Tahun Lahir
1931
Tempat Lahir
Pulau Melaka, Kelantan
Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.
Pendidikan:
- Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.
- Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
- Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
- Universiti Deobond, India - 1952.
- Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.
- Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
- Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.
Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab
Buku Buku:
Karangan buku hasil dari buah tangan beliau sendiri, ataupun hasil dari koleksi ceramah oleh pelajar pelajar, begitu juga penulisan yang berdasarkan pemikiran beliau itu banyak jumlahnya dan dengan mudah boleh didapati dari kedai kedai buku yang menjual buku berkaitan agama.
Berikut adalah beberapa tajuk buku TGNA:
- Muhammad (SAW) bukan Nasionalis
- Tafsir Al-Quran, Surah Surah Pilihan
- Bertemu Janji Allah (Bahagian 1)
- Bertemu Janji Allah (Bahagian 2)
- Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman
- Muhammad SAW Jejak Junjungan Mulia
- Unplugged 2
- Asmaul Husna; Dengan NamaMu Aku Hidup
- Hidayah
- Telaga Budi
- Kenal Pembeza Hak Dan Batil
- Kisah Cinta Dalam Al-Quran
- Ingatlah Tempatmu Di Akhirat
- Bunga Kebahagiaan
- Bertemu Janji Allah (Bahagian 1)
- Soal Jawab Isu-Isu Mencabar Dalam Islam
- Taqwa
- Akhlak Bermuamalat
- Tundukkan Hati
- Bertemu Janji Allah (Bahagian 2)
- Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman
- Kemuncup Dalam Perjuangan
Selain itu terdapat pula buku yang membuat perbandingan dan ulasan tentang peribadi beliau seperti:
- Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz : Wan Ji Wan Hussin
- Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat : Annual Bakri Haron & Abdul Shukur Haron
- Saat Cinta Bertasbih: Tribut Untuk Tuan Guru: Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, Rossem
Tugas Yang Pernah Disandang:
- Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
- Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
- Penyelia Kelas Dewasa KEMAS.
- Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
- 1967 - Daftar sebagai ahli PAS.
- 1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
- 1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
- 1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
- 1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
- 1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
- 1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
- 1990-Sekarang - Menteri Besar Kelantan.
Kesimpulan Jawatan Politik:
- 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
- 4 Tahun Sebagai Ahli DUN Semut Api
- Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 22 Tahun.
- Secara totalnya (2012) Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 45 Tahun.
Nota : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'. The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Satu penghormatan buat TGNA.
0 comments: