Thursday, June 21, 2012

Aurora : Keindahan Fenomena Alam




Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub. Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). 

Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis, yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. 

Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.









Aurora dihasilkan oleh partikel  partikel yang berarus sangat cepat terutama elektron yang berasal dari matahari. Oleh sebab medan magnet bumi, partikel  partikel ini sebahagian teraruh sehingga muncul di atmosfera kita ke arah kutub Utara dan Selatan. Ketika molekul nitrogen di udara bumi menghentam partikel itu dengan kelajuan yang tinggi, molekul  molekul itu menjadi sangat aktif. Lalu mengeluarkan tenaga dalam bentuk cahaya. Itulah yang menghasilkan kilauan melambai yang kita sebut Aurora.

Walaubagaimanapun, Munculnya aurora tidak dapat diramalkan. Oleh kerana itu, aurora sangat sukar untuk dikajiselidik. Aurora muncul dalam bentuk  melengkung, garis-garis lurus, atau berupa tabir cahaya di angkasa. Sejauh ini tidak pernah ada dua aurora yg memiliki pola yg sama. Kita dapat melihat aurora di sekitar kutub utara(aurora borealis) maupun kutub selatan(aurora australis) dengan jelas pada malam hari jika tidak ada bulan.

Nota: Kalau lepas ni luorang masih beranggapan yang aurora tu nama watak dalam cerita rollerball, atau nama timangan arnab pada makcik temah, atau nama glamer awek gothic, maka percayalah .. bahawa pemikiran luorang berada ditahap yang sangat tidak produktif dan luorang akan menderita penyakit lupa diri tahap akut .. kah kah kah

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |