwan' yang dikatakan 'cerpelai yang cerdik ini' atau 'roh dari bumi', ataupun 'hantu dalam bentuk tupai', ini dikatakan mempunyai kemampuan untuk menyanyi. 

Kes ini telah disiasat oleh Harry Price, namun disebalik gambar gambar kabur yang dikatakan makhluk tersebut sedang berkeliaran diatas padang, tiada satu pun bukti yang jelas untuk menyokong kewujudan Gef ini. 


9. Black Mouselueum - Pusara MacKenzie

Edinburgh sangat terkenal sebagai syurga bagi pemburu hantu. Boleh dikatakan tiada tempat di ibukota Scotland ini yang tidak mempunyai sejarah seramnya yang tersendiri dan diantaranya ada satu kawasan yang amat popular dan menawarkan satu cerita menarik dan telah didokumentasikan dengan baik.

George MacKenzie (1638 - 1691) merupakan seorang ketua hakim yang amat kejam dan sering menjatuhkan hukuman tanpa belas kasihan semasa hayatnya. Kini, roh beliau (atau benda lain) dikatakan kembali menghuni pusaranya dan meneruskan keinginan jahat sebagaimana ketika beliau masih hidup

Pada tahun 1998, penceroboh telah memasuki pusaranya ini dan telah terpijak lantai yang reput lalu terperosok kedalam satu ruang dibawah yang dipenuhi dengan rangka manusia. Sejak dari itu, sebanyak 450 kes kejadian aneh telah dilaporkan, antaranya orang hilang ingatan, dirasuk , kejadian kebakaran secara tiba tiba dan penemuan bangkai haiwan dalam jumlah yang besar disekeliling makam tersebut. Para pengunjung pula telah dilaporkan ada yang patah jari, rambut ditarik dari belakang, ditumbuk atau ditendang oleh sesuatu, lebam , calar, melecur , melecet, loya dan menjadi bingung serta beberapa kes lagi yang agak terpencil.

Kebanyakan kesan yang menimpa pengunjung tidak disedari pada awalnya, sehinggalah mereka telah tiba ke rumah masing masing , atau ketempat penginapan , barulah ketika itu kecederaan yang menimpa mereka disedari. Ada juga kes yang mengatakan mereka diekori sehingga ke rumah. Apa juga yang mendiami Black Mouseleum, ia sememangnya ada dan sangat aktif.


10. DB Cooper

Penyelesaian untuk misteri yang paling memeningkan ini masih berlegar dan membebani penyiasat di Jabatan FBI. Pada 24 November 1971, seorang lelaki yang dianggarkan berusia pertengahan 40an dengan nama pengenalan Dan Cooper (juga digelar DB Cooper oleh kekhilafan akhbar) telah merampas sebuah pesawat Boeing 727 dan meminta wang tebusan berjumlah USD200 ribu bersama 2 unit set payung terjun. Dia mendakwa memiliki sebutir bom didalam begnya dan kemudian disahkan dia berkata benar oleh pramugari. 

Permintaan Cooper telah ditunaikan di Lapangan Terbang Seattle - Tacoma dimana dia telah membebaskan penumpang dan beberapa anak kapal sebelum mengarahkan pesawat itu diterbangkan ke Mexico. 

Beberapa ketika setelah diudara, Cooper telah membuka pintu belakang pesawat lalu terjun. Waktu itu hujan sedang turun dengan suasana malam yang sangat gelap. Pemburuan selama 5 bulan - yang dikatakan termahal dan dengan alat yang termaju pada ketika itu - gagal untuk mengesan jejak Cooper melainkan wang telah lusuh sejumlah USD 5 880 yang ditemui oleh seorang kanak kanak pada tahun 1980. 

Pada tahun 2007, FBI telah membuka semula kertas siasatan yang sebelumnya merumuskan bahawa tidak mungkin Cooper terselamat dalam terjunannya. Biarpun ada beratus ratus petunjuk baru sejak 1971 pada perkembangan kes tersebut (termasuk mereka yang mengaku sebagai Cooper), identiti sebenar beliau masih kekal misteri dan ini merupakan satu satunya kes rampasan pesawat di dunia yang tidak dapat diselesaikan.

Friday, November 26, 2010

Buaya Pra Sejarah Ditemui Di Thailand

0 comments


Bangkok - 25/11/10 . Sejenis spesis baru buaya yang hidup 100 juta tahun dulu telah dikenalpasti melalui fosil yang dijumpai diThailand. Saintis dari Universiti Mahasarakham, Komsorn Lauprasert, mejelaskan  spesis itu mempunyai kaki yang lebih panjang berbanding buaya yang ada pada masa kini dan berkemungkinan memakan ikan sebagai diet berdasarkan rupabentuk giginya.  

Komsorn jua berpendapat, buaya tersebut tinggal didarat dan boleh berlari dengan pantas. Pada mulanya fosil tengkorak buaya yang berukuran 15 sentimeter panjang, yang ditemui ditapak penggalian di daerah Nakhon Ratchasima ataupun lebih dikenali dengan nama Korat, tidak dikenalpasti sebagai spesis yang telah pupus. 

Kini, spesis tersebut telah diberi nama Khoratosuchus Jintasakuli, sempena nama tempat ia ditemui iaitu Korat dan digabungkan dengan nama Pengarah Jabatan Kayu dan Mineral, Institut Penyelidikan Timur Laut, Pratueng Jintasakul. Penemuan ini telahpun diterbitkan oleh The Geological Society of London.

Daerah timur laut negara Thailand telah menjadi lokasi penting bagi kajian peleontologi sejak abad terakhir ini. Telah banyak fosil pra sejarah ditemui dikawasan yang kini digelar dengan nama  rantaian dinasour, dimana ianya dipenuhi dengan fosil batu sedimen era Mesozoic.

Saintis dari Thailand dan juga Perancis mula menjalankan penyelidikan bersama pada tahun 1980, selepas ahli geologi yang sedang dalam mencari lokasi uranium terjumpa tulang paha dinasour dihujung tahun 1970 an.

* 100 juta tahun ? hmang aih .. ye ke tu .. tapi wa tak heran laa prof tu sebut .. buaya dok kat darat .. banyak dah suku sakat spesis ni .. kah kah kah .. lagu satu nama spesis diowang bagi pon boleh tahan gak speselnya .. Jintasakuli .. kih kih kih ... bukan jin pakai toncit tau ..  

Friday, November 19, 2010

Katak Didalam Batu

0 comments

Kita biasa mendengar perumpamaan 'ulat dalam batu pun boleh hidup'. Peribahasa ni walaupun untuk menunjukkan betapa rezeki itu ada dimana mana namun sekaligus memberitahu kita sememangnya tidak menjadi sesuatu yang pelik sekiranya kita menjumpai ulat dalam sebiji batu. Tapi bagaimana pula kalau yang dijumpai itu seekor katak ? 

Pada tahun 1761, Ambroise Pare, seorang pakar fizik kepada Henry III, Perancis telah menulis sesuatu yang menakjubkan kedalam buku Laporan Tahunan. Tulisannya berbunyi begini :

"Ketika duduk di bangku berdekatan sebuah kampung yang bernama Meudon, dan setelah bertemu dengan seorang pekerja kuari yang mana saya telah menghantar beberapa biji batu yang besar dan keras untuk dipecahkan, di dalam salah satu batu tersebut, kami menjumpai seekor katak yang besar, masih hidup dan tiada tanda tanda ada ruang untuk kemasukan kedalam batu tersebut. Pekerja kuari itu memberitahu saya, ini bukanlah kali pertama dia menjumpai perkara seperti itu, malah kadang kadang terdapat juga lain lain hidupan yang boleh dijumpai didalam batu yang dipecahkan." 

Perkara penemuan Ambroise Pare dan banyak lagi penemuan yang serupa dengannya masih menimbulkan pertanyaan dan masih kekal misteri hingga ke hari ini. Persoalannya, berapa lama katak atau hidupan lain nya, telah terperangkap didalam batu yang tidak mempunyai jalan keluar/masuk itu dan bagaimana ia boleh kekal hidup sehingga ia dijumpai ?

* Macam magic le plak .. mungkin lepas ni kita takkan berasa hairan kalo ada owang ubah peribahasa 'katak dalam batu pon boleh hidup' .. huhuhu .. parah .. bergurau plak katak ni 

Buku Urantia - Misteri atau Penyelewengan

0 comments

Urantia adalah merupakan sebuah buku atau kitab yang dipercayai oleh penganutnya bukan berasal dari tulisan manusia. Mempunyai 2097 halaman, berbahasa Inggeris dan terdiri dari pecahan 196 makalah, buku ini didakwa adalah hasil dari tulisan makhluk pertengahan (dikatakan roh, jin, dsb) dan dipimpin oleh entiti yang digelar "kaunselor tuhan". Buku Urantia didakwa telah menyimpan semua intisari dasar kehidupan. Sejarah manusia, asal-usul penciptaan,halatuju hidup manusia, falsafah, keagamaan, sains, kosmologi, alam semesta, masa depan bahkan didakwa telah mencatat riwayat hidup Jesus lebih lengkap daripada kitab injil. 

Buku ini 'diwahyukan' pada tahun 1934-1939 di Chicago dan di'turunkan' kepada sebuah forum yang terdiri dari sejumlah 30 orang pelajar dan disampaikan dengan bantuan makhluk tengah (midwayers). Sumber data utamanya merupakan adalah memori manusia yang menyaksikan, makhluk tengah yang juga menyaksikan, diikuti sebahagian kecil dari alam roh. Mereka percaya bahawa pemerintahan alam sejagat merakan setiap peristiwa bahkan setiap pemikiran manusia adalah bersifat kekal. 

Menurut tulisan yang ada dalam buku tersebut, terdapat banyak galaksi dan planet yang didiami oleh pelbagai makhluk. Jumlah yang dicatatkan menghampiri 7 trilion planet. Bahkan ada terdapat sejenis makhluk yang tidak bernafas (non breathers) yang tinggal tidak berjauhan dengan bumi (inhabits a sphere in close proximity to Urantia). Mereka menduga ia mendiami bulan atau planet lain yang berdekatan dengan bumi seperti Marikh dan Zuhrah(Venus) sebagai contoh.

Selain itu, terdapat informasi teknologi yang disampaikan melalui buku itu yang menyatakan bahawa terdapat partikel yang lebih kecil dari elektron yang bernama ultimaton. Menurut buku tersebut lagi, Alam semesta berasal dari ledakan besar pertama yang dilakukan oleh Master Force Organizer yang diutus oleh Tuhan. Berkenaan dengan Sistem Suria, planet planet terbentuk kerana kelewatan Sistem Dark Angona yang berada berdekatan dengan Matahari, menyebabkan sebahagian kuasa matahari terbias dan membentuk sejumlah 12 buah planet. Planet yang ke 5 yang terletak diantara Marikh Dan Musytari telah hancur disebabkan laluan orbitnya terlalu dekat dengan Musytari (Jupiter). Sementara Bulan sebenarnya merupakan sebuah planet yang ditarik oleh medan graviti Bumi. Pada mulanya, Bumi setelah terbentuk, hanyalah dipenuhi dengan air sebelum muncul daratan tunggal dan kemudiannya berpecah menjadi beberapa dunia. 

Didalam daftar buku tersebut juga menceritakan bahawa manusia mula berevolusi dari tumbuhan primitif -> haiwan -> dinasour -> mamalia -> monyet -> manusia purba. Tumbuhan pertama itu adalah ciptaan genetik oleh para Life Carrier yang diutus Pemerintah Local System. Manusia moden adalah hasil evolusi dari bangsa merah (Indian), kuning (China), biru (Eropah), indigo (Negro), hijau dan jingga. Setelah itu ditambah dengan bangsa ungu (Adam) yang bukan penduduk asal dari Bumi. Bangsa ungu ini paling banyak dikesan bermastautin di Timur Tengah, Eropah-Amerika dan China Utara. Keturunan dari mereka inilah yang dikatakan paling unggul dari segi genetiknya meliputi ketahanan fizik, keberanian, kepandaian dan jatidiri.

Lebih menakjubkan lagi, ia menyatakan bahawa manusia boleh membuat perjalanan luar angkasa melebihi kelajuan cahaya dengan menggunakan Utusan Enseraphimed dimana sepanjang perjalanan manusia itu akan dibungkus dan dibawa dalam keadaan tidur. Dicatatkan bahawa kelajuan Utusan Enseraphimed ini adalah 559 batu sesaat maksimum, manakala purata kelajuannya adalah 550 batu per saat. Sementara itu terdapat pula Utusan Solitary dan Utusan Gravity yang boleh memecut jauh lebih laju dari Utusan Enseraphimed

Nota : 
  • Untuk pembacaan lebih lanjut, google Urantia. Banyak laman yang menceritakan pro & kons 
  • Laman Web Urantia Foundation : http://www.urantia.org/en/urantia-book
  • Perbincangan Lanjut Tentang Kelemahan : http://thenoock.com/2010/03/buku-urantia-dan-titik-lemahnya.html
  • Urantia adalah nama gelaran bagi planet kita - Bumi
  • Ia menafikan sebagai sebuah kita agama tetapi ironinya banyak menceritakan tentang Jesus dan kepercayaan Kristian.
  • Dipercayai ditulis oleh seorang doktor yang bernama William S Sadler yang dikatakan mengalami fenomena aneh ketika tidur.
* Perkara perkara gini .. bagi wa bukan la satu yang mustahil terjadi ..pemberitaan tentang masa silam.. sebab sebelum kedatangan Rasulullah SAW, syaitan dan jin masih berleluasa untuk mengintai langit dan mengetahui segala ceritanya.. setakat tu .. then selepas turunnya wahyu untuk Rasulullah .. langit dah ditutup untuk golongan ni.. tu sebab jin baru tahu pasal ayat ayat Al Quran dari pembawaan Rasulullah .. (refer Quran Surah Al Jin)
* Bab kejadian manusia dari tumbuhan tu ngan teori evolusi tu .. memang tak masuk akal la.. manusia ni sebaik baik kejadian .. ada plak dari dinasour ngan monyet .. huhuhu .. tu dah bercampur ngan teori darwin .. 
* Selebihnya cerita pasal alam semesta .. wa rasa cam dah citer Star Wars plak .. keh keh keh .. ada watak Master Force Organizer .. pengaruh Darth Vader ke ? 
* Apa apa pun .. perkara ni sekadar info untuk luorang.. baca boleh .. percaya jangan .. ni semua le medium untuk menggoncang iman .. sampai ada dah pengikutnya dikalangan orang yang kurang didikan agama. 

Monday, November 15, 2010

Surat Cinta Tertua Di Dunia

0 comments


Sebuah artifak yang kelihatan seperti Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai semasa penggalian arkeologi di sekitar tahun 1889 oleh Profesor Noah Kramer dari Philadelphia University, akhirnya dikenalpasti sebagai satu luahan yang berupa surat cinta. Ianya ditulis dalam bahasa Sumeria, dipercayai wujud sejak 2200 sebelum masehi (SM), ditemui di Lembah Niffer, 150KM dari Kota Baghdad,Iraq dan merupakan surat cinta yang tertua pernah dijumpai iaitu berusia sekitar 4200 tahun. 

Pada awalnya, ahli arkeologi itu menjumpai lebih kurang 70 ribu artifak berbahasa Sumeria yang pada masa itu masih belum dapat diterjemahkan makna tulisannya disebabkan ketiadaan ahli yang pakar dalam bidang tersebut. Hanya 58 tahun kemudian, rahsianya dapat dipecahkan dengan kehadiran Muazzez Longsor dan Hatiz Kyzylaybu, ahli Sumerologi ataupun pakar dalam bidang bahasa Sumeria, yang berbangsa Turki.

Penemuan itu menujukkan surat yang ditulis atas batu tersebut adalah hasil dari seorang pendita utama (High Priest) yang bernama Inanna dan ditujukan buat Raja yang juga suaminya, sebagai hadiah pada malam perkahwinan mereka. Adalah menjadi amalan tradisi bangsa Sumeria untuk si isteri mengarang sebuah puisi cinta buat si suami disaat ingin disatukan 

Berikut ini disertakan terjemahan dari bahasa Sumeria ke bahasa Inggeris yang telah dilakukan oleh 2 orang Sumerologi tersebut, diikuti dengan terjemahannya kedalam Bahasa Melayu (wa le yg terjemah .. kira melayulogi le ye ? keh keh keh)

Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,

Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.


Wahai Pengantin, kekasih hatiku,
Kebaikan adalah keindahanmu, manisku,
Wahai Singa, kekasih hatiku,
Kebaikan adalah keindahanmu, manisku
Engkau telah menakluki diriku,
Sehinggakan aku gementar didepanmu.
Wahai pengantinku, aku akan dibawa olehmu ke peraduan,
Engkau telah menakluki diriku,
Sehinggakan aku gementar didepanmu.
Wahai singaku, aku akan dibawa olehmu ke peraduan,
Pengantinku, izinkan aku membelaimu,
Belaian berharga dariku lebih nikmat dari madu,
Hingga bilik peraduan itu  dipenuhi madu
Biarkan aku menikmati keindahan dan kebaikanmu,
Singaku, izinkan aku membelaimu,
Belaian berharga dariku lebih nikmat dari madu,
Pengantinku, Kau telah mengambil kesenanganmu dari diriku,
Katakan pada ibuku, dan dia akan memberikanmu hidangan,
Katakan pada ayahku, dia akan memberikanmu hadiah.
Semangatmu, ku tahu di mana untuk kuceriakan semangatmu
Pengantinku, tidurlah dirumah kita sehingga terbit fajar
Hatimu, ku tahu bagaimana untuk menggembirakan hatimu,
Singaku, ttidurlah dirumah kita sehingga terbit fajar.
Dirimu, kerana dirimu mencintaiku,

Berikan ku doa untuk belaianmu,
Wahai tuanku, tuan pelindungku,
Shu-Sin ku, yang menceriakan hati Enlil, 
Berikan ku doa untuk belaianmu.
Tempatmu cantik bagaikan madu, ku berdoa, letakkan tanganmu di atasnya,
Bawakan tanganmu yang bak kain gishban
Tadahkan tangan mu diatasnya bagaikan kain gishban-sikin

Manuskrip ini dan artifak-artifak lainnya kini disimpan di Muzium Arkeologi Istanbul, Turki.

* weyh .. wa main taram je terjemahannya tu .. agak agak kalo salah luorang jangan le amik ati .. atas tu bahasa inggeris dia ada .. terjemahkan je laa ikut kemahuan luorang .. keh keh keh 

Saturday, November 13, 2010

Gunkan Jima - Pulau Yang Dilupakan

0 comments

Pulau ini adalah salah satu dari 505 buah pulau yang tidak berpenghuni didalam daerah pentadbiran Nagasaki, Jepun, dan Ia terletak 15km dari tanah besar. Ia dinamakan Gunkan Jima atau bermaksud Pulau Kapal Perang. Pada tahun 1890, syarikat Mitsubishi  membeli pulau ini dan telah memulakan projek mengeluarkan arang batu didasar laut disekeliling pulau ini. Manakala pada tahun 1916, mereka telah membina projek pertama di pulau itu berupa beberapa blok apartment bertujuan untuk memberi penginapan kepada semua pekerja disamping untuk melindungi mereka dari serangan ribut taufan.

Dalam tahun 1959, populasi yang dicatatkan telah meningkat dengan mendadak, bancian menunjukkan terdapat seramai 835 orang bagi setiap hektar di seluruh pulau itu, manakala 1391 orang untuk setiap hektar dibahagian tengah pulau. Kepadatan sebegini belum pernah terjadi di seluruh dunia.  

Setelah penggunaan petrol menjadi semakin popular dan meluas, perniagaan arang batu mula menunjukkan kemerosotan disebabkan kurangnya permintaan. Banyak lombong diseluruh dunia mula menghentikan kegiatan perlombongan, tidak terkecuali Gunkan Jima. Akhirnya pada tahun 1974, Mitsubishi secara rasmi telah mengumumkan penutupan keseluruhan operasi nya di pulau itu, menyebabkan pulau itu ditinggalkan dan terus tidak berpenghuni. 

Monday, November 8, 2010

Misteri Batu Dropa

0 comments


Cerita mengenai Batu Dropa dimulai tahun 1938. Batu dropa ditemukan di Gunung Baian-Kara-Ula, Sempadan China dan Tibet. Sebuah ekspedisi arkeologi, yang dipimpin Prof. Chi Pu Tei, menemukan sebuah gua yang kelihatan dihuni oleh makhluk primitif zaman dulu. Di dinding gua, terukir piktogram tentang syurga, yang berisi : Matahari, Bulan, Bintang, dan bumi dengan titik-titik menghubungkan semuanya. Kemudia mereka menemukan sebuah batu berbentuk cakera yg tertanam didalam tanah, yang jelasnya sangat sempurna bentuk nya untuk makhluk seprimitif mereka. Ukuran batu tersebut berdiameter 9 inci. Dan setelah di teliti, umur dari batu tersebut dianggarkan antara 10.000-12.000 tahun yang lalu. Dan kemudian ditemukan 716 cakera lain nya, dan setiap cakera  berisi rahsia yang sangat besar. Cajera tersebut mengandungi tulisan hieroglifik (hieroglyphic).

Dr. Tsum Um Nui, pada tahun 1962, telah berusaha menterjemahkan setiap karakter dari batu. Tulisan di batu tersebut sangat kecil, sehingga dia memerlukan kanta untuk membacanya dengan jelas. Seiring dgn peredaran masa, timbul banyak pertanyaan, memandangkan usia batu tersebut diperkirakan berusia 10.000 tahun, bagaimana makhluk primitif dapat membuat batu sedemikian sempurna bulat seperti cakera ? Bagaimana mereka menulis tulisan yg mikroskopik (kecil)? Siapa kah mereka dan apa tujuannya dibuat batu2 tersebut? Satu persatu karakter telah diterjemahkan, dan mulai membentuk erti. Setiap kalimat mulai dapat ditafsirkan. Dia menemukan tulisan di batu bahwa tulisan tersebut ditulis oleh seseorang (atau sesuatu) yg menyebut diri mereka The Dropa.

Setelah dia menyelesaikan semua terjemahan, dia membuat kertas kerja dan membentangkankan penemuannya di depan jawatankuasa universiti untuk di terbitkan ke pengetahuan umum. Reaksi mereka begitu mendukacitakan, pihak universiti melarang keras penerbitan artikel penemuan itu malah memperkatakan tentangnya juga tidak dibenarkan sama sekali. Pihak Universiti merumuskan kewujudan dan apa yang terjadi pada The Dropa tidak perlu dihebahkan pada dunia.

Batu Dropa menerangkan tentang pesawat luar angkasa dari planet lain yang mengalami kemelangan dan mendarat di gunung Baian-Kara-Ula, Himalaya. Anak pesawat luar angkasa, The Dropa, kemudian menemukan makhluk primitif di dalam gua di gunung tersebut. Cerita selanjutnya, The Dropa tidak berhasil memperbaiki pesawatnya dan tidak bisa kembali ke planet mereka, dan mereka terus terdampar di Bumi.

* Batu Dropa ini telah menimbulkan banyak perdebatan ilmiah baik di fakulti mahupun di internet. Golongan yang mempertahankan keaslian cerita Batu Dropa ini kebanyakannya adalah mereka yang mempercayai kewujudan UFO atau makhluk asing dan cuba membuktikan bahawa ia memang benar benar wujud. Sementara sebahagian yang lain pula menolak dengan mengemukakan percanggahan dan penafian fakta serta menyifatkan cerita tentang Batu Dropa adalah pembohongan dan berbentuk rekaan semata mata . OK le tu .. diowang bertekak pon pasal sesuatu yg berbentuk ilmiah .. kita plak .. asik bertekak pasal batu geliga lipan , batu siput, batu serai .. kah kah kah .. yang lagi pelik .. semua batu tu nak buat perkara tak senonoh .. tarik duit la .. tikam nombor la .. gi berjudi laa ... kah kah kah .. itulah uniknya bangsa melayu. 

Misteri Batu Ica

0 comments


Batu Ica Peru - Ica Stones

Sekitar tahun 1960-an ,seorang petani menjumpai banyak batu aneh di dalam sebuah gua sekitar Ica, yang terletak kira-kira 300 kilometer dari Lima, Peru.Batu itu terdiri dari berbagai jenis ukuran tetapi apa yang menjadikannya sebuah artifak misteri ialah ukiran pada batu tersebut pasti menimbulkan pertanyaan kepada siapa yang melihatnya.

Meneliti ukiran aneh pada batu itu, ia seolah-olah mencatatkan cerita mengenai wujudnya satu peradaban purba yang sangat maju malah lebih maju daripada dunia hari ini pada zaman dinosaur iaitu jutaan tahun lalu. Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, peradaban itu akhirnya lenyap, sama seperti pupusnya dinosaur pada hari ini sehingga meninggalkan ukiran pada batu itu saja sebagai sisa peradaban .

Ketika melihat berbagai ukiran aneh pada batu itu, petani segera membawa keluar dan menjual artifak itu kepada pelancong sebagai cenderamata. Pada suatu hari dia ditahan pihak berkuasa atas sebab yang menjadi misteri. Selepas beberapa lama ditahan dan dikurung, petani itu dibebaskan tetapi selepas itu, dia tidak lagi berani menyatakan yang batu itu adalah artifak purba.

Keunikan batu yang penuh dengan ukiran misteri itu menarik minat seorang doktor setempat yaitu Dr Javier Cabrera dan sejak itu, beliau sentiasa membeli dan mengumpulkan batu dari si petani dan selain itu dari beberapa pihak lain. Cabrera pernah mempertanyakan kepada petani itu bagaimana, dan di mana, dia memperoleh batu Ica itu ,tetapi petani itu enggan memberitahunya seolah-olah takut dia akan sekali lagi ditahan dan dikurung pihak berwajib.

Doktor itu percaya bahawa batu Ica itu adalah sebuah artifak purba yang di buat jutaan tahun lalu. Hasil dari kajian yang dibuatnya mendapati :


  • Batu Ica tersebut dipercayai sudah mencapai usia ribuan tahun. Ujian kimia yang dilakukan pula mendapati batu itu berasal dari sungai setempat dan Gunung Andes yang permukaannya ditutupi lapisan oksida.
  • Bekas ukiran pada batu itu sudah sangat lama dan batu yang ditemui sekitar gua memiliki fosil organisme berusia jutaan tahun silam.
  • Batu Ica yang terkumpul dipercayai sejumlah lebih kurang 15,000 biji di Ica , Peru.
Gambar pada Batu Ica tersebut antara lain nya menunjukkan  :
  • Gambaran galaksi angkasa
  • Haiwan zaman purba
  • Peta daratan pra-sejarah
  • Bencana dahsyat pada zaman dulu 
  • Gambaran manusia yang hidup sezaman dengan dinosaur. Malah, ukiran bentuk manusia dan dinosaur pada batu itu sama saja dengan bentuk manusia dan gambaran dinosaur yang ditemui pada hari ini
  • Terpahat ukiran seorang manusia menunggang di atas Triceratops, dengan tangannya menggenggam senjata seperti kapak.
  • Terdapat ukiran seorang manusia yang panik dikejar Tyrannosaurus Rex ( T-Rex )
  • Terdapat ukiran muka bumi pada 13 juta tahun lalu yang dilihat dari angkasa. Ada empat gambar pada ukiran yang persis peta dunia dan menurut penyelidik, peta daratan yang diukir pada batu itu adalah keadaan daratan pada zaman purba dan ia dilukis dengan tepat.
  • Ukiran pengambilan benda berbentuk gelembung dalam lingkaran janin ibu yang hamil sebelum menyuntik ke dalam tubuh pesakit.
  • Ukiran pembedahan otak dan bagaimana cara mengatasi reaksi penolakan organ dalam proses pemindahan organ yang mana semua ilmu itu, baru ditemui dalam dunia perubatan moden.
  • Ukiran teknologi bius dengan akupuntur dalam operasi perubatan selain batu yang mengukir gambaran genetik.

Cabrera percaya yang batu itu diukir masyarakat zaman dulu yang dikenali sebagai ‘Gliptolithic Man’ dan mereka sebenarnya adalah manusia dari angkasa yang datang dan tinggal di bumi bersama dinosaur pada jutaan tahun lalu. Bagaimanapun, atas sebab tertentu, manusia angkasa "atau sebut makhluk asing" itu datang ke planet lain menggunakan ‘Garisan Nazca’ (satu lagi lokasi misteri di Peru) yang terletak berdekatan sebagai lapangan terbang.

Sehingga kini, kebenaran ukiran batu Ica terus menjadi teka-teki yang membingungkan.

* dekat negara kita pun sebenarnya ada pelbagai batu batu misteri yang boleh dijumpai kat mana mana .. antaranya .. air batu campur & batu seremban .. seram woo bila memikirkan .. kih kih kih 

Friday, November 5, 2010

Naga : Realiti Atau Khayalan ?

0 comments



Tentunya sukar untuk dijawab dan diperoleh jawapan yang memuaskan . Wa yakin banyak orang yang menganggap ianya hanya fantasi  , tapi ramai gak yg percaya naga pernah wujud pd zaman denaso (zaman Jurassic). Makhluk itu diceritakan bukan sahaja ganas, tetapi turut memiliki kekuatan mistik yg tiada pada binatang purba lainnya. Naga yang selalu disebut dalam legenda mampu mengeluarkan semburan api panas. Tidak hanya itu, makhluk ini juga dikatakan dapat terbang cam pterodactyls , bahkan ada jenis naga yang dikisahkan dapat menyelam dalam air seperti The Megalodon.

Ada legenda suatu bangsa yang menceritakan bahwa naga menyimpan mutiara dimulutnya dan mutiara itu menghasilkan kekuatan mistik untuk memberikan berbagai kelebihan kepada siapa saja yang berhasil memperolehnya..( org kita selalu gelar.. geliga.. dapat kalu.. puja nombor.. konfem.. huhu )

Dalam filem Hollywood ‘Reign Of Fire’  ( 2002 ) , fantasi-fantasi itu cuba digambarkan dan hasilnya, jelas manusia kalah ketika berhadapan dengan ancaman naga. Begitu hebatnya kisah-kisah mengenai naga yang sering digembar-gemburkan dalam filem mahupun buku fiksyen .

Namun, hingga kini persoalan naga memang benar-benar wujud atau sekadar mitos/legenda dari kebudayaan masyarakat tertentu masih meninggalkan sebuah tanda tanya besar. Sesuatu yang menarik mengenai naga adalah ia bukan sekadar kepercayaan atau mitos bagi masyarakat tertentu saja , sebaliknya cerita mengenai naga terdapat dalam budaya dari berbagai bangsa di seluruh dunia. Kisah-kisah legenda suatu bangsa tentunya memiliki perbezaan dengan bangsa lainnya , ciri-ciri dan gambaran mengenai naga juga berlainan mengikut cerita setempat.

Dikatakan terdapat lebih 30 jenis naga yang berbeza bentuk dan fungsi dalam berbagai legenda dan kebudayaan di seluruh negara. Bangsa Cina cenderung mengatakan ia memiliki badan berbentuk ular, muka seakan-akan mirip dengan kuda, tanduk seperti rusa, kuku-kuku yang runcing , bersisik dan mampu terbang.. yg ni selalu nengok kat decoration kuil/tokong Cina/Buddha .

Masyarakat Barat , menggambarkan naga menyerupai Tyranosaurus tetapi memiliki sayap untuk terbang. Kebanyakan naga digambarkan sebagai haiwan reptilia dan berkembang biak dengan cara bertelur.Di Thailand , terdapat ukiran naga yang berbentuk seperti ular tetapi haiwan itu memiliki tujuh kepala , di Vietnam imaginasi naga menggabungkan imej buaya, ular, biawak dan burung. Dalam lagenda Yunani kuno, terdapat banyak kisah mengenai naga , terutama cerita yang menggambarkan naga sebagai penjaga harta karun.. bukan ahmad albab yg punya .. muahaahahaha

Mengikut catatan pengembaraan Herodotus yang juga digelari sebagai ‘bapa sejarah dunia’, ketika beliau melawati Judea sekitar 450 Sebelum Masehi (SM), dia mendengar cerita dari penduduk setempat mengenai seekor naga yang dikurung dalam sangkar raksasa. Didorong perasaan ingin tahu, Herodotus mengembara ke kawasan itu dan menjumpai banyak kerangka berbentuk ular. Sejarawan itu kemudian menulis bahwa kerangka-kerangka tersebut merupakan sejenis makhluk purba yang terbang dari Tanah Arab ke Mesir tetapi didalam perjalanannya hewan itu bertarung dengan predator lainnya dan kemudian kalah terbunuh.. isk isk isk 

Mengikut catatan pengembaraan Marco Polo , ketika beliau bersama gerombolannya melintasi kawasan padang pasir di suatu tempat yang dikenali sebagai Anatolia untuk menuju ke Persia, dikisahkan bahwa mereka diserang naga yang berterbangan. 

Kini timbul suatu persoalan lain apabila menceritakan mengenai makhluk-makhluk itu. Apakah naga adalah spesies haiwan purba yang hidup sezaman dengan dinosaurus? Dan mungkinkah naga turut pupus bersama dinosaurus 65 juta tahun silam? Tanggapan bahwa naga adalah makhluk purba pada zaman dinosaurus muncul dari ahli sejarah purba China, Chang Qu, yang mencatatkan mengenai penemuan rangka yang diyakininya sebagai rangka naga di Wucheng di Wilayah Sichuan, China pada 300 SM. Tapi ,bagaimanapun juga banyak pihak yang skeptic mengatakan kerangka-kerangka itu bukanlah kerangka naga namun mungkin saja merupakan fosil kerangka salah satu spesis dinosaur.

Last call .. perkataan bahasa melayu - 'naga' - tu sendiri kita amik dari mana ?? mesti bersebab ye tak ?? huhuhu .. pening

Thursday, November 4, 2010

Artifak Coso

1 comments

Coso Artifact . 

Pada 13 Februari 1961, Wallace Lane, Virginia Maxey, dan Mike Mikesell, 3 orang pemilik bersama sebuah kedai menjual batu permata dan cenderamata sedang dalam pencarian bahan mineral terutamanya bebatuan geode ( sejenis batu yang boleh dicanai menjadi hiasan ) di kawasan tanah tinggi Olancha, California . 

Sewaktu batu batu yang dikutip itu hendak dipotong di dalam makmal oleh Mikesell , salah satu darinya telah menyebabkan pisau berlian yang digunakan untuk proses pemotongan rosak dan tidak boleh digunakan lagi . Namun apa yang lebih memeranjatkan , didalam objek batu tersebut kelihatan objek keras yang kelihatan seperti porcelein dan mempunyai aci ( shaft ) berukuran 2 mm yang diperbuat dari bahan logam yang cerah dan bertindakbalas apabila didekatkan dengan magnet .

Terdapat beberapa perkara yang membingungkan tentang spesimen Coso ini . Lapisan luarnya diselaputi dengan fosil kerang dan juga serpihannya sementara terdapat 2 jenis logam bukan magnetik didalam keraknya . Dalamannya pula berbentuk heksagon dan kelihatan seperti acuan yang dibentuk  sebagai lapisan silinder porcelein itu dan terdapat juga lapisan tembaga yang telah reput dibahagian paling dalam .

Terdapat banyak perdebatan dan percanggahan pendapat tentang penemuan ini . Pakar telah mengatakan bahawa sedimen lumpur yang terenap memerlukan lebih kurang 500 ribu tahun sebelum ia membentuk batu geode sedangkan apa yang ditemui didalamnya lebih mirip kepada penciptaan manusia zaman moden . Malah yang lebih kontroversi , sebahagian pakar kaji telah mengatakan bahawa artifak Coso itu adalah sebenarnya sebuah palam pencucuh ( spark plug ) jenama Champion dari era 1920 yang lebih sinonim dalam penjanaan kereta Ford Model T . 

Malangnya artifak Coso telah hilang dari simpanan dan kerja kerja mengenalpasti telah terhenti begitu sahaja dan kekal sebagai objek yang tidak dikenalpasti secara ilmiah . Adakah penjelasan semulajadi tentangnya ? Apakah benar apa yang dijumpai didalam batu geode itu hanya sebuah palam pencucuh dan jika benar , bagaimana ia boleh terbentuk dalam batu yang berusia 500 ribu tahun ? .. huhuhu .. pening .   

* Coso memang dah hilang .. tapi kalo luorang sekadar nak cari Coleslow .. kat KFC berlambak.. huhuhu .

Wednesday, November 3, 2010

Bola Batu Gergasi

0 comments

Giant Stone Balls Of Costa Rica .. err.. yg duowang makhluk depan tu bukan  batu yang dimaksudkan .. tu tumpang gelemer je .. harap maklum 


Sekumpulan pekerja yang sedang membersih dan membakar hutan di Costa Rica bagi tujuan pembukaan ladang baru utk penanaman pisang pada 1930an ( bukan ladang harimaunya .. keh keh keh ) .. terkejut besar dengan penemuan sedozen bebola batu yang hampir sempurna bulat keadaannya . Bebola batu itu didapati dalam beberapa saiz dari sebesar bola tenis sehingga ke saiz 8 kaki diameternya dan seberat 16 tan . 

Sehingga kini , belum dapat dipastikan asal usulnya namun dikatakan telah pun berada di sana sejak pendaratan pertama oleh Christopher Columbus ke bumi Costa Rica pada tahun 1502 . 

Setiap unit bola batu tersebut telah dibentuk dengan sangat halus dengan terdapat garisan garisan dipermukaannya yang membentuk satu pola ( petroglyph ) lakaran aneh  yang mirip lakaran gugusan bintang sehingga dipercayai mempunyai kaitan dengan keperluan astronomi di zaman itu . Bebola batu tersebut , sebahagiannya masih disimpan untuk tatapan umum di Costa Rican National Museum , San Jose , Costa Rica  .
* kengkadang wa pon pelik .. dari mana asalnya bola bola api .. ? err .. tu lirik lagu je eh ?

Tuesday, November 2, 2010

Bateri Baghdad

0 comments

Baghdad Battery 

Hari ini bateri dengan mudah boleh didapati dari kedai kedai runcit, kedai serbaguna, kedai 24jam , pasaraya dan kebanyakan kedai serbaneka  ( tapi jangan le cari kat pasar jual ikan .. memang le takde .. huhu ) . Tapi yang ingin diperkatakan pada tajuk ini ialah sebuah bateri yang berusia lebih kurang 2000 tahun dan dikenali sebagai Bateri Baghdad . Objek aneh ini telah dijumpai dibawah sisa runtuhan Desa Parthian dan dianggarkan bertarikh diantara 248 SM  dan 226 Masehi . Alat ini terdiri dari tanah liat berkualiti setinggi 5½ inci dan didalamnya mengandungi tembaga yang berbentuk silinder yang terletak diatas lapisan aspal ( asphalt ) dan didalam tembaga itu pula terdapat rod besi yang telah teroksida ( memang persis binaan bateri moden ) .

Pakar yang telah meneliti objek ini mendapati ianya hanya perlu diisi dengan asid atau cecair alkali untuk mengeluarkan arus elektik dan ia juga dipercayai bahan terpenting dalam proses penyaduran plat emas ( electroplating ) dalam perusahaan kuno . Yang jadi tandatanya .. takde ke blueprint untuk objek ni sehinggakan teknologi pembuatan bateri hanya dijumpai kembali selepas 1800 tahun ? kedekut ilmu le diowang ni eh ?

* wa ingat le kan ... sesilap diowang dah lama ada PS2 masa tu .. kita je belum jumpa ... keh keh keh

Model Kapal terbang Zaman Silam

0 comments

Ancient Model Aircraft





Ini adalah  artifak milik budaya Mesir dan Amerika Tengah kuno yang kelihatan seperti kapal terbang moden hari ini. Objek kecil ditemui di Amerika Tengah ( objek yang diatas ), telah dianggar berusia 1,000 tahun, terbuat dari emas dan dengan mudah boleh disalah-anggap sebagai model pesawat sayap delta malah mungkin disangka model kepada Space Shuttle. Ianya juga  mempunyai ciri-ciri yang kelihatan seperti kerusi juruterbang didalam kokpitnya .

Artifak Mesir, yang ditemui di sebuah makam di Saqquara, Mesir pada tahun 1898,( bukan Sigaraga tau ..tu saudagar penipu .. kih kih kih ),  merupakan objek kayu enam-inci yang sangat mirip dengan model pesawat lengkap dengan  dengan fiuslaj ( badan kapal terbang ), sayap dan ekor. Pakar pengkaji percaya aerodinamis objek ini  mampu membuatkan ia meluncur. 

* anak siapa le yang punya mainan tertinggal kat makam tu weyh .. baik ngaku cepat .. keh keh keh ... 

Tengkorak Starchild

0 comments

Tengkorak Starchild ( Starchild Skull ) yang pertama kali dipertontonkan pada umum pada tahun 1999 adalah merupakan beberapa kumpulan tengkorak kepala manusia abnormal yang memiliki keanehan tersendiri . Tengkorak ini dimiliki oleh Ahli Kaji Purba Amerika ( Antropologist )  Alm Lloyd Pye . Menurut anaknya, tengkorak-tengkorak tersebut dijumpai oleh ayahnya sekitar tahun 1930 di sebuah lombong bijihbesi di kawasan Chihuahua yang terletak sekitar 100 batu disebelah baratdaya Mexico City.  


Perbandingan di antara tengkorak manusia normal ( kanan ) dan Tengkorak Starchild 


Pandangan Tengkorak Starchild dari kepelbagaian sudut 


Dari beberapa penelitian yang dilakukan oleh para pengkaji dari kumpulan Fakulti Pergigian beberapa Universiti di USA, Tengkorak Starchild adalah merupakan tengkorak kepala seorang anak kecil yang pertumbuhan giginya tidak sempurna.. aaa ? perghh ..

Namun dari penelitian lainnya, dikenalpasti bahawa kapasiti otak bahagian dalam dari sebuah Tengkorak Starchild membentuk 1600CC ( Cubic Centimeter ) yang mana ianya 200CC lebih besar dari kapasiti otak majoriti manusia dewasa. Dari bukti ini mungkin dapat disimpulkan bahawa daya/tahap IQ manusia jenis ini lebih tinggi daripada manusia-manusia moden yang ada pada masa ini .

Tengkorak Starchild terbentuk atas binaan Kalsium Hydroxlapatite ( Struktur penyusun tulang mamalia ), dengan ciri2 fizik yang tidak memiliki struktur tulang hidung, rahang, dan dagu. Kesan pada bahagian wajah seperti merapat ke dalam di antara kedua rongga mata.

Kajian yang telah dibuat oleh beberapa pengkaji dari London University, England pada tahun 1999 dan 2004 merumuskan bahawa Tengkorak Starchild dianggarkan berusia sekitar 900 tahun . Sementara pengujian DNA yang dilakukan pada thn 2003 juga ditemukan serat misteri yang belum diketahui sebelumnya .

* Cemana erks ? mungkin ke kalo kita nak anggap tengkorak ni sebenarnya hanya milik orang cacat atau pun terencat ? Wa cuba bayangkan formasi bentuk wajah tengkorak ni bila dibalut ngan daging ... erkk .. tak lalu ah nak bayangkan .. huhu .. apa apa pon .. ia masih benda yang bernyawa dan segalanya mungkin .. :)

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |