Showing posts with label Ragam. Show all posts
Showing posts with label Ragam. Show all posts

Thursday, May 14, 2015

Aksi Selfie Yang Meragut Nyawa Remaja

0 comments


Seorang remaja Romania, terkorban, 2 hari selepas terkena renjatan elektrik ketika mengambil photo selfie di atas bumbung sebuah keretapi yang tidak bergerak.

Menurut berita yang dikeluarkan Associate Press, ketika kejadian, mangsa, Anna Ursu , 18, secara tidak sengaja tersentuh wayar talian arus tinggi (HV)  dengan kakinya ketika sedang membuat posing berbaring diatas keretapi yang sedang di parkir di daerah Lasi, timur laut Romania. 

Baca lanjut di Metro.Co.Uk

Karmic : luorang yang nak berselfie tu agak agak la skit ..

Tuesday, May 12, 2015

Para Ibu Yang Memecahkan Rekod Perubatan Dunia

1 comments

Ibu , Ibu engkaulah ratu hatiku , bila ku berduka engkau hiburkan selalu ..yiehaa ~!

Menjadi seorang ibu adalah satu pencapaian yang menakjubkan tidak kira dalam apa jua situasi samada keadaan ekonomi, status, usia mahupun kesihatan. Tetapi bagi beberapa kes dari kalangan ibu ini, ianya lebih dari satu pencapaian kerana apa yang mereka hadapi adalah merupakan pengalaman yang sangat unik & hampir mustahil namun ianya menjadi anugerah yang telah tercatat dalam sejarah perubatan.

Dari ibu paling muda di dunia kepada yang paling tua, ibu yang paling kecil saiz badan nya serta jumlah bayi yang dilahirkan dalam kehamilan tunggal, berikut adalah rekod ibu-ibu yang paling ohsem di dunia.

Kelahiran Bayi Yang Paling Banyak Dari Satu Kehamilan


Seorang warga Amerika, Nadya Suleman, atau nama julukannya 'Octomom', menjadi terkenal setelah beliau melahirkan seramai 8 orang bayi kembar pada bulan Januari 2009. 


Beliau yang ketika itu, seorang ibu tunggal berumur 33 tahun, dikenalpasti sebagai satu satunya kes kelahiran kembar 8 dimana kesemua bayi tersebut berjaya melepasi tahap satu minggu kritikal selepas kelahiran. 

Bayi bayi tersebut telah diberi nama Noah, Jonah, Jeremiah, Josiah, Isaiah, Makai, Nariyah and Maliyah.

Nadya atau nama sebenarnya Natalie, telahpun mempunyai seramai 6 orang anak sebelum itu. Kesemua 14 orang anaknya ( termasuk kembar 8 ) dilahirkan melalui kaedah rawatan kesuburan in vitro, yang telah mencetuskan perdebatan hangat tentang teknologi rawatan tersebut. Lembaga Perubatan California akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan lesen para doktor yang terlibat.

p.s : sebenarnya banyak kontroversi yang mewarnai kehidupan beliau termasuk pekerjaannya . Boleh baca lebih lanjut dari sumber

====

Ibu Yang Paling Prolifik

Bilangan anak yang paling ramai dalam sejarah perubatan sebagaimana yang telah dicatatkan oleh Guiness World Record,  adalah seramai 69 orang.

Ibu tersebut, yang merupakan isteri pertama seorang petani dari Shuya, Russia, hanya dikenali dalam sejarah sebagai isteri kepada Feodor Vassilyev. 

Puan Vassilyev yang hidup pada kurun ke 18, hamil sebanyak 27 kali dimana 16 darinya adalah kelahiran kembar, 7 kelahiran kembar tiga dan 4 kelahiran kembar 4.

Pautan lain : wikipedia

====

Yang Paling Muda

Seorang kanak kanak yang berasal dari Peru, Lina Medina, dicatatkan sebagai ibu yang paling muda apabila melahirkan ketika beliau hanya berumur 5 tahun 7 bulan dan 21 hari, sebagaimana yang dilaporkan dalam Jurnal La Presse Médicale. Kejadian ini berlaku pada bulan May 1939.

Menurut para doktor yang merawatnya, pada awal dianogsis, mereka menyangka perut Lina yang membengkak adalah disebabkan oleh kehadiran tumor namun akhirnya mereka mendapati beliau sebenarnya hamil 7 bulan.

Medina selamat melahirkan seorang bayi lelaki namun terpaksa melalui pembedahan Caesarean lantaran tulang pelvisnya yang sangat kecil.

Dalam laporan yang sama, Medina mula didatangi kitaran haid ketika berusia 8 bulan walaupun ada laporan lain yang mengatakan beliau lebih tua sedikit dari itu.

Menurut laman Snopes.com, bapanya telah ditangkap dan dipenjara kerana disyaki telah melakukan perbuatan sumbang mahram walau bagaimanapun, dibebaskan tidak lama kemudian kerana tidak ada bukti untuk menyabitkan beliau dengan tuduhan tersebut. Tiada laporan lanjut yang mendedahkan siapa sebenarnya bapa kepada anak yang dilahirkan Lina Medina.

====

Yang Paling Berusia 

Wanita yang paling berumur ketika melahirkan, berasal dari negara India yang dikenalpasti sebagai Omkari Panwar,  memberi kelahiran kepada sepasang anak kembar, ketika berusia 72 tahun. Kejadian ini diberitakan berlaku pada bulan Jun 2008. 

Beliau mendapat bayi kembar -seorang lelaki dan seorang perempuan - melalui rawatan kesuburan in-vitro dan terpaksa bersalin  melalui kaedah C-section, seperti yang diberitakan oleh ABC News

Omkari Panwar bersama suaminya, 75thn, sebelum kelahiran kembar itu, telah pun mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu.

====

'Lelaki' Pertama Yang Bergelar Ibu 

Thomas Beatie, yang merupakan seorang transgender dari Oregon, menjadi 'lelaki' pertama hamil dan melahirkan anak pada 2008.

Beatie - seorang jurucakap awam, penulis dan peguam untuk isu isu seksualiti dan transgender- sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan dan telah melalui proses pembedahan dada dan terapi testosterone namun memilih untuk mengekalkan sistem kesuburannya.

Beliau memilih untuk hamil memalui kaedah persenyawaan buatan (artificial insemination) menggunakan sperma yang diderma, lantaran isterinya, Nancy, telah menjalani hysterectomy (pembuangan rahim) dan tidak mungkin dapat melahirkan.

Beatie setakat ini telah berjaya melahirkan seramai 3 orang anak menurut laporan dari laman web nya sendiri. 

===

Ibu Yang Paling Kecil 

Stacey Herald hanya mempunyai ketinggian 2 kaki 4 inci (71cm), namun itu tidak menghalangnya untuk melahirkan seramai 3 orang anak, walaupun telah diberi amaran oleh doktornya betapa kehamilan itu amat membahayakan nyawanya.

Stacey yang berasal dari Dry Ridge - Kentucky, menghidap osteogenesis imperfecta- OI, atau penyakit tulang rapuh (brittle bone disease), penyakit genetik yang mengakibatkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah.

Doktor bagaimanapun telah menasihatkan Stacey untuk tidak lagi hamil kerana tulang pelvis nya sangat kecil dan janinnya tidak mempunyai ruang yang cukup untuk berada disamping organ dalamannya.

Menurut laporan dari ABC News, anak sulung dan anak bongsunya juga mengalami penyakit gangguan tulang manakala anak ke dua beliau tumbuh sebagai manusia normal. 

Monday, July 30, 2012

Canggih : Sejadah Yang Akan Bercahaya Apabila Kedudukan Tepat Menghala Kiblat

0 comments


Ini satu teknologi yang wow dan sangat penting bagi kegunaan ummat Islam diseluruh dunia. Sejadah ini dilengkapi dengan gadget untuk mengesan kedudukan Kiblat secara tepat dan akan hanya bercahaya apabila kedudukannya diletakkan dengan betul. Satu indikator yang memudahkan kita untuk mendirikan solat walau dimana mana jua .. yiieehaaaa ..


Nota: Sejadah ini dilengkapi dengan pengesan magnetik yang tidak berbeza dengan kompas yang sedia ada sekarang ini dalam menentukan arah kiblat. Cuma sebagaimana kompas, wa tak pasti samada medan magnetiknya juga akan terpengaruh dengan tarikan bahan bahan bermagnet yang ada disekitarnya.

Wednesday, July 18, 2012

Foto - Antara Rekaan Manusia Yang Menakjubkan - Kewl

0 comments


Lapangan Terbang Gibraltar adalah merupakan salah satu lapangan terbang yang paling unik dan luar biasa di dunia.



Menakjubkan. Perbezaan yang terhasil dari pandangan siang dan waktu malam pada tugu/monumen di Kaunas, Lithuania. Perghhh..



Dubai. BurjKhalifa. Pandangan dari atas menara yang mempunyai ketinggian 828m atau 163 tingkat. Wuhaii .. gayat weyh, kalo jatuh dari level ni .. bersepai der ~!!



Sungai Atas Sungai. Jambatan Air Magdeburg, Germany. 



Lapangan Terbang Maldives. Dibina diatas sebuah pulau buatan dan lokasinya ditengah tengah Lautan Hindi.



Chicago, USA. Pemandangan dari sebuah balkoni aras 103.. amacam? ada bran ??



Kenya. Kepulauan Lamu. Satu lagi lokasi yang terletak di Lautan Hindi selain Maldives yang menawarkan keindahan dan kedamaian untuk tujuan percutian.



Marcus Levine. Seorang artis yang 'mencipta lukisan' dengan hanya menggunakan paku dan panel kayu berwarna putih sebagai kanvas. Sewaktu mempersembahkan bakat ketika pameran beliau di sebuah galeri di London baru baru ini, beliau menggunakan lebih dari 50,000 batang paku.. perghh .. melantun .



Paris. Sebuah premis menjual permainan komputer. Kalo luorang tengok lantai dan percaya lantai tu memang sengaja direkabentuk gitu, bermakna luorang dah berhasil di perkotak katikkan oleh si perekabentuk. Sebenarnya lantai tersebut rata dan bentuk yang dibuat itu cuma ilusi optik.. dasat eh?



Tugu yang direkacipta oleh Bruno Catalano dan terletak di Perancis. Weyh .. ni bukan Hologram tapi memang dibentuk cenggitu .. gila apa manusia .. huhuhu

Wednesday, February 23, 2011

Coklat Yang Takkan Mungkin Mampu Wa Telan .. Siyes

0 comments

Weyh .. wa memang gemar ngan coklat .. cakap je coklat menda ... semua wa taram .. tarak hal .. janji halal .. tapi coklat yang cam kat foto foto bawah ni .. bagi le sedap cemanapon .. takkan mampu wa telan .. lain le kalo ilmu wa dah tahap mentekedarah gaya ular sawa .. kah kah kah 







Huhuhu .. nengokkan coklat ni semua .. bukan rasa nak makan .. tapi cam nak buat anak angkat pon ada .. kah kah kah .. err .. luorang cemana ? tepuk dada tanya selera . Adios

Tuesday, December 21, 2010

Kasih Antara Dua Musuh Tradisi

0 comments


Bagaikan anjing ngan kucing.. ermmm .. tak banyak yang wa nak perkatakan pasal gambar ni .. sebab apa yang tertera dan cukup untuk menceritakan semuanya. Dua jenis haiwan yang memang diketahui sejak zaman berzaman saling bermusuhan boleh plak jadi intim macam anak beranak .. wa selalu nengok binatang yang tak lazim berkawan boleh dok senda gurau dan hidup dalam satu tempat .. itu dah lumrah .. tapi bila kucing ni menyusu ngan anjing .. ermmm ... wa terus blank .. melankolik eh ? 

Friday, December 17, 2010

Lilin Mahal Tak Masuk Akal

1 comments


Biarku menjadi lilin .. memberikan cahaya .. perghh .. tu lagu lama . Sape cakap lilin takde harga ? sape cakap ? huhuhu .. selalu lilin jadi perumpaaan untuk menggantikan lampu minyak tanah ngan lampu neon .. ceh .. downgraded .. kalo luorang time romantik .. pandai le plak nak 'candle light dinner' uuuu .. tak malu .

OK straight ahead , lilin dan jadi punca lampu untuk menerangi kegelapan malam (apsal ayat wa dah jadi melankolik plak ni) sejak beribu ribu tahun yang lalu. Sampai ke hari ni lilin masih diperlukan .. dan didatangkan dalam perlbagai bentuk dan rupa, warna dan aroma .. tak le macam yang dalam kotak itam yg selalu kita beli sebungkus RM1.80 sen tu .. tu pon buat standby emergency je kalo letrik kena potong ... atau time gangguan bekalan .. kih kih kih.

Tau kah luorang .. 'Ultimate Luxury Candle' yang dikeluarkan oleh Luxury Soy Candles adalah yang termahal yang pernah dihasilkan dalam dunia perlilinan (ada ke ayat ni?)  . Didatangkan ngan pakej wangiannya Champagne Noir Soy, lilitan rantai intan berlian disekelilingnya yang direka oleh Bucci Jewelery & Design yang mana diadunkan antara Berlian G Color 2.23karat dengan Brilliant Diamod 38karat .. dan dipasang pada Emas Putih 14karat.

Lilin ini plak dibungkus dalam kotak hitam yang di lilit ngan reben satin .. kalo luorang rasa nak beli .. atau terasa memang nak sesaje buang duit .. luorang boleh le google cari nama lilin ni .. harganya pon sekadar USD5 ribu je satu .. keh keh keh 

* apa ke hal nya lilin ngan diamond tu ? membantu pembakaran ke ? kah kah kah ... bih tu kalo lilin tu dah abih .. boleh pulangkan balik ke diamond tu ? refund ... hadoih .. memacam cara nak  buang duit .. beli yg biasa je udah .. yg penting kegunaan dia .. beli memahal masa nak buat makan malam pon .. tapi kalo sowang ke timur sowang ke barat ... baik tah yah .

Motor Kapcai Yang Misteri

1 comments

Motor kapcai memang ngetop kat negara negara Asia Tenggara termasuk le negara kita yang terchenta ni. Ye le .. itu je yang paling ekonomi ye dak .. kalo ada pilihan mungkin memasing nak beli helikopter .. kah kah kah .. bagi debudak kita yang ala ala remaja tu .. dari luorang pakai motor kapcai untuk merempit .. lagi baik motor tu luorang guna macam contoh kat bawah .. lagi berpekdah .. antaranya 


1. Transporter Sayur 

2. Agen 'Bunga'

3. Tokey Ayam

4. Angkut Telur

5. Bawak cermin ..aih dia ni buat apa ngan cermin tu ?

6. Tokan Ais

7. Pembekal Paip 

8. Delivery untuk hos perjambanan 

9. Agen Bakul 

10. Angkut Awek .. uuu ? sampai 4 .. kah kah kah 

Restoran Jamban Di Taiwan

1 comments

*AMARAN* Sebelum luorang browse ke bawah untuk nengok gambar gambar seterusnya .. lebih baik luorang pastikan .. perut luorang tak penuh .. kesihatan dalam keadaan tip top .. tahap loya rendah .. huhuhu .. sebab gambar gambar yang dipaparkan nanti boleh membuatkan kucing pon tak lalu nak makan .. kah kah kah .. 

Cerita bergambar yang seterusnya ni ialah shot kat sebuah restoran perjambanan kat Taiwan .. wa pon tak paham kenapa benda gini boleh dapat sambutan hangat .. aahhh .. nengok je lah


Reka bentuk dalaman restoran tu .. memang nampak cam romantik gitu .. tapi luorang perasan tak tempat duduk dia memang toilet bowl .. meja dia plak dperbuat dari bathtub ?? nak kata kreatif ke hape ?
Gini le keadaannya bila pengunjung dah start nak melantak kat situ .. rilek je ye dak  ??  so apa yang peliknya kat sini ?? jeng jeng jeng .. tengok foto seterusnya


Hehehe .. ni bukan cobaan tau .. memang betul betul .. kalo luorang .. ada selera lagi ke nak terus dok dalam restoran cenggini ? 

Yeah .. antara menu yang dihidangkan .. ermmm .. ok lagi kot kalo gini .. walopon ada toilet bowl

Tuu dia aiskrim .. kah kah kah ... baik punya ..

Tu dia aih .. kemain syok lagi dok belek pencuci mulut .. wa ingat nak  propose kat pemilik restoran ni supaya bukan bentuk je sama .. aroma pon tiru le yang asli sekali .. baru ada akai .. kah kah kah 



Tahap pelik manusia dah masuk ke paradigma baru .. sampai tahap imaginasi melampau lampau .. ada ke manusia teringin nak makan taik ? huhuhu .. kalo luorang teringin gak nak try .. wa rasa .. sebagai langkah permulaan .. apa kata luorang gi makan nasik dalam toilet sendiri .. boleh ke idak ? kah kah kah ... ikhhhh .. kembang tekak .

Monday, December 13, 2010

Mercedes Saudagar Minyak

0 comments



Memandangkan tak cukup ngan sekadar sebuah Mercedes SLR Mclaren yang biasa biasa je , seorang jutawan minyak Abu Dhabi mengambil keputusan untuk menukar keseluruhan badan keretanya  (full body) dengan emas 18 karat. Bahkan, itu pun masih tak mencukupi bagi mamat sowang ni, enjin standard SLRV8 yang ada tu digantikan plak ngan enjin V10 yang menjana 1,600 kuasa kuda (hp) dan tork 2800nm. 

Berbeza ngan kereta SLR yang lain, kereta ni boleh mencapai kelajuan 100km/sejam dalam masa 2 saat je .. humang aih .. bahanapi yang digunakan plak bukan minyak cam kita - ron95 ke ron98 ke tapi .. bio-fuel .. huhuhu .. apsal tak pakai minyak roket je terus .. ?

Harga untuk ubahsuai kereta ni ialah USD 5 Juta ( RM 15.7 Juta ) .. perghh .. tu baru ubahsuai .. belum masuk harga beli .. err.. bape plak insurans dia eh ? tu le manusia bila dah kaya .. banyak duit .. memacam boleh jadi .. apa de hal ye dak ?

* kereta yang termahal kat dunia (pengeluaran standard - bukan ubah suai macam kereta kat atas nun) masih lagi disandang Bugatti Veyron 16.4 Super Sport yang berharga .. errr.. RM 8 juta je .. kah kah kah 

Tuesday, November 30, 2010

Mencabar Keretapi

0 comments

Kepada mat mat rempit, kaki racing atau sesapa  yang suka buat menda menda yang boleh menerbangkan nyawa .. luorang try le buat cam debudak Russia ni .. baru betul dasat .. challenge ngan keretapi .. sape lagi pantas .. kah kah kah .. one of .. samada boleh balik ngan senyum .. ataupun berkecai macam tembikai kena lambung .. huhuhu

Tapi menda ni kena buat ikut timing .. kalo pemandu ketapi tu dah nampak dari jauh .. mungkin dia sempat brek , so hilang le thrill .. kena tunggu sampai bebetul dah dekat .. baru lompat ke landasan .. tak paham ? ok wa turunkan cara cara dia step by step .. lepas ni kita boleh dok sama tinggi ngan bebudak Russia nun dalam buat perkara perkara tak berpekdah .. kah kah kah 

memula .. lompat dan terus baring .. jangan terus tido plak 

kemudian .. bebuat je macam takde apa yang terjadi .. nak nyanyi satu lagu pon boleh

kena sabar .. tunggu sampai ketapi tu abih .. kalo tak sabar .. sape suh buat .. huhu

bih tu .. ketapi dah abih jalan .. tak reti reti nak bangun ?

lepas tu boleh le terus balik rumah masak nasi .. kira dah bagus le masih idup 
Begitu le adanya .. so ada sesape berani nak buat ? keh keh keh ... dah macam takde menda lain je diowang nak testing .. wa rasa .. daripada luorang nak try menda menda tak senonoh ni .. baik le luorang gi masuk kursus buat kek ke .. fotografi ke .. paling cikai pon gi mintak keje kilang .. ada gak pekdah boleh tolong mak bapak .. bila ada duit lebih skit .. belanja wa .. apa ade hal .. kah kah kah .

Monday, November 22, 2010

Bayi Dengan Nama Terpanjang

0 comments

Seorang bayi yang dilahirkan di Britain dipercayai diberikan nama yang paling panjang di dunia dan paling sukar untuk diingati. Bayi tersebut mempunyai 1 nama depan, 25 nama tengah dan 1 nama keluarga (27 kesemuanya). 25 nama tengah tersebut diambil dari nama petinju petinju terkenal dunia.

"Semuanya datang dari ketagihan kedua ibubapanya terhadap sukan tinju dan humor maka memang nampak ada sedikit gila-gila" ujar ibunya ketika diwawancara .

Nama penuh bayi tersebut ialah - Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown.

* hadoih .. penaya betul le mak bapak budak ni .. kalo ia pun minat tinju ngan lawak , jangan le anak jadi mangsa.. kah kah kah .. ni jangan kata mak bapak ... budak tu pun sesilap asik kena nengok ic kalo nak isi nama dia dalam borang .. mampoih nak ingat susunan ... lagi satu .. cuba bayang kalo dia Islam .. lepas tu meninggal ... mau Imam yang baca talkin untuk dia, nangih tepi kubur .. huhuhuhu. 

Saturday, November 20, 2010

Masih Perawan Setelah 6 Tahun Bernikah

0 comments

Seorang ahli perniagaan wanita menderita nafkah batin dan mendakwa masih dara walaupun sudah bernikah enam tahun lalu gara-gara tersalah pilih suami yang hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Citra, 35, berkata rahsia suaminya itu dirungkaikannya selepas memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit.“Hakikat itu amat mengecewakan saya menyebabkan saya terpaksa minta cerai,” katanya sambil memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya dengan Harian Metro untuk dijadikan pengajaran kepada wanita lain supaya berhati-hati memilih suami, Citra berkata dia mengenali suaminya yang dinamakan M pada awal 2003 selepas diperkenalkan adik sepupunya.“Pada awal perkenalan, dia cukup sempurna apatah lagi tampil dengan ciri alim selain pandai mengambil hati ibu dan anak saudara yang saya pelihara sejak kematian ibu bapa kanak-kanak itu.“Mungkin kerana ingin memenuhi kehendak ibu yang mahu saya berkahwin selain terpaut dengan kasih sayang ditunjukkan kepada anak saudara menyebabkan saya bersetuju berkahwin pada Disember 2003 walaupun baru mengenalinya kira-kira tiga bulan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Citra yang memiliki beberapa rangkaian perniagaan berkata, kekurangan atau kelemahan M mula dikesannya sejak awal perkahwinan berikutan kegagalannya melayari malam pertama dengan sempurna.“Namun, saya menganggap ia mungkin masalah biasa bagi pasangan yang baru berkahwin dan terus mencuba walaupun dia seolah-olah hilang semangat ketika di ranjang.“Mungkin agak memalukan untuk diceritakan, namun suami saya langsung tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang dengan pelbagai cara,” katanya.

Menurut Citra, sejak itu, pelbagai cara dilakukannya termasuk berpakaian seksi dengan memakai baju tidur sutera selain memastikan fizikal tampil menarik bagi membangkitkan nafsu suaminya.“Namun, semua itu sia-sia apabila suami seolah-olah sengaja menjauhkan diri. Saya bertanya apa kekurangan diri ini, namun dia tidak dapat memberikan penjelasan munasabah.“Sebaliknya, ketika cuba mengelak daripada berasmara dia hanya memberi pelbagai alasan tidak logik seperti tak mahu ganggu saya yang keletihan, ingin menonton televisyen terlebih dahulu, mesyuarat di pejabat serta pelbagai alasan lain,” katanya.

Menurutnya, lebih mengecewakannya apabila suaminya itu memberi alasan mati pucuk akibat menghidap kencing manis.“Tapi, saya tahu alasan itu tidak munasabah kerana kencing manis yang dihidapinya tidak serius apatah lagi usianya yang masih muda.

“Akibat terlalu ingin menimang cahaya mata, saya berusaha menjalani penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI selain kaedah bayi tabung uji atau IVF bagi mencapai impian itu.“Walaupun terpaksa menjalani pembedahan selain mengeluarkan belanja besar sehingga lebih RM30,000, namun kedua-dua usaha terbabit tetap gagal berikutan sperma suami saya lemah.“Malangnya saya dipersalahkan suami dan dituduh menjadi punca kegagalan mendapatkan cahaya mata,” katanya.

Namun, kata Citra, segala persoalan yang menghantuinya terjawab apabila dia menemui gambar suaminya berpelukan dengan lelaki lain. Katanya, bukti itu diperkukuhkan dengan penemuan diari M dan pengakuan rakannya yang memberitahu M homoseksual sejak di bangku sekolah.“Untuk mencari bukti lebih sahih, saya memasang pita rakaman di dalam kereta dan hasilnya saya dapat mendengar rakaman perbualan mengghairahkan suami dengan rakan lelakinya,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan penderitaan dialami, dia memutuskan untuk bercerai dengan suaminya dan M bersetuju untuk melepaskannya selepas menyedari rahsianya terbongkar.“Saya kini lebih lega selepas lebih enam tahun menderita batin dan emosi  akibat tidak disentuh dan dilayan selayaknya sebagai wanita bergelar isteri,” katanya. 

Sumber : Harian Metro

* hermm .. makin hari makin ramai yg terjebak kedalam dunia geiboi .. dah tau gitu kenapa nak kawin gak .. lambat laun mesti terbongkar punya .. tak memasal pasangan jadi mangsa.

Sunday, November 14, 2010

5 Motor Paling Mahal

2 comments

Dodge Tomahawk V10 Superbike 


Diperkenalkan oleh syarikat Chrysler pada awal tahun 90an, ia masih menjadi motorsikal yang paling mahal sehingga ke saat ini. Di jual dengan harga USD550 ribu (RM 2 juta). Dilengkapi dengan enjin berkuasa 8300cc konfigurasi Tomahawk V10, tangki 8.3 Liter, 4 suspensi roda, ia boleh sampai ke kelajuan 100km/h dalam masa 2.5 saat .. perghhh .. belagak betul mamat tu .






Ecosse Titanium Series RR Limited Edition 


Biarpun harga motor ini hanya separuh dari harga Dodge Tomahawk, namun cuma 10 unit sahaja yang dipasarkan oleh syarikat pengeluarnya ke seluruh dunia. Berharga USD250 ribu, chasis nya dibuat menggunakan titanium dan dipadankan dengan salutan fiber karbon pada badan dan rodanya. Motor ini mempunyai kekuatan 200 kuasa kuda (200HP), tempat duduk yang ergonomik dan boleh laras dan dilengkapi jam istimewa yang direka khas oleh pembuat jam terkemuka Perancis, BRM.




Macchia Nera Concept Bike  


Motor ini dilengkapkan dengan enjin Ducati 998RS. Enjin dan rantainya kelihatan jelas di kedua dua belah sisi. Walaupun nampak bersaiz besar, enjinnya dibingkaikan dengan bahan yang ringan iaitu titanium  dan aluminium alloy. Dijual pada harga USD201 ribu tetapi perlu dibuat tempahan terlebih dahulu jika ingin memilikinya kerana Ducati tidak mengeluarkannya untuk diletakkan diruang pameran (showroom)


MTT Turbine SuperBike

Dengan harga jualan USD175 ribu, Super Bike ini menepati ciri ciri yang diperlukan untuk menjadi yang terpantas dan terbaik diatas jalanraya. Dipasang dengan enjin turbin Rolls Royce, ia mempunyai kuasa setinggi 300HP. Motor ini juga dipasang dengan kamera belakang , paparan LCD berwarna , pemacu kelajuan laser beradar di depan dan belakang, juga disempurnakan dengan butang 'smart start ignition'. Guiness World Record telah mengiktiraf motor ini sebagai 'Motor Yang Paling Berkuasa Yang Pernah Memasuki Pasaran' dan ini adalah sebab yang utama kenapa ramai orang 'memburunya'.


MV Agusta F4 CC

Claudio Castiglioni, Pengarah MV Agusta telah merekabentuk Super Bike ini dengan tangannya sendiri dan ini yang membuat ianya istimewa. Ia dipasang dengan enjin 1078cc dengan kuasa 198HP dan sedia untuk dijual pada harga USD120 ribu. Kelajuan maksimumnya ialah 314km/j . Setiap unit diberi nombor urutan yang ditempa atas plat platinum dan diletakkan berdekatan dengan tempat kawalan dan ini membuatkan motor ini kelihatan seperti keluaran terhad (limited edition). 


uish .. ni lagi gempak .. kah kah kah .. hadoih .. gila kentang .. laju siot .. tak payah beli ratus ratus ribu .. pakai kapcai je .. kih kih kih .. ni nak bagitau le .. cemana mahal pon motor yang kat atas tu .. tetap takleh beli nyawa luorang .. sebab nyawa takde nilai bandingannya .. so .. dont drink and drive .. huhuhu .. kewlz

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |