Friday, March 11, 2011

Sup Kacang Hitam Dengan Ayam

43 comments


Kali ni resepi yang wa tampilkan memang special skit .. rasa dia ? jangan tanya wa .. sebab wa pon blom try .. kah kah kah .. kalo luorang rasa pelik .. wa lagi laa .. kah kah kah kah


* Bahan-bahan : -

1.5 Liter Air
500g Tulang Ayam
1 Ketul Paha Ayam ( dibuang tulang & dipotong kecil )
5 Biji Kurma Merah
100g Bawang Besar
100g Kacang Hitam
1 Sudu Besar Serbuk Pati Ayam

* Cara Penyediaannya : -

1. Rendam kacang hitam dalam air sejuk selama semalaman.
2. Cuci dan potong tulang ayam kepada kepingan besar, kira-kira 10cm.
3. Masukkan kacang hitam, tulang ayam, paha ayam, kurma merah dan bawang besar ke dalam periuk yang mengandungi 1.5 liter air.
4. Reneh kira-kira selama 1 jam, keluarkan tulang ayam dan taburkan serbuk pati ayam.Siap untuk dinikmati.

Thursday, March 10, 2011

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 21


Piramid Giza

Fakta Yang Menakjubkan Tentang Pembinaan Piramid



Beberapa kajian keatas piramid di Giza telah menunjukkan bahawa Mesir Purba mempunyai pengetahuan yang sangat maju dalam bidang matematik dan geometri. Selain pengetahuan mereka dalam 2 bidang tersebut, orang-orang yang merancang piramid juga harus tahu saiz Bumi, ukurlilit, dan sudut cerun paksinya. Maklumat tentang piramid, yang pembinaan bermula sekitar 2,500 SM, bahkan lebih menghairankan ada teori yang  menganggap ianya dibina sekitar 2,000 tahun sebelum era tokoh matematik besar Yunani seperti Pythagoras, Archimedes dan Euclid: 

- Sudut Piramid Besar membahagi daerah delta Sungai Nil menjadi dua bahagian yang sama. 

- Tiga piramid Giza telah diatur sedemikian rupa sehingga membentuk sebuah segitiga Pythagoras, dengan skala 03:04:05. 

- Ukuran antara tinggi dan lingkar piramid adalah sama dengan  antara jari-jari lingkaran dan ukurlilitnya 

- Piramid Besar adalah juga merupakan jam matahari gergasi. Bayang-bayang yang muncul antara pertengahan Oktober dan awal Mac mencerminkan musim dan panjang tahun. Panjang plat batu di sekitar piramid adalah setara dengan panjang bayangan satu hari. 

- Panjang ukurlilit normal dasar persegi piramid adalah sama dengan 365,342 meter Mesir (unit ukuran dari masa). Ini sangat dekat dengan jumlah hari dalam setahun matahari (yang telah dikira pada 365,224 hari). 

- Jarak antara Piramid Besar dan pusat Bumi adalah setara dengan  antara piramid dan Kutub Utara. 

- Dalam piramid, perimeter dasar dibahagikan dengan dua kali kemuncaknya dengan nombor Pi. 

- Jumlah luas permukaan dari empat sisi piramid sama dengan persegi ketinggian.(i)

Jika Seseorang Berhasrat Untuk Membina Semula Piramid


Pada tahun 1978, Indiana Limestone Institute of America, Inc. - antara peneraju dunia dalam bidang batu kapur - menjalankan kajian yang merangsang pemikiran untuk mengetahui apakah saiz tenaga kerja dan apakah bahan yang diperlukan untuk membina piramid yang sama seperti Piramid Giza. Pegawai syarikat tersebut menjelaskan cabaran yang ada, dan maklum bahawa jika purata pengeluaran hari ini ditambah tiga kali ganda, penggalian, pembuatan dan penghantaran batu kapur sebanyak itu akan mengambil masa lebih kurang 27 tahun. Tambahan pula, semua pekerjaan ini dijalankan dengan menggunakan teknologi moden Amerika - dengan kata lain, penukul hidraulik dan gergaji elektrik bermata kristal. Usaha yang amat banyak diperlukan untuk melombong dan menghantar batu kapur, tidak termasuk ujian makmal yang diperlukan untuk pembinaan piramid, juga tidak termasuk kerja-kerja persediaan yang lain.(ii)

Piramid Besar Khufu (Khufu) terdiri daripada sejumlah 2.5 juta blok batu. Andaikan jika sepuluh blok diletakkan setiap hari-yang akan memerlukan usaha besar  dari para pekerja - maka ianya akan memakan masa selama 684 tahun untuk meletakkan semua 2.5 juta blok. Namun ia dibina dalam anggaran hanya 20 hingga 30 tahun . Hanya ini pengiraan yang mudah menunjukkan bahawa ketika membina piramid, orang Mesir menggunakan teknologi yang sangat berbeza dan unggul.
Jadi bagaimana masyarakat Mesir purba membina piramid gergasi ini? Apakah jenis kuasa, mesin, dan teknik yang digunakan untuk mendirikan teresan batuan ini? Bagaimanakah makam batu tersebut diukir? Bagaimana pencahayaan dibekalkan semasa pembinaan? (Tiada jelaga dan kotoran dijumpai pada dinding atau siling piramid dan makam.) Bagaimana blok batuan dipindahkan dari kawasan perlombongan, dan bagaimana bentuk permukaannya yang berbeza-beza dilicinkan? Bagaimana blok-blok yang seberat beberapa tan ini diangkut dan dipadankan bersama sehingga ke tahap ketepatan 1/1000 setiap sentimeter? Banyak lagi pertanyaan yang boleh dikemukakan. Namun dapatkah persoalan-persoalan ini dijawab dengan cara yang logik dan rasional menerusi salah faham evolusionis terhadap sejarah manusia? Tentu saja tidak!

Bangunan dibina oleh masyarakat masa lalu dengan menggunakan batu batu raksasa menunjukkan bahawa jentera yang berkuasa tinggi seakan akan mirip kepada jentera moden telah digunakan . Kemiripan dari objek dekoratif emas untuk mesin pembinaan membuktikannya. Ditemukan di Panama pada tahun 1920, objek ini diyakini telah digantung sebagai liontin(pendant). Penemuan ini dan yang sejenis dengannya telah menyangkal dakwaan evolusionis bahawa masyarakat masa lalu benar-benar primitif. Ada kemajuan nyata dalam teknologi dan pengetahuan akumulasi sepanjang perjalanan sejarah, tetapi ini tidak bererti bahawa orang-orang di masa lalu hidup seperti binatang. masyarakat lalu mengembangkan berbagai peranti dan mesin yang digunakan dalam terang keperluan mereka sendiri. 
Kanan atas: Kemungkinan model dari sebuah backhoe purba 
Kanan bawah: Model dari backhoe moden

Dengan seni, perubatan dan budaya mereka, masyarakat Mesir purba menghasilkan tamadun yang amat luas. Hasil kerja, terapi perubatan yang diguna, dan pengetahuan mendalam serta pengalaman yang dimiliki merupakan sebahagian bukti penting tentang ketamadunan mereka. Bahkan ada sesetengah saintis hari ini mendakwa bahawa kerja masyarakat Mesir purba - yang menurut pandangan teori evolusi, pembinaannya pasti terlalu sukar - sebenarnya didirikan oleh pelawat dari luar bumi.


Tentunya dakwaan sedemikian tidak masuk akal dan tidak logik. Tetapi evolusionis tetap berselindung kerana para pelopornya tidak mampu memberi penjelasan yang lebih baik. Pertama sekali, tiada sedikit pun bukti yang menyokong pandangan mereka. Sebaik tersedar bahawa mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan sebarang penjelasan berdasarkan kepada kebetulan atau proses evolusi khayalan, mereka terus bersembunyi di sebalik idea 'makhluk angkasa'. Sebenarnya, pandangan karut ini dikemukakan di saat mereka mengetahui bahawa DNA di dalam sel nukleus dan protein pertama, yang mewakili binaan blok asas kehidupan, mempunyai struktur yang jauh lebih kompleks dan luarbiasa untuk terwujud secara kebetulan daripada benda mati. Jadi, kononnya makhluk angkasalah yang membawa organisma hidup pertama di bumi lalu meninggalkannya. Dakwaan karut ini adalah petunjuk bahawa para evolusionis berada dalam keadaan terdesak.

Peradaban Mesir purba dan tamadun lain sepanjang sejarah telah dipelopori oleh golongan yang mempunyai kewarasan dan keinginan. Hari ini, kita kagum melihat banyak artifak yang berasal dari tahun 3,000 BC, sementara para saintis dan pakar berdebat mengenai cara semua ini dibina. Tetapi yang pentingnya ialah peradaban 5,000 tahun lalu, yang kesannya masih dapat dilihat pada hari ini, amat jelas telah dibina dengan pengalaman dan pengetahuan mendalam yang berusia lebih ribuan tahun. Dalam erti kata lain, asal-usul peradaban purba ini bahkan berusia lebih tua. Ini bermakna bahawa sejak dari zaman paling awal lagi, tiada manusia primitif separa beruk yang ketiadaan upaya bertutur, dan hidup bergantung semata-mata pada perburuan, seperti yang didakwa oleh penganjur sejarah evolusi. Sejak pertama kali diciptakan, manusia telah menikmati sifat dan karakter yang sama seperti kebijaksanaan, konsep kecantikan, kefahaman, kesedaran dan nilai-nilai moral, seperti mana manusia hari ini.


Nota :

(i). The Eyes of the Sphinx, NY: Berkley Publishing Group, 1996, pp. 118-119.
(ii). 2 Nova Productions, Who Built the Pyramids, www.pbs.org 

Wednesday, March 9, 2011

Sup Ikan Merah

0 comments


Kalo luorang semua dah jemu makan ayam .. dont be khuatir .. sebab kali ni .. resepi yang dipersembahkan .. Sup Ikan Merah .. yiehaaaa ~!!


* Bahan-bahan : -


  • 1 Sudu Besar Minyak Masak
  • 3 Biji bawang Merah ( Dihiris )
  • 1 Inci Halia ( Dihiris )
  • 500ml Air
  • 100g Isi Ikan Merah
  • 1 keping Tauhu Lembut ( Dipotong 4 )
  • 8g Serbuk Pati Ayam
  • 1 Tangkai Daun Saderi
  • 1 Tangkai Daun Bawang
  • 1 Biji Cili Api
  • 1 Sudu Teh Garam


* Cara Penyediaannya : -

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, cili api serta halia hingga wangi.
2. Masukkan air dan didihkan.
3. masukkan ikan merah, tauhu, garam dan serbuk pati ayam.
4. Renehkan seketika sehingga isi ikan masak.
5. Akhir sekali baru masukkan daun saderi dan daun bawang.

Tuesday, March 8, 2011

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 20

0 comments

Pencapaian Lain Oleh Tamaddun Mesir Purba 

Bidang Tekstil 

Contoh kain linen dari peradaban mesir Purba
Serpihan kain linen yang wujud sejak 2,500 SM menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba telah menghasilkan fabrik berkualiti tinggi dari segi bahan dan tenunan. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting adalah perincian tenunan pada kain tersebut. Masyarakat Mesir purba pada waktu itu telah menghasilkan gentian halus seperti mana hari ini yang dihasilkan dengan bantuan mesin dan teknologi maju, dan linen pada waktu itu telah digunakan untuk membungkus mumia. Tenunan halus pada fabrik-fabrik berkenaan sangat mengagumkan para ahli kaji Mesir purba.(i) Spesimen-spesimen tersebut teramat halus hinggakan seseorang memerlukan kanta untuk membezakannya daripada sutera, dan fabrik-fabriknya setanding dengan hasil kerja mesin tenun hari ini.(ii) Sehingga kini, fabrik tersebut mahsyur dek kerana kualitinya, dan linen yang dihasilkan oleh masyarakat Mesir pada hari ini terhutang budi pada tukang tenun yang hidup pada 2,000 SM dahulu.

Pencapaian Matematik Yang Lebih Unggul

The Rhind Papyrus
Nombor telah digunakan oleh masyarakat Mesir purba sejak dari awal lagi. Banyak papirus dari tahun 2,000 SM yang menerangkan masalah matematik telah ditemui. Empat daripadanya yang sering menjadi rujukan dikenali sebagai serpihan Kahun, dan papirus Berlin, Moscow dan Rhind. Dokumen-dokumen berkenaan menyatakan beserta contoh tentang asas-asas pengiraan. Mereka tahu bahawa segitiga dengan sisi berukuran 3:4:5 adalah segitiga tepat, dan menggunakan pengetahuan ini (kini dikenali sebagai Teorem Pitagoras) dalam pengiraan pembinaan mereka.(iii)

Tambahan pula, mereka tahu perbezaan antara planet dengan bintang. Mereka memasukkan beberapa bintang yang sukar dilihat dengan mata kasar ke dalam senarai kajian astronomi mereka.

Dek kerana hidup mereka bergantung kepada Sungai Nil, mereka perlu memeriksa parasnya semasa banjir tahunan berlaku. Meraka mencipta 'Nilometer' untuk mengukur aras ketinggian air sungai, serta melantik beberapa pegawai untuk tugas itu.(iv)

Teknologi Pembinaan Yang Penuh Misteri

Struktur paling penting yang telah dibina oleh masyarakat Mesir purba, yang mana ramai pelawat masih terpegun hari ini, adalah piramid. Piramid Giza adalah yang paling istimewa dan dianggap sebagai binaan batu yang paling besar di dunia sehingga ke hari ini. Sejak zaman Herodotus, ramai ahli sejarah dan arkeologi telah mengemukakan pelbagai teori tentang pembinaan piramid. Sebahagian berpendapat bahawa hamba abdi telah digunakan dalam pembinaannya dan mengandaikan beberapa teknik berbeza, daripada teknik tanjakan sehingga kepada piramid berteres. Gambaran lengkap yang wujud hasil daripada teknik andaian ini adalah seperti berikut:

Piramid dibina oleh hamba abdi, dengan jumlah mereka yang amat ramai, dalam lingkungan 240,000 orang.

Tanjakan digunakan dalam pembinaan piramid, kemudian mengambil masa lebih kurang lapan tahun untuk meleraikan tanjakan tersebut selepas pembinaannya.

Menurut seorang jurutera sivil Denmark, Garde-Hanson, teori tersebut adalah karut, ini kerana apabila tanjakan telah dileraikan, saki-baki blok batuan gergasi akan ditinggalkan. Tetapi tiada bukti dapat dilihat di mana-mana.(v)

Sambil menyatakan bahawa Garde-Hanson telah mengambil kira pelbagai aspek yang telah diabaikan oleh ahli teori yang lain, Moustafa Gadalla dalam bukunya yang berjudul Historical Deception: The Untold Story of Ancient Egypt telah berkata:

Cuba bayangkan statistik yang menghairankan sewaktu melawat piramid: 4,000 pekerja kuari menghasilkan 330 blok batuan setiap hari tanpa henti. Setiap hari pada musim banjir, 4,000 blok dibawa ke Sungai Nil, dibawa menyeberang, diheret di atas tanjakan ke dataran Giza, dan diletakkan di bahagian teras - 6.67 blok setiap minit! Bayangkan 6.67 blok dalam setiap 60 saat!(vi)

Tambahan pula, harus diingat bahawa kawasan permukaan setiap piramid adalah lebih kurang 5.5 ekar. Maka 115,000 batu lapisan diperlukan untuk setiap permukaan. Batuan ini telah diletakkan dengan cermat di tempat sepatutnya yang mana ruang di antara mereka terlalu kecil untuk memuatkan walaupun sekeping kertas.(vii)

Ini hanyalah sebahagian sanggahan yang membuktikan bahawa misteri pembinaan piramid belum dapat diselesaikan oleh sains dan technologi abad ke-21.

Nota :

(i). Ibid.
(ii). James Henry Breasted, Ancient Times or A History of the Early World, 1916, p. 64. 
(iii). Moustafa Gadalla, Egyptian Harmony: The Visual Music, NC: Tehuti Research Foundation, 2000, p. 64.
(iv). http://www.waterhistory.org/histories/cairo/
(v). Gadalla, Historical Deception, p. 115
(vi). Ibid., 
(vii). Ibid.

Monday, March 7, 2011

Ayam Nanas 3 Rasa

2 comments


Resepi ni sesuai le kalo nak implement kat kenduri kawin .. huhuhuhu


* Bahan-bahan : -


  • 500g Paha Ayam ( Dibuang Tulang & Dipotong Kecil )
  • 50g Bawang Besar ( Dipotong Gelang )
  • 50g Nanas ( Dipotong Dadu )
  • 50g Kacang Pis
  • 100g Tomato ( Dipotong Baji )
  • 1 Cawan Minyak Masak
  • 1 Sudu Besar Cili Boh
  • 50ml Air


* Cara Penyediaannya : -

1. Panaskan minyak dalam kuali tidak melekat, goreng ayam sehingga kekuningan.Toskan dan ketepikan.
2. Tinggalkan dua sudu besar minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili boh bersama air dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan ayam, kacang pis, nanas dan tomato.Kacau sekata supaya semua bahan bersalut dengan sos.

Sunday, March 6, 2011

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 19

0 comments

Perancangan Bandar Dan Infrastruktur Mesir Purba

Salah satu indikator yang menunjukkan kemajuan mereka dalam peradaban ialah kemampuan dan pengetahuan mereka yang tinggi dalam sektor pembinaan dan kejuruteraan 
Iklim yang kering telah meninggalkan banyak petunjuk berkaitan tamadun Mesir, sekaligus membuktikan bandar Mesir kuno telah mempunyai kemudahan asas yang jauh berkembang.

Infrastruktur yang maju itu menunjukkan bahawa mereka yang membina bandar-bandar berkenaan pastinya telah memiliki ilmu yang mendalam tentang kejuruteraan dan senibina. Berapa dalam tapak bawah tanah perlu digali, di mana gelegar sokongan perlu diletakkan, bagaimana untuk merancang sistem pengudaraan yang efektif, aturan laluan untuk air bersih dan kotor agar tidak bercampur, dan banyak lagi perincian yang perlu dipertimbangkan. Paling penting, tiada ruang untuk sebarang kesilapan dalam semua perkara tersebut. Masyarakat Mesir purba tahu kesemua teknik yang diperlukan, dan bangunan-bangunan yang mereka dirikan membuktikan perkara ini.

Teknik-teknik senibina yang mereka aplikasikan di masa 3,000 BC amat profesional dan bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai kesukaran dan masalah berkenaan infrastruktur. Air merupakan antara elemen terpenting untuk negara kering seperti Mesir. Kenyataannya, mereka berjaya menemui penyelesaian terbaik berhubung masalah ini, iaitu dengan menyertakan tangki bina dalam untuk menyimpan air.

Simpanan air yang banyak ditemui di kawasan oasis Fayum merupakan sebahagian daripadanya. Masyarakat Mesir juga membina beberapa tasik buatan untuk memastikan kelangsungan kehidupan di bahagian-bahagian tertentu. Tasik-tasik kecil yang menerima air dari Sungai Nil ini memungkinkan kewujudan peradaban yang maju di tanah gersang Mesir. Mereka membina Tasik Moeris, yang terletak 80 kilometer (50 batu) di barat daya Cairo hari ini, bertujuan untuk menakung air dari Sungai Nil melalui terusan. Penempatan dan rumah ibadat telah didirikan berhampiran takungan ini.

Pengetahuan masyarakat Mesir dalam bidang kejuruteraan, perancangan bandar dan perubatan serta bagaimana ia harus diaplikasikan merupakan sebahagian bukti berkaitan tamadun gemilang yang pernah mereka miliki.

Pengetahuan dan tindakan yang mereka laksanakan sekali lagi menolak pendapat bahawa masyarakat berkembang daripada peringkat primitif kepada tahap bertamadun. Masyarakat yang hidup 5,000 tahun lalu memiliki tahap peradaban yang jauh lebih maju daripada sesetengah komuniti yang hidup di negara yang sama pada hari ini, sesuatu yang tidak mampu dijelaskan dari segi 'perkembangan evolusi'. Semasa masyarakat Mesir purba menikmati peradaban gemilang mereka, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat lebih banyak komuniti yang hidup dalam keadaan serba mundur di Afrika dan lain-lain bahagian di dunia. Tetapi tiada seorang pun di antara mereka yang mempunyai ciri-ciri yang kurang daripada manusia, apatah lagi sifat-sifat seperti beruk. Masyarakat Mesir, mereka yang hidup dalam keadaan primitif pada masa yang sama, termasuk juga komuniti yang hidup ratusan ribu tahun dahulu, telah sekian lama sememangnya manusia seperti hari ini dalam segala aspek. Walaupun sebahagian komuniti mungkin hidup serba maju dan sesetengah lagi hidup penuh kekurangan, tetapi ini tidak membuktikan bahawa manusia berasal daripada beruk atau pun sebuah bangsa berkembang daripada bangsa lain, seperti mana yang didakwa oleh para evolusionis. Tafsiran seumpama itu hanya sekadar penyimpangan sains, kewarasan dan logik.

Penyakit Tiroid Pada Wanita

0 comments


TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

* Kelenjar Tiroid

Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi badan yang dipanggil metabolisma.

Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan. Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan.

Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku. Penyakit kencing manis juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

* Diagnosis Penyakit Tiroid

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga rungutan tertentu yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan. Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.

* Penyakit Hipotiroidisma

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma. Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis.

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma (rujuk pada intisari makanan yang mempunyai kandungan iodin).

Simptom hipotiroid dengan perlahan-lahan akan dirungutkan dan sebab itu juga anda mungkin tidak mempunyai rungutan berbulan-bulan dan juga mungkin bertahun-tahun lamanya walaupun menghidap penyakit hipotiroidisma.

Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan. Hormon tiroid akan diberikan kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya.

Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan ujian darah mungkin dilakukan.

* Hipertiroidisma

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun.

Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Biasanya mata mereka yang menghidapi penyakit ini akan kelihatan seperti mata ikan emas! Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting.

Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ‘ribut tiroid’ terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.

Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa.

Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi ataupun aspirasi menggunakan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan anda semasa lawatan kesihatan susulan.

* Penyakit Tiroid Semasa Mengandung

Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit-pesakit semasa mengandung. Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil sebagai postpartum tiroiditis. Lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke paras normal dengan pantas. Namun, ada segelintir daripada ibu terbabit yang mungkin akan mengalami hipotiroidisma pada masa hadapan.

Perlu ditegaskan di sini bahawa ujian pengesanan ataupun ujian darah hormon-hormon tiroid bukan merupakan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Saturday, March 5, 2011

Sup Kundur

0 comments


Sesekali layan sup le plak .. huhuhuhu .. sonang yo plak tu .. isk isk isk


* Bahan-bahan : 


  • 1.5 Liter Air
  • 500g Tulang Ayam
  • 100g Bawang Besar
  • 500g Kundur
  • 5 Biji Kurma Merah
  • 20g Kekapis
  • 1 sudu Besar Serbuk Pati Ayam


* Cara Penyediaannya : -

1. Didihkan tulang ayam dan bawang besar dalam air, kemudian renehkan lebih kurang 30 minit.
2. Singkirkan tulang ayam dan bawang besar.masukkan kurma merah, kundur dan kekapis.
3.Kukus sup dengan api yang perlahan selama 1 jam.
4. Taburkan serbuk pati ayam dan hidangkan ketika masih panas.

Thursday, March 3, 2011

Tiramisu

0 comments


Kepada penggemar penggemar Tiramisu, lepas ni luorang takyah dah berbondong bondong gi beratur kat kedai kedai kek .. sebab ni dah ada resepi cara mudah nak buat .. tapi kalo luorang tetap nak pegi gak .. den tak dapek nak nolong .. kah kah kah .. ok .. cekidaut~!!

* Bahan-bahan : -

  • 200g Krim Putar
  • 250g Krim Keju
  • 30ml Susu Segar
  • 5 Sudu Besar Gula Halus
  • 180ml Air ( Dicampur Dengan 1 Sudu Teh Serbuk Kopi Segera )
  • 1 Sudu Besar Serbuk Koko
  • 30g Parutan Coklat
  • 20 Keping Biskut Span ( Khas Untuk Membuat Tiramisu )
  • Sedikit Strawberi ( Untuk Hiasan )


* Cara Penyediaannya : -

1. Pukul krim hingga kental dan ketepikan.
2. Putar krim keju hingga lembut.
3. masukkan susu dan gula serta putar lagi hingga adunan menjadi ringan.
4. Campurkan krim putar & krim keju dan dikacau rata.
5. Celup biskut di dalam kopi dan susun beberapa keping ke dalam mangkuk kaca.
6. Ratakan separuh campuran krim.
7. Ayak serbuk koko diatasnya
8. Celup biskut lagi di dalam air kopi, susun dan tutup dengan baki krim.
9. Akhir sekali ayak serbuk koko dan taburkan coklat.
10. Tutup dan biarkan di dalam peti sejuk selama 4 jam.
11. Hiaskan dengan buah strawberi dan siap untuk dihidangkan.

Wednesday, March 2, 2011

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 18

0 comments

Perkembangan lmu Kaji Logam Di Mesir Purba

Foto :

(1, 2)  Alat kebesaran Raja yang ditempa dengan kemas dari emas, perak dan batu berharga

(3) Sepasang sepatu yang direka khusus

(4) Sebuah bekas air kecil dan bermuncung panjang yang diperbuat dari emas tulin  dan masih mengekalkan keutuhan dan kilauannya.


Secara asasnya, ilmu kaji logam merupakan cabang sains dan teknologi yang melibatkan penapisan daripada bahan-bahan kasar, pembentukan dan pemeliharaan pelbagai jenis logam dan sebatiannya. Kajian terhadap tamadun Mesir purba menunjukkan bahawa sekitar 3,000 dan 3,500 tahun dulu, masyarakat Mesir merupakan pakar dalam pengekstrakan dan penghasilan pelbagai mineral dan logam, terutamanya emas, tembaga dan besi. Ilmu kaji logam yang jauh berkembang membuktikan bahawa mereka lebih maju dalam pencarian, pengekstrakan dan penghasilan bijih, serta mempunyai ilmu kimia yang baik.

Kajian arkeologi telah mendedahkan bahawa masyarakat Mesir telah mula menghasilkan kerja terperinci berkenaan bijih tembaga dan sebatian logam sekitar 3,400 SM Dalam Dinasti Keempat (sekitar 2,900 SM), kajian dan operasi perlombongan diawasi oleh pegawai-pegawai berkedudukan tinggi dan dipercayai dikawal selia oleh anak-anak Firaun.

Foto :
(5) Alat kebesaran yang dijumpai di leher Tutankhamen diperbuat dari emas tulin dan sangat halus cara pembuatannya . Lebih kurang 150 permata lain jua ditemui berhampiran dengan mumia yang sama 

(6) Sebuah pondok yang bersadur emas beserta tempat duduk yang bersadur perak

(7) Alat kebesaran yang diperbuat dari emas, lapis lazuli dan batu turquoise, dijumpai di Tanis

Corak kerja yang halus dalam pertukangan emas menunjukkan kemajuan mereka dalam bidang ini. Sekiranya tidak mempunyai teknologi dalam pembuatan, pertukangan sebegini adalah mustahil. Kualiti dan keberadaan ukiran emas yang ada ketika itu menyerupai pertukangan emas di dunia moden pada hari ini.


Masyarakat Mesir purba juga menggunakan besi sebagai tambahan untuk tembaga. Timah digunakan untuk menghasilkan gangsa, dan kobalt untuk mewarna kaca. Logam yang tidak terdapat secara semulajadi di Mesir telah diimport dari wilayah lain, terutamanya Parsi.

Logam yang sering digunakan dan paling dihargai adalah emas. Ratusan lombong emas telah ditemui di Mesir dan sebahagian Sudan. Sekeping papirus kurun ke-14 sebelum Masihi mengandungi pelan-pelan lombong emas berhampiran Apollinopolis, sekaligus membuktikan kemahiran masyarakat Mesir berkaitan bidang berkenaan. Papirus tersebut menerangkan tentang pembinaan lebih daripada 1,300 buah kediaman pekerja di sekitar lombong. Ini menjelaskan tentang kepentingan pertukangan emas dan seni permata hiasan dalam Mesir kuno. Sesungguhnya, ratusan objek emas hiasan yang ditemui dalam penggalian arkeologi adalah bukti bahawa masyarakat Mesir purba merupakan pelombong dan pekerja logam yang pakar.

Ini juga menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan saintifik dan teknologi yang diperlukan untuk mengenal pasti logam, mengekstrak bijih daripadanya, menghaluskan logam dan mengekstraknya, kemudian menggabungkannya untuk menghasilkan aloi.

Tuesday, March 1, 2011

Ayam Pongteh

0 comments


ayam .. bermacam ayam .. tetiba teringat lak kat lagu Jalil Hamid .. sebab apa ? sebab resepi kali ni pasal ayam pongteh .. bukan ayam pakteh tau .. kah kah kah


* Bahan-bahan : -


  • 1 Ekor Ayam ( Dipotong Kecil )
  • 2 Biji Kentang ( Dipotong Baji )
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 15 Biji Bawang Merah ( Dihiris )
  • 4 Ulas Bawang Putih ( Dihiris )
  • 1 Sudu Besar Taucheong
  • 1 Cawan Air
  • 1 Sudu Besar Kicap Pekat
  • 1 Sudu Teh Serbuk Lada Putih
  • 1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam


* Cara Penyediaannya : -

1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang merah serta bawang putih sehingga keemasan.
2. Masukkan ayam dan kentang, kacau goreng selama beberapa minit.
3. Tambahkan taucheong dengan kicap pekat, serbuk lada putih dan serbuk pati ayam.Kemudian masukkan air dan biarkan reneh seketika.
4. Setelah masak hias sedikit dengan bawang goreng.

Monday, February 28, 2011

Terjemahan Al Anfal Juz 10

0 comments


[39] Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.

[40] Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dia lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu).

[41] Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada “Hari Al-Furqaan”, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[42] (Iaitu) ketika kamu berada di tepi lembah yang dekat (ke Madinah) dan mereka (pihak musuh) berada di tepi lembah yang jauh (dari Madinah), sedang Kafilah (pembawa dagangan musuh) berada di tempat yang rendah dari tempat kamu (di tepi laut). Dan kalaulah kamu berjanji (dengan mereka mengenai peperangan itu) nescaya kamu akan berselisih pada menentukan harinya. Akan tetapi (pertemuan angkatan kamu dengan angkatan mereka yang tidak disangka-sangka itu) ialah supaya Allah melakukan suatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya, iaitu supaya orang (kafir musyrik) yang binasa itu, binasa dengan keterangan (yang membuktikan kesalahannya), dan supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan (yang membuktikan kebenarannya); kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[43] (Ingatlah wahai Muhammad) ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya; dan kalaulah Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

[44] Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

[45] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

[46] Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

[47] Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.

[48] Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”.

[49] (Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: “Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya)”. Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[50] Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): “Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar”.

[51] (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.

[52] (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.

[53] (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[54] (Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.

[55] Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman.

[56] (Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu).

[57] Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf).

[58] Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

[59] Dan janganlah orang-orang yang kafir itu menyangka (bahawa) mereka telah terlepas (dari kekuasaan dan balasan Kami); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (kekuasaan Kami).

[60] Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

[61] Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[62] Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

[63] Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[64] Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

[65] Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

[66] Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.

[67] Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[68] Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.

[69] Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[70] Wahai Nabi, katakanlah kepada orang-orang tawanan yang ada dalam tangan kamu: “Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Ia akan memberi kepada kamu (balasan) yang lebih baik daripada (harta benda penebus diri) yang telah diambil dari kamu, dan Ia akan mengampunkan dosa kamu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi maha Mengasihani.

[71] Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[72] Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.

[73] Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.

[74] Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

[75] Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Sunday, February 27, 2011

Kerang Indera Kayangan

0 comments


weyh .. walopon nama dia ada Indera Kayangan .. tak bermakna luorang kena gi Perlis baru dapat makan menda ni .. kah kah kah .. asalkan bila luorang gi pasar dan kenal amenda yang dinamakan kerang dah cukup untuk luorang start belajar buat masakan cam yang kat gambar nun .. perghhh ..


* Bahan-bahan : -

  • 500g Kerang
  • 3 Sudu Besar Minyak Masak
  • 1 Camca Besar Cili Boh
  • 1 Sudu Teh Belacan
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Teh Gula
  • 1 Sudu Teh Garam
  • 2 Biji Bawang Merah
  • 6 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia


* Cara Penyediaannya : -

1. Basuh kerang hingga bersih dan kemudiannya rebus di dalam kuali yang berisi air.
2. Biarkan kerang hingga buka dan masak.
3. panaskan minyak dan masukkan bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan cili boh dan belacan serta bersama sedikit air, didihkan.
5. Masukkan kerang dan kacau sekata.Masukkan sos tiram, gula dan garam.

Terjemahan Al Anfal Juz 9

0 comments


[1] Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: “Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.

[2] Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

[3] Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

[4] Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

[5] Sebagaimana (harta rampasan perang ditentukan pembahagiannya dengan kebenaran, maka) Tuhanmu (wahai Muhammad) mengeluarkanmu dari rumahmu (untuk pergi berperang) dengan kebenaran juga, sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu (sebenarnya) tidak suka (turut berjuang).

[6] Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebabnya).

[7] Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (ugama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya;

[8] Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.

[9] (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

[10] Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[11] (Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika) Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).

[12] (Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka”

[13] (Perintah) yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.

[14] Itulah (azab dunia) maka rasalah dia (hai orang-orang kafir). Sesungguhnya orang-orang yang kafir disediakan baginya azab neraka (di akhirat).

[15] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.

[16] Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu – kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain – maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali.
[17]
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[18]
Demikianlah (caranya nikmat yang dikurniakanNya kepada kamu), dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir.
[19]
Jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak yang benar) maka sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muhammad, s.a.w) maka yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman.
[20]
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
[21]
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: “Kami dengar”, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
[22]
Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).
[23]
Dan kalaulah Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentulah Ia menjadikan mereka dapat mendengar; dan kalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar juga (dengan keadaan yang demikian), nescaya mereka tidak menerimanya sambil memalingkan diri.
[24]
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
[25]
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
[26]
Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermustautin dan diperkuatkanNya kamu dengan pertolonganNya, serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur.
[27]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
[28]
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
[29]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
[30]
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
[31]
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Quran) ini. (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.
[32]
Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: “Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
[33]
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).
[34]
Dan mengapa mereka tidak patut diseksa oleh Allah, sedang mereka menyekat (orang-orang Islam) dari masjid Al-Haraam, padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya (kerana mereka kafir musyrik)? Sebenarnya orang-orang yang berhak menguasainya hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
[35]
Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu.
[36]
Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.
[37]
Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.
[38]
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.

Saturday, February 26, 2011

Terjemahan Al A'Raaf Juz 9

3 comments


[89] “Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada ugama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim”.

[90] Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): “Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi”.

[91] Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.

[92] Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.

[93] Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)”.

[94] Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).

[95] Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)”. Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.

[96] Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

[97] Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?

[98] Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

[99] Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

[100] Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?

[101] Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir.

[102] Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik.

[103] Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.

[104] Dan berkatalah Nabi Musa: “Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.

[105] “Sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, bebaskanlah Kaum Bani Israil menyertai aku (ke Palestin).

[106] Firaun menjawab: “Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah dia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.

[107] Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.

[108] Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

[109] Berkatalah Ketua-ketua dari kaum Firaun: “Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.

[110] “Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu”. (Firaun bertanya): “Oleh itu, apa yang kamu syorkan?”

[111] Mereka berkata: “Tangguhkanlah dia dan saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang hukuman) serta utuslah ke bandar-bandar (di merata-rata negeri Mesir untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir);

[112] “Yang kelak akan membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir”.

[113] Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun lalu berkata: “Sungguhkah kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya?”

[114] Firaun menjawab: “Benar, (kamu akan mendapat upah) dan kamu sesungguhnya (akan menjadi) dari orang-orang yang damping (denganku)”.

[115] Mereka berkata: “Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?”

[116] Nabi Musa menjawab: “Campakkanlah kamu (dahulu)!” Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).

[117] Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

[118] Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.

[119] Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.

[120] Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,

[121] Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

[122] “(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”.

[123] Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya).

[124] “Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya”.

[125] Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya).

[126] “Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami”. (Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.

[127] Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: “Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?” Firaun menjawab: “Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka”.

[128] (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.

[129] Mereka berkata: “Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami”. Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?”

[130] Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.

[131] Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

[132] Dan mereka berkata: “Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu”.

[133] (Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

[134] Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: “Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu”.

[135] (Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya

[136] Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

[137] Dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya. Dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi)

[138] Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: “Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan”. Nabi Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.

[139] “Sesungguhnya mereka (penyembah-penyembah berhala itu), akan dihancurkan apa yang mereka berada di dalamnya (dari perbuatan syirik), dan tetaplah salahnya apa yang mereka kerjakan itu”.

[140] Nabi Musa berkata lagi: “Patutkah aku mencari tuhan untuk kamu selain dari Allah, padahal Ia telah melebihkan kamu atas sekalian manusia (yang sezaman dengan kamu, dengan berbagai nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kamu)?”

[141] Dan (Tuhan berfirman): Ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan kaumnya, yang menyeksa kamu dengan azab seksa yang seberat-berat dan seburuk-buruknya; mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan (ingatlah bahawa) yang demikian itu mengandungi cubaan yang besar dari Tuhan kamu.

[142] Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): “Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan”.

[143] Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu”. Allah berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu”, Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)

[144] Allah berfirman: “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur”.

[145] Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik – derhaka”.

[146] Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

[147] Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat).

[148] Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman”.

[149] Dan setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: “Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

[150] Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: “Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?” Dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: “Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim”.

[151] Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani”.

[152] Sesungguhnya orang-orang yang menyembah (patung) anak lembu itu, akan ditimpa kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia. Dan demikianlah kami membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang tidak benar.

[153] Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[154] Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu yang dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya).

[155] Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.

[156] “Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu”. Allah berfirman: “AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.

[157] “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.

[158] Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”.

[159] Dan di antara kaum Nabi Musa, ada satu golongan yang memberi petunjuk (kepada orang ramai) dengan perkara-perkara yang hak, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

[160] Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: “Pukulah batu itu dengan tongkatmu.” Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka “Mann” dan “Salwa”. (Lalu Kami berfirman): “Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri.

[161] Dan (ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka: “Tinggalah dalam bandar ini dan makanlah dari makanannya apa sahaja yang kamu sukai, dan berdoalah dengan berkata: ` (Wahai Tuhan kami), gugurkanlah (dosa kami) ‘, dan masuklah melalui pintu (bandar) itu dengan tunduk merendah diri, supaya Kami mengampunkan dosa-dosa kamu. Kami akan menambah (balasan) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan”.

[162] Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan.

[163] Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.

[164] Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”.

[165] Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

[166] Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.

[167] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[168] Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).

[169] Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: “Akan diampunkan kelak dosa kami” Padahal jika datang kepada mereka kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti?

[170] Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya).

[171] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): “Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”

[172] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

[173] Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?”

[174] Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

[175] Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

[176] Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

[177] Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

[178] Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.

[179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

[180] Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

[181] Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

[182] Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

[183] Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.

[184] Patutkah mereka (ingkar dan) tidak mahu memikirkan (dengan fikiran yang siuman bahawa) sahabat mereka (Muhammad) tidak sekali-kali mengidap penyakit gila (sebagaimana yang mereka tuduh itu), bahkan ia hanyalah seorang (Pesuruh Allah) yang memberi amaran yang jelas.

[185] Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?

[186] Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.

[187] Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

[188] Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

[189] Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.

[190] Kemudian ketika Allah mengurniakan kepada keduanya nikmat yang baik (sebagaimana yang mereka pohonkan), mereka berdua menjadikan sekutu bagi Allah dalam urusan wujudnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.

[191] Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?

[192] Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka, dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri.

[193] Dan jika kamu (hai kaum musyrik) menyeru benda-benda itu untuk memperoleh petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat menurut (menyampaikan hajat) kamu; sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu menyerunya atau mendiamkan diri.

[194] Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.

[195] Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya, atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad): “Panggilah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.

[196] “Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan”

[197] Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.

[198] Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya; dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat.

[199] Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

[200] Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[201] Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

[202] Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).

[203] Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): “Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?” Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan – yang membuka hati – dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

[204] Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

[205] Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

[206] Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |