Monday, December 27, 2010

Bawal Putih Masak Kari Tomyam

0 comments


Kari Tomyam ? ... uuu .. besh besh .. sila le cuba try test tengok .. kalo sedap belasah sampai lupa diri .. kalo tak sedap .. bagi je ke rumah ketua kampung .. keh keh keh


» Bahan-bahan «

  • 2 Ekor Bawal Putih
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 2 Sudu Besar Pes Tomyam
  • 1 Sudu Besar Serbuk kari
  • 1 Sudu Besar Serbuk Pati Ayam
  • 100ml Santan
  • 300ml Air
  • 1 Sudu Teh Gula Pasir
  • 5 Batang Kacang Bendi ( Dipotong )
  • 2 Biji Tomato ( Dipotong Berbaji )
  • 1 Biji Bawang Besar ( Dipotong Berbaji )


» Cara Penyediaannya «

  1. Campur gaulkan serbuk kari dengan sedikit air untuk menjadikannya pes & ketepikan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali, tumis pes tomyam bersama pes kari sehingga naik bau.
  3. Tuangkan air & didihkan.
  4. Taburkan serbuk pati ayam dan masukkan bendi, tomato dan bawang besar.
  5. Kemudian masukkan santan dan ikan bawal putih.
  6. Reneh sehingga ikan masak dan hidangkan panas-panas
Moga lepas ni banyak lagi resepi power dari Chef Arm 

Sunday, December 26, 2010

Salad Kentang

0 comments


Perghhh .. sesekali western le plak .. err .. sometime I do .. errr .. you know .. consume only vegie .. well you know me .. kah kah kah ... gila kentang . Apa apa pon .. satu lagi resepi mantap dari Chef Arm 

» Bahan-bahan «
  • 300g Ubi Kentang
  • 4 Sudu Besar Mayonis
  • 1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
  • 1 Sudu Teh Basil Kering
  • 1 Sudu Teh Daun Pasli Segar ( Dicincang )
  • Sedikit Tomato Ceri

» Cara-cara Penyediaannya «
  1. Masak kentang sehingga lembut.
  2. Campur gaulkan mayonis, serbuk lada hitam, basil kering dan daun pasli.
  3. Tuangkan campuran tadi keatas kentang dan gaul sebati.
  4. Taburkan sedikit pasli dan tomato ceri.
  5. Sejukkan selama 1 jam sebelum dihidangkan.
Yang step ke 5 tu .. luorang sejukkan je tau .. jangan masukkan dalam peti sejuk beku plak .. tak memasal je jadi frozen food .. baru bebetul gila kentang .. kah kah kah

Telur Dadar Keju

0 comments


Yeah .. resepi sudah mari .. spesel untuk orang bujang atopon yg takde idea nak masak menda .. kira emergency le ni.. tapi toksah risau .. nampak je simple .. tapi buh keju wa cakap lu .. hak hak hak .. Chef Arm memang kreatif ..


» Bahan-bahan «

  • 3 Biji Telur Ayam
  • 1 Sudu Besar Mentega
  • 2 Sudu Besar Cincangan Cendawan Bulat
  • Sedikit Keju
  • 50ml Air
  • 1 Biji Bawang Besar ( Dipotong Dadu )
  • 1 Biji Tomato ( Dipotong Dadu )
  • 1 Sudu Besar Lada Bengala Merah ( Dipotong Dadu )
  • 1 Sudu Besar Lada Bengala Kuning ( Dipotong Dadu )
  • 1 Sudu Besar Lada Bengala Hijau ( Dipotong Dadu )
  • Sedikit Daun Bawang ( Dihiris Halus )


» Cara Penyediaannya 

  1. Campurkan semua bahan dan digaul rata agar semuanya sebati.
  2. Panaskan mentega dan goreng dengan kuali kurang minyak hingga masak.
Amacam .. simple tak ? .. mamak roti canai dari Benggala pon belum tentu tau nak buat gini .. keh keh keh .. ngikut kata Chef kita ni .. telur dadar keju memang sedap dimakan ngan roti .. apa apa hal .. wa kena try gak sekali .. ye le .. nak gak test power. :)

Destinasi Pelancongan Yang Menyeramkan

0 comments

La Isla de la Munecas (Latin- yang bermaksud Pulau Anak Patung) adalah merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yg terkenal di dunia. Terletak di negara Mexico, dan dengan melihat pada namanya, orang mungkin memikirkan suatu tempat yang menarik dan meninggalkan kenangan yang indah. Tetapi hakikatnya, senario yang wujud adalah sebaliknya dan sangat menganggu pandangan bilamana beribu ribu anak patung yang kebanyakannya telah cacat dan buruk bergantungan hampir di kebanyakan pokok di pulau itu.


Don Julian Santana, telah menyepi dari keluarganya serta dunia luar untuk menghuni pulau ini dan telah mengabdikan 50 tahun dari hayatnya untuk mencipta 'La Isla de la Munecas'. Dikatakan, beliau melakukan semua ini adalah untuk memberi ketenangan kepada roh kanak kanak perempuan yang telah lemas di dalam terusan yang ada disitu. Apa pun alasannya, dia berjaya mengubah pulau itu menjadi tempat yang aneh, misteri dan menyeramkan dimana setiap pergerakan terasa bagai diperhatikan oleh ratusan pasang mata milik anak anak  patung tersebut.



Don Julian sentiasa memencilkan diri dan akan hanya keluar apabila ingin mengumpulkan anak anak patung samada yang telah rosak di tapak pembuangan sampah atau dibeli sebagai pertukaran dari hasil tanamannya yang berbentuk buah buahan dan sayuran. Adalah dipercayai bahawa beliau tidak suka pada pencerobohan atau diganggu  dan atas sebab itu beliau cuba menakutkan manusia dari menghampiri tempatnya dengan menggantungkan wajah wajah anak patung yang menyeramkan.


Pada tahun 2001, Don Juan telah didapati mati lemas didalam terusan yang sama di sekitar rumahnya. Biarpun pada dunia, beliau telah mati tetapi pandangan yang menyeramkan miliknya tetap ada disitu melalui wajah wajah anak patung yang tidak bernyawa, rosak dan digantung yang seolah olah menggambarkan hukuman dan seksaan manusia yang sadis.


Tempat ini kekal menyeramkan namun menyediakan tarikan pelancongan kepada anak muda yang gemar kepada darah dan kematian. Banyak pula pengunjung yang berasa sedih dan simpati pada wajah wajah anak patung yang sebenarnya tidak bernyawa namun tetap memandang kepada pengunjung seolah olah mereka yang menyebabkan kematiannya. 

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |