Tuesday, January 4, 2011

Asal Usul Perkataan OK

0 comments


Luorang mesti selalu cakap perkataan OK dalam perbualan seharian .. alah .. takyah kelentong aah, konfem punya .. tapi luorang tau tak maksud perkataan tu ? Kalo dulu , wa dapat tahu OK ni dari version lain .. kononnya OK tu singkatan dari nama negeri Oklahoma , so masa perang , negeri ni la pengeluar makanan atau pusat pengumpulan makanan untuk dihantar kepada askar askar Amerika  .. then kat peti makanan tu dia cop OK .. dari situ asal mulanya .. so bila nampak peti ada cop OK .. geng askar selalu akan tunjuk ibu jari .. yg membawa makna 'bagus' .. adoih  ntah jembalang mana ntah yg kelepet wa .. lepas tu wa percaya plak tu .. kah kah kah .. tapi mungkin gak version ni boleh pakai gak.

Versi yang wa nak sampaikan sekarang ni .. wa rasa nampak lebih meyakinkan sebab wa refer pada Word Etymology . Perkataan OK ni dikatakan mula muncul pada tahun 1839 di Boston, New York. Masa tu, area ni memang terkenal ngan kepekatan slang(telo) bahasa Inggerisnya. Jadi perkataan OK tu sendiri datangnya dari singkatan perkataan slang Boston yang memang diketahui mempunyai tatabahasa dan ejaan yang salah. Contoh yang popular cam perkataan 'KY' terbitan dari 'Know Yuse' (No Use), 'OW' terbitan dari kata 'Oll Wright' (All Right), 'OK' dari kata 'Oll Korrect' (All Correct) , 'NS' dari perkataan 'Nuff Said' (Enough Said) dan memacam perkataan yang menunjukkan diowang nih memang sengal .. kah kah kah ... dah tu kita plak ngikut kesengalan diowang dengan penuh bergaya manja ..kekonon mat saleh sangat le kata OK tu .. ceh 

Monday, January 3, 2011

Asal Usul UPS - United Parcel Service

0 comments


Pada tarikh 28 Ogos 1907, berbekalkan duit $100 yang dipinjam berserta sebuah basikal, dua orang remaja, Claude Ryan (18) & Jim Casey (19), telah menubuhkan sebuah syarikat yang mereka gelar "American Mesengger Company" di Seattle, Washington. Pejabatnya pula sebenarnya hanyalah di aras bawah sebuah hotel yg terletak dipersimpangan 2nd Avenue dan Main Street. 

Pada masa itu, kebanyakan penduduk tidak memiliki talian telefon, maka penghantaran telegram menjadi medium yang sangat penting.  Proses nya mudah, Casey & Ryan cuma perlu menunggu panggilan telefon di lobi hotel tersebut, terima pesanan dari pemanggil, kemudiannya penghantaran mesej tadi akan dibuat oleh adik kepada Casey dan beberapa remaja lain yang diupah untuk melakukan kerja sambilan. Permulaannya, mereka hanya menguruskan penghantaran telegram ini, kemudiannya ia berkembang kepada apa sahaja barangan yang memerlukan servis penghantaran yang sesuai dengan menggunakan basikal ataupun dengan hanya berjalan kaki.

Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan, Casey dan Ryan telah membuat keputusan untuk bergabung dengan Merchant's Parcel Delivery iaitu syarikat yang menjadi saingan mereka dalam perniagaan ini. Penggabungan ini menjadikan mereka mampu untuk membeli beberapa buah motorsikal dan kereta penghantaran dengan menjadikan Ford Model T sebagai kereta pertama mereka. Namun pada masa tersebut, jumlah penduduk yang mempunyai talian telefon telah bertambah dengan mendadak sehingga membuatkan mereka mengalihkan perkhidmatan mereka kepada peruncit peruncit dengan menawarkan khidmat penghantaran barangan terus kerumah para pelanggan.

Ketika Casey bersara dari UPS dalam tahun 1962, syarikat ini telah pun bertapak di 31 buah negeri di Amerika Syarikat dengan hasil tahunannya sebanyak 550 juta USD dan mempunyai kira kita 22,000 orang pekerja.

Kini, syarikat yang diasaskan dalam serba serbi kekurangan oleh 2 orang remaja ini, bernilai lebih kurang 50 Bilion Dollar (USD50b), mempunyai pekerja seramai 500 ribu orang di 200 buah negara, membuat penghantaran sebanyak 3.8 bilion bungkusan dan dokumen setahun. Humang aih .. tu le dia .. 100 dollar (pinjam plak tu), basikal tua, keinginan dan keazaman .. yeah .. luorang mampu mengubahnya .. huhuhu.

Fakta Berkaitan 

Bagaikan di awal penubuhan, UPS kembali mengambil pekerja penghantaran bermotosikal di Vancouver, Washington dan beberapa buah bandar di Oregon.

UPS telah membangunkan satu sistem untuk mengawal perjalanan trak penghantaran dengan mengurangkan kadar belok ke kiri (Amerika mempunyai sistem pemandu disebelah kiri yang bermakna untuk membelok kekiri mereka harus berhenti dipersimpangan lampu isyarat) . Dengan mengurangkan kebarangkalian belok ke kiri ini, mereka telah berjaya menjimatkan sebanyak 51,000 gelen bahanapi setahun (itupun di Washington DC sahaja).

Ketika UPS mengembangkan sayap perkhidmatan mereka ke Jerman Barat, mereka terpaksa menukar warna pakaian seragam mereka dari coklat menjadi warna hijau. Ini adalah kerana warna colat adalah warna pakaian rasmi tentera Nazi. 

Pada tahun 1919, nama Merchant's Parcel Delivery telah ditukar kepada United Postal Service. Dalam masa yang sama, syarikat ini telah mula berkembang ke negeri negeri lain di luar Seattle. Maka kemudiannya ia dinamakan UPS dimana 'United' melambangkan penyatuan pejabat pejabat diluar Seattle bernaung dibawah pengurusan induk, 'Parcel' merujuk perkara utama perniagaan ini sementara 'Service' pula melambangkan ianya merupakan sebuah syarikat pekhidmatan. 

Wednesday, December 29, 2010

Berbicara Lagi - Kekematuan Idea

2 comments

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man on the moon.
"When you comin' home ?"
"Son, I don't know when.
We'll get together then.
You know we'll have a good time then."

Assalamualaikum .. dah 4 hari rasanya wa tak update beloggg (selain dari yang wa dah set untuk auto update post).. hari ni pon mungkin tak kot .. feels like out of zuhal.  Lately ni wa banyak buat blogwalking .. ok le tu .. bukan jalan dalam tido .. atau dalam bahasa perancisnya.. ngigau. Banyak gak perkara perkara yang asing selama ni dari pengetahuan wa yg dapat wa kutip dari pembacaan blog blog ni. Pelbagai rencam dan cara .. pelbagai bentuk anekawarna .. pelbagai isu yg dikupas .. samada yg masih berpijak dibumi nyata atau pun sekadar mimpi tengah mandi kat celah perbukitan planet utarid nun. Standard aa tu ..ikut idea memasing le kan .. kita sekadar meraikan kepelbagaian.. eiceh .. dah macam idealis plak wording wa ni . 

Actually, sebagaimana yg memang dah diketahui, blogging ni dah jadi medium yg sangat efektif untuk sampaikan apa yg luorang rasa, apa yang luorang fikirkan, apa yang luorang nak sampaikan atau apa yang luorang nak kongsikan ngan pembaca. Hidangannya plak terpulang le pada tokey kedai .. apa yg nak dia sediakan sebagai jamuan .. ada orang bukak kedai kopi .. ada orang bukak kedai kek .. ada yg jual baju.. ada yg jual ubat , ada yg jual pantun.. gossip dan dalam banyak banyak tu plak akan ada yg jual temberang .. kah kah kah . Cara penyampaian setiap satu tu plak ada variasi tersendiri .. ada yg 100% skema dengan penuh penataan ayat ayat baku walopon belum tentu masa amik SPM dulu lulus BM .. (melawak je ni .. jgn ada yg terasa plak) .. ada yg gaya santai, ada gaya lawak, straigh forward, berhati hati dan penuh ngan nasihat, ada yg kopipes je .. dah tak kurang gak .. ada yg semberono je cakap menda menda yg ada sangkut paut ngan tempat dia keluar masa lahir dulu ... huh.. (terpulang luorang nak pilih ikut kesesuaian luorang).

Secondly, komen .. memacam jenis komen plak yg kita leh nengok kat blog.. ada yg tambah info, ada yg baru tahu pasal info, ada yg tukang tambah garam dan gula, ada yg nak tunjuk yg dia lebih tahu (dr know who), tak kurang gak ada yg tak setuju ngan topik atau posting. Bab yg ni plak ada memacam kriteria, ada yg sekadar tak setuju lepas tu taip sepatah dua kata terus ghaib .. member tu nak bagi penjelasan lanjut .. ntah dia baca ntah ke idak .. kira hit and run le ni. Ada yg cam nak ajak berdebat untuk buktikan fakta post tu salah, ada plak yg sekadar menimbulkan perlecehan dan keraguan untuk pengunjung lainnya.. pendekata setiap satu tu ada pros and cons.
Wa pernah terjumpa satu komen dari mamat dari negara isketambola .. kekonon nak bagitau yg posting tu banyak typo & grammar error dan suh author tu belajar BI sebelum post .. padahal dia sendiri punya comment pon ada typo error diluar keraguan munasabah .. hahaha .. apa kita nak kata ngan owang gini ? 
Apa yg paling penting .. jangan menyepam le bro (spamming) .. ikut cara yg paling beretika. Kalo nak  exchange link pon .. discuss le ngan pemilik blog .. apa de hal .. ni komen sepatah .. tinggalkan link berjela .. apa barang ..? (tapi dalam semua tu yang paling best ialah blog wa sendiri catatan-karmic .. langsung tak de owang komen .. kah kah kah)

Thirdly .. Catatan-Karmic akan tetap terus menyalurkan info untuk pengetahuan am bersama selagi terdaya.. InsyaAllah (info am ni macam macam ada .. dan tak pernah akan habih) .. kalo luorang suka - Alhamdulillah .. kalo luorang tak suka - jangan gi sms ketua kampung wa .. kang wa kena halau plak dari kampung .. kah kah kah. By the way .. kalo luorang nak cari artikel (dalam BI) -- free je .. luorang boleh gi ke blog Karmics-Articles .. kat situ wa longgokkan semua artikel yg wa ada dalam simpanan .. ye le .. dah lama terperuk dalam hard disk, so sebelum memori pc wa meroyan .. baik wa share kat internet .. mana le tau .. mungkin ada gak kegunaanya untuk reference luorang .. (pc wa dah menunjukkan tahap gegaran melampaui simptom parkinson). Till next time .. :) .. Karmic luv ye oll ~!!

Last sekali .. moh sesama layan video ni .. khas untuk membunuh kebusanan tahap ultra jingga.. huhu

Tuesday, December 28, 2010

Susu Mangga Ais

0 comments


Glup .. amacam ? boleh tahan ? masa wa nak post ni pon ... asik telan air liur je .. sib baik bukan bulan poser .. kalo idak .. hai laa badan ... keh keh keh .. Kali ni Chef Arm berkongsi resepi minuman plak .. callo betey ..


» Bahan-bahan «

  • 1 Biji Mangga Masak
  • 1 Cawan Ketulan Ais
  • 1 Cawan Susu Segar
  • 1 Camca Teh Gula Pasir
  • 1 Sudu Teh Jus Lemon


» Cara Penyediaannya «

1. Kisar semua bahan sehingga halus dan hidang serta-merta.


Aiks .. satu step je cara dia ? dah tu ngan serta merta plak .. ni dah masuk kategori misteri ni .. huhuhu

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |