Beliau mempunyai beberapa nama lain seperti Raden Paku, Prabu Satmata, Sultan Abdul Faqih, Raden Ainul Yakin dan Joko Samudra. Beliau dilahirkan di daerah Blambangan, Banyuwangi dan menetap di Desa Giri, Kebomas, Gresik, Jawa Timur, sehingga akhir hayatnya.
Menurut salasilah yang dikeluarkan dari pesantren (pondok pengajian agama), nama dan nasab beliau adalah Ainul Yakin (Sunan Giri) bin Maulana Ishaq bin Jamaluddin Akbar Al Husaini (Maulana Akbar) bin Ahmad Shah Jalal (Jalaluddin Khan) bin Abdullah Al Azhamat Khan bin Abdul Malik Ahmad Khan bin Alwi Ammi Al Faqih bin Muhammad Dhahib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alwi Ats Tsani bin Muhammad Sahibus Saumiah bin Alwi Awwal bin Ubaidullah bin Ahmad Al Muhajir bin Isa Ar Rumi bin Muhammad Al Naqib bin Ali Al Uraidhi bin Jaafar Ash Shadiq bin Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali Karamallahu Wajhah. Berketurunan Rasulullah SAW melalui susur galur Hussain.
Beliau merupakan anak dari perkahwinan Maulana Ishaq, seorang pendakwah Agama Islam dari Asia Tengah, dengan Dewi Sekardadu, puteri Prabu Menak Sembuyu, pemerintah wilayah Blambangan di waktu penghujung kuasa Kerajaan Majapahit. Kelahiran beliau dianggap sebagai pembawa malang kepada daerah Blambangan kerana ketika itu terjadi penularan wabak penyakit dan ini membuatkan datuknya, Prabu Menak Sembuyu, memerintahkan pengawal kerajaan untuk menghanyutkan beliau ke laut dengan diletakkan ke dalam peti yang diperbuat dari besi. Perkara itu sampai ke pengetahuan ibunya, Dewi Sekardadu dan tanpa menghiraukan keadaannya yang ketika itu baru bersalin, beliau terus menyusur pantai untuk mencari peti yang berisi anaknya namun gagal dan akhirnya beliau menemui ajal dalam pencariannya.
Peti besi yang berisi bayi itu telah dihanyutkan ombak hingga ke tengah laut. Cahaya yang bersilau dipanah matahari telah menarik perhatian sekumpulan pedagang yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Bali lalu mereka mengambil dan membukanya. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati isinya adalah seorang bayi yang baru lahir lalu mereka membuat keputusan untuk berpatah balik ke Gresik untuk menyelamatkannya. Di Gresik, mereka menyerahkan bayi tersebut kepada seorang wanita yang juga seorang pemilik kapal bernama Nyai Gede Pinatih yang telah bersetuju untuk mengambilnya sebagai anak dan terus diberi nama Joko Samudra.
Ketika meningkat remaja, Joko Samudra telah dibawa oleh ibu angkatnya ke Surabaya untuk belajar ilmu agama dari Raden Rahmat (Sunan Ampel) atas permintaanya sendiri. Tidak berapa kemudian, Sunan Ampel mendapat tahu tentang identiti sebenar anak murid kesayangannya itu. Memandangkan panggilan haji telah hampir tiba dan Sunan Ampel telah berniat untuk melaksanakannya pada masa tersebut maka dikirimkan Joko Samudra beserta Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) ke Pasai untuk mendalami ajaran agama. Di Pasai, mereka berdua disambut dengan tangan terbuka oleh Maulana Ishaq yang tak lain merupakan ayah kepada Joko Samudra sendiri dan dari situlah, beliau mengetahui jalan cerita sebenar hidupnya sejak dilahirkan.
Setelah 3 tahun pengajian, Joko Samudra telah diperintahkan oleh ayahnya untuk kembali ke tanah Jawa untuk mengembangkan ajaran Islam disana. Dengan berbekalkan segumpal tanah yang diberikan oleh ayahnya sebagai panduan, beliau berkelana di tanah Jawa untuk mencari dimana letak tanah yang sama dengan tanah yang dibawa. Akhirnya setelah bertafakur dan meminta pertolongan serta petunjuk dari Allah SWT, beliau akhirnya berjumpa dengan lokasi yang dicari iaitu sebuah perbukitan di desa Sidomukti, Kebomas. Beliau lalu memutuskan untuk terus menetap disitu dan membangunkan pesantren Giri iaitu pesantren yang pertama didirikan didalam Kota Gresik. Giri bermaksud gunung didalam bahasa Jawa , dan sejak itu beliau digelar oleh masyarakat sebagai Sunan Giri.
Pesantren Giri kemudian menjadi tersohor sebagai salah satu pusat penyebaran agama Islam di Jawa, bahkan pengaruhnya sampai ke Madura, Lombok, Kalimantan, Sumbawa, Sumba, Flores, Ternate, Sulawesi dan Maluku. Pengaruhnya terus mekar berkembang sehingga ia bertukar menjadi sebuah kerajaan yang bernama Kerajaan Giri dan Sunan Giri sendiri digelar Raja dari Bukit Giri. Kerajaan Giri Kedaton terus menguasai Daerah Gresik sehingga beberapa generasi sebelum akhirnya ditumbangkan oleh Sultan Agung.
Wallahua'lam
4 comments:
assalammualaikum....
testing testing...hehehe...
kak anna
kkkkk
testing sekali lagi..hehehe
:) .. testing sampai lebam .. kih kih kih