Wednesday, December 29, 2010

Berbicara Lagi - Kekematuan Idea

2 comments

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man on the moon.
"When you comin' home ?"
"Son, I don't know when.
We'll get together then.
You know we'll have a good time then."

Assalamualaikum .. dah 4 hari rasanya wa tak update beloggg (selain dari yang wa dah set untuk auto update post).. hari ni pon mungkin tak kot .. feels like out of zuhal.  Lately ni wa banyak buat blogwalking .. ok le tu .. bukan jalan dalam tido .. atau dalam bahasa perancisnya.. ngigau. Banyak gak perkara perkara yang asing selama ni dari pengetahuan wa yg dapat wa kutip dari pembacaan blog blog ni. Pelbagai rencam dan cara .. pelbagai bentuk anekawarna .. pelbagai isu yg dikupas .. samada yg masih berpijak dibumi nyata atau pun sekadar mimpi tengah mandi kat celah perbukitan planet utarid nun. Standard aa tu ..ikut idea memasing le kan .. kita sekadar meraikan kepelbagaian.. eiceh .. dah macam idealis plak wording wa ni . 

Actually, sebagaimana yg memang dah diketahui, blogging ni dah jadi medium yg sangat efektif untuk sampaikan apa yg luorang rasa, apa yang luorang fikirkan, apa yang luorang nak sampaikan atau apa yang luorang nak kongsikan ngan pembaca. Hidangannya plak terpulang le pada tokey kedai .. apa yg nak dia sediakan sebagai jamuan .. ada orang bukak kedai kopi .. ada orang bukak kedai kek .. ada yg jual baju.. ada yg jual ubat , ada yg jual pantun.. gossip dan dalam banyak banyak tu plak akan ada yg jual temberang .. kah kah kah . Cara penyampaian setiap satu tu plak ada variasi tersendiri .. ada yg 100% skema dengan penuh penataan ayat ayat baku walopon belum tentu masa amik SPM dulu lulus BM .. (melawak je ni .. jgn ada yg terasa plak) .. ada yg gaya santai, ada gaya lawak, straigh forward, berhati hati dan penuh ngan nasihat, ada yg kopipes je .. dah tak kurang gak .. ada yg semberono je cakap menda menda yg ada sangkut paut ngan tempat dia keluar masa lahir dulu ... huh.. (terpulang luorang nak pilih ikut kesesuaian luorang).

Secondly, komen .. memacam jenis komen plak yg kita leh nengok kat blog.. ada yg tambah info, ada yg baru tahu pasal info, ada yg tukang tambah garam dan gula, ada yg nak tunjuk yg dia lebih tahu (dr know who), tak kurang gak ada yg tak setuju ngan topik atau posting. Bab yg ni plak ada memacam kriteria, ada yg sekadar tak setuju lepas tu taip sepatah dua kata terus ghaib .. member tu nak bagi penjelasan lanjut .. ntah dia baca ntah ke idak .. kira hit and run le ni. Ada yg cam nak ajak berdebat untuk buktikan fakta post tu salah, ada plak yg sekadar menimbulkan perlecehan dan keraguan untuk pengunjung lainnya.. pendekata setiap satu tu ada pros and cons.
Wa pernah terjumpa satu komen dari mamat dari negara isketambola .. kekonon nak bagitau yg posting tu banyak typo & grammar error dan suh author tu belajar BI sebelum post .. padahal dia sendiri punya comment pon ada typo error diluar keraguan munasabah .. hahaha .. apa kita nak kata ngan owang gini ? 
Apa yg paling penting .. jangan menyepam le bro (spamming) .. ikut cara yg paling beretika. Kalo nak  exchange link pon .. discuss le ngan pemilik blog .. apa de hal .. ni komen sepatah .. tinggalkan link berjela .. apa barang ..? (tapi dalam semua tu yang paling best ialah blog wa sendiri catatan-karmic .. langsung tak de owang komen .. kah kah kah)

Thirdly .. Catatan-Karmic akan tetap terus menyalurkan info untuk pengetahuan am bersama selagi terdaya.. InsyaAllah (info am ni macam macam ada .. dan tak pernah akan habih) .. kalo luorang suka - Alhamdulillah .. kalo luorang tak suka - jangan gi sms ketua kampung wa .. kang wa kena halau plak dari kampung .. kah kah kah. By the way .. kalo luorang nak cari artikel (dalam BI) -- free je .. luorang boleh gi ke blog Karmics-Articles .. kat situ wa longgokkan semua artikel yg wa ada dalam simpanan .. ye le .. dah lama terperuk dalam hard disk, so sebelum memori pc wa meroyan .. baik wa share kat internet .. mana le tau .. mungkin ada gak kegunaanya untuk reference luorang .. (pc wa dah menunjukkan tahap gegaran melampaui simptom parkinson). Till next time .. :) .. Karmic luv ye oll ~!!

Last sekali .. moh sesama layan video ni .. khas untuk membunuh kebusanan tahap ultra jingga.. huhu

Tuesday, December 28, 2010

Susu Mangga Ais

0 comments


Glup .. amacam ? boleh tahan ? masa wa nak post ni pon ... asik telan air liur je .. sib baik bukan bulan poser .. kalo idak .. hai laa badan ... keh keh keh .. Kali ni Chef Arm berkongsi resepi minuman plak .. callo betey ..


» Bahan-bahan «

  • 1 Biji Mangga Masak
  • 1 Cawan Ketulan Ais
  • 1 Cawan Susu Segar
  • 1 Camca Teh Gula Pasir
  • 1 Sudu Teh Jus Lemon


» Cara Penyediaannya «

1. Kisar semua bahan sehingga halus dan hidang serta-merta.


Aiks .. satu step je cara dia ? dah tu ngan serta merta plak .. ni dah masuk kategori misteri ni .. huhuhu

Monday, December 27, 2010

Bawal Putih Masak Kari Tomyam

0 comments


Kari Tomyam ? ... uuu .. besh besh .. sila le cuba try test tengok .. kalo sedap belasah sampai lupa diri .. kalo tak sedap .. bagi je ke rumah ketua kampung .. keh keh keh


» Bahan-bahan «

  • 2 Ekor Bawal Putih
  • 2 Sudu Besar Minyak Masak
  • 2 Sudu Besar Pes Tomyam
  • 1 Sudu Besar Serbuk kari
  • 1 Sudu Besar Serbuk Pati Ayam
  • 100ml Santan
  • 300ml Air
  • 1 Sudu Teh Gula Pasir
  • 5 Batang Kacang Bendi ( Dipotong )
  • 2 Biji Tomato ( Dipotong Berbaji )
  • 1 Biji Bawang Besar ( Dipotong Berbaji )


» Cara Penyediaannya «

  1. Campur gaulkan serbuk kari dengan sedikit air untuk menjadikannya pes & ketepikan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali, tumis pes tomyam bersama pes kari sehingga naik bau.
  3. Tuangkan air & didihkan.
  4. Taburkan serbuk pati ayam dan masukkan bendi, tomato dan bawang besar.
  5. Kemudian masukkan santan dan ikan bawal putih.
  6. Reneh sehingga ikan masak dan hidangkan panas-panas
Moga lepas ni banyak lagi resepi power dari Chef Arm 

Sunday, December 26, 2010

Salad Kentang

1 comments


Perghhh .. sesekali western le plak .. err .. sometime I do .. errr .. you know .. consume only vegie .. well you know me .. kah kah kah ... gila kentang . Apa apa pon .. satu lagi resepi mantap dari Chef Arm 

» Bahan-bahan «
  • 300g Ubi Kentang
  • 4 Sudu Besar Mayonis
  • 1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
  • 1 Sudu Teh Basil Kering
  • 1 Sudu Teh Daun Pasli Segar ( Dicincang )
  • Sedikit Tomato Ceri

» Cara-cara Penyediaannya «
  1. Masak kentang sehingga lembut.
  2. Campur gaulkan mayonis, serbuk lada hitam, basil kering dan daun pasli.
  3. Tuangkan campuran tadi keatas kentang dan gaul sebati.
  4. Taburkan sedikit pasli dan tomato ceri.
  5. Sejukkan selama 1 jam sebelum dihidangkan.
Yang step ke 5 tu .. luorang sejukkan je tau .. jangan masukkan dalam peti sejuk beku plak .. tak memasal je jadi frozen food .. baru bebetul gila kentang .. kah kah kah

Telur Dadar Keju

0 comments


Yeah .. resepi sudah mari .. spesel untuk orang bujang atopon yg takde idea nak masak menda .. kira emergency le ni.. tapi toksah risau .. nampak je simple .. tapi buh keju wa cakap lu .. hak hak hak .. Chef Arm memang kreatif ..


» Bahan-bahan «

  • 3 Biji Telur Ayam
  • 1 Sudu Besar Mentega
  • 2 Sudu Besar Cincangan Cendawan Bulat
  • Sedikit Keju
  • 50ml Air
  • 1 Biji Bawang Besar ( Dipotong Dadu )
  • 1 Biji Tomato ( Dipotong Dadu )
  • 1 Sudu Besar Lada Bengala Merah ( Dipotong Dadu )
  • 1 Sudu Besar Lada Bengala Kuning ( Dipotong Dadu )
  • 1 Sudu Besar Lada Bengala Hijau ( Dipotong Dadu )
  • Sedikit Daun Bawang ( Dihiris Halus )


» Cara Penyediaannya 

  1. Campurkan semua bahan dan digaul rata agar semuanya sebati.
  2. Panaskan mentega dan goreng dengan kuali kurang minyak hingga masak.
Amacam .. simple tak ? .. mamak roti canai dari Benggala pon belum tentu tau nak buat gini .. keh keh keh .. ngikut kata Chef kita ni .. telur dadar keju memang sedap dimakan ngan roti .. apa apa hal .. wa kena try gak sekali .. ye le .. nak gak test power. :)

Destinasi Pelancongan Yang Menyeramkan

1 comments

La Isla de la Munecas (Latin- yang bermaksud Pulau Anak Patung) adalah merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yg terkenal di dunia. Terletak di negara Mexico, dan dengan melihat pada namanya, orang mungkin memikirkan suatu tempat yang menarik dan meninggalkan kenangan yang indah. Tetapi hakikatnya, senario yang wujud adalah sebaliknya dan sangat menganggu pandangan bilamana beribu ribu anak patung yang kebanyakannya telah cacat dan buruk bergantungan hampir di kebanyakan pokok di pulau itu.


Don Julian Santana, telah menyepi dari keluarganya serta dunia luar untuk menghuni pulau ini dan telah mengabdikan 50 tahun dari hayatnya untuk mencipta 'La Isla de la Munecas'. Dikatakan, beliau melakukan semua ini adalah untuk memberi ketenangan kepada roh kanak kanak perempuan yang telah lemas di dalam terusan yang ada disitu. Apa pun alasannya, dia berjaya mengubah pulau itu menjadi tempat yang aneh, misteri dan menyeramkan dimana setiap pergerakan terasa bagai diperhatikan oleh ratusan pasang mata milik anak anak  patung tersebut.



Don Julian sentiasa memencilkan diri dan akan hanya keluar apabila ingin mengumpulkan anak anak patung samada yang telah rosak di tapak pembuangan sampah atau dibeli sebagai pertukaran dari hasil tanamannya yang berbentuk buah buahan dan sayuran. Adalah dipercayai bahawa beliau tidak suka pada pencerobohan atau diganggu  dan atas sebab itu beliau cuba menakutkan manusia dari menghampiri tempatnya dengan menggantungkan wajah wajah anak patung yang menyeramkan.


Pada tahun 2001, Don Juan telah didapati mati lemas didalam terusan yang sama di sekitar rumahnya. Biarpun pada dunia, beliau telah mati tetapi pandangan yang menyeramkan miliknya tetap ada disitu melalui wajah wajah anak patung yang tidak bernyawa, rosak dan digantung yang seolah olah menggambarkan hukuman dan seksaan manusia yang sadis.


Tempat ini kekal menyeramkan namun menyediakan tarikan pelancongan kepada anak muda yang gemar kepada darah dan kematian. Banyak pula pengunjung yang berasa sedih dan simpati pada wajah wajah anak patung yang sebenarnya tidak bernyawa namun tetap memandang kepada pengunjung seolah olah mereka yang menyebabkan kematiannya. 

Saturday, December 25, 2010

Tangga Yang Bengong

0 comments

Bukan selalunya tangga tu boleh disebut tangga tangga menuju kejayaan .. ada gak yg menuju kesengalan .. kah kah kah .. contohnya macam gambar gambar kat bawah . Ada yang mungkin terjadi selepas tangga tu dah dibina .. tapi tetap jadi persoalan .. masih ke kita nak kata itu tangga ? apa sebab dia jadi gitu ? adoih .. layan kan je la .. 

No 1.  Dihiasi tiang seri .. perghh

No 2. Pintu halimunan .. huhuuhu

No 3. Tangga ngan pokok sebagai aksesori .. adoih

No 4. Tangga 1 2 3 Kid .. kih kih kih

No 5. Nak ke mana tu yob ??

No 6. Eskelator .. sesilap bocor kepala .. mambang ~!!

No 7. Basement terlampau ..
Tangga yang last ni wa tak kategorikan sebagai bengong .. tapi tetap sengal .. tangga ni nama dia.. panjat susah nak turun berguling guling .. kah kah kah 

Friday, December 24, 2010

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 11

4 comments

Tinggalan Masyarakat Purba Yang Mengagumkan


Kesilapan konsep tentang evolusi sosio-budaya telah dikemukakan pada beberapa waktu yang berbeza oleh orang-orang seperti August Comte, Herbert Spencer dan Lewis Henry Morgan - dan kemudian digabungkan dengan teori Charles Darwin - menyatakan bahawa semua masyarakat berkembang daripada primitif ke arah peradaban yang lebih kompleks. Penipuan ini dibangunkan pada akhir kurun ke-19 dan pengaruhnya meningkat selepas Perang Dunia 1, disokong dengan asas yang kononnya 'saintifik' untuk rasisme, kolonialisme, dan gerakan eugenik yang kejam. Masyarakat di kawasan dunia yang berbeza dengan budaya, warna kulit dan ciri fizikal yang berlainan tertakluk kepada layanan yang tidak berperikemanusiaan hasil daripada praandaian yang tidak saintifik itu.

Ramai penulis dan pemikir seperti Adam Ferguson, John Millar dan Adam Smith menyatakan bahawa semua masyarakat berubah menerusi empat peringkat asas: memburu dan mengumpul, hidup di perkampungan dan berpindah-randah, pertanian dan akhirnya, perniagaan. Menurut evolusionis, orang primitif yang baru barubah daripada beruk hanya memburu dan mengumpul tumbuhan dan buah-buahan dengan alatan yang paling asas. Sementara kecerdikan dan kemampuan meningkat secara beransur-ansur, mereka mula menternak haiwan ragut seperti biri-biri dan lembu. Kepintaran dan keupayaan orang primitif seterusnya berkembang ke tahap di mana mereka mula melibatkan diri dalam bidang pertanian, dan akhirnya, terlibat dalam perniagaan dan pertukaran barangan.
Hari ini , Dengan kemajuan yang dikecapi dalam kemodenan manusia, masih ada yang tinggal dalam keadaan daif dan terpinggir. Bagaimanapun, hakikat mereka yang duduk dalam dunia moden, tidak mencerminkan mereka lebih maju dalam pemikiran ataupun fizikal .

Walau bagaimanapun, banyak penemuan terbaru dalam bidang arkeologi, antropologi, dan cabang sains yang lain telah menyangkal dakwaan asas kisah 'evolusi budaya dan sosial'. Semua ini tidak lain hanyalah percubaan materialis untuk menggambarkan perubahan manusia daripada binatang tidak berakal dan menanam mitos ini - yang kononnya atas dasar falsafah - bersandarkan sains.

Keupayaan manusia untuk hidup dengan berburu atau bertani tidak membuktikan bahawa mereka lebih mundur atau maju secara mental. Dengan kata lain, tiada masyarakat yang terlibat dengan perburuan disebabkan kemunduran dan secara mental lebih hampir kepada beruk. Mengusahakan bidang pertanian tidak bermakna sesebuah masyarakat itu telah menjarakkan diri mereka daripada kehidupan primitif. Tiada sebarang aktiviti masyarakat yang membayangkan bahawa penduduknya adalah keturunan hidupan yang lain. Di sepanjang proses yang kononnya evolusi, aktiviti-aktiviti seperti itu tidak melahirkan individu yang lebih maju dari segi kepintaran dan keupayaan. Banyak puak-puak yang secara teknologinya terkebelakang pada hari ini hanya memburu dan mengumpul, tetapi ini langsung tidak menunjukkan bahawa mereka bukan manusia. Begitu juga dengan kehidupan manusia puluhan ribu tahun akan datang, sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka ratusan ribu tahun lalu. Manusia terkemudian bukan primitif, dan manusia akan datang juga bukan spesis yang lebih maju.

Masyarakat yang hidup dengan memburu atau bertani tidak menjadi cermin kepada kemajuan atau kemunduran mental .
Tidak wujud kehidupan primitif sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambar diatas.  Foto ini dan sebagaimana foto foto yang hampir serupa hanyalah merupakan khayalan pelukis yang menyokong saintis saintis evolusi dan teori Darwin . Ianya langsung tidak memiliki nilai saintifik 
Membina sejarah evolusi peradaban berdasarkan gaya hidup sesebuah masyarakat merupakan cara yang tidak saintifik. Perspektif sebegini semata-mata bergantung pada pelbagai tafsiran terhadap penemuan arkeologi yang berdasarkan prejudis saintis materialis, yang menganggap manusia yang menggunakan perkakasan batuan adalah manusia beruk yang mendengus, berjalan bongkok, dan bersifat binatang. Tetapi tiada tinggalan yang memberi maklumat tentang kapasiti mental mereka. Semua ini semata-mata andaian. Seperti mana yang telah dinyatakan, jika banyak contoh seni hari ini ditemui dalam 100,000 tahun akan datang dan jika manusia pada masa itu kekurangan maklumat, kemungkinan mereka juga akan menghasilkan tafsiran berbeza berkaitan kemanusiaan hari ini dan teknologi yang kita miliki.

Seperti yang telah ditunjukkan tadi, pandangan bahawa masyarakat berubah tidak berdasarkan kepada mana-mana bukti saintifik. Asas teori ini adalah kesilapan dan pendapat tidak saintifik bahawa manusia pada mulanya memiliki minda seperti beruk. William Howells, seorang ahli antropologi evolusionis di Universiti Harvard mengaku bahawa teori evolusi menimbulkan persoalan lain, bukan berkaitan dengan tubuh tetapi berkenaan sifat yang mempengaruhi falsafah, menentukan fakta saintifik yang lebih sukar. Howells menyatakan bahawa sifat tidak 'difosilkan' seperti mana tengkorak dan ianya tidak kekal seperti alatan batu. Maka, katanya, kita hanya ada sedikit petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku dalam sejarah purba. Beliau juga menyatakan bahawa adalah mustahil untuk menguji hipotesis seperti itu.(1)

Baru-baru ini, majoriti saintis sosial telah mengaku tentang kesalahan dalam pandangan evolusionis, dan menyatakan teori evolusi sosial bertentangan dengan sains dalam perkara berikut:
  1. Ia hampir kepada diskriminasi etnik, membuat tafsiran berat sebelah tentang masyarakat berbeza - contohnya, anggapan bahawa masyarakat Barat lebih bertamadun.
  2. Ia menganggap semua masyarakat berkembang di laluan yang sama, menggunakan cara yang sama, dan berkongsi tujuan yang sama.
  3. Ia melihat masyarakat daripada kaca mata materialistik.
  4. Ia kebanyakannya bertentangan dengan penemuan. Ramai komuniti yang hidup dalam keadaan primitif mempunyai nilai rohani yang lebih maju berbanding masyarakat lain yang dianggap moden - dalam erti kata lain mereka adalah pencinta kedamaian dan menerima kesamaan. Ole kerana cara pemakanannya, mereka juga lebih sihat dan kuat.

Hal-hal di atas dengan jelas menunjukkan bahawa perkembangan masyarakat daripada primitif kepada moden merupakan pendapat yang amat bertentangan dengan nilai dan fakta saintifik. Teori ini berdasarkan tafsiran menyimpang yang dipengaruhi oleh ideologi materialis. Tinggalan dan artifak yang ditinggalkan oleh tamadun purba telah mendedahkan kesilapan dalam pembohongan 'evolusi sejarah dan budaya'.

Nota : (1) William Howells, Getting Here: The Story of Human Evolution, Washington, D.C.: Compass Press, 1993, p. 229

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 10

1 comments

Sambungan Dari Part 9

Evolusionis berpendapat bahawa lebih kurang 30-40,000 tahun dahulu di Eropah, dan dalam jangka waktu yang lebih awal di Afrika, manusia beruk telah mengalami proses perubahan mengejut, dan tiba-tiba memiliki kemampuan berfikir dan menghasilkan barang-barang, sama seperti manusia hari ini. Ini kerana penemuan arkeologi pada masa itu memberi bukti penting yang tidak mampu dijelaskan oleh teori evolusi. Menurut teori Darwin, teknologi peralatan batuan yang tidak berubah untuk hampir 200,000 tahun, tiba-tiba diganti dengan teknologi yang lebih maju dan berkembang pantas. Orang primitif yang kononnya turun dari pokok hanya mula hidup moden sebelum tiba-tiba memiliki bakat artistik dan mula mengukir serta melukis gambar-gambar yang amat indah dan canggih pada dinding gua di samping menghasilkan objek hiasan yang terlalu cantik seperti rantai leher dan gelang.

Hasil Seni Yang Unggul Di Dalam Gua 

Apa yang menyebabkan perkembangan sedemikian? Bagaimana dan mengapa 'makhluk separa beruk yang primitif' mendapat kebolehan artistik? Saintis evolusionis tidak mempunyai penjelasan bagaimana perkara ini berlaku, walaupun mereka ada mencadangkan beberapa hipotesis. Roger Lewin, seorang evolusionis menjelaskan kesukaran yang dihadapi oleh penyokong Darwin berkaitan masalah ini dalam bukunya yang berjudul The Origin of Modern Humans: “Mungkin kerana rekod arkeologi yang belum sempurna masih samar, ramai ilmuwan memberi maklumbalas berbeza berkaitan persoalan ini.”(1)

Walau bagaimanapun, penemuan arkeologi mendedahkan bahawa manusia telah mempunyai pemahaman budaya sejak awal kewujudannya lagi. Dari masa ke masa, pemahaman itu berkembang, berkurang, atau mengalami perubahan mendadak. Tetapi itu tidak bermakna proses evolusi telah terjadi, sebaliknya berlaku perkembangan dan perubahan budaya. Kemunculan hasil seni yang digambarkan oleh evolusionis sebagai 'mendadak', tidak menunjukkan sebarang perubahan biologi manusia (terutamanya dari segi kebijaksanaan). Penduduk pada masa itu boleh jadi mengalami perubahan dari segi sosial, dan pemahaman artistik dan produktif mereka mungkin berubah, tetapi ini tidak memberi sebarang bukti perubahan daripada primitif kepada moden.

If later generations were to evaluate the present-day artworks in light of evolutionist preconceptions, very different opinions about our society might result. Evolutionists of the future might view the works of Pablo Picasso or Salvador Dali, or other surrealists, and suggest that people of our day were rather primitive. However, that would totally fail to reflect the true facts.

Middle: Man with a Pipe, Pablo Picasso, Guitar, Pablo Picasso 
Left: The Flaming Horse, Salvador Dali 
Right: Exploding Clock, Salvador Dali
Perbezaan ketara antara tinggalan arkeologi yang ditinggalkan oleh masyarakat purba dan saki-baki anatomi dan biologi yang sepatutnya wujud - menurut evolusionis - sekali lagi menyanggah dakwaan para penyokong Darwin berkaitan subjek ini. (Untuk bukti terperinci yang meruntuhkan rekaan struktur keluarga manusia ini, yang merupakan asas dakwaan Darwinisme, sila baca buku bertajuk Menyanggah Darwinisme karya Harun Yahya.) Evolusionis berpendapat bahawa perkembangan budaya manusia seharusnya sejajar dengan pembangunan dari segi biologi. Misalannya, manusia terlebih dahulu mesti meluahkan emosi asas menerusi lukisan-lukisan mudah, kemudian mengembangkannya sehingga pembangunan secara beransur-ansur itu akhirnya sampai ke kemuncak pencapaian artistik. Walau bagaimanapun, tinggalan artistik awal yang tersisa daripada sejarah manusia menghancurkan sepenuhnya andaian itu. Lukisan, ukiran dan ukiran timbul pada dinding-dinding gua dianggap sebagai contoh seni yang terawal, sekaligus membuktikan bahawa manusia di zaman itu memiliki pemahaman estetik yang sangat mendalam.

Ramai saintis yang membuat kajian di gua-gua menilai lukisan tersebut sebagai hasil kerja yang paling penting dan berharga dalam sejarah seni. Teknik bayangan pada lukisan-lukisan ini, penggunaan perspektif dan garis halus, kesungguhan perasaan yang terjelma pada ukirannya, dan corak estetik yang terhasil di waktu ukiran itu disinari cahaya mentari - kesemuanya merupakan ciri yang tidak mampu dijelaskan oleh evolusionis kerana menurut mereka, perkembangan sebegitu seharusnya muncul lebih lewat.

Banyak lukisan gua yang ditemui di Perancis, Sepanyol, Itali, China, India, sebahagian Afrika dan kawasan dunia yang lain memberi maklumat penting tentang struktur budaya masyarakat purba. Gaya dan teknik mewarna yang digunakan dalam lukisan ini sangat berkualiti sehingga mengagumkan para pengkaji. Tetapi saintis yang menganjurkan teori Darwin tetap juga menilainya mengikut prejudis masing-masing dan mentafsir hasil kerja tersebut secara berat sebelah agar berpadanan dengan cerita dongeng mereka. Mereka mendakwa bahawa hidupan yang baru menjadi manusia melukis gambaran binatang yang ditakuti atau diburu, dan melakukannya dalam keadaan serba primitif di gua tempat mereka tinggal. Tetapi teknik yang digunakan membutikan bahawa seniman purba mempunyai pemahaman yang sangat mendalam, serta berupaya untuk menggambarkannya dengan cara yang sangat menarik.

Teknik lukisan yang diaplikasikan juga membuktikan bahawa mereka langsung tidak hidup dalam keadaan serba kekurangan. Tambahan pula, lukisan pada dinding gua bukan bukti bahawa mereka tinggal di gua pada masa itu. Artis-artis tersebut mungkin tinggal berdekatan di kediaman yang lebih baik, tetapi memilih untuk melukis pada dinding gua. Emosi dan pemikiran bagaimana yang mempengaruhi subjek yang ingin dipersembahkan hanya diketahui di kalangan artis itu sendiri. Banyak spekulasi telah dikeluarkan berkenaan lukisan ini, di mana tafsiran yang paling mengarut ialah lukisan tersebut dihasilkan oleh hidupan yang berada di tahap primitif. Apa yang jelas, satu laporan yang diterbitkan di laman web BBC's Science pada 22 Februari 2000, mengandungi baris berikut berkaitan lukisan-lukisan gua:

...[kita] menyangka bahawa ianya dibuat oleh orang primitif... Tetapi menurut dua orang saintis yang bekerja di Afrika Selatan, tanggapan terhadap pelukis purba ini salah. Mereka percaya lukisan-lukisan tersebut adalah bukti masyarakat yang kompleks dan moden.(2)

Wall paintings discovered in Algeria and dating back some 9,000 years
Bison reliefs in the Tuc d'Audoubert Cave
Pictures reflect the artist's visual and conceptual understanding. Yet drawing conclusions from these pictures about what the people of the time ate, what conditions they lived in and what their social relationships were like-and then maintaining that these comments are absolutely accurate-is an unscientific approach. As a result of their prejudiced attitudes, evolutionists stubbornly continue to describe bygone peoples as primitive. The figures in this picture can be seen to be wearing herringbone cloth. This shows that people at the time were not savages, wandering around half-naked, as evolutionists claim.

Andainya hasil seni hari ini akan dikaji dengan pemikiran yang sama dalam ribuan tahun, banyak polemik mungkin timbul tentang sama ada masyarakat abad ke-21 merupakan puak primitif atau tamadun yang maju. Jika lukisan-lukisan artis moden yang berkeadaan baik ditemui 5,000 tahun kemudian, dan tiada dokumentasi bertulis yang masih wujud tentang keadaan hari ini, bagaimanakah tanggapan generasi akan datang terhadap tamadun kita?

Sekiranya masyarakat akan datang menemui hasil kerja Van Gogh atau Picasso dan menilainya dari perspektif evolusionis, bagaimanakah tanggapan mereka terhadap masyarakat moden kita? Apakah pemandangan Claude Monet akan mengilhamkan komentar seperti “Industri belum lagi dibangunkan, dan manusia hanya menjalani cara hidup pertanian”, atau gambaran abstrak Wassily Kandinsky mengilhamkan komentar seperti “Manusia masih belum mampu membaca atau tulisan hanya difahami melalui pelbagai contengan”? Apakah tafsiran sebegini akan membawa mereka hampir kepada gambaran sebenar masyarakat moden kita?

Evolusionis Tiada Bukti Untuk Menyokong Dakwaan Mereka 


Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, para evolusionis tetap berkeras bahawa manusia dan beruk berasal daripada moyang yang sama. Apabila ditanya tentang permulaan proses evolusi, mereka kemudiannya memberi jawapan yang langsung tidak saintifik, "Kami tidak tahu, walau bagaimanapun kami berharap untuk mengetahuinya suatu hari nanti."

Sebagai contoh, Elaine Morgan, seorang ahli kaji fosil manusia yang juga seorang evolusionis membuat pengakuan ini:



Empat perkara paling misteri berkenaan [evolusi] manusia adalah:

  1. Kenapa mereka berjalan di atas dua kaki? 
  2. Kenapa mereka kehilangan bulu? 
  3. Kenapa mereka memiliki saiz otak yang besar? 
  4. Kenapa mereka belajar untuk bercakap?


Jawapan evolusionis untuk semua persoalan tersebut adalah:

  1. 'Kami belum tahu'; 
  2. 'Kami belum tahu'; 
  3. 'Kami belum tahu'; 
  4. 'Kami belum tahu'. 


Senarai soalan-soalan tadi juga boleh dipanjangkan lagi tanpa mempengaruhi monotoni jawapan yang diberikan.(3) .. kah kah kah .. luorang tanya je la apa apa pon .. jawapan dia tetap kami belum tahu

Cam biasa .. Bersambung ke Part 11

Nota : 

(1) Roger Lewin, The Origin of Modern Humans, New York: W. H. Freeman and Company, 1993, p. 116. 
(2) Claire Imber, "Ape-Man: Origin of Sophistication," BBC News, 22 February 2000, online at http://news.bbc.co.uk/1/hi/sci/tech/650095.stm 
(3) Elaine Morgan, The Scars of Evolution, New York: Oxford University Press, 1994, p. 5.

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 9

1 comments

Sambungan Dari Part 8

Bayangkan apa yang akan ditinggalkan oleh peradaban kita hari ini dalam ratusan ribu tahun. Semua penimbunan budaya kita - lukisan, arca dan istana - akan lenyap, dan cuma sedikit kesan teknologi hari ini yang akan tinggal. Banyak bahan yang direka untuk tahan digunakan akhirnya akan di telan masa secara beransur-ansur di bawah pengaruh keadaan semulajadi. Keluli akan berkarat. Konkrit akan reput. Kemudahan bawah tanah roboh, dan semua bahan memerlukan penyelenggaraan.

Apa Yang Akan Jadi Pada Peradaban Kita Sendiri ?

Sekarang bayangkan pula puluhan ribu tahun telah berlalu, dan ianya telah ditimpa dengan ribuan gelen hujan, angin kencang berabad lamanya, banjir yang berulang dan gempa bumi. Boleh jadi apa yang tinggal hanyalah serpihan gergasi ukiran batu, blok-blok yang membentuk bangunan dan tinggalan beberapa arca, sama seperti apa yang telah ditinggalkan oleh sejarah. Ataupun tinggalan kita tidak dapat memberi maklumat penuh berkaitan dengan tamadun kita, hanya segelintir puak yang hidup di Afrika, Australia atau beberapa tempat lain di dunia. Dengan erti kata lain, teknologi yang kita miliki hari ini (televisyen, komputer, ketuhar gelombang mikro, dsb), tiada kesan yang tinggal meskipun kerangka utama bangunan atau beberapa serpihan arca tetap bertahan. Andainya saintis masa depan melihat kesan yang berselerak ini dan menggambarkan semua masyarakat pada masa itu hidup mundur, tidakkah mereka telah tersasar daripada kebenaran?

YEAR 2000
Archaeologists with an evolutionist prejudice assert that the bison sculptures in the Tuc d'Audoubert cave in the foot-hills of the Pyrenees in southern France-which statues have no less artistic value than today's works of art such as, for example, the statues of Rodin-were made by so-called primitive people. But the technique and aesthetic appearance of the works show that whoever produced them was no different physically or mentally from present-day human beings, and was actually more artistically sophisticated than most.

YEAR 8000
If Rodin's “The Thinker” is discovered 6,000 years from now, and people interpret it with the same prejudice that some scientists interpret past today, they will think that 20th-century peoples worshipped a man who pondered, and were not yet socialized, etc. Wouldn't this show how far they were from the truth?
Atau, jika seseorang menemui kerja yang ditulis dalam bahasa Mandarin dan membuat kesimpulan hanya berdasarkan teks ini, bahawa orang Cina merupakan bangsa terkebelakang yang berhubung melalui simbol-simbol pelik, apakah ini menggambarkan fakta sebenar? Ambil contoh arca 'The Thinker' oleh Auguste Rodin yang sememangnya dikenali di seluruh dunia. Bayangkan jika arca ini ditemui semula oleh ahli arkeologi puluhan ribu tahun dari sekarang. Jika pengkaji tersebut berpegang kepada praandaian tentang kepercayaan dan cara hidup masyarakat kita, dan kekurangan dokumentasi sejarah, mereka juga mungkin mentafsir arca ini dengan cara berbeza. Mereka mungkin membayangkan bahawa komuniti kita menyembah arca 'orang berfikir', atau juga mendakwa patung berkenaan mewakili mitologi dewa-dewa yang salah.

Hari ini, pastinya kita tahu bahawa 'The Thinker' adalah kerja seni yang dihasilkan atas dasar estetik dan artistik. Dengan kata lain, jika penyelidik puluhan ribu tahun kemudian kekurangan informasi dan berpegang pada pra-andaiannya tentang masa lalu, amat mustahil baginya untuk melihat kebenaran kerana dia akan mentafsir 'The Thinker' mengikut praandaian sendiri dan mereka-reka senario yang bersesuaian. Maka, menilai maklumat yang ada tanpa prejudis atau berat sebelah, mengelak segala bentuk pra-andaian, dan berfikir dalam konteks yang luas adalah amat perlu. Perlu diingat, kita tiada bukti bahawa masyarakat berubah atau masyarakat purba adalah primitif. Semua andaian tersebut semata-mata mengandungi spekulasi dan berdasarkan analisis oleh ahli sejarah dan arkeologi yang menyokong evolusi. Contohnya, lukisan haiwan pada dinding gua langsung digambarkan sebagai lukisan primitif oleh orang gua. Tetapi boleh jadi lukisan tersebut menjelaskan banyak pemahaman estetik yang dimiliki oleh mereka pada masa itu. Seorang artis yang memakai pakaian paling moden di masa itu pada mereka sekadar untuk tujuan artistik. Sebenarnya, ramai saintis kini menegaskan kemustahilan lukisan gua ini merupakan hasil kerja minda primitif.

Satu lagi contoh ialah gambaran batu berhujung runcing sebagai perkakas pertama yang dibuat oleh 'manusia beruk'. Manusia pada masa itu mungkin telah membentuk batu ini untuk tujuan hiasan. Tiada sebarang bukti dan hanya andaian bahawa serpihan yang dijumpai digunakan sebagai alat. Saintis evolusionis telah mengkaji bukti yang ditemui secara berat sebelah. Mereka memanipulasi beberapa fosil yang mereka rasa dapat membuktikan teori tersebut, dan mengabai malahan membuang fosil yang lain. Cara serupa telah dimainkan untuk membuktikan bahawa sejarah juga mengalami evolusi.(1)

Ahli antropologi berbangsa Amerika, Melville Herskovits menerangkan bagaimana evolusi sejarah berlaku dan cara evolusionis mentafsir bukti yang ditemui:

Setiap penganjur evolusi budaya memberi perincian berdasarkan andaian tentang perkembangan yang dianggapnya telah membentuk perkembangan manusia, oleh itu banyak contoh rantaian yang tidak selari telah direkodkan. Sesetengah daripada perkembangan ini hanya dihadkan untuk satu aspek budaya sahaja...(2)

Satu contoh penting yang mengesahkan pandangan Herskovits adalah kajian yang dijalankan oleh Lewis Henry Morgan, seorang ahli etnologi evolusionis yang mengkaji fasa dialami untuk mencapai struktur ketua keluarga dan monogami, yang menurutnya telah 'berubah' daripada primitif kepada yang lebih maju. Tetapi dalam menjalankan kajian ini, beliau menggunakan pelbagai masyarakat berbeza di seluruh dunia sebagai contoh, yang langsung tidak berkaitan antara satu sama lain. Beliau kemudian menetapkan mereka bersesuaian dengan keputusan yang ingin dicapai. Jelas di sini bahawa daripada ratusan ribu budaya yang ada di dunia, beliau hanya memilih sebahagian yang bersesuaian dengan pendapatnya.
Herskovits menggambarkan bagaimana Morgan menyusun semula sejarah demi untuk membenarkan pandangannya. Bermula dengan komuniti primitif Australia yang bersistem matriarki, beliau menghubungkannya dengan masyarakat India Amerika bersistem patriarki. Kemudian meneruskan rantaian itu kepada puak-puak Yunani purba di zaman proto sejarah, di mana keturunan dimulakan oleh susur galur lelaki, tetapi tanpa monogami yang bersunguh-sungguh. Akhirnya skala urutan itu diwakili oleh peradaban hari ini - dengan keturunan bermula dari susur galur lelaki dan tanpa monogami yang tegas.
Herskovits memberi komentar terhadap urutan rekaan ini:

Tetapi jika siri ini dilihat dari perspektif sejarah, ia sememangnya karut...

Bersambung ke Part 10

Nota :
(1) Abram Kardiner, extract from "Posthumous Essays by Branislau Malinowski," in Scientific American, June 1918, p. 58. 

(2) Melville Herskovits, Man and His Works, New York: Knopf, 1950, p. 467.

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 8

0 comments

Sambungan dari Part 7

Darwinisme tetap berpendapat bahawa manusia dan juga budaya yang dimiliki berkembang daripada peringkat asas, primitif, bangsa dan menuju ketamadunan. Walau bagaimanapun, penemuan arkeologi menunjukkan bahawa sejak permulaan sejarah manusia, telah ada titik-titik di mana masyarakat yang bertamadun hidup bersama dengan komuniti yang mundur. Hakikatnya, pada kebanyakan masa, masyarakat yang kaya dengan budaya telah wujud bersamaan dengan mereka yang terkebelakang.  Sepanjang sejarah, kebanyakan masyarakat di zaman yang sama mempunyai tahap teknologi dan peradaban yang berlainan, dengan perbezaan sosial dan budaya - seperti mana juga hari ini. Misalannya, walaupun benua Amerika Utara kini maju dalam bidang perubatan, sains, senibina dan teknologi, sesetengah komuniti di Amerika Selatan agak mundur dari segi teknologi dan tiada rangkaian ke dunia luar. Pelbagai penyakit di kebanyakan bahagian di dunia dikenal pasti melalui teknik pengimejan dan analisis yang amat maju, dan dirawat di hospital-hospital moden. Tetapi di sebahagian dunia yang lain, kebanyakan penyakit dianggap berkembang di bawah pengaruh semangat jahat, dan penyembuhan melibatkan pelbagai upacara untuk membuang roh-roh tersebut. 

21ST CENTURY - COLOMBIA
Even in the 21st century, many societies have superstitious beliefs. They worship false deities that can do them neither harm nor good. Here we see the chief of the Arhuaco Indians performing a ritual after an attack was made on them. The chief states that they call on the help of the ancient spirits of nature to appease the mountain. (Stephen Ferry, “Keepers of the World,” National Geographic, October 2004)

21ST CENTURY - MIAMI, USA
In one part of the world, people live in primitive environments, while on another continent, people live in comfortable skyscrapers and travel by airplane and luxurious cruise ships. Contrary to the claims of evolutionists, both advanced and “primitive” societies have always existed at the same periods, just as they do today.
Peradaban Manusia Berkembang Dan Mundur Serentak

Masyarakat seperti bangsa Indus, Mesir purba dan Sumeria yang hidup di sekitar 3,000 SM, mempunyai budaya yang secara relatifnya lebih baik dalam segala aspek berbanding dengan bangsa-bangsa hari ini, malahan juga lebih daripada masyarakat yang kini lebih maju. Ini bermakna bahawa sepanjang sejarah, masyarakat dengan peradaban tinggi telah hidup bersama dengan komuniti yang kurang berbudaya. Masyarakat yang wujud ribuan tahun dahulu sebenarnya mungkin jauh lebih maju daripada manusia di abad ke-20. Ini menunjukkan bahawa tiada sebarang perkembangan dalam rangka proses evolusi - dengan erti kata lain, daripada primitif kepada bertamadun.

Sepanjang perjalanan sejarah, pastinya banyak kemajuan penting telah dibuat dalam semua bidang, dengan langkah dan pembangunan hebat dalam sains dan teknologi, syukur pada perkembangan budaya dan pengalaman. Walau bagaimanapun, adalah tidak rasional dan saintifik untuk mengatakan bahawa perubahan tersebut merupakan proses evolusi seperti mana yang digambarkan oleh evolusionis dan materialis. Oleh kerana tiada perbezaan ciri-ciri fizikal antara manusia kini dengan mereka yang hidup ribuan tahun dulu, maka tiada juga perbezaan dari segi kecerdikan dan kemampuan. Pandangan yang menggambarkan bahawa tamadun kini lebih maju kerana kapasiti otak dan kepintaran manusia di abad ke-21 lebih berkembang adalah perspektif yang salah, hasil daripada propaganda evolusionis. Hakikatnya, memang terdapat perbezaan tanggapan dan budaya di antara masyarakat yang hidup di wilayah-wilayah yang berlainan. Tetapi jika orang asli di Australia tidak mempunyai ilmu yang setanding dengan saintis Amerika, itu tidak bermakna yang otaknya belum cukup berkembang. Ramai orang yang dilahirkan di dalam masyarakat sedemikian mungkin belum tahu tentang kewujudan elektrik, tetapi masih mempunyai tahap kepintaran yang tinggi.


Tambahan pula, keperluan berbeza muncul pada kurun yang berlainan. Tahap fesyen kita pada hari ini tidak sama dengan masyarakat Mesir purba, tetapi tidak bererti budaya kita lebih maju daripada mereka. Sementara bangunan pencakar langit melambangkan ketamadunan abad ke-21, bukti peradaban di zaman mereka ialah piramid dan sphinx.

Persoalannya terletak pada perspektif dari mana fakta-fakta ditafsirkan. Seseorang yang bermula dengan pra-anggapan yang menyokong perkembangan evolusi akan menilai semua maklumat yang diterima berlandaskan prejudis tersebut. Maka dia akan berusaha untuk mempertahankan kenyataannya dengan cerita-cerita dongeng. Dengan hanya berdasarkan pecahan telulang fosil, dia akan mengagak banyak perincian, seperti bagaimana manusia yang hidup di kawasan itu menjalani kehidupan seharian mereka, struktur keluarga dan hubungan sosial mereka, sejajar dengan andaian awal berkenaan. Dia kemudiannya akan menyimpulkan, berdasarkan hasil penemuan tersebut, bahawa mereka tidak mampu berdiri tegak dan mendengus, diselaputi bulu dan menggunakan alatan batuan yang kasar - bukan kerana ia dinyatakan oleh bukti saintifik, tetapi ideologinya yang memerlukan semua khayalan itu. Sebenarnya, fakta-fakta yang dijumpai langsung tidak menunjukkan sebarang keadaan seumpama itu. Gambaran itu hanyalah pemahaman yang terhasil daripada mentaliti para pejuang Darwinisme.

Pada masa ini, ahli-ahli arkeologi yang membuat kajian lebih mendalam tentang zaman yang dibincangkan berdasarkan tinggalan fosil, ukiran batu atau lukisan pada dinding gua, hampir tiada perbezaan dengan contoh di atas. Evolusionis masih lagi menulis tentang hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat primitif berlandaskan analisis yang prejudis terhadap bukti-bukti yang ada. Gambaran dan ilustrasi khayalan mereka masih menghiasi halaman dalam banyak majalah dan akhbar.

Ini satu lagi senario yang dicipta oleh Louis Leakey, antara evolusionis kontemporari terkenal, berkaitan dengan kehidupan seharian orang primitif:

Mari kita bayangkan sebentar seolah-olah kita mampu memerhati rangkaian peristiwa di petempatan batu lebih kurang dua puluh atau tiga puluh ribu tahun dahulu.

Seorang pemburu di Zaman Batu sedang merayau menuruni lembah untuk mencari haiwan buruan sewaktu terlihat sebuah gua di tebing curam di atasnya. Dia kemudiannya memanjat dengan berhati-hati dan waspada, takut jika gua itu didiami oleh kelompok orang Zaman Batu lain yang akan marah dengan kehadirannya, atau mungkin juga itu adalah sarang singa atau beruang. Akhirnya, dia amat hampir dan dapat melihat dengan jelas bahawa gua tersebut kosong, kemudian dia masuk dan memeriksa keadaan sekeliling. Dia membuat keputusan bahawa gua itu lebih sesuai untuk didiami berbanding dengan tempat tinggal keluarganya sekarang, dan terus pergi menjemput mereka.

Kemudian, kita melihat keluarga itu sampai dan mendiami rumah baru mereka. Api dinyalakan sama ada melalui sedikit bara yang dibawa dari rumah lama, atau dengan cara ian yang mudah, penggerek api kayu. (Tidak dapat dipastikan cara sebenar yang digunakan oleh orang Zaman Batu untuk memarakkan api, tetapi kita tahu bahawa mereka telah mengguna api sejak awal lagi kerana lantai pediang atau perapian merupakan ciri yang biasa ditemui dalam hampir setiap peringkat kehidupan di gua dan petempatan batu.)

Barangkali beberapa anggota keluarga itu kemudiannya pergi mengumpul rumput atau pakis untuk dijadikan alas tempat tidur, sementara yang lain memetik ranting dari semak dan pokok di kawasan belukar berhampiran lalu membina dinding kasar menutupi kawasan hadapan gua. Kulit pelbagai binatang liar dibentang dan diletakkan di dalam rumah bau, bersamaan dengan barangan rumah lain yang dimiliki.

Kini keluarga tersebut telah sepenuhnya berpindah, dan rutin seharian berulang lagi. Yang lelaki memburu dan memerangkap haiwan untuk dijadikan makanan, yang perempuan mungkin juga membantu dalam pemburuan ini dan mengumpul buah-buahan dan akar yang boleh dimakan. (1)


Gambaran yang amat terperinci tadi sekadar berdasarkan imaginasi penulisnya dan langsung tiada bukti saintifik. Evolusionis yang menokok-tambah cerita dongeng sedemikian dengan pelbagai istilah sains, semata-mata hanya berlandaskan kepada beberapa ketulan tulang. (Sebenarnya, fosil-fosil tersebut tidak menunjukkan sebarang kewujudan proses evolusi - bertentangan sekali dengan dakwaan evolusionis!). Jelas bahawa serpihan tulang tidak mampu memberi maklumat yang tepat tentang apa jua emosi yang menjadi ilham masyarakat zaman purba, cara kehidupan seharian mereka, atau bagaimana mereka berpisah di kalangan mereka sendiri.

Tetapi, dongeng evolusi manusia ditokok tambah dengan senario dan ilustrasi khayalan yang tidak terkira, dan diguna secara bebas oleh evolusionis. Gagal mengelak daripada dogma evolusi sejak mula mengemukakan teori ini, mereka telah menghasilkan versi berlainan tentang senario di atas. Tujuannya bukan untuk memberi penjelasan, sebaliknya menyebarkan doktrin dan propaganda agar ramai orang percaya akan kewujudan orang primitif.

Ramai evolusionis cuba membuktikan dakwaan mereka dengan menghasilkan senario sedemikian walaupun tanpa adanya sebarang bukti sokongan. Tetapi setiap penemuan baru apabila ditafsir dengan cara yang benar, dengan jelas akan mendedahkan kepada mereka beberapa fakta, antaranya: manusia sememangnya manusia sejak kewujudannya lagi. Sepanjang sejarah, sifat-sifat seperti kepintaran dan kebolehan artistik tetap sama. Mereka yang hidup di masa lampau bukan primitif, makhluk separa manusia dan separa binatang, seperti mana yang digambarkan evolusionis. Mereka berfikir, bertutur sepertimana manusia, menghasilkan kerja-kerja seni dan mengembangkan struktur budaya dan etika. Sebentar lagi, kita akan melihat penemuan arkeologi dan paleontologi membuktikan hal ini dengan jelas dan tidak dapat dipertikaikan.

Bersambung lagi le plak..

Nota 1 : L.S.B. Leakey, Adam's Ancestors: The Evolution of Man and His Culture, New York and Evanston: Harper & Row, Publishers, 4th Ed., 1960, pp. 9-10.

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 7

0 comments

Para evolusionis tetap berpendapat bahawa manusia pertama adalah makhluk separa beruk yang ciri-ciri mental dan fizikalnya berkembang mengikut peredaran masa serta mendapat keupayaan baru, dan juga percaya bahawa tamadun berubah atas sebab itu. Menurut dakwaan tersebut, tanpa berlandaskan mana-mana bukti saintifik, moyang kita di zaman purbakala hidup liar, mempunyai peradaban hanya selepas menjadi manusia, dan merakam perkembangan budaya seiring dengan peningkatan keupayaan mental mereka. Gambar rekaan orang primitif, dengan seluruh badan diselaputi bulu, cuba menyalakan api sambil mencangkung di bawah kulit haiwan, berjalan di sepanjang tepian sungai dengan haiwan buruan yang masih segar di bahu, cuba berkomunikasi dengan temannya melalui gerak badan dan dengusan, semuanya hanya rekaan semata-mata.

Pengembangan Budaya Bukan Bukti Proses Evolusi

Rekod fosil tidak menyokong fantasi sedemikian. Semua penemuan saintifik menyimpulkan bahawa manusia sememangnya telah diciptakan sebagai manusia, bermula daripada tiada, dan sentiasa wujud sebagai manusia sejak kali pertama diciptakan. Dapatan arkeologi juga langsung tidak menyokong kronologi evolusionis. Penemuan di zaman manusia baru belajar bercakap seperti yang didakwa evolusionis menunjukkan bahawa masyarakat purba pada masa itu sudah mempunyai dapur dan menikmati kehidupan berkeluarga. Di masa yang didakwa evolusionis bahawa manusia belum tahu tentang seni, objek hiasan dan bahan mentah untuk melukis telah ditemui semasa penggalian. Banyak lagi contoh yang akan dibincangkan secara terperinci dalam bahagian-bahagian berikutnya.

Semua penemuan ini membuktikan bahawa manusia langsung tidak pernah melalui kehidupan primitif dan liar. Tidak pernah wujud zaman tanpa tamadun di mana manusia hanya menggunakan perkakasan batuan dan kayu. Golongan beriman sentiasa memimpin cara hidup manusia, dengan pakaian, pinggan, mangkuk, sudu dan garpu dimanfaatkan dalam kehidupan. Manusia sentiasa hidup dalam pelbagai keadaan, berbicara, membina bangunan dan menghasilkan kerja seni bersesuaian dengan keperluannya. Terdapat doktor, guru, tukang jahit, jurutera, arkitek dan artis, dalam urutan sosial yang kukuh. Dengan inspirasi dari Ilahi, mereka yang memiliki pemikiran dan etika yang positif sentiasa memanfaatkan rahmat-Nya di muka bumi.
Sejajar dengan kemajuan teknologi dan pertambahan ilmu, sudah pasti berlaku perubahan dalam teknologi secara sendirinya. Alatan baru dibangunkan selari dengan keadaan semasa, dapatan saintifik ditemui, serta perubahan budaya berlaku. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam perkembangan pengetahuan dan teknologi tidak membuktikan sebarang kewujudan evolusi. 

Sudah menjadi kebiasaan untuk ilmu terus meningkat. Seseorang menikmati tahap pembelajaran yang berlainan di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Tetapi jika pengetahuan seseorang sentiasa bertambah sepanjang hidupnya, itu tidak bererti yang dia sedang berubah dan berkembang secara kebetulan. Perubahan yang sama juga berlaku dalam kehidupan masyarakat. Penemuan-penemuan terbaru juga dibuat sejajar dengan keperluan masyarakat, mekanisme baru dicipta dan secara beransur-ansur diperbaiki oleh genarasi berikutnya. Tetapi ini tetap bukan satu proses evolusi.

Bersambung ke Part 8

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 6

0 comments

Sambungan Dari Part 5

Sepanjang sejarah, Allah telah mengutuskan pesuruh-Nya untuk mengajak manusia ke jalan kebenaran. Sesetengah daripada mereka patuh kepada utusan-utusan tersebut dan percaya akan kewujudan dan keesaan Allah, manakala sebahagian lagi tetap menolaknya. Sejak kewujudan manusia, mereka telah belajar percaya terhadap kesatuan dan keesaan Allah serta nilai moral agama sebenar melalui wahyu Ilahi. Oleh itu, dakwaan evolusionis bahawa masyarakat sebelum ini tidak percaya terhadap kesatuan dan keesaan Allah adalah salah. 

Golongan Beriman Telah Memimpin Kehidupan Bertamaddun Sepanjang Sejarah

Al-Quran mendedahkan bagaimana Allah telah menghantar utusan sepanjang sejarah untuk mengajak manusia percaya dan hidup dengan nilai-nilai moral:

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah al-Baqarah, ayat 213)

Ayat lain yang membuktikan bahawa utusan telah dihantar kepada setiap bangsa untuk memberi amaran kepada mereka, mengingatkan mereka tentang kewujudan dan keesaan Allah SWT, serta mengajak mereka untuk membuat kebaikan:

Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran. (Surah al-Faatir, ayat 24)

Walaupun Allah telah mengutus pesuruh-Nya dan kitab suci, sesetengah manusia masih lagi tidak mengerti dan membelakangkan kebaikan agama yang sebenar serta mengamalkan kepercayaan karut. Ada di antara mereka yang mengembangkan kepercayaan pagan yang menyalahi tatasusila dengan menyembah tanah, batu, kayu, Bulan atau Matahari, bahkan juga memuja semangat jahat. Begitu juga dengan dunia hari ini, bersama dengan masyarakat yang beriman kepada agama yang benar, terdapat juga golongan yang menyembah api, Bulan, Matahari serta berhala yang diperbuat daripada kayu. Walaupun sedar tentang kewujudan dan keesaan-Nya, sesetengah daripada mereka masih lagi mengasosiasikan Allah.

Namun, Allah tetap menghantar utusan untuk menyedarkan mereka tentang kesilapan yang telah dilakukan. Mereka diajak meninggalkan kepercayaan karut dan berpegang kepada agama yang benar. Sepanjang masa dalam sejarah, ada golongan yang beriman dan ada yang ingkar, ada yang hidup dengan kepercayaan yang suci dan ada yang melanggar hukum.

Golongan beriman yang hidup di zaman para nabi telah menikmati kehidupan berkualiti dengan penuh tamadun. Mereka hidup dalam rangka sosial yang tersusun semasa zaman Nabi Nuh (as), Nabi Ibrahim (as), Nabi Yusuf (as), Nabi Musa (as), dan Nabi Sulaiman (as), seperti mana mereka hidup pada hari ini. Tanpa mengira usia, orang-orang yang beriman bersembahyang, berpuasa, patuh kepada aturan Allah, hidup dalam suasana yang bersih dan berlandaskan hukum. Penemuan-penemuan arkeologi memperlihatkan taraf kehidupan yang sangat baik, mulia dan bersih yang dijalani oleh mereka yang patuh kepada Allah. Di zaman mereka, para nabi dan rasul serta golongan yang beriman menggunakan cara terbaik dan bersesuaian dengan suruhan Allah. 
Today there are people with superstitious beliefs who worship idols, just as there were in past ages.

Solomon and the Queen of Sheba
Semua perkembangan teknologi di zaman Namrud telah digunakan sebaiknya oleh Nabi Ibrahim (AS) dan mereka yang percaya kepadanya. Pengetahuan teknikal di zaman Firaun diaplikasikan dalam pekerjaan Nabi Yusuf (AS), Nabi Musa (AS), Nabi Harun (AS), serta pengikut-pengikut mereka. Tahap teknologi yang tinggi dalam bidang senibina, seni dan komunikasi di masa Nabi Sulaiman (AS) digunakan dengan cara terbaik. Limpahan kekayaan dan kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah sebagai rahmat kepada Nabi Sulaiman (AS) menurunkan perasaan teruja kepada semua generasi.

Madonna with Saints, by Giovanni Bellini, Venice, 1505
Kita harus sedar bahawa segala informasi dan sumber yang dimiliki oleh masyarakat purba, termasuk juga yang dipunyai oleh masyarakat hari ini, merupakan anugerah Ilahi. Masyarakat ratusan ribu tahun dahulu mengasaskan tamadun, membuat lukisan menarik pada dinding-dinding gua puluhan ribu tahun dahulu, menghasilkan piramid dan ziggurat, membentuk tugu batu yang besar serta membina struktur-struktur hebat di altitud tertinggi Peru, semuanya mereka lakukan hasil ilham dan ajaran Allah. Mereka yang mengkaji zarah-zarah sub-atom hari ini, menghantar kapal ke angkasa dan menulis perisian komputer, juga atas keizinan daripada Allah. Segala pengetahuan yang dimiliki oleh manusia sejak penciptaan mereka merupakan rahmat daripada Ilahi, dan begitu juga dengan setiap tamadun yang telah diasaskan.

Allah menciptakan manusia daripada tiada serta memberinya rahmat dan dugaan sepanjang hidupnya di dunia. Setiap rahmat yang dilimpahkan juga merupakan ujian. Mereka yang tahu bahawa peradaban, teknologi dan sumber yang dimiliki sebenarnya adalah anugerah Ilahi akan berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemurah:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim, ayat 7)

Allah membenarkan hamba-Nya yang beriman untuk menikmati kehidupan yang menggembirakan di dunia dan juga di akhirat. Ini telah dijelaskan dalam Al-Quran:

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (Surah an-Nahl, ayat 97)

Sebagai manifestasi daripada ayat tersebut, Muslim sepanjang sejarah telah memiliki kaedah terbaik di zaman mereka dan memimpin ke arah kehidupan yang menyenangkan. Secara semulajadi, sebahagian mereka telah diuji dengan pelbagai kesusahan dan masalah, tetapi ini tidak bererti mereka hidup serba kepayahan, keadaan primitif, dan tidak bertamadun. Tidak kira betapa kaya, selesa dan maju peradabannya, mereka yang tetap ingkar dan hidup tanpa nilai-nilai moral yang baik serta membawa kerosakan di muka bumi, akan sentiasa berakhir dengan kekecewaan. Tambahan pula, ramai di antara mereka yang mungkin menikmati teknologi yang lebih maju berbanding dengan yang dimiliki masyarakat moden hari ini. Ini dijelaskan dalam Al-Quran:

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Surah ar-Rum, ayat 9)

Semakin jelas apa yang digambarkan oleh evolusionis bahawa masyarakat primitif adalah masyarakat yang tidak mempunyai tamaddun adalah meleset dan tidak berasas.

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 5

0 comments

Sambungan dari Part 4

Dalam pengkelasan sejarah, evolusionis secara dogmatik mentafsir objek-objek yang ditemui berlandaskan teori mereka sendiri. Berdasarkan dakwan mereka terhadap kebanyakan ketamadunan purba, logam masih belum ditemui sewaktu Zaman Gangsa, dan besi hanya mula digunakan kemudiannya.

Kronologi Ciptaan Evolusionis

These pieces of copper, dating back to between 8,000 and 10,000 BCE, are believed to have been used as beads. The people of the time possessed the technical know-how to find copper ore and then work it.

Walau bagaimanapun, telah disebutkan sebelum bahawa besi, keluli dan logam lain teroksida dan reput lebih cepat berbanding batu. Sesetengah logam seperti gangsa mempunyai daya tahan terhadap pengoksidaan dan kekal lebih lama berbanding yang lain. Maka, memang wajar jika objek gangsa yang ditemui adalah lebih berusia daripada objek-objek yang diperbuat daripada besi.

Tambahan pula, adalah tidak logik untuk mengatakan bahawa masyarakat yang mampu menghasilkan gangsa tidak perasan akan kewujudan besi, dan masyarakat yang mempunyai kemahiran teknikal dalam penghasilan gangsa tidak menggunakan logam-logam lain.

Pieces Millions Of Years Old That Evolutionists Cannot Account For
According to the theory of evolution, living things evolved through specific stages, from a bacterium down to human beings, taking place in an imaginary sequence lasting millions of years. In this scenario, Man is the last evolved living thing and has completed his development within the last 20,000 years. Yet scientific findings and the fossil record provide not a single piece of evidence that such developments ever took place. In fact, they show that such is not possible.
Other findings include tools and decorative objects, once used by human beings, dating back millions of years. Darwinists are quite unable to place in their imaginary evolutionary tree any human beings who lived 50 or even 500 million years ago-a time when they maintain that there were no living things on Earth apart from trilobites. It's of course impossible for them to do so! God brought human beings into existence with the simple command "Be!" in the same way that He did all other living things. Therefore, we are just as likely to make discoveries regarding the remains of people who lived 500 million years ago as those of who lived 100 years ago. God, Who created all things out of nothing, can certainly bring into existence any living thing He wills, at whatever period in history He wills. This is of course an easy matter for God, with His infinite might and power. But Darwinists fail to comprehend this truth, which is why they have no explanation to offer for all the proofs of Creation. They have no other solution than to repeat scenarios that have already been undermined by scientific facts. But with every passing day, evidence from excavations being carried out further demolishes the dogma of evolution.
This metal sphere is just one of several hundred in one stratum in South Africa that is estimated to date back millions of years. The carefully shaped grooves that they contain cannot be the results of any natural phenomenon. This discovery shows that metal has been used since the very earliest times, and that for millions of years, humans have possessed the technology to make fine grooves in metal.

In 1912, two employees of the Municipal Electric Plant in Thomas, Oklahoma made an astonishing discovery as they were loading coal. They came upon a solid chunk of coal which was too large to use, so one of the employees broke it up. When he did so, he found an iron pot inside it. When it was removed, the outline or mold of the pot could be seen in a piece of the coal. After examining the coal, many experts stated that the pot had to be between 300 and 325 million years old. This finding cannot be accounted for by evolutionists, who maintain that the use of iron began in around 1,200 BCE.
The 5 June 1852 issue of Scientific American magazine carried a report regarding the discovery of the remains of a metallic vessel some 100,000 years old. This bell-shaped vessel resembled zinc in color, or a composition metal, with a considerable portion of silver. On its surface there were finely worked figures of bouquets or flowers, and vines or wreaths. Evolutionists, who claim that metal was not used in the very earliest periods, can't possibly account for this discovery. Clearly, the people who created this artifact possessed an advanced culture capable of producing metallic compounds and working metal.

Gangsa dihasilkan dengan mencampurkan timah, arsenik dan antimoni, serta sedikit zink dan tembaga. Mereka yang membuat gangsa mesti mempunyai pengalaman kerja berkaitan unsur-unsur kimia seperti tembaga, timah, arsenik, zink dan antimoni, tahu tahap suhu untuk mencairkannya, dan mempunyai relau untuk mencair dan menggabungkan mereka. Tanpa pengetahuan tersebut, adalah sangat sukar untuk menghasilkan campuran logam yang berjaya.

Bijih tembaga didapati dari batu keras dan usang dalam bentuk hablur (juga dikenali sebagai 'tembaga asli'). Masyarakat yang menggunakan tembaga terlebih dahulu harus mempunyai tahap pengetahuan untuk mengenal pasti serbuk tembaga daripada batuan pejal. Kemudian, lombong perlu dibina untuk mengekstrak, mengasing, dan membawa tembaga ke permukaan. Jelaslah bahawa tugas-tugas berkenaan tidak dapat dilakukan dengan perkakasan batu dan kayu.

Untuk mencairkannya, bijih tembaga mesti diletakkan di atas nyalaan api dengan suhu 1,084.5°C (1,984°F). Pam angin juga diperlukan untuk membekalkan aliran udara yang berterusan kepada api. Masyarakat yang bekerja dengan tembaga juga harus membina relau yang boleh menghasilkan suhu tinggi dan juga peralatan seperti periuk pelebur logam dan penyepit.

Ini adalah ringkasan berkaitan dengan kemudahan teknikal yang diperlukan untuk bekerja dengan tembaga - logam yang sememangnya terlalu lembut untuk bertahan lama terhadap sisi yang tajam. Penghasilan gangsa yang lebih keras dengan menambah timah, zink dan elemen lain kepada tembaga merupakan proses yang lebih canggih kerana setiap logam memerlukan proses berlainan. Semua fakta ini menunjukkan bahawa komuniti yang terlibat dengan perlombongan, penghasilan logam campuran dan pekerjaan logam harus mempunyai pengetahuan terperinci. Adalah tidak logik dan konsisten untuk mendakwa bahawa masyarakat dengan pengetahuan komprehensif sebegini tidak pernah menemui besi.

The pestle and mortar pictured here were discovered in 1877 in an ancient river bed under Table Mountain. The river bed is at least 33 million years old, proving that human beings have always lived human lives.
This fossilized shoe sole was found in a 213-million-year-old rock. Millions of years ago, people were wearing shoes, and doubtless had clothing, and enjoyed a culinary culture and rich social relationships. The only known photograph of this fossil was published in a New York newspaper in 1922. Discoveries like this, which refute the claim of the evolution of human history, are either concealed or ignored by evolutionists.
A shape resembling a human face has been engraved on this 3-million-year-old piece of flint. It's very difficult to make such regular holes in flint, and special metal tools are needed for the purpose. It is impossible for this to have been done under very primitive conditions, of the kind evolutionists suggest.

Sebaliknya, dakwaan evolusionis bahawa logam belum ditemui dan tidak diaplikasikan oleh masyarakat purbakala dibuktikan tidak benar oleh penemuan arkeologi. Bukti-bukti penemuan seperti tinggalan kenderaan air yang diperbuat daripada logam berusia 100,000 tahun, sfera logam berusia 2.8 bilion tahun, sebuah periuk besi yang dianggarkan berusia 300 juta tahun, serpihan tekstil pada tanah liat berusia 27,000 tahun, dan kesan-kesan logam seperti magnesium dan platinum yang berjaya dicairkan di Eropah ratusan tahun dahulu, tinggalannya berusia ribuan tahun.

Sisa-sisa yang berselerakan ini telah menghancurkan sepenuhnya klasifikasi Zaman Batu Kasar, Zaman Batu Gosok, Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Tetapi, walaupun kebanyakan besar penemuan ini telah tercetak dalam banyak penerbitan saintifik, ianya masih diabaikan oleh saintis evolusionis atau mungkin juga disembunyikan di bawah muzium. Cerita rekaan evolusionis telah dipersembahkan sebagai sejarah manusia, bukannya fakta sebenar.

Bersambung ..

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |