Showing posts with label Ulama Nusantara. Show all posts
Showing posts with label Ulama Nusantara. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

SYEIKH ABDULLAH ARIF - Penyebar Islam Pertama Di Aceh

3 comments

Petikan Bahr al Lahut karya Syeikh Abdullah Arif


NEGERI-negeri pertama di Nusantara atau dunia Melayu memeluk agama Islam ialah Aceh, Kedah dan Patani. Berbagai-bagai teori tentang kedatangan Islam di dunia Melayu. Ada sarjana berpendapat kedatangan Islam langsung dari tanah Arab.

Pendapat yang lain pula menyebut datang dari India, terutama dari Malabar dan Gujerat.

Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqah al-Azhar wa ar-Rayahin menyebut ia juga diperanani oleh bangsa Arab-Andalus. Ada juga pendapat yang menyebut dari negeri China. Semua pendapat saya tinggalkan saja, yang dibicarakan di sini ialah bahawa daripada sekian ramai penyebar Islam yang datang di Aceh itu ialah Syeikh Abdullah Arif dan yang di Kedah pula Syeikh Abdullah al-Qumairi.

Kedua-dua ulama yang tersebut hidup sezaman dengan seorang Wali Allah yang sangat terkenal, ialah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Tokoh-tokoh Islam yang datang di dunia Melayu sebahagian besar adalah diperanani oleh ulama sufi. Sebagai bukti bahawa mereka lebih mengutamakan tasawuf sekurang-kurangnya dapat dibuktikan dengan sebuah karya tulis judul Bahr al-Lahut yang dikarang oleh Syeikh Abdullah Arif.

Hingga abad yang ke-16, ajaran tasawuf masih mendominasi seluruh aspek dalam pendidikan Islam, persuratan, dan kehidupan masyarakat Melayu terutama di Aceh. Pada abad ke-16 hingga 17, hampir seluruh karya Syeikh Hamzah al-Fansuri adalah tentang tasawuf belaka. Bahkan kesan kekukuhan ajaran tasawuf masih dapat dirasakan hingga pada zaman ini.

Syeikh Abdullah Arif adalah seorang pendatang dari bumi Arab ke Aceh bersama sekian ramai mubaligh lainnya. Ada orang meriwayatkan bahawa di antara sahabat Syeikh Abdullah Arif ialah Syeikh Ismail Zaffi. Barangkali Syeikh Abdullah Arif ada hubungan atau pernah berkenalan atau pun menjadi murid seorang Wali Allah yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (lahir 471 H/1079 M, wafat 561 H/1166 M).

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pernah sampai di Aceh, demikian menurut H.M. Zainuddin dalam buku Aceh dan Nusantara. Memperhatikan tahun wafat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani 561 H/1166 M dengan salah satu pendapat yang menyebut bahawa Syeikh Abdullah Arif tiba di Aceh tahun 560 H/ 1165 M (setahun sebelum kewafatan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani), bererti dapat dipastikan sekurang-kurangnya kedua-dua ulama itu hidup sezaman.

Tersebut dalam sebuah majalah ilmiah yang diterbitkan di Mekah al-Mukarramah Zulhijjah 1356 H bersamaan Februari 1938 M, an-Nida' al-Islami, bahawa yang mula-mula penyebar agama Islam bangsa asing datang ke Sumatera ialah seorang dari Mekah iaitu Syeikh Abdullah Arif pada abad ke-13 Masihi.

Pedagang Mekah

Syeikh itu seorang pedagang di antara beberapa pedagang Mekah. Kedatangannya itu membawa pelbagai barangan yang dihasilkan di negeri Hijaz, seperti pelbagai jenis kurma, kulit kambing dan lain-lain. Syeikh Abdullah Arif itu membawa barang-barangnya turun di Sumatera Utara (Aceh), dia diterima oleh masyarakat di sana.

Disebabkan rasa tanggungjawab untuk menyebarkan Islam, dan sebab yang lain penduduk Aceh zaman itu sangat mesra bergaul dengan orang-orang Arab, termasuk Syeikh Abdullah Arif, maka mereka saling rasa terhutang budi. Oleh hal yang demikian, Syeikh Abdullah Arif dan orang-orang Arab yang lain, tertutup hati mereka untuk kembali ke negeri mereka atau pun merantau ke tempat yang lainnya.

Diriwayatkan pula bahawa Syeikh Abdullah Arif mula memberi pendidikan kepada masyarakat, ramai yang masuk Islam dan ramai pula muridnya. Murid-murid Syeikh Abdullah Arif menyebarkan Islam di pantai Barat pulau Sumatera, daerah Minangkabau.

Di antara murid beliau yang terkenal ialah Syeikh Burhanuddin. Syeikh Burhanuddin adalah yang pertama menyebarkan Islam di Sumatera Barat (Minangkabau). Kuburnya dijumpai di Kuntu di tepi Sungai Kampar Kiri (tahun wafat 610 H/1214 M). Syeikh Burhanuddin murid Syeikh Abdullah Arif ini lain dari Syeikh Burhanuddin Ulakkan murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

Dalam buku prosiding Risalah Seminar Sejarah Masuknya Islam ke Indonesia, mencatatkan tahun kedatangan Syeikh Abdullah Arif itu, dinyatakan bahwa menurut hikayat yang bersumber kita sendiri seorang pengembang Arab bernama Syeikh Abdullah Arif sudah memulai pengembangan itu pada tahun Masihi 1177.

Dalam an-Nida’ al-Islami pula pula menyebut tahun 1170 M, berdasarkan penyelidikan seorang sarjana Jerman. Penyelidikan yang terkini ada pendapat lain tentang ketibaan Syeikh Abdullah Arif di Aceh, ialah tahun 506 H/1111 M dan tahun 560 H/1165 M. Tentang kubur Syeikh Abdullah Arif, H.M. Zainuddin menulis, bahawa “ada lagi satu kompleks kuburan yang bernama Jeurut Kling (Kuburan Keling). Di antara kuburan itu oleh seorang perempuan tua yang menyebut kubur Keling itu, namanya didengar dari orang-orang yang melepaskan nazar dulu disebut Abdullah Arif.”

Timur Sumatera

Di negeri-negeri di pantai timur pulau Sumatera pula Syeikh Abdullah Arif tidak mengirim murid-muridnya, kerana ketika itu telah ada seorang bernama Johan Syah yang diutus oleh Sultan Aceh sendiri. Setelah memeluk agama Islam, Johan Syah menukar namanya kepada Ali Mandayat.

Beliau mendapat pendidikan Islam di India. Ali Mandayat menerima rintangan yang banyak dari penduduk yang belum beragama dan ada juga yang beragama Hindu. Oleh itu beliau terpaksa menyebarkan Islam dengan jalan berpindah-randah dari satu kampung ke kampung. Ali Mandayat berhasil mengirim utusan belajar ke Mekah al-Mukarramah.

Akhirnya Raja Mekah mengirim Syeikh Ismail ke Sumatera di bahagian pantai timur itu. Dalam waktu yang relatif singkat dan cepat, hanya sekitar 50 tahun sesudah aktiviti Ali Mandayat itu, agama Islam tersebar hampir ke seluruh pulau Sumatera.

Syeikh Abdullah Arif barangkali termasuk salah seorang penulis berbagai-bagai kitab tentang sufi, tetapi yang baru diketahui hanya sebuah, iaitu karyanya yang berjudul Bahr al-Lahut. Kitab Bahr al-Lahut ditulis dengan bahasa Arab. Hanya sebuah naskhah atau manuskrip dalam bahasa Arab dijumpai manakala naskhah atau manuskrip yang diterjemah ke bahasa Melayu terdapat beberapa buah.

Naskhah bahasa Arab pernah dimiliki oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Makasar. Berdasarkan tahun kedatangan Syeikh Abdullah Arif di dunia Melayu dapat disimpulkan bahawa Bahr al-Lahut adalah risalah yang pertama sekali ditulis di rantau ini.

Nur Muhammad

Manuskrip dalam bahasa Arab adalah salinan yang diusahakan oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Makasar. Secara umum kandungan Bahr al-Lahut adalah membicarakan akidah, tasawuf dan kejadian alam semesta. Dimulakan dengan kisah kejadian Nur Muhammad, dilanjutkan dengan kejadian alam semesta, tujuh petala langit, tujuh petala bumi, alam yang nyata dan alam yang ghaib.

Allah mengangkat darjat Nabi Muhammad s.a.w. pada sisi keagungan-Nya. Nabi Muhammad s.a.w. adalah makhluk Allah yang paling tinggi kedudukannya berbanding semua makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi yang awal pada kejadian Nur dan Nabi yang akhir pada kejadian sebagai utusan Allah di permukaan bumi.

Tiada Nabi yang lain sesudah Nabi Muhammad s.a.w. Allah menjadikan itu sekeliannya daripada Nur al-Wilayah dan Nur an-Nubuwah. Bahawa Nur al-Wilayah dan Nur an-Nubuwah itu adalah sifat Nabi Muhammad s.a.w.. Nur al-Wilayah itu tempatnya pada batin (tersembunyi) sedang Nur an-Nubuwah itu tempatnya pada zahir (nyata).

Sesungguhnya ada lagi yang dinamakan jauhar. Bahawa jauhar yang pertama dinamakan Alam al-Kabir (Alam Besar). Selain itu Allah menjadikan sekalian rangkaian susunan kejadian kosmos yang dinamakan Arasy, Kursi, Lauh al-Mahfuz, kalam, Samawat (Langit), al-Ardh (Bumi), an-Nujum (bintang-bintang), syurga dan neraka berserta sekelian penghuni dan isinya.

Segala kejadian itu adalah ajaib belaka. Ada pun bumi dihuni oleh sekalian bangsa manusia, haiwan, jin dan syaitan. Dari semua nama yang disebutkan itu, mulai Arasy dan seterusnya hanya bumi saja paling banyak digunakan manusia, kerana bumi adalah tempat kediaman mereka.

Walaupun ada usaha-usaha manusia mengharungi angkasa luar hingga berusaha melakukan penyelidikan ke bulan dan planet-planet lainnya, namun pencapaian yang dapat dijangkau oleh kebanyakan manusia hanyalah dalam bumi juga.

Manusia diberi akal oleh Allah s.w.t. untuk mencapai segala-galanya, dengan tidak menafikan kemampuan tentang dunia, namun pada hakikatnya pengetahuan manusia tentang keseluruhan yang ada pada bumi sendiri pun tidak akan habis-habisnya untuk diselidiki dan digarap untuk kepentingan manusia.

Pegangan akidah

Pegangan akidah Syeikh Abdullah Arif adalah sama dengan pegangan ulama-ulama Ahli Sunah wal Jamaah yang muktabar, tentang tiada sesuatu yang tersembunyi bagi Allah s.w.t. Lalu beliau memetik pendapat yang beliau namakan ahlus sirri (maksudnya orang-orang yang dapat mengetahui perkara-perkara rahsia hakikat). Menurut Syeikh Abdullah Arif ahlus sirri berkata: “Ada pun Allah s.w.t itu melihat pada jauh dan melihat pada hampir sekeliannya.”

Pengertian Syeikh Abdullah Arif tentang syahadat pula beliau huraikan sebagai berikut: “Berkata ahli al-musyahadah, adapun tempat syahadat itu, bahawa melihat ia bagi dirinya, maka tiada dapat tiada segala orang yang Mukmin dipandang yang demikian itu, maka sahlah pandangannya seperti Allah dan Rasul-Nya.” Yakni diumpamakan seperti orang melihat sehari bulan dan melihat purnama bulan dengan penuhnya.

Maka telah berkata orang ahlul isyarah: “Ada pun sehari bulan itulah hendak menjadikan purnama bulan adanya.”

Selanjutnya dihuraikan pula tentang Islam, kata beliau, “ketahui olehmu bahawa Islam dan kamal al-Islam (kesempurnaan Islam) itu adalah dikukuhkan daripada kalimah syahadah.” Ada pun kamal al-Islam itu, maka memandang yang sebenar-benarnya, tulus dan ikhlasnya, iaitu mukmin dengan sebenar-benarnya kerana penglihatan itu seperti sabda Nabi s.a.w., Barang siapa berfikir dengan sekejap mata sekalipun, kerana memikirkan Allah Taala, maka terlebih baik daripada berbuat ibadat 1,000 tahun lamanya.

Syeikh Abdullah Arif membahas selanjutnya, Maka telah berkata orang ahl al-Muqabalah, “Jadikan dirimu dengan perintah tuhanmu dengan sempurna adamu dengan Qudrat tuhanmu. Maka dijadikan diri kamu itu sebagai tempat kenyataan kenal kepada tuhanmu.”

Untuk menguatkan pegangan Syeikh Abdullah Arif menggunakan dalil firman Allah, Tiap-tiap sesuatu itu binasa jua, melainkan yang tiada binasa hanya Allah, bagi-Nya kekuasaan menentukan hukum, dan kepada-Nya kamu dikembalikan. (Al-Qasas: 88)

Sumber - Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Wednesday, June 20, 2012

Tuan Guru Haron Din - Sebuah Biodata Ringkas

0 comments



Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. 

Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. 

Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. 

Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.

Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. 

Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

Pendidikan

  • Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
  • Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
  • Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
  • Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
  • Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
  • Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)


Kerjaya

  • Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
  • Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
  • Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
  • Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
  • Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
  • Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
  • Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
  • Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting


Politik

  • Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
  • Ketua Penerangan PAS Pusat
  • Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
  • Timbalan Mursidur Am PAS


Pilihan raya

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 , Ustaz Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%


Wednesday, June 13, 2012

Tuan Guru Hadi Awang : Sebuah Biodata Ringkas

0 comments



KELAHIRAN

Lahir pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 di kampung Rusila, Marang, Terengganu. Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.

KELUARGA

Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajjah Zainab bt. Awang dan Dr. Norzita Taat. Anak 13 orang. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulong beliau belajar di Universiti Iman, Yaman.

PENDIDIKAN

Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973. Tamat dengan B. A (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

POLITIK

  • Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. 
  • 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. 
  • Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. 
  • Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.
  • Menjadi Presiden PAS sejak 2002 (sehingga kini), bagi meneruskan perjuangan Almarhum Ust. Fadzil Noor yang kembali kerahmatullah.


PILIHANRAYA

Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

ANTARABANGSA

Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.

Antaranya :-

1. Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.

2. Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.

3. Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.

4. Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.

5. Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.

6. Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.

7. Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

BADAN BUKAN KERAJAAN

Menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Terengganu 1977 - 1978.

PENGALAMAN KERJA

Menjadi Pegawai Yayasan Islam Terengganu setelah tamat belajar 1977 - 1978
Menjadi Menteri Besar Terengganu 1999 - 2004





Sunday, May 13, 2012

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat: Sebuah Biografi Ringkas

0 comments



Tahun Lahir
1931

Tempat Lahir
Pulau Melaka, Kelantan

Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.
  • Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
  • Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
  • Universiti Deobond, India - 1952.
  • Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.
  • Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
  • Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.


Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab

Buku Buku:
Karangan buku hasil dari buah tangan beliau sendiri, ataupun hasil dari koleksi ceramah oleh pelajar pelajar, begitu juga penulisan yang berdasarkan pemikiran beliau itu banyak jumlahnya dan dengan mudah boleh didapati dari kedai kedai buku yang menjual buku berkaitan agama.

Berikut adalah beberapa tajuk buku TGNA:

  • Muhammad (SAW) bukan Nasionalis 
  • Tafsir Al-Quran, Surah Surah Pilihan
  • Bertemu Janji Allah (Bahagian 1)
  • Bertemu Janji Allah (Bahagian 2)
  • Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman
  • Muhammad SAW Jejak Junjungan Mulia
  • Unplugged 2
  • Asmaul Husna; Dengan NamaMu Aku Hidup
  • Hidayah
  • Telaga Budi
  • Kenal Pembeza Hak Dan Batil
  • Kisah Cinta Dalam Al-Quran
  • Ingatlah Tempatmu Di Akhirat
  • Bunga Kebahagiaan
  • Bertemu Janji Allah (Bahagian 1)
  • Soal Jawab Isu-Isu Mencabar Dalam Islam
  • Taqwa
  • Akhlak Bermuamalat
  • Tundukkan Hati
  • Bertemu Janji Allah (Bahagian 2)
  • Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman
  • Kemuncup Dalam Perjuangan


Selain itu terdapat pula buku yang membuat perbandingan dan ulasan tentang peribadi beliau seperti:

  • Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz : Wan Ji Wan Hussin
  • Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat : Annual Bakri Haron & Abdul Shukur Haron
  • Saat Cinta Bertasbih: Tribut Untuk Tuan Guru: Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, Rossem


Tugas Yang Pernah Disandang:
  • Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
  • Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
  • Penyelia Kelas Dewasa KEMAS.
  • Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.


Politik:
  • 1967 - Daftar sebagai ahli PAS.
  • 1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
  • 1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
  • 1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
  • 1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
  • 1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
  • 1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
  • 1990-Sekarang - Menteri Besar Kelantan.


Kesimpulan Jawatan Politik:
  • 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
  • 4 Tahun Sebagai Ahli DUN Semut Api 
  • Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 22 Tahun.
  • Secara totalnya (2012) Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 45 Tahun.


Nota :  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. Menteri Besar Kelantan itu,  disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'. The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Satu penghormatan buat TGNA.

Saturday, November 13, 2010

Sunan Bonang

0 comments

Beliau merupakan anak kepada Sunan Ampel melalui perkahwinan dengan Nyi Ageng Manila, puteri seorang Adipati di Tuban. Lahir pada tahun 1465 dengan diberi nama Raden Makhdum Ibrahim, beliau merupakan abang kepada Sunan Drajat dan juga cucu kepada Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik). Bonang pula adalah merujuk kepada sebuah desa di Kabupaten Rembang.

Beliau belajar agama dari pesantren milik ayahnya di Ampel Denta. Setelah cukup dewasa, beliau mengembara untuk berdakwah di banyak pelusuk Pulau Jawa, bermula dari Kediri yang majoriti penduduknya menganut ajaran Hindu. Di situ beliau mendirikan sebuah masjid yang diberi nama Masjid Sangkal Daha.

Beliau akhirnya menetap di Bonang, sebuah desa kecil di Lasem, 15 kilometer timur Kota Rembang, Jawa Tengah. Di sini , beliau menubuhkan pesantren yang kini dikenali dengan nama Watu Layar. Pada masa yang sama, beliau telah dilantik sebagai Imam Rasmi pertama Kesultanan Demak sekaligus Panglima Tertinggi, namun biarpun begitu, dia tetap dengan aktivitinya mengembara ke ceruk ceruk desa yang terpencil.

Dakwah Sunan Bonang
Tak seperti Sunan Giri yang menumpukan perhatian dalam fiqh, Sunan Bonang mengadunkan ajaran ahlussunnah bergaya tasawuf dan jalur salaf ortodoks. Ia menguasai ilmu fiqh, usuludin, tasawuf, seni, sastera dan arkitek. Masyarakat juga mengenal Sunan Bonang sebagai seorang yang pakar mencari sumber air di tempat-tempat gersang.

Sunan Bonang juga terkenal dalam hal ilmu kebatinannya. Ia mengembangkan ilmu (zikir) yang berasal dari Rasullah SAW, kemudian beliau kombinasi dengan kesimbangan pernafasanyang disebut dengan rahsia Alif Lam Mim ( ا ل م ) yang artinya hanya Allah SWT yang tahu. Sunan Bonang juga menciptakan gerakan-gerakan fizik atau jurus yang beliau ambil dari seni bentuk huruf Hijaiyyah yang berjumlah 28 huruf dimulai dari huruf Alif dan diakhiri huruf Ya'. Ia menciptakan gerakan fizik dari nama dan simbol huruf hijaiyyah adalah dengan tujuan yang sangat mendalam dan penuh dengan makna, secara awam penulis artikan yaitu mengajak murid-muridnya untuk menghafal huruf-huruf hijaiyyah dan nantinya setelah mencapai tingkatnya diharuskan bisa baca dan memahami isi Al-Qur'an. Penekanan keilmuan yang diciptakan Sunan Bonang adalah mengajak murid-muridnya untuk melakukan Sujud atau Solat dan Zikir. Hingga sekarang ilmu yang diciptakan oleh Sunan Bonang masih diamalkan di Indonesia oleh generasinya dan diorganisasikan dengan nama Padepokan Ilmu Sujud Tenaga Dalam Silat Tauhid Indonesia

Ajaran Sunan Bonang berintikan pada filsafat 'cinta'('isyq), mirip dengan kecenderungan Jalalludin Rumi. Menurut beliau, cinta sama dengan iman, pengetahuan intuitif (makrifat) dan kepatuhan kepada Allah SWT atau haq al yaqin. Ajaran tersebut disampaikannya secara popular melalui media kesenian yang disukai masyarakat. Dalam hal ini, Sunan Bonang bahu-membahu dengan murid utamanya, Sunan Kalijaga

Karya Sastera

Sunan Bonang banyak menggubah sastera berbentuk suluk atau tembang tamsil. Antara lain Suluk Wijil yang dipengaruhi kitab Al Shidiq karya Abu Sa'id Al Khayr. Sunan Bonang juga menggubah tembang Tamba Ati (dari bahasa Jawa, bererti penyembuh jiwa) yang kini masih sering dinyanyikan orang.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1525M, di pulau Bawean. Mayatnya menjadi rebutan antara masyarakat Bawen dan penduduk Tuban, namun akhirnya dapat diselesaikan dengan pemakaman beliau di sebelah barat Masjid Agung, Tuban. 

Sunan Drajat

1 comments


Dilahirkan sebagai Raden Qasim, Qosim atau Kasim, pada tahun 1470 Masehi, beliau mempunyai beberapa nama dan gelaran lain mengikut naskah naskah lama mengenainya antaranya Sunan Mahmud, Sunan Mayang Madu, Sunan Muryapada, Raden Imam, Maulana Hasyim, Syeikh Masakeh, Pengiran Syarifuddin, Pengiran Kadrajat, dan Masaikh Munat. Beliau merupakan putera kepada Sunan Ampel melalui perkahwinan dengan Nyi Ageng Manila atau dikenali dengan nama Dewi Condrowati. Selain dari Sunan Drajat, Sunan Ampel mempunyai 4 orang anak lagi iaitu Sunan Bonang, Siti Muntasiah yang berkahwin dengan Sunan Giri, Nyi Ageng Maloka yang diperisterikan oleh Raden Patah dan seorang lagi puteri yang disunting oleh Sunan Kalijaga. 

Sunan Drajat adalah seorang  yang terkenal cerdas. Setelah pelajaran Islam dikuasai, beliau mengambil tempat di Desa Drajat wilayah Kecamatan Paciran Kabupaten Lamongan sebagai pusat kegiatan dakwahnya sekitar abad 15 dan 16 Masehi. Ia memegang tampuk pemerintahan di wilayah Drajat sebagai daerah autonomi kerajaan Demak selama 36 tahun.

Beliau sebagai Wali penyebar Islam yang terkenal berjiwa sosial, sangat memperhatikan nasib kaum fakir miskin. Ia terlebih dahulu mengusahakan kesejahteraan sosial dan barulah selepas itu memberikan pemahaman tentang ajaran Islam. Motivasi lebih ditekankan pada semangat kuat bekerja, kedermawanan untuk membasmi kemiskinan dan membawa kemakmuran. Usaha ke arah itu menjadi lebih mudah kerana Sunan Drajat memperoleh kuasa penuh untuk mengatur wilayahnya yang mempunyai autonomi.

Sebagai penghargaan atas kejayaannya menyebarkan agama Islam dan usahanya memerangi kemiskinan dengan membawa kehidupan yang makmur bagi warganya, beliau memperolehi gelaran Sunan Mayang Madu dari Raden Patah,  Sultan Demak pada tahun 1520 Masehi.

Konsep Dakwah Sunan Drajat
  • Melalui pengajian secara langsung di Masjid
  • Melalui sistem pendidikan di pesantren 
  • Memberi fatwa dalam menyelesaikan sesuatu masalah 
  • Melalui kesenian tradisional, Sunan Drajat kerap menggunakan cara berdakwah dengan seni Pangkur dengan iringan gendang.
  • Melalui ritual adat tradisional selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam


Falsafah Sunan Drajat

Falsafah Sunan Drajat dalam membasmi kemiskinan kini diabadikan dalam sap tangga ke tujuh dari dataran komplek Makam Sunan Drajat. Secara lengkap makna falsafah ke tujuh sap tangga tersebut sebagai berikut :
  • Memangun resep teyasing Sasomo (kita selalu menyenangkan hati orang lain)
  • Jroning suko kudu eling Ian waspodo (di dalam suasana riang kita harus tetap ingat dan waspada)
  • Laksitaning subroto tan nyipto marang pringgo bayaning lampah (dalam perjalanan untuk mencapai cita - cita luhur kita tidak peduli dengan segala bentuk rintangan)
  • Meper Hardaning Pancadriya (kita harus selalu menekan gelora nafsu-nafsu)
  • Heneng - Hening - Henung (dalam keadaan diam kita akan memperoleh ketenangan dan dalam keadaan tenang itulah kita akan mencapai cita - cita luhur).
  • Mulyo guno Panca Waktu (suatu kebahagiaan lahir batin hanya dapat kita capai dengan solat lima waktu)
  • Menehono teken marang wong kang wuto, Menehono mangan marang wong kang luwe, Menehono busono marang wong kang wudo, Menehono ngiyup marang wongkang kodanan (Berilah ilmu agar orang menjadi pandai, Sejahterakanlah kehidupan masyarakat yang miskin, Ajarilah kesusilaan pada orang yang tidak punya malu, serta beri perlindungan orang yang menderita)


Beliau meninggal dunia dan dimakamkan di desa Drajad, kecamatan Paciran Kabupaten Lamongan Jawa Timur. Tidak jauh dari makam beliau telah dibina sebuah Muzium yang menyimpan beberapa peninggalan dari zaman Wali Songo. Khususnya peninggalan beliau di bidang kesenian.

Wallahua'lam

Sunan Giri

4 comments


Beliau mempunyai beberapa nama lain seperti Raden Paku, Prabu Satmata, Sultan Abdul Faqih, Raden Ainul Yakin dan Joko Samudra. Beliau dilahirkan di daerah Blambangan, Banyuwangi dan menetap di Desa Giri, Kebomas, Gresik, Jawa Timur, sehingga akhir hayatnya.

Menurut salasilah yang dikeluarkan dari pesantren (pondok pengajian agama), nama dan nasab beliau adalah Ainul Yakin (Sunan Giri) bin Maulana Ishaq bin Jamaluddin Akbar Al Husaini (Maulana Akbar) bin Ahmad Shah Jalal (Jalaluddin Khan) bin Abdullah Al Azhamat Khan bin Abdul Malik Ahmad Khan bin Alwi Ammi Al Faqih bin Muhammad Dhahib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alwi Ats Tsani bin Muhammad Sahibus Saumiah bin Alwi Awwal bin Ubaidullah bin Ahmad Al Muhajir bin Isa Ar Rumi bin Muhammad Al Naqib bin Ali Al Uraidhi bin Jaafar Ash Shadiq bin Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali Karamallahu Wajhah. Berketurunan Rasulullah SAW melalui susur galur Hussain. 

Beliau merupakan anak dari perkahwinan Maulana Ishaq, seorang pendakwah Agama Islam dari Asia Tengah, dengan Dewi Sekardadu, puteri Prabu Menak Sembuyu, pemerintah wilayah Blambangan di waktu penghujung kuasa Kerajaan Majapahit. Kelahiran beliau dianggap sebagai pembawa malang kepada daerah Blambangan kerana ketika itu terjadi penularan wabak penyakit dan ini membuatkan datuknya, Prabu Menak Sembuyu, memerintahkan pengawal kerajaan untuk menghanyutkan beliau ke laut dengan diletakkan ke dalam peti yang diperbuat dari besi. Perkara itu sampai ke pengetahuan ibunya, Dewi Sekardadu dan tanpa menghiraukan keadaannya yang ketika itu baru bersalin, beliau terus menyusur pantai untuk mencari peti yang berisi anaknya namun gagal dan akhirnya beliau menemui ajal dalam pencariannya.

Peti besi yang berisi bayi itu telah dihanyutkan ombak hingga ke tengah laut. Cahaya yang bersilau dipanah matahari telah menarik perhatian sekumpulan pedagang yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Bali lalu mereka mengambil dan membukanya. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati isinya adalah seorang bayi yang baru lahir lalu mereka membuat keputusan untuk berpatah balik ke Gresik untuk menyelamatkannya. Di Gresik, mereka menyerahkan  bayi tersebut kepada seorang wanita yang juga seorang pemilik kapal bernama Nyai Gede Pinatih yang telah bersetuju untuk mengambilnya sebagai anak dan terus diberi nama Joko Samudra.

Ketika meningkat remaja, Joko Samudra telah dibawa oleh ibu angkatnya ke Surabaya untuk belajar ilmu agama dari Raden Rahmat (Sunan Ampel) atas permintaanya sendiri. Tidak berapa kemudian, Sunan Ampel mendapat tahu tentang identiti sebenar anak murid kesayangannya itu. Memandangkan panggilan haji telah hampir tiba dan Sunan Ampel telah berniat untuk melaksanakannya pada masa tersebut maka dikirimkan Joko Samudra beserta Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) ke Pasai untuk mendalami ajaran agama. Di Pasai, mereka berdua disambut dengan tangan terbuka oleh Maulana Ishaq yang tak lain merupakan ayah kepada Joko Samudra sendiri dan dari situlah, beliau mengetahui jalan cerita sebenar hidupnya sejak dilahirkan.

Setelah 3 tahun pengajian, Joko Samudra telah diperintahkan oleh ayahnya untuk kembali ke tanah Jawa untuk mengembangkan ajaran Islam disana. Dengan berbekalkan segumpal tanah yang diberikan oleh ayahnya sebagai panduan, beliau berkelana di tanah Jawa untuk mencari dimana letak tanah yang sama dengan tanah yang dibawa. Akhirnya setelah bertafakur dan meminta pertolongan serta petunjuk dari Allah SWT, beliau akhirnya berjumpa dengan lokasi yang dicari iaitu sebuah perbukitan di desa Sidomukti, Kebomas. Beliau lalu memutuskan untuk terus menetap disitu dan membangunkan pesantren Giri iaitu pesantren yang pertama didirikan didalam Kota Gresik. Giri bermaksud gunung didalam bahasa Jawa , dan sejak itu beliau digelar oleh masyarakat sebagai Sunan Giri.

Pesantren Giri kemudian menjadi tersohor sebagai salah satu pusat penyebaran agama Islam di Jawa, bahkan pengaruhnya sampai ke Madura, Lombok, Kalimantan, Sumbawa, Sumba, Flores, Ternate, Sulawesi dan Maluku. Pengaruhnya terus mekar berkembang sehingga ia bertukar menjadi sebuah kerajaan yang bernama Kerajaan Giri dan Sunan Giri sendiri digelar Raja dari Bukit Giri. Kerajaan Giri Kedaton terus menguasai Daerah Gresik sehingga beberapa generasi sebelum akhirnya ditumbangkan oleh Sultan Agung. 

Wallahua'lam

Friday, November 12, 2010

Sunan Muria

0 comments


Nama sebenarnya ialah Raden Umar Said atau Raden Said dengan mempunyai nama gelaran Raden Prawoto, beliau adalah anak kepada Sunan Kalijaga. Ibunya pula ialah Dewi Sarah iaitu adik kandung kepada Sunan Giri. Datuk dari sebelah ibunya pula bernama Maulana Ishak. Mendapat gelaran Sunan Muria berdasarkan tempat tinggal terakhirnya iaitu di lereng Gunung Muria, 18 kilometer di utara Kota Kudus, Jawa Tengah.

Setelah dewasa, Sunan Muria telah bernikah dengan Dewi Sujinah, puteri kepada Sunan Ngudung, dan telah memperolehi seorang putera yang bernama Pangeran Santri, dan yang di kemudian hari telah diberikan nama julukan Sunan Ngadilangu. Oleh itu, Sunan Muria juga memiliki pertalian keluarga dengan Sunan Kudus, kerana Sunan Kudus adalah putera kepada Sunan Ngudung (Raden Usman Haji).
Di dalam usaha mengembangkan ajaran Islam kepada masyarakat umum, Sunan Muria telah turut menggunakan gamelan dan wayang kulit sebagai alat (media) untuk berdakwah. Dan telah dikatakan juga bahawa beliau adalah pencipta bagi nyanyian Sinom dan Kinanti.

Beliau banyak terpengaruh dengan gaya syarahan ayahnya dalam penyampaian Ilmu Agama namun, berbeza dari Sunan Kalijaga, Sunan Muria lebih suka tinggal di daerah sangat terpencil dan jauh dari pusat kota untuk menyebarkan dakwah.

Menjadi kegemarannya untuk bergaul mesra dengan masyarakat kampung sambil mengajarkan ilmu bertani, berdagang dan nelayan selain dari mengajar Ilmu Agama . Brliau juga sering dijadikan orang tengah dalam konflik dalaman dalam Kerajaan Demak (1528 - 1530) . Beliau dikatakan seorang yang sangat cerdas dan mampu menyelesaikan masalah walau betapa rumit pun. Hasil penyelesaian yang diusulkannya seringkali dapat diterima oleh semua pihak yang bertelagah. 

Beliau berdakwah dari Jepara, Tayu, Juana hingga ke sekitar Kudus dan Pati , sehingga akhirnya tutup usia di satu kawasan di lereng Gunung Muria 

Sunan Gunung Jati

1 comments


Nama penuh beliau adalah Syed Syarif Hidayatullah, lahir pada tahun 1448. Menuntut ilmu Agama sehingga ke Cirebon pada tahun 1470 . Bapanya bernama Syarif Abdullah, berasal dari Mesir dan merupakan generasi ke 17 keturunan Rasulullah SAW, menyandang gelaran Sultan Maulana Muhammad, manakala Ibunya pula bernama Nyai Rara Santang atau Syarifah Muda'im setelah Islamnya, merupakan Putri Prabu Siliwangi dari Kerajaan Pejajaran.

Beliau setelah itu dengan sokongan dari Temenggung Cirebon Sri Manggana Cakrabuana atau bergelar Pengiran Walangsungsang dan didukung oleh Kerajaan Demak, telah diangkat menjadi Raja Cerbon dengan memakai gelaran Maulana Jati pada tahun 1479.

Beliau mengilhamkan pmbangunan isfrastruktur Kerajaan Cirebon dengan mendapat bantuan dari Sunan Kalijaga, Arkitek Demak Raden Sepat. Antara yang diusahakan ialah Pembangungan Istana Pakungwati, Masjid Agung Sang Cipta Rasa, Jalan pinggir laut antara Kerajaan Pakungwati dan Amparan Jati serta Pelabuhan Muara Jati.

Pada tahun 1526, beliau menyebarkan Islam sampai ke Banten dan menjadikannya sebagai sebahagian dari Kerajaan Cirebon. Dalam tahun yang sama juga, dengan mendapat bantuan dari Kerajaan Demak yang dipimpin oleh Panglima Perang yang bernama Fatahillah, beliau dapat menawan Sunda Kelapa dari Portugis dan mengubah namanya menjadi Jayakarta.

Banten dijadikan sebuah kerajaan pada tahun 1533, dengan Sultannya yang pertama adalah Sultan Hasanuddin dan merupakan putera beliau sendiri.

Syed Syarif Hidayatullah merupakan salah seorang dari Wali Songo yang membawa pandangan baru kepada masyarakat ketika itu tentang makna Pemimpin, Masyarakat, Tujuan Pimpinan, Tujuan Bermasyarakat, dan Bagaimana Harus Bergaul dan Berbudaya.

Beliau melakukan penyebaran Dakwah Islamiyah  kepada pelbagai lapisan masyarakat samada bersendirian ataupun dengan bantuan perkumpulan Forum Walisongo, dimana perkumpulan tersebut dengan jayanya dijadikan sebagai organisasi dan alat kepentingan dakwah. Ini adalah satu langkah bijak dan tepat dalam usaha mempercepatkan tersebarnya Islam ke segenap pelusuk masyarakat.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1568 setelah berusia 120 tahun dengan digantikan oleh cicitnya sebagai pemerintah baru Kerajaan Cirebon. (Anak dan cucunya dikatakan telah lebih dahulu meninggal dunia). Beliau dimakamkan di Bukit Gunung Jati dan dari sebab itu, beliau kemudiannya dikenali sebagai Sunan Gunung Jati .

Sunan Kali Jaga

0 comments


Joko Said dilahirkan sekitar tahun 1450. Ayahnya bernama Arya Wilatikta, Adipati Wilayah Tuban, berketurunan pemberontak lagenda Majapahit, Ronggolawe. 

Riwayat masyhur mengatakan bahawa Adipati Arya Wilatikta telahpun memeluk Islam sebelum kelahiran Joko Said. Namun biarpun telah Islam, beliau dikenali dengan sifatnya yang kejam dan sangat taklid kepada pemerintahan pusat Majapahit yang mengamalkan ajaran Hindu. Ia mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat. Joko Said yang ketika itu masih muda sangat tidak bersetuju dengan corak pentadbiran ayahnya dan sering membangkang ketidakadilan Adipati. Puncak pada penentangan ini timbul apabila Joko Said memecah masuk kedalam perbendaharaan dan mengagihkan padi dari dalam simpanan kepada rakyat Tuban yang ketika itu dalam keadaan kelaparan akibat kemarau panjang.

Berikutan dari tindakannya itu, Ayahnya telah memanggil sidang tergempar untuk mengadili Joko Said dan rasional perbuatannya itu. Kesempatan ini diambil oleh Joko Said untuk mengatakan kepada ayahnya bahawa cara pentadbiran ayahnya tidak selari dengan Islam dan perbuatan ayahnya mengumpulkan makanan dalam perbendaharaan ketika rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan kelaparan adalah perbuatan yang tidak berhati perut.

Ayahnya tidak dapat menerima alasan dan teguran beliau kerana menganggap Joko Said ingin tunjuk pandai dalam bidang agama. Kemudian beliau diusir keluar dari Istana Negeri dengan seraya mengisyaratkan bahawa  dia hanya boleh pulang semula ke istana jika sudah mampu menggetarkan seisi Tuban dengan bacaan ayat ayat suci Al-Quran. Maksud 'menggetarkan seisi Tuban' disini ialah bilamana beliau sudah memenuhi dada dengan banyak ilmu agama dan menjadi terkenal oleh masyarakat kerana ilmunya.

Harus diceritakan juga bahawa Joko Said asalnya adalah seorang perompak yang digeruni di Jawa Timur ketika masih tinggal di Istana. Namun beliau bukanlah sebarang perompak dan sangat memilih dalam menentukan mangsanya. Ia hanya merompak orang kaya yang enggan mengeluarkan zakat dan sedekah. Mirip Robin Hood dalam penceritaan Inggeris, Joko Said juga membahagikan hasil rompakannya kepada orang orang miskin sehingga dia diberi gelaran Lokajaya atau bermaksud "Perompak Yang Budiman".

Namun segalanya berubah setelah Joko Said ditakdirkan bertemu dengan seorang Ulama tersohor bernama Syeikh Maulana Makhdum Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Sunan Bonang. Ulama ini lah yang menyedarkan beliau betapa perbuatan baik tidak boleh diawali dengan perkara yang buruk, sesuatu yang haq tidak boleh dicampurkan dengan sesuatu yang bathil, Sehingga Joko Said akhirnya bertaubat dan meninggalkan pekerjaan merompak. Seterusnya, Joko Said berguru dengan Sunan Bonang dan akhirnya muncul menjadi seorang Ulama yang terkenal dengan gelaran Sunan Kalijaga.

Sejarah Nama 'Kalijaga'

Nama ini masih menjadi misteri dan menimbulkan pertikaian diantara pakar pengkaji sejarah hingga ke hari ini. Masyarakat Cirebon berpendapat bahawa nama itu berasal dari dusun Kalijaga di Cirebon 

Beliau memang pernah tinggal di Cirebon dan bersahabat erat dengan Sunan Gunung Jati. Menjadi kebiasaan setempat untuk menggelarkan seseorang berdasarkan sesuatu daerah sebagaimana Syeikh Syarif Hidayatullah mendapat gelaran Sunan Gunung Jati, disebabkan beliau menetap di kaki Gunung Jati.

Fakta menunjukkan tidak terdapat 'kali' (sungai) disekitar dusun Kalijaga sebagai ciri khas tempat tersebut. Sedangkan, dikawasan lain tanah Jawa secara umumnya dinamakan dengan sesuatu yang berkaitan dengan sesuatu kawasan. Sebagai contoh, nama Cirebon, diambil sempena terdapat banyak udang (rebon) dikawasan tersebut. Contoh lain, nama daerah Pekalongan diberi kerana terdapat banyaknya kalong (kelawar). Maka secara logiknya, nama dusun Kalijaga baru sahaja timbul setelah Sunan Kalijaga tinggal disitu, bukan sebaliknya dan dengan ini pendapat masyarakat Cirebon meragukan dan tidak dapat diterima.

Pendapat lain datang dari kalangan Kejawen (Jawa Mistik). Mereka mengaitkan nama ini dengan kegemaran Sunan Kalijaga berendam di dalam sungai (kali) sehingga kelihatan seperti orang yang menjaga sungai tersebut (jaga kali). Pendapat dari kalangan Kejawen yang lain mengatakan bahawa nama ini timbul kerana Joko Said pernah disuruh untuk bertapa di pinggir kali oleh Sunan Bonang selama 10 tahun. Ini pendapat yang paling popular sehingga dijadikan panduan dalam pembuatan filem 'Sunan Kalijaga' dan Walisongo" sekitar tahun 80an. 

Namun pendapat itu masih menimbulkan keraguan kerana mengikut tata bahasa kepulauan Jawa (Sunda Dan Jawa) dan segala dialeknya, bila ada frasa yang menempatkan kata benda didepan kata kerja, ini membawa maksud kata benda tersebut berlaku sebagai subjek yang menjadi pelaku dari kata kerja yang mengikutinya. Jadi bila ada perkataan 'kali jaga' atau 'kali jogo', ini bermakna ada 'sebuah kali yang menjaga sesuatu' , perkataan sebegini pastinya janggal dan meragukan. Jika benar cerita bahawa beliau pernah sering mandi di sesebuah kali ataupun pernah diam dipinggirnya selama 10 tahun, seharusnya mengikut tatabahasa namanya menjadi 'Sunan Jogo Kali' atau 'Sunan Jaga Kali'.

Bagaimanapun, jika kita berfikir secara logik , segala pendapat ini tidak masuk akal . Sunan Kali Jaga dimasyhurkan orang sebagai seorang Ulama. Tentu berlawanan jika kita katakan bahawa beliau sering berendam dalam sungai sepanjang hari atau bertapa selama 10 tahun sedangkan beliau merupakan seorang da'ie (pendakwah). Bagaimana mungkin seorang da'ie boleh meninggalkan syariat seperti solat, puasa,  bermasyarakat , makan dan minum dengan pergi bertapa selama 10 tahun . Sudah pasti akal yang sihat sukar untuk menerimanya.

Pendapat yang paling sesuai ialah nama tersebut sebenarnya berasal dari perkataan arab iaitu 'Qadhi' (hakim) dan digabungkan dengan nama asalnya Joko Said. Gabungan Qadhi Joko ini bersesuaian dengan sejarah yang menyatakan beliau ditugaskan sebagai Qadhi Wilayah Demak pada tahun 1478, oleh pemerintah Demak ketika itu, Sunan Giri. Lidah (telo) Jawa sangat sinonim dengan penyimpangan lafaz kata kata Arab sebagaimana contoh Sekaten (Syahadatain), Kalimosodo (Kalimah Syahadah), Mulud (maulid), Suro (syura'), Dulkangidah (Dzulqaidah) dan banyak lagi contoh contoh yang lain. Dipercayai Kali Jogo (Kalijaga) adalah hasil dari penyimpangan Qadhi Joko.

Kedudukannya sebagai Qadhi ialah bukti bahawa Kerajaan Demak merupakan sebuah kuasa pemerintahan yang berlandaskan Islam dan menjalankan Undang undang syariah. Ini diperkuatkan lagi dengan kedudukan Sunan Giri sebagai Wali di Demak. Istilah Qadhi dan Wali adalah merujuk kepada nama jabatan didalam sesebuah negara Islam. Justeru, sudah jelas kedudukan Sunan Kali Jaga yang tepat. Beliau ialah seorang Qadhi, bukan dari kalangan Kejawen yang bertapa selama bertahun tahun dan mempraktikkan Kejawenisme.

Da'wah Sunan Kali Jaga

Da'wah yang dibawa oleh beliau adalah da'wah Islamiyah dan bukannya ajaran Kejawen atau Sufi-Pantheistik. Beliau merupakan perancang kepada pembangunan Masjid Agung Cirebon dan Masjid Agung Demak. Tiang 'tatal' (pecahan kayu) yang dijadikan tiang utama masjid adalah hasil tangan beliau. Ini menyanggah pendapat Kejawen kerana tidak mungkin seorang pengamal mistik berkehendak pada pembangunan masjid yang secara terangnya ada lah tempat ibadah orang Islam .

Fahaman agama yang dibawanya adalah berbentuk salafi - bukan sufi sebagaimana yang dikatakan sesetengah pihak yang berfahaman ala Kejawen dan berpaksikan ajaran 'Manunggaling Kawula Gusti'. Ini terbukti dari sikap tegasnya yang berdiri dibelakang Sunan Giri ketika terjadinya konfrontasi dalam masalah 'penyimpangan' Syeikh Siti Jenar dengan ajarannya bahawa manusia dan Tuhan bersatu dalam dzat yang sama. 

Kesenian dan Kebudayaan menjadi salah satu medium dalam dakwah beliau. Beliau sangat bertolak ansur dengan budaya tempatan namun bersikap tegas dalam perkara aqidah. Selagimana budaya itu bersifat amalan tradisi dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam, beliau membenarkannya. Wayang beber ala Jawa yang memaparkan gambar manusia secara lengkap diubahnya menjadi wayang kulit yang wataknya samar dan tidak menggambarkan manusia secara terperinci, kerana menggambarkan/mengukir sesuatu yang mirip manusia dalam Islam adalah haram hukumnya.

Dikisahkan, beliau sering berdakwah ke kampung kampung dengan hanya membuat pertunjukkan wayang kulit dimana beliau sendiri yang menjadi tok dalangnya. Hadirin yang datang untuk menyaksikan wayang kulitnya tidak dikenakan bayaran, cukup hanya dengan mengucap dua kalimah syahadah, kerana beliau yakin bahawa masyarakat harus didekati dengan apa yang disukai mereka dan pemahamannya perlu bertahap . Diawali dengan pengislaman terlebih dahulu dan diikuti dengan pengetahuan dalam ibadah dari segenap segi. Beliau yakin, apabila jiwa mereka telah kuat dengan roh Islam, kebiasaan kebiasaan (amalan) lama akan hilang dengan sendirinya.

Watak watak yang dilakonkan oleh Sunan Kali Jaga dalam persembahannya bukanlah watak yang kita ketahui sebagaimana yang terdapat dalam wayang kulit versi Hindu seperti Mahabrata, Ramayana, Sita Dewi dan lain lainnya. Walaupun ciri ciri watak yang digunakannya sama namun beliau menukarkannya dengan watak yang bercirikan Islam dan menambah watak watak baru seperti Punakawan, Semar, Bagong, Petruk dan Gareng yang memiliki karakter yang simbolik dan digarap sarat dengan isian KeIslaman.

Istilah Yang Digunakan Dalam Pementasan Beliau Dan Simboliknya
  • Dalang : Berasal dari perkataan Arab, Dalla, yang bererti menunjukkan. Dalam hal ini, seorang 'dalang' adalah seorang yang dapat 'menunjukkan kebenaran kepada para hadirin'. (Barangsiapa menunjukkan kebenaran atau kebajikan kepada orang lain, pahalanya sama dengan pelaku kebajikan itu sendiri - Hadith Riwayat : Bukhari)
  • Watak Semar : Diambil dari perkataan Arab, Simaar, yang bermaksud Paku. Mesejnya , seseorang Muslim mesti memiliki pendirian dan iman yang kukuh sebagaimana paku yang tertancap (Simaaruddunyaa)
  • Watak Petruk :  Dari perkataan Arab, Fat-ruuk, yang bermakna 'tinggalkan'. Maksudnya, seseorang Muslim perlu meninggalkan segala penyembahan kepada selain dari Allah (Fatruuk-kuluu man siwallaahi)
  • Watak Gareng :  Dari perkataan Arab, Qariin, bermaksud 'teman' . Ertinya, seseorang Muslim itu selalu mencari teman sebanyak banyak nya untuk diajak ke arah kebaikan ( Nalaa Qariin)
  • Watak Bagong : Dari perkataan Arab, Baghaa, yang membawa makna 'berontak'. Kiasnya, seeorang Muslim perlu bangun dan memberontak apabila menyaksikan kezalima yang berlaku dihadapannya.
Seni ukir, wayang, gamelan, baju takwa, perayaan saktenan, grebeg maulud serta seni suara suluk yang diciptakannya adalah merupakan medium untuk dakwah semata mata, bukan untuk menjadi budaya yang perlu ditradisikan hingga berkarat dalam kalbu dan dianggap sebagai ibadah.  Itulah cara yang digunakan oleh Sunan Kali Jaga untuk mendekatkan Islam pada masyarakat, MengIslamkan budaya . Secara falsafah, langkah ini adalah sejajar dengan ciri ciri da'wah Rasulullah SAW yang mengandalkan keindahan syair Al-Quran sebagai jalan da'wah yang sangat berkesan untuk menundukkan hati suku suku bangsa Arab yang sangat gemar berdeklamasi.Malangnya kebanyakan tersalah anggap dan terus hanyut dalam aliran seni dengan mengganggapnya sebahagian dari perkara yang dibolehkan.

Penyataan Penyataan Aneh Tentang Sunan Kali Jaga 

Beliau dikatakan hidup lebih dari 100 tahun. Ini bermaksud beliau dapat menyaksikan kejatuhan Majapahit (yang diagungkan oleh ayahnya) pada tahun 1478. Dalam masa yang sama, beliau duduk dalam pemerintahan Kesultanan Demak, Kesultanan Cirebon, Kesultanan Banten, Kerajaan Pajang (muncul pada tahun 1546) sehingga ke awal era Kerajaan Mataram. Tiada bukti tentang perkara tersebut. Manuskrip dan risalah risalah lama hanya mengatakan nama beliau hingga ke zaman Kesultanan Cirebon sahaja, iaitu ketika beliau bermukim di dusun Kalijaga. Dalam kisah kisah tertubuhnya Kerajan Pajang oleh Joko Tingkir dan juga Kerajaan Mataram oleh Panembahan Senopati, namanya tiada disebut, padahal dengan kredibiliti beliau yang tersohor dan dengan pengaruhnya yang luas didalam masyarakat Jawa, namanya pasti ada sekiranya beliau masih hidup pada zaman itu. Fakta menunjukkan bahawa makamnya berada di Kadilangu berdekatan Demak, bukan di Pajang atau di Mataram (Yogyakarta dan sekitarnya dimana Kejawen tumbuh subur),  maka dipercayai beliau telahpun meninggal dunia ketika Kerajaan Demak masih berdiri. 

Beliau dikatakan boleh terbang, dapat menurunkan hujan dengan hentakan kaki, mengurung petir yang bernama Ki Ageng Selo didalam Masjid Demak dan kisah kisah mistik yang lain yang bila difikirkan dengan akal yang sihat adalah sesuatu yang berbentuk khayalan. Perkara perkara sebegini diada adakan dan hanya dipercayai oleh orang orang yang gemar pada perkara mistik dan sihir.

Ajarannya dikatakan berbaur dengan ajaran Hindu - Buddha serta Kejawen. Sedangkan fakta tentang kehidupan Sunan Kalijaga adalah berlandaskan Da'wah dan Syi'ar Islam yang indah . 

Wallahua'lam 

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |