Wednesday, June 13, 2012

Perghh .. Peach Cobbler



Dah lama tak beresepi weyh.. So kali ni wa nak share resepi Peach Cobbler. Wa guna peach sebab tu nama dia peach cobbler, kalo luorang nak tukar ikut selera memasing pon takde masalah. Tukar je peach tu dengan buah lain, bahan bahan selebihnya maintain sama.

Contoh :
Pisang = Banana Cobbler
Nenas = Pineapple Cobbler
Epal = Apple Cobbler
Strawberry = Strawberry Cobbler
Petai = Luorang jangan buang tebiat .. kah kah kah

Bahan  
  • 1 cawan tepung gandum  
  • 1 cawan gula halus  (kurangkan kalau tak kuat manis)
  • 1 setengah sudu kecil soda bikarbonat 
  • 200g mentega 
  • 1 cawan susu segar 
  • 1 tin buah peach  
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis 
  • 3 sudu gula besar (atau secukup rasa) 
  • Sedikit garam


Memula sekali:

  1. cairkan mentega didalam oven dengan suhu 190c sebaiknya dalam bekas kaserol 
  2. adun tepung, gula, sodabikarbonat, didalam bekas berasingan 
  3. masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga tidak berketul 


Langkah 1: 

  1. tuangkan adunan ke dalam bekas kaserol berisi mentega cair 
  2. siramkan jus peach ke atas adunan 
  3. susun peach diatas adunan 
  4. taburkan serbuk kayu manis dan gula 


Langkah ke 2: 

  1. susunkan peach di atas mentega cair didalam bekas kaserol 
  2. tuangkan adunan keatas peach 


Lastly :
bakar didalam oven pada suhu 175-190 celcius selama 45minit  1 jam atau hingga menjadi perang keemasan.

Ataupun luorang boleh follow step by step dari chef mat salleh ni (mungkin bahan sedikit berbeza dan cara pembuatan pon ada kelainan)


Serve ngan eskrim .. huhaiiii .. yummy~!!

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |