Piramid Giza
Fakta Yang Menakjubkan Tentang Pembinaan Piramid
Beberapa kajian keatas piramid di Giza telah menunjukkan bahawa Mesir Purba mempunyai pengetahuan yang sangat maju dalam bidang matematik dan geometri. Selain pengetahuan mereka dalam 2 bidang tersebut, orang-orang yang merancang piramid juga harus tahu saiz Bumi, ukurlilit, dan sudut cerun paksinya. Maklumat tentang piramid, yang pembinaan bermula sekitar 2,500 SM, bahkan lebih menghairankan ada teori yang menganggap ianya dibina sekitar 2,000 tahun sebelum era tokoh matematik besar Yunani seperti Pythagoras, Archimedes dan Euclid:
- Sudut Piramid Besar membahagi daerah delta Sungai Nil menjadi dua bahagian yang sama.
- Tiga piramid Giza telah diatur sedemikian rupa sehingga membentuk sebuah segitiga Pythagoras, dengan skala 03:04:05.
- Ukuran antara tinggi dan lingkar piramid adalah sama dengan antara jari-jari lingkaran dan ukurlilitnya
- Piramid Besar adalah juga merupakan jam matahari gergasi. Bayang-bayang yang muncul antara pertengahan Oktober dan awal Mac mencerminkan musim dan panjang tahun. Panjang plat batu di sekitar piramid adalah setara dengan panjang bayangan satu hari.
- Panjang ukurlilit normal dasar persegi piramid adalah sama dengan 365,342 meter Mesir (unit ukuran dari masa). Ini sangat dekat dengan jumlah hari dalam setahun matahari (yang telah dikira pada 365,224 hari).
- Jarak antara Piramid Besar dan pusat Bumi adalah setara dengan antara piramid dan Kutub Utara.
- Dalam piramid, perimeter dasar dibahagikan dengan dua kali kemuncaknya dengan nombor Pi.
- Jumlah luas permukaan dari empat sisi piramid sama dengan persegi ketinggian.(i)
Jika Seseorang Berhasrat Untuk Membina Semula Piramid
Pada tahun 1978, Indiana Limestone Institute of America, Inc. - antara peneraju dunia dalam bidang batu kapur - menjalankan kajian yang merangsang pemikiran untuk mengetahui apakah saiz tenaga kerja dan apakah bahan yang diperlukan untuk membina piramid yang sama seperti Piramid Giza. Pegawai syarikat tersebut menjelaskan cabaran yang ada, dan maklum bahawa jika purata pengeluaran hari ini ditambah tiga kali ganda, penggalian, pembuatan dan penghantaran batu kapur sebanyak itu akan mengambil masa lebih kurang 27 tahun. Tambahan pula, semua pekerjaan ini dijalankan dengan menggunakan teknologi moden Amerika - dengan kata lain, penukul hidraulik dan gergaji elektrik bermata kristal. Usaha yang amat banyak diperlukan untuk melombong dan menghantar batu kapur, tidak termasuk ujian makmal yang diperlukan untuk pembinaan piramid, juga tidak termasuk kerja-kerja persediaan yang lain.(ii)
Tentunya dakwaan sedemikian tidak masuk akal dan tidak logik. Tetapi evolusionis tetap berselindung kerana para pelopornya tidak mampu memberi penjelasan yang lebih baik. Pertama sekali, tiada sedikit pun bukti yang menyokong pandangan mereka. Sebaik tersedar bahawa mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan sebarang penjelasan berdasarkan kepada kebetulan atau proses evolusi khayalan, mereka terus bersembunyi di sebalik idea 'makhluk angkasa'. Sebenarnya, pandangan karut ini dikemukakan di saat mereka mengetahui bahawa DNA di dalam sel nukleus dan protein pertama, yang mewakili binaan blok asas kehidupan, mempunyai struktur yang jauh lebih kompleks dan luarbiasa untuk terwujud secara kebetulan daripada benda mati. Jadi, kononnya makhluk angkasalah yang membawa organisma hidup pertama di bumi lalu meninggalkannya. Dakwaan karut ini adalah petunjuk bahawa para evolusionis berada dalam keadaan terdesak.
Peradaban Mesir purba dan tamadun lain sepanjang sejarah telah dipelopori oleh golongan yang mempunyai kewarasan dan keinginan. Hari ini, kita kagum melihat banyak artifak yang berasal dari tahun 3,000 BC, sementara para saintis dan pakar berdebat mengenai cara semua ini dibina. Tetapi yang pentingnya ialah peradaban 5,000 tahun lalu, yang kesannya masih dapat dilihat pada hari ini, amat jelas telah dibina dengan pengalaman dan pengetahuan mendalam yang berusia lebih ribuan tahun. Dalam erti kata lain, asal-usul peradaban purba ini bahkan berusia lebih tua. Ini bermakna bahawa sejak dari zaman paling awal lagi, tiada manusia primitif separa beruk yang ketiadaan upaya bertutur, dan hidup bergantung semata-mata pada perburuan, seperti yang didakwa oleh penganjur sejarah evolusi. Sejak pertama kali diciptakan, manusia telah menikmati sifat dan karakter yang sama seperti kebijaksanaan, konsep kecantikan, kefahaman, kesedaran dan nilai-nilai moral, seperti mana manusia hari ini.
Nota :
(i). The Eyes of the Sphinx, NY: Berkley Publishing Group, 1996, pp. 118-119.
(ii). 2 Nova Productions, Who Built the Pyramids, www.pbs.org