Friday, May 15, 2015

Haiwan Terkecil Mengikut Kategori

1 comments

Anjing Terkecil : Ducky


Dengan berat 1.4 pound dan tinggi 4.9 inci, Ducky, seekor anjing dari baka Chihuahua dari Charlton, Massachussetts, US, memegang rekod dunia Guiness untuk anjing terkecil dunia (berdasarkan pada ketinggian). Ducky telah menewaskan seekor lagi anjing yang dinamakan Danka Kordak dari Slovakia yang mempunyai ketinggian 5.4 inci.

* huhu .. apsal lak nama dia ducky ? itik ke anjing ni .. kah kah kah .. tapi kalo letak nama doggy buruk no la plak bunyinya .


Ular Terkecil : Leptotyphlops Carlae

Leptotyphlops Carlae ialah spesis ular yang terkecil di dunia dengan panjang purata ular dewasa hanya sekitar 4 inci. Terdapat  hanya di Kepulauan Carribean, Barbados. Ia kelihatan seperi spaghetti dan dijumpa oleh seorang yang bernama Blair Hedges

* ni kalo buat umpan memancing ok gak kot ... ada le plak dikata nampak cam spaghetti .. huhuhu .. sape le punya idea tu eh ?

Thursday, May 14, 2015

Aksi Selfie Yang Meragut Nyawa Remaja

0 comments


Seorang remaja Romania, terkorban, 2 hari selepas terkena renjatan elektrik ketika mengambil photo selfie di atas bumbung sebuah keretapi yang tidak bergerak.

Menurut berita yang dikeluarkan Associate Press, ketika kejadian, mangsa, Anna Ursu , 18, secara tidak sengaja tersentuh wayar talian arus tinggi (HV)  dengan kakinya ketika sedang membuat posing berbaring diatas keretapi yang sedang di parkir di daerah Lasi, timur laut Romania. 

Baca lanjut di Metro.Co.Uk

Karmic : luorang yang nak berselfie tu agak agak la skit ..

Wednesday, May 13, 2015

Mukjizat Al-Qurán Part 2

0 comments

Mengembangnya Alam Semesta

Di saat ilmu astronomi masih terbelakang, Al Qur'an, yang diturunkan 14 abad yang lampau sebenarnya telahpun memperkatakan perihal mengembangnya alam semesta sebagaimana yang digambarkan dalam ayat berikut ini:

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami), dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskan-nya." (Al Qur'an, Adz-Dzaariyaat : 47)

Perkataan "langit", sebagaimana dinyatakan dalam ayat ini, digunakan dalam banyak tempat dalam Al Qur'an membawa makna ruang angkasa dan alam semesta. Di sini sekali lagi, kata tersebut digunakan dengan maksud ini. Dengan ertikata lain, dalam Al Qur'an telah diterangkan bahawa alam semesta "mengalami perluasan atau mengembang". Menariknya, inilah juga kesimpulan yang dicapai ilmu pengetahuan masa kini.

Sejak terjadinya peristiwa Big Bang, alam semesta telah mengembang secara terus-menerus dengan kecepatan luar biasa. Para ilmuan menyamakan peristiwa mengembangnya alam semesta dengan permukaan belon yang sedang ditiup.
Sehingga awal abad ke-20, satu-satunya pandangan yang umumnya diyakini dunia sains adalah bahawa alam semesta ini bersifat tetap dan telah ada sejak dahulukala tanpa ada permulaan. Namun, dengan segala penelitian, pengamatan, dan perhitungan yang dilakukan seiringan dengan pesatnya teknologi modern, akhirnya dapat dibuktikan bahawa alam semesta sesungguhnya memiliki permulaan, dan ia terus-menerus "mengembang".

Pada awal abad ke-20, ahli fizik Rusia, Alexander Friedmann, dan ahli kosmologi Belgium, George Lemaitre, secara teori membuat kiraan dan akhirnya menemui bukti bahawa alam semesta senantiasa bergerak dan mengembang.

Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data pengamatan pada tahun 1929 oleh Edwin Hubble, seorang ahli astronomi Amerika. Ketika mengamati langit dengan teleskop, , beliau mendapati bintang-bintang dan galaksi terus bergerak saling menjauhi. Fakta di mana segala sesuatunya terus bergerak menjauhi satu sama lain ini, menunjukkan alam semesta tersebut terus-menerus "mengembang". 

Pengamatan berterusan yang dilakukan di tahun-tahun berikutnya memperkuatkan fakta betapa alam semesta terus membesar. Kenyataan ini telah diterangkan dalam Al Qur'an pada saat tidak seorang pun mengetahuinya. Ini adalah kerana Al Qur'an adalah firman Allah, Sang Pencipta, dan Pengatur keseluruhan alam semesta.

Tuesday, May 12, 2015

Para Ibu Yang Memecahkan Rekod Perubatan Dunia

1 comments

Ibu , Ibu engkaulah ratu hatiku , bila ku berduka engkau hiburkan selalu ..yiehaa ~!

Menjadi seorang ibu adalah satu pencapaian yang menakjubkan tidak kira dalam apa jua situasi samada keadaan ekonomi, status, usia mahupun kesihatan. Tetapi bagi beberapa kes dari kalangan ibu ini, ianya lebih dari satu pencapaian kerana apa yang mereka hadapi adalah merupakan pengalaman yang sangat unik & hampir mustahil namun ianya menjadi anugerah yang telah tercatat dalam sejarah perubatan.

Dari ibu paling muda di dunia kepada yang paling tua, ibu yang paling kecil saiz badan nya serta jumlah bayi yang dilahirkan dalam kehamilan tunggal, berikut adalah rekod ibu-ibu yang paling ohsem di dunia.

Kelahiran Bayi Yang Paling Banyak Dari Satu Kehamilan


Seorang warga Amerika, Nadya Suleman, atau nama julukannya 'Octomom', menjadi terkenal setelah beliau melahirkan seramai 8 orang bayi kembar pada bulan Januari 2009. 


Beliau yang ketika itu, seorang ibu tunggal berumur 33 tahun, dikenalpasti sebagai satu satunya kes kelahiran kembar 8 dimana kesemua bayi tersebut berjaya melepasi tahap satu minggu kritikal selepas kelahiran. 

Bayi bayi tersebut telah diberi nama Noah, Jonah, Jeremiah, Josiah, Isaiah, Makai, Nariyah and Maliyah.

Nadya atau nama sebenarnya Natalie, telahpun mempunyai seramai 6 orang anak sebelum itu. Kesemua 14 orang anaknya ( termasuk kembar 8 ) dilahirkan melalui kaedah rawatan kesuburan in vitro, yang telah mencetuskan perdebatan hangat tentang teknologi rawatan tersebut. Lembaga Perubatan California akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan lesen para doktor yang terlibat.

p.s : sebenarnya banyak kontroversi yang mewarnai kehidupan beliau termasuk pekerjaannya . Boleh baca lebih lanjut dari sumber

====

Ibu Yang Paling Prolifik

Bilangan anak yang paling ramai dalam sejarah perubatan sebagaimana yang telah dicatatkan oleh Guiness World Record,  adalah seramai 69 orang.

Ibu tersebut, yang merupakan isteri pertama seorang petani dari Shuya, Russia, hanya dikenali dalam sejarah sebagai isteri kepada Feodor Vassilyev. 

Puan Vassilyev yang hidup pada kurun ke 18, hamil sebanyak 27 kali dimana 16 darinya adalah kelahiran kembar, 7 kelahiran kembar tiga dan 4 kelahiran kembar 4.

Pautan lain : wikipedia

====

Yang Paling Muda

Seorang kanak kanak yang berasal dari Peru, Lina Medina, dicatatkan sebagai ibu yang paling muda apabila melahirkan ketika beliau hanya berumur 5 tahun 7 bulan dan 21 hari, sebagaimana yang dilaporkan dalam Jurnal La Presse Médicale. Kejadian ini berlaku pada bulan May 1939.

Menurut para doktor yang merawatnya, pada awal dianogsis, mereka menyangka perut Lina yang membengkak adalah disebabkan oleh kehadiran tumor namun akhirnya mereka mendapati beliau sebenarnya hamil 7 bulan.

Medina selamat melahirkan seorang bayi lelaki namun terpaksa melalui pembedahan Caesarean lantaran tulang pelvisnya yang sangat kecil.

Dalam laporan yang sama, Medina mula didatangi kitaran haid ketika berusia 8 bulan walaupun ada laporan lain yang mengatakan beliau lebih tua sedikit dari itu.

Menurut laman Snopes.com, bapanya telah ditangkap dan dipenjara kerana disyaki telah melakukan perbuatan sumbang mahram walau bagaimanapun, dibebaskan tidak lama kemudian kerana tidak ada bukti untuk menyabitkan beliau dengan tuduhan tersebut. Tiada laporan lanjut yang mendedahkan siapa sebenarnya bapa kepada anak yang dilahirkan Lina Medina.

====

Yang Paling Berusia 

Wanita yang paling berumur ketika melahirkan, berasal dari negara India yang dikenalpasti sebagai Omkari Panwar,  memberi kelahiran kepada sepasang anak kembar, ketika berusia 72 tahun. Kejadian ini diberitakan berlaku pada bulan Jun 2008. 

Beliau mendapat bayi kembar -seorang lelaki dan seorang perempuan - melalui rawatan kesuburan in-vitro dan terpaksa bersalin  melalui kaedah C-section, seperti yang diberitakan oleh ABC News

Omkari Panwar bersama suaminya, 75thn, sebelum kelahiran kembar itu, telah pun mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu.

====

'Lelaki' Pertama Yang Bergelar Ibu 

Thomas Beatie, yang merupakan seorang transgender dari Oregon, menjadi 'lelaki' pertama hamil dan melahirkan anak pada 2008.

Beatie - seorang jurucakap awam, penulis dan peguam untuk isu isu seksualiti dan transgender- sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan dan telah melalui proses pembedahan dada dan terapi testosterone namun memilih untuk mengekalkan sistem kesuburannya.

Beliau memilih untuk hamil memalui kaedah persenyawaan buatan (artificial insemination) menggunakan sperma yang diderma, lantaran isterinya, Nancy, telah menjalani hysterectomy (pembuangan rahim) dan tidak mungkin dapat melahirkan.

Beatie setakat ini telah berjaya melahirkan seramai 3 orang anak menurut laporan dari laman web nya sendiri. 

===

Ibu Yang Paling Kecil 

Stacey Herald hanya mempunyai ketinggian 2 kaki 4 inci (71cm), namun itu tidak menghalangnya untuk melahirkan seramai 3 orang anak, walaupun telah diberi amaran oleh doktornya betapa kehamilan itu amat membahayakan nyawanya.

Stacey yang berasal dari Dry Ridge - Kentucky, menghidap osteogenesis imperfecta- OI, atau penyakit tulang rapuh (brittle bone disease), penyakit genetik yang mengakibatkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah.

Doktor bagaimanapun telah menasihatkan Stacey untuk tidak lagi hamil kerana tulang pelvis nya sangat kecil dan janinnya tidak mempunyai ruang yang cukup untuk berada disamping organ dalamannya.

Menurut laporan dari ABC News, anak sulung dan anak bongsunya juga mengalami penyakit gangguan tulang manakala anak ke dua beliau tumbuh sebagai manusia normal. 

Monday, May 11, 2015

Mukjizat Al Qurán Part 1

0 comments

Penciptaan Alam Semesta



Bermulanya kejadian alam semesta digambarkan dalam Al Qur'an pada ayat berikut:

"Dialah pencipta langit dan bumi." (Al Qur'an, Al An'aam : Permulaaan ayat 101)

Keterangan yang diberikan Al Qur'an ini sangat bersesuaian dengan penemuan ilmu pengetahuan masa kini. Kesimpulan yang ditemukan astrofizik kini adalah bahawa keseluruhan alam semesta, beserta dimensi jisim dan waktu, muncul menjadi ada sebagai hasil dari suatu ledakan raksasa yang terjadi dalam sekejap. Peristiwa ini, yang dikenal dengan "Big Bang", membentuk keseluruhan alam semesta sekitar 15 bilion tahun lalu. Jagat raya tercipta dari suatu ketiadaan sebagai hasil dari ledakan satu titik tunggal. Para ilmuan modern menyetujui bahawa Big Bang merupakan satu-satunya penjelasan masuk akal dan yang dapat dibuktikan mengenai asal mula alam semesta dan bagaimana alam semesta muncul menjadi ada.

Sebelum Big Bang, tak ada yang disebut sebagai atom/jisim. Dari sebuah ketiadaan, di mana jisim, tenaga, malah waktu belum ada, dan yang hanya mampu difahami secara metafizik, terciptalah jisim, tenaga, dan waktu. Fakta ini, yang baru saja ditemui oleh para ahli fizik modern, telah pun diberitakan kepada kita dalam Al Qur'an 1 400 tahun yang lampau.

Sebuah satelit - COBE, dilancarkan oleh NASA pada tahun 1992, Satelit tersebut dipasangkan dengan alatan sensor yang sangat peka dan ianya berjaya mengesan sisa-sisa radiasi ledakan Big Bang. Penemuan ini merupakan bukti terjadinya peristiwa letupan tersebut, yang merupakan penjelasan ilmiah bagi fakta bahawa alam semesta diciptakan dari ketiadaan.

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |