Showing posts with label Kisah Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Tauladan. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Lidah Dan Hati

1 comments

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Luqman al-Hakim seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.

"Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" tanya ibu tersebut kepada Luqman.

Luqman menjawab: "Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

Wednesday, November 24, 2010

Sunat Mengejutkan Mereka Sekiranya ...

0 comments

huhuhu .. selamba
Adalah menjadi perkara yang sunat untuk mengejutkan seseorang itu dari tidur sekiranya mereka tidur dalam  keadaan berikut:

» 1 «. Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadith Abu Bakr RA, beliau berkata: “Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Riwayat  Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

»  2 «. Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

» 3 «. Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh)". (Riwayat Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

» 4 «. Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahagian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Riwayat Abu Daud – semua perawinya thiqah)

» 5 «. Tidur waktu subuh. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Tidur subuh mencegah rezeki.” (Riwayat Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata: “Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

» 6 «. Tidur sebelum isya' kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadith yang panjang, riwayat dari Abi Bakr RA dimana beliau berkata: “Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya' dan sembang-sembang selepasnya.” .(Riwayat Bukhari - sahih)

» 7 «. Tidur lepas solat asar. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang tidur selepas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Riwayat Abu Ya’la – Sanad lemah)

» 8 «. Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

» 9 «. Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

» 10 «. Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda yang bermaksud  : “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”(Riwayat  At Tirmizi  dan Ahmad  - hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah
cara tidur ahli neraka jahannam.” (Riwayat Ibnu Majah)

» 11 «. Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail..Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya". (Riwayat Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

» 12 «. Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Riwayat Muslim)

* Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

* kena nengok gak tahap baran seseorang .. sebab ada owang yg memang bersilat masa kena kejut ... otomatik .. tak memasal makan penampar ... kah kah kah 

Monday, November 15, 2010

Rasulullah Dan Pengemis Buta

0 comments

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong,  dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapnya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sehingga beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW, Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya. Aisyah RA yang tidak lain dan tidak bukan, adalah isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana ", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapnya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu ?".

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa.".  "Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku",  bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW ".Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?"

"Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya mengucapkan dua kalimat Syahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Subhanallah, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya berniat untuk meneladani Baginda ? Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak.

Kalaupun tidak dapat kita meneladani beliau seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha mencontohinya sedikit demi sedikit, kita mulakan dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu...

Nasihat Seorang Ibu

0 comments


Seorang wanita yang baru saja melangsungkan pernikahan datang pada ibunya dan mengeluh soal tingkah laku suaminya.

Setelah pesta pernikahan yang meriah dan penuh gemilang beberapa waktu lalu, baru ia ketahui sikap sebenar si suami. Keras kepala, suka bermalas malasan, boros dsb.

Wanita muda itu berharap agar ibunya turut ikut menyalahkan suaminya. Namun betapa hampanya, ternyata ibunya diam saja. Malah si ibu kemudian terus pergi ke dapur, sementara puterinya itu melanjutkan cerita sambil mengikutinya.

Si ibu lalu memasak air. Setelah sekian lama, air mendidih. Si ibu menuangkan air panas itu kedalam 3 gelas yang telah disiapkan.

Di dalam gelas pertama ia masukkan Telur.
Digelas yang kedua, ia letak Lobak Merah.
Dan digelas ketiga, ia bubuhkan Kopi.

Setelah menunggu beberapa saat , ia mengangkat isi ketiga gelas tadi. Lobak  yang keras menjadi Lembut, Telur yang mudah pecah menjadi Keras, dan  Kopi mengeluarkan aroma yang Harum.

Lalu si ibu menjelaskan,...."Anakku, masalah itu bagaikan air mendidih. Namun, bagaimana sikap kitalah yang akan menentukan natijahnya. Kita boleh menjadi : "Lembik seperti Lobak Merah" atau "Mengeras seperti Telur" atau malah "Harum seperti Kopi"

Dalam tiap masalah, sebenarnya tersimpan mutiara iman yang berharga. Sangat mudah untuk beryukur saat keadaan baik-baik saja. Tapi apakah kita dapat tetap percaya saat pertolongan Tuhan seolah tidak kunjung datang?

Dari kisah ini, kita belajar ada 3 reaksi orang ketika masalah menimpa. Ada yang jadi lembik, suka mengeluh, dan mengasihi diri. Ada yang mengeras marah dan memberontak pada Tuhan. Ada juga malah makin harum, makin taat dan berserah percaya pada Nya.

Adakalanya Tuhan sengaja menunda pertolonganNya. Apa tujuannya? Agar kita belajar percaya, tidak pernah ada masalah yang tidak dapat Dia selesaikan.. ......

Dia membuat semua indah pada waktuNya...‎.....

Wallahua'lam

Sunday, November 14, 2010

Pelan Pelaksanaan Penerapan Aqidah

0 comments


Realitinya, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan tumpuan secara tegas supaya segala usaha yang dilakukan kearah penerapan aqidah dalam pendidikan akan menghasilkan natijah yang sewajarnya , antaranya :

Kekuatan Ibu Bapa - Faktor terpenting kerana ibu bapa yang memiliki kekuatan ilmu, kemantapan iman dan kesungguhan dalam beramal akan dapat membantu si anak dalam memantapkan kekuatan imandan aqidah, sekaligus ibu bapa akan menjadi contoh dan model yang terawal dan terbaik kepada anak anak.

Kesedaran Ibu Bapa - Kepekaan dan kesedaran tentang betapa pentingnya penanaman aqidah akan dapat menggerakkan segala usaha dan langkah ke arah mendidik dan membentuk anak anak dengan didikan agama yang sewajarnya.

Kefahaman Masyarakat - Kefahaman yang tidak seimbang dikalangan masyarakat terhadap kepentingan penghayatan aqidah dan penerapannya kepada anak anak juga penyebab kepada gagalnya pendidikan Islam. Terdapat dikalangan masyarakat yang melihat dan menilai kepentingan asas asas aqidah dan agama sebagai perkara remeh sahaja dan bukan faktor penentu atau kata putus dalam pembinaan dan pendidikan generasi

Kelemahan Sistem Pendidikan - Sistem yang ada sekarang ini rata ratanya menunjukkan kelemahan yang ketara kerana kejayaan anak anak dinilai melalui kecemerlangan dalam peperiksaan semata mata. Hakikatnya, kecemerlangan itu perlu diperluaskan persepsinya, ia juga mesti meliputi kecemerlangan akhlak, cara hidup dan amal ibadat seseorang disamping kejayaan dalam peperiksaan.

Pandangan Negatif Tentang Pentingnya Ilmu Agama - Perkara yang dilihat sebagai pengancam kepada kejayaan usaha penerapan aqidah dalam pendidikan anak anak. Sewajarnya ilmu agama dianggap sebagai pemangkin kepada keutuhan peribadi anak anak walau dalam bidang apa sekalipun yang diceburinya. Ini adalah kerana Ilmu itu merupakan satu ibadah.

Pengaruh Budaya Keilmuan Barat - Penyebab kepada timbulnya penyakit kepada sebahagian umat Islam semasa. Budaya Keilmuan barat menyelusup masuk melalui kaedah pengajian, silibus dan sebagainya

Berlaku Gejala Songsang Tanpa Penerapan Aqidah - Faktor berlakunya isu isu keruntuhan akhlak dan moral seperti murtad, seks bebas, dadah, penipuan, rompakan dan sebagainya adalah bermula dari lemahnya aqidah dan iman dan lesunya penghayatan agama dalam diri individu terbabit. Disamping itu, tidak dinafikan wujudnya serangan pemikiran dan budaya sonsang dari barat yang menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala buruk di kalangan generasi anak anak orang Islam, namun begitu, kelemahan dalaman diri umat Islam adaah punca segala galanya.

Artikel Berkaitan Topik Ini


Didikan Anak - Pengenalan
Beberapa Aspek Pendidikan Yang Diperlukan 
Aqidah Islamiah Asas Pendidikan Dan Pembentukan
Penerapan Aqidah Islamiah Dan Kepentingannya
Pendidikan Menurut Al Quran Dan Sunnah

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |