Monday, August 6, 2012

Sifir Umur Dan Kemana Kita Habiskan

0 comments


Sejauh manakah tindakan yang telah kita ambil atau dengan kata mudah yang telah kita amalkan dengan peringaran/tazkirah, ‘ibrah/pengajaran yang telah kita dapat/terima daripada pelbagai sumber tidak kira samada offline(kuliah di masjid/surau) atau online ini. 

Marilah kita sama sama semak atau muhasabah kembali diri kita disamping mohon kepada Allah SWT agar kita dipermudahkan untuk beramal dengan ilmu yang kita terima. Terdapat pepatah arab yang mengatakan
Al’lmu bila ‘amal kasshajar bila thamar” yang bermaksud “ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah”. Perumpamaan mudah ini tidak perlu dihuraikan lagi kerana semua orang boleh memahaminya.

Justeru, janganlah kita menunda-nunda untuk beramal kerana kita tidak tahu bila masa ajal kita. Mungkin kita sering mendengar orang mengatakan: “Sementara masih muda ni la nak enjoy..dah tua nanti baru lah bertaubat.

Sungguh betapa kejinya ucapan ini. Apakah manusia tahu kalau umurnya akan panjang? Kalau seandainya  ditakdirkan panjang, apa jaminan mereka akan insaf/bertaubat? Ataukah akan bertambah kesesatannya?!

Allah berfirman yang bermaksud :

“Dan tiada yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Luqman: 34)

Dengan kehadiran bulan Muharram yang mulia ini iaitu bulan pertama tahun baru Islam 1432 Hijrah bermakna umur kita juga makin bertambah. Tahukah luorang tarikh dan ulangtahun kelahiran luorang dalam bulan islam??Mmm..mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak pasti. Untuk menyemak tarikh kelahiran luorang mengikut kalendar hijriah, sila isi tarikh lahir luorang dan tekan butang ">"




Sekarang cuba tolakkan tahun hijrah sekarang iaitu 1432H dengan tahun hijrah kelahiran luorang. Wa pasti ada yang akan terkejut bila mendapat tahu umur kita sebenarnya lebih tua daripada umur yang kita maklum sekarang, mengikut kiraan tahun masihi.

Bercerita berkenaan umur , wa ingin mengajak pembaca budiman sekalian bersama-sama wa yang lemah dan lalai ini untuk bermuhasabah tentang umur yang dikurniakan Allah SWT kepada kita semua. Ianya secara langsung mengingatkan kita akan kematian yang sedang menghampiri kita semua dan sudah menjadi ketetapan terhadap setiap yang bernyawa. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : 

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan - Al-Anbiyaa’ (21:35)

Selagi batas umur yang diberikan ini belum habis dan masa persoalan pertanggungjawaban ke atas amalan belum diminta, bermakna masih ada urusan yang belum diselesaikan. Persoalannya sudah sejauh manakah semua urusan itu dilaksanakan sebagai seorang hamba.. Adakah hamba yang taat? atau hamba yang ingkar??

Sepertimana yang kita sedia maklum, umur umat nabi Muhammad S.A.W agak pendek jika dibandingkan dengan umur umat nabi-nabi yang lain. Nabi SAW bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari sahabat Abu Hurairah R.A: 

Umur-umur umatku antara 60 hingga 70, dan sedikit dari mereka yang melebihi itu.” (Dihasankan sanadnya oleh Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Bari, 11/240)

Baiklah fokusnya sekarang wa ingin mengajak  pembaca yang budiman sekalian bermain sedikit dengan perkiraan matematik sekolah rendah.. kiraan yang sangat sangat mudah.. hanya dengan congak congak santai  aje.. untuk itu, MOH MUHASABAH UMUR KITA~!! 

Sebelum itu wa nak ingatkan semula maksud akil baligh. Maksudnya “sampai” iaitu pada tahap manusia sudah sampai atau mampu dari segi spiritual, mental dan fizikal untuk mengamalkan seluruh perintah dan meninggalkan seluruh larangan Allah. Wa yakin luorang semua sudah tahu dan ofcoz faham sangat sangat dah..

Oret .. let start rolling.. 

Katakanlah baligh purata manusia pada umur 15 tahun (tingkatan 3) dan jangka hayat pula sampai 65 tahun..

65 tahun - 15 tahun = 50 tahun - balance umur yang dikira amalan kita untuk tentukan pahala/dosa

Formula Asas
--------------------------------------------------------
1 hari = 24 Jam 
1 tahun (360 hari) = 8640 jam [ 360hari x 24jam ] 

Kalau 50 tahun? = 50 x 360 = 18,000 hari
--------------------------------------------------------

Perkiraan :

Solat
Masa yang diambil untuk setiap kali waktu solat dianggaran sekitar 10 minit

Perkiraan waktu solat
5waktu X 10 = 50 minit [senang kira 60 minit / 1 jam sehari]

Oleh itu masa solat 1hari = 1jam, 
maka 18,000 hari = 18,000 jam
Dalam kiraan tahun = 18,000jam/8640jam = 2 TAHUN

2- Makan 
Andaikan masa yang diperuntukkan untuk sesi pemakanan adalah 20 minit

Perkiraan waktu makan
3 (sarapan, tengahari & malam) x 20 = 60 minit [1 jam sehari]

Oleh itu masa makan 1hari = 1jam, 
maka 18,000 hari = 18,000 jam
Dalam kiraan tahun = 18,000jam/8640jam = 2 TAHUN

3- Tidur 
Tidur yang paling standard kita andaikan 8jam

Perkiraan waktu tidur
Kalau 50 tahun = 18,000 hari x 8 jam = 144,000 jam
Dalam kiraan tahun = 144,000jam/8640jam = 17 TAHUN

4- Kerja
8 jam sehari tak termasuk overtime

Perkiraan waktu kerja
Sama dengan kiraan tidur = 17 TAHUN
tu tak termasuk perjalanan pergi balik dan sangkut dalam jem

Huh..di sini wa buat kiraan untuk 4 perkara asas sahaja. Sekiranya luorang ingin menambah perkara perkara yang luorang rasa perlu..silakan buat kiraan selanjutnya berasaskan formula asas yang wa sediakan di atas.

Mari kita lihat semula masa masa yang telah dikira di atas.

  1. SOLAT = 2 TAHUN 
  2. MAKAN = 2 TAHUN 
  3. TIDUR = 17 TAHUN 
  4. KERJA = 17 TAHUN 


Hasil Tambah, 2+2+17+17 = 38 TAHUN 

Baki Tahun, 50 tahun - 38 tahun = 12 TAHUN #

Jadi, apa pengisian untuk 12 TAHUN lagi sebagai seorang hamba ALLAH SWT??

Kesimpulannya : 

Cukupkah solat yang kalau dikerjakan tanpa tinggal 1 waktu pun dalam tempoh 50 tahun itu? Itu pun kalau sampai umur 65 tahun!!

ALLAHUAKBAR!! ASTAGFIRULLAH.. Maha Benar Allah 

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan Amal Soleh. Dan mereka pula bermuafakat bersama-sama dalam saling memberi pengajaran tentang Kebenaran dan Kesabaran"

Ayuh! Hayati Doa Iftitah dalam solat kita, 

"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU, dan MATIKU, kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."

Afala Ta'qilun?? Tidakkah kamu berfikir??

Jadi marilah kita sama sama fikir fikirkan.. WALLAHUA'LAM..

Ya Allah! Jadikanlah umur kami umur yang diberkati..berilah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka-Mu ya Allah..ameen~!!..

Sumber : Internet

Sunday, August 5, 2012

SYEIKH ABDULLAH ARIF - Penyebar Islam Pertama Di Aceh

3 comments

Petikan Bahr al Lahut karya Syeikh Abdullah Arif


NEGERI-negeri pertama di Nusantara atau dunia Melayu memeluk agama Islam ialah Aceh, Kedah dan Patani. Berbagai-bagai teori tentang kedatangan Islam di dunia Melayu. Ada sarjana berpendapat kedatangan Islam langsung dari tanah Arab.

Pendapat yang lain pula menyebut datang dari India, terutama dari Malabar dan Gujerat.

Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqah al-Azhar wa ar-Rayahin menyebut ia juga diperanani oleh bangsa Arab-Andalus. Ada juga pendapat yang menyebut dari negeri China. Semua pendapat saya tinggalkan saja, yang dibicarakan di sini ialah bahawa daripada sekian ramai penyebar Islam yang datang di Aceh itu ialah Syeikh Abdullah Arif dan yang di Kedah pula Syeikh Abdullah al-Qumairi.

Kedua-dua ulama yang tersebut hidup sezaman dengan seorang Wali Allah yang sangat terkenal, ialah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani. Tokoh-tokoh Islam yang datang di dunia Melayu sebahagian besar adalah diperanani oleh ulama sufi. Sebagai bukti bahawa mereka lebih mengutamakan tasawuf sekurang-kurangnya dapat dibuktikan dengan sebuah karya tulis judul Bahr al-Lahut yang dikarang oleh Syeikh Abdullah Arif.

Hingga abad yang ke-16, ajaran tasawuf masih mendominasi seluruh aspek dalam pendidikan Islam, persuratan, dan kehidupan masyarakat Melayu terutama di Aceh. Pada abad ke-16 hingga 17, hampir seluruh karya Syeikh Hamzah al-Fansuri adalah tentang tasawuf belaka. Bahkan kesan kekukuhan ajaran tasawuf masih dapat dirasakan hingga pada zaman ini.

Syeikh Abdullah Arif adalah seorang pendatang dari bumi Arab ke Aceh bersama sekian ramai mubaligh lainnya. Ada orang meriwayatkan bahawa di antara sahabat Syeikh Abdullah Arif ialah Syeikh Ismail Zaffi. Barangkali Syeikh Abdullah Arif ada hubungan atau pernah berkenalan atau pun menjadi murid seorang Wali Allah yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (lahir 471 H/1079 M, wafat 561 H/1166 M).

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani juga pernah sampai di Aceh, demikian menurut H.M. Zainuddin dalam buku Aceh dan Nusantara. Memperhatikan tahun wafat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani 561 H/1166 M dengan salah satu pendapat yang menyebut bahawa Syeikh Abdullah Arif tiba di Aceh tahun 560 H/ 1165 M (setahun sebelum kewafatan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani), bererti dapat dipastikan sekurang-kurangnya kedua-dua ulama itu hidup sezaman.

Tersebut dalam sebuah majalah ilmiah yang diterbitkan di Mekah al-Mukarramah Zulhijjah 1356 H bersamaan Februari 1938 M, an-Nida' al-Islami, bahawa yang mula-mula penyebar agama Islam bangsa asing datang ke Sumatera ialah seorang dari Mekah iaitu Syeikh Abdullah Arif pada abad ke-13 Masihi.

Pedagang Mekah

Syeikh itu seorang pedagang di antara beberapa pedagang Mekah. Kedatangannya itu membawa pelbagai barangan yang dihasilkan di negeri Hijaz, seperti pelbagai jenis kurma, kulit kambing dan lain-lain. Syeikh Abdullah Arif itu membawa barang-barangnya turun di Sumatera Utara (Aceh), dia diterima oleh masyarakat di sana.

Disebabkan rasa tanggungjawab untuk menyebarkan Islam, dan sebab yang lain penduduk Aceh zaman itu sangat mesra bergaul dengan orang-orang Arab, termasuk Syeikh Abdullah Arif, maka mereka saling rasa terhutang budi. Oleh hal yang demikian, Syeikh Abdullah Arif dan orang-orang Arab yang lain, tertutup hati mereka untuk kembali ke negeri mereka atau pun merantau ke tempat yang lainnya.

Diriwayatkan pula bahawa Syeikh Abdullah Arif mula memberi pendidikan kepada masyarakat, ramai yang masuk Islam dan ramai pula muridnya. Murid-murid Syeikh Abdullah Arif menyebarkan Islam di pantai Barat pulau Sumatera, daerah Minangkabau.

Di antara murid beliau yang terkenal ialah Syeikh Burhanuddin. Syeikh Burhanuddin adalah yang pertama menyebarkan Islam di Sumatera Barat (Minangkabau). Kuburnya dijumpai di Kuntu di tepi Sungai Kampar Kiri (tahun wafat 610 H/1214 M). Syeikh Burhanuddin murid Syeikh Abdullah Arif ini lain dari Syeikh Burhanuddin Ulakkan murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

Dalam buku prosiding Risalah Seminar Sejarah Masuknya Islam ke Indonesia, mencatatkan tahun kedatangan Syeikh Abdullah Arif itu, dinyatakan bahwa menurut hikayat yang bersumber kita sendiri seorang pengembang Arab bernama Syeikh Abdullah Arif sudah memulai pengembangan itu pada tahun Masihi 1177.

Dalam an-Nida’ al-Islami pula pula menyebut tahun 1170 M, berdasarkan penyelidikan seorang sarjana Jerman. Penyelidikan yang terkini ada pendapat lain tentang ketibaan Syeikh Abdullah Arif di Aceh, ialah tahun 506 H/1111 M dan tahun 560 H/1165 M. Tentang kubur Syeikh Abdullah Arif, H.M. Zainuddin menulis, bahawa “ada lagi satu kompleks kuburan yang bernama Jeurut Kling (Kuburan Keling). Di antara kuburan itu oleh seorang perempuan tua yang menyebut kubur Keling itu, namanya didengar dari orang-orang yang melepaskan nazar dulu disebut Abdullah Arif.”

Timur Sumatera

Di negeri-negeri di pantai timur pulau Sumatera pula Syeikh Abdullah Arif tidak mengirim murid-muridnya, kerana ketika itu telah ada seorang bernama Johan Syah yang diutus oleh Sultan Aceh sendiri. Setelah memeluk agama Islam, Johan Syah menukar namanya kepada Ali Mandayat.

Beliau mendapat pendidikan Islam di India. Ali Mandayat menerima rintangan yang banyak dari penduduk yang belum beragama dan ada juga yang beragama Hindu. Oleh itu beliau terpaksa menyebarkan Islam dengan jalan berpindah-randah dari satu kampung ke kampung. Ali Mandayat berhasil mengirim utusan belajar ke Mekah al-Mukarramah.

Akhirnya Raja Mekah mengirim Syeikh Ismail ke Sumatera di bahagian pantai timur itu. Dalam waktu yang relatif singkat dan cepat, hanya sekitar 50 tahun sesudah aktiviti Ali Mandayat itu, agama Islam tersebar hampir ke seluruh pulau Sumatera.

Syeikh Abdullah Arif barangkali termasuk salah seorang penulis berbagai-bagai kitab tentang sufi, tetapi yang baru diketahui hanya sebuah, iaitu karyanya yang berjudul Bahr al-Lahut. Kitab Bahr al-Lahut ditulis dengan bahasa Arab. Hanya sebuah naskhah atau manuskrip dalam bahasa Arab dijumpai manakala naskhah atau manuskrip yang diterjemah ke bahasa Melayu terdapat beberapa buah.

Naskhah bahasa Arab pernah dimiliki oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Makasar. Berdasarkan tahun kedatangan Syeikh Abdullah Arif di dunia Melayu dapat disimpulkan bahawa Bahr al-Lahut adalah risalah yang pertama sekali ditulis di rantau ini.

Nur Muhammad

Manuskrip dalam bahasa Arab adalah salinan yang diusahakan oleh Syeikh Yusuf Tajul Khalwati Makasar. Secara umum kandungan Bahr al-Lahut adalah membicarakan akidah, tasawuf dan kejadian alam semesta. Dimulakan dengan kisah kejadian Nur Muhammad, dilanjutkan dengan kejadian alam semesta, tujuh petala langit, tujuh petala bumi, alam yang nyata dan alam yang ghaib.

Allah mengangkat darjat Nabi Muhammad s.a.w. pada sisi keagungan-Nya. Nabi Muhammad s.a.w. adalah makhluk Allah yang paling tinggi kedudukannya berbanding semua makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi yang awal pada kejadian Nur dan Nabi yang akhir pada kejadian sebagai utusan Allah di permukaan bumi.

Tiada Nabi yang lain sesudah Nabi Muhammad s.a.w. Allah menjadikan itu sekeliannya daripada Nur al-Wilayah dan Nur an-Nubuwah. Bahawa Nur al-Wilayah dan Nur an-Nubuwah itu adalah sifat Nabi Muhammad s.a.w.. Nur al-Wilayah itu tempatnya pada batin (tersembunyi) sedang Nur an-Nubuwah itu tempatnya pada zahir (nyata).

Sesungguhnya ada lagi yang dinamakan jauhar. Bahawa jauhar yang pertama dinamakan Alam al-Kabir (Alam Besar). Selain itu Allah menjadikan sekalian rangkaian susunan kejadian kosmos yang dinamakan Arasy, Kursi, Lauh al-Mahfuz, kalam, Samawat (Langit), al-Ardh (Bumi), an-Nujum (bintang-bintang), syurga dan neraka berserta sekelian penghuni dan isinya.

Segala kejadian itu adalah ajaib belaka. Ada pun bumi dihuni oleh sekalian bangsa manusia, haiwan, jin dan syaitan. Dari semua nama yang disebutkan itu, mulai Arasy dan seterusnya hanya bumi saja paling banyak digunakan manusia, kerana bumi adalah tempat kediaman mereka.

Walaupun ada usaha-usaha manusia mengharungi angkasa luar hingga berusaha melakukan penyelidikan ke bulan dan planet-planet lainnya, namun pencapaian yang dapat dijangkau oleh kebanyakan manusia hanyalah dalam bumi juga.

Manusia diberi akal oleh Allah s.w.t. untuk mencapai segala-galanya, dengan tidak menafikan kemampuan tentang dunia, namun pada hakikatnya pengetahuan manusia tentang keseluruhan yang ada pada bumi sendiri pun tidak akan habis-habisnya untuk diselidiki dan digarap untuk kepentingan manusia.

Pegangan akidah

Pegangan akidah Syeikh Abdullah Arif adalah sama dengan pegangan ulama-ulama Ahli Sunah wal Jamaah yang muktabar, tentang tiada sesuatu yang tersembunyi bagi Allah s.w.t. Lalu beliau memetik pendapat yang beliau namakan ahlus sirri (maksudnya orang-orang yang dapat mengetahui perkara-perkara rahsia hakikat). Menurut Syeikh Abdullah Arif ahlus sirri berkata: “Ada pun Allah s.w.t itu melihat pada jauh dan melihat pada hampir sekeliannya.”

Pengertian Syeikh Abdullah Arif tentang syahadat pula beliau huraikan sebagai berikut: “Berkata ahli al-musyahadah, adapun tempat syahadat itu, bahawa melihat ia bagi dirinya, maka tiada dapat tiada segala orang yang Mukmin dipandang yang demikian itu, maka sahlah pandangannya seperti Allah dan Rasul-Nya.” Yakni diumpamakan seperti orang melihat sehari bulan dan melihat purnama bulan dengan penuhnya.

Maka telah berkata orang ahlul isyarah: “Ada pun sehari bulan itulah hendak menjadikan purnama bulan adanya.”

Selanjutnya dihuraikan pula tentang Islam, kata beliau, “ketahui olehmu bahawa Islam dan kamal al-Islam (kesempurnaan Islam) itu adalah dikukuhkan daripada kalimah syahadah.” Ada pun kamal al-Islam itu, maka memandang yang sebenar-benarnya, tulus dan ikhlasnya, iaitu mukmin dengan sebenar-benarnya kerana penglihatan itu seperti sabda Nabi s.a.w., Barang siapa berfikir dengan sekejap mata sekalipun, kerana memikirkan Allah Taala, maka terlebih baik daripada berbuat ibadat 1,000 tahun lamanya.

Syeikh Abdullah Arif membahas selanjutnya, Maka telah berkata orang ahl al-Muqabalah, “Jadikan dirimu dengan perintah tuhanmu dengan sempurna adamu dengan Qudrat tuhanmu. Maka dijadikan diri kamu itu sebagai tempat kenyataan kenal kepada tuhanmu.”

Untuk menguatkan pegangan Syeikh Abdullah Arif menggunakan dalil firman Allah, Tiap-tiap sesuatu itu binasa jua, melainkan yang tiada binasa hanya Allah, bagi-Nya kekuasaan menentukan hukum, dan kepada-Nya kamu dikembalikan. (Al-Qasas: 88)

Sumber - Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Monday, July 30, 2012

Canggih : Sejadah Yang Akan Bercahaya Apabila Kedudukan Tepat Menghala Kiblat

0 comments


Ini satu teknologi yang wow dan sangat penting bagi kegunaan ummat Islam diseluruh dunia. Sejadah ini dilengkapi dengan gadget untuk mengesan kedudukan Kiblat secara tepat dan akan hanya bercahaya apabila kedudukannya diletakkan dengan betul. Satu indikator yang memudahkan kita untuk mendirikan solat walau dimana mana jua .. yiieehaaaa ..


Nota: Sejadah ini dilengkapi dengan pengesan magnetik yang tidak berbeza dengan kompas yang sedia ada sekarang ini dalam menentukan arah kiblat. Cuma sebagaimana kompas, wa tak pasti samada medan magnetiknya juga akan terpengaruh dengan tarikan bahan bahan bermagnet yang ada disekitarnya.

Makan Makan Di Awangan .. Ada Bran ???

0 comments


Perghh .. Xtreme banget ni, macam macam le idea mat saleh ni dalam bab mencari kelainan.. cenggini pon ada .. huhuhu

Perkhidmatan ini disediakan di 36 bandar termasuk di Amsterdam, Paris, Barcelona, Madrid, Budapest, Brussel dan banyak lagi bandar bandar besar  disekitar Eropah. Menyediakan tempat duduk untuk 22 orang disamping 4 orang pelayan tidak termasuk satu lagi pelantar berasingan untuk hidangan muzik sambil menikmati makanan .. perghhh..

Chef akan mula menyediakan makanan diketinggian 50meter sambil peserta boleh menikmati pemandangan 360darjah dari kerusi yang boleh berpusing. Syarikat penyedia perkhimatan menjamin 100% jaminan untuk aspek peralatan keselamatan yang dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan Jerman.













Nota : Wa tak pasti samada best ke idak untuk menikmati makanan dalam keadaan 'thrill' macam ni, tapi apa yang pasti, makanan yang masuk sama kadar je dengan isi perut yang nak terkeluar .. gayat weyh .. kah kah kah kah

Thursday, July 26, 2012

Ketam Claude Yang Bersaiz Mak Datuk ..

0 comments


Bandingkan saiz ketam biasa yang berwarna hitam kat atas  ketam size gergasi ni .. mak aih .. lebih dari sedulang derrr



Pandangan hadapan .. dah macam predator pon ada .. kah kah kah



amik kau .. ini lah saiz sebenarnya ..


Luorang bayangkan kalau kepala luorang kena sepit ngan ketam ni .. huhuhu .. 


Fakta :

Sebagaimana ketam ketam yang lain, salah satu sepit Ketam Claude berukuran lebih besar dari yang sebelah lagi. Sepit yang besar tersebut mempunyai tugas untuk memecahkan objek manakala sepit yang lagi satu adalah untuk tujuan kerja kerja yang lebih teliti.

Bagaimanapun, sepit yang lebih kecil mempunyai tenaga yang sangat kuat dan mempunyai kemampuan untuk memutuskan jari manusia atau memecahkan kacang walnut.

Apabila diregangkan, sepitnya itu mempunyai ukuran sepanjang 3 kaki berbanding ketam biasa yang rata ratanya mempunyai ukuran 3.5 inci.

Jika sepitnya itu putus atau tercerai, ia mempunyai kemampuan untuk tumbuh semula

Ketam Claude perlu menukar cengkerangnya setiap 5 tahun untuk tumbesaran.

Sebagaimana ketam ketam yang lain, gigi Ketam Claude juga terletak didalam perutnya

Sebahagian besar anak anak ketam claude yang baru menetas, akhirnya menjadi santapan kepada pemangsa, melainkan hanya sedikit yang mampu mencapai usia dewasa. Bagaimanapun ketam claude mampu hidup sehingga 20 tahun.

Ketam ini juga direkodkan sebagai yang kedua terbesar didunia selepas Ketam Labah Labah Jepun yang memiliki purata berat 20kilogram dan panjang sepitnya mencapai ke 12 kaki.

Monday, July 23, 2012

Roti John Dalam Cara Yang Paling Sempoi

4 comments


Kalo luorang suka makan roti john, ni lah cara yang paling simple untuk buat sendiri dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan 4 ringgit luorang setiap hari.. itu pon kalo luorang jenis senaraikan roti john ni sebagai menu wajib tetiap kali singgah ke bazar Ramadhan. Kalo idak pon .. layan je la buat sendiri ..


BAHAN – BAHAN :

  1. roti john - selalunya luorang kena beli kat kedai supply burger atau kat agen Ramly, kengkadang kat supermarket pon ada gak, size nya terpulang kat luorang, ada pendek ada panjang .. terserah
  2. 2 biji telur
  3. 30 gram daging cincang
  4. sedikit mayonis
  5. sedikit sos cili 
  6. 1/2 biji bawang besar  - dihiris


CARA MEMBUAT :

  • Keratkan roti john tu menjadi dua bahagian .. takkan tak pernah nengok kot ..
  • Pecahkan telur keatas kuali leper dan tabur daging cincang serta bawang besar diatasnya
  • Ambil roti dan letakkan diatas telur, apabila dah masak terbalikkan roti 
  • Akhir sekali letakkan sos cili serta mayonis .. apitkan 2 roti menjadi satu


Oret .. sonang baitu .. ada macam macam resepi orang nak bagi up rasa best roti john ni .. tapi pelan pelan kayuh aaa .. yang ni paling mudah .. sok sok kalo luorang dah pandai dan boleh upgrade kasi lagi power .. jangan lupa ajar wa plak .. kah kah kah kah kah

Thursday, July 19, 2012

Foto: Fenomena Alam Yang Menakjubkan

0 comments


Awan yang bergulung gulung yang dirakamkan di Teluk Carpentaria, Australia Utara



Foto ketika ribut yang melanda Montana, USA pada tahun 2010.



Ombak Besar yang menghempas Rumah Api di Mare, Peranchis. Perghh .. hampir tenggelam dek bawah. Luorang tengok mamat tu rilek je .. jiwa kena kental kalo nak kerja kat rumah api ni bro.



Foto merupakan fenomena geologi yang unik yang dinamakan bentuk mukabumi Danxia. Fenomena sebegini boleh dilihat dibeberapa tempat di negara China dan sebagai contoh foto diatas yang dirakamkan di daerah Zhangye, didalam wilayah Gansu. Warna yang terbit adalah hasil dari percampuran timbunan batupasir merah yang berpadu dengan batu batu yang lain dalam proses selama jutaan tahun.



Foto diambil dari sebuah tasik di barat laut Montana, USA. Airnya begitu jernih sehingga dasarnya ternampak begitu cetek, tapi sebenarnya sangat dalam.



Lena Pillars, Russia. Batu batu dipinggir Sungai Lena ini kelihatan seperti membentuk tiang tiang yang memagari sungai.


Fenomena ini dapat dilihat dari bandar Skagen, titik paling utara negara Denmark. Ianya adalah tempat pertemuan antara Laut Baltik dan Laut Utara yang mana kedua duanya tidak dapat bercampur disebabkan kelikatan dan ketumpatan air yang berbeza.


Fenomena ini dapat dilihat sebanyak 2 kali dalam setahun di Teluk Mexico. Dianggarkan 10 ribu ikan pari dari Semenanjung Yucatan akan berhijrah ke Florida ketika musim bunga dan akan membuat perjalanan pulang pada musim luruh.



Padang pasir yang ditumbuhi dengan Phacelia (Scorpion Weed). Kejadian sebegini hanya terjadi sekali dalam beberapa tahun.


Pokok pokok ini telah dijumpai tumbuh dalam hutan berdekatan Gryfino, Poland. Sebab dan punca yang menjadikan semua pokok ini tumbuh sedemikian masih kekal misteri.

Wednesday, July 18, 2012

Foto - Antara Rekaan Manusia Yang Menakjubkan - Kewl

0 comments


Lapangan Terbang Gibraltar adalah merupakan salah satu lapangan terbang yang paling unik dan luar biasa di dunia.



Menakjubkan. Perbezaan yang terhasil dari pandangan siang dan waktu malam pada tugu/monumen di Kaunas, Lithuania. Perghhh..



Dubai. BurjKhalifa. Pandangan dari atas menara yang mempunyai ketinggian 828m atau 163 tingkat. Wuhaii .. gayat weyh, kalo jatuh dari level ni .. bersepai der ~!!



Sungai Atas Sungai. Jambatan Air Magdeburg, Germany. 



Lapangan Terbang Maldives. Dibina diatas sebuah pulau buatan dan lokasinya ditengah tengah Lautan Hindi.



Chicago, USA. Pemandangan dari sebuah balkoni aras 103.. amacam? ada bran ??



Kenya. Kepulauan Lamu. Satu lagi lokasi yang terletak di Lautan Hindi selain Maldives yang menawarkan keindahan dan kedamaian untuk tujuan percutian.



Marcus Levine. Seorang artis yang 'mencipta lukisan' dengan hanya menggunakan paku dan panel kayu berwarna putih sebagai kanvas. Sewaktu mempersembahkan bakat ketika pameran beliau di sebuah galeri di London baru baru ini, beliau menggunakan lebih dari 50,000 batang paku.. perghh .. melantun .



Paris. Sebuah premis menjual permainan komputer. Kalo luorang tengok lantai dan percaya lantai tu memang sengaja direkabentuk gitu, bermakna luorang dah berhasil di perkotak katikkan oleh si perekabentuk. Sebenarnya lantai tersebut rata dan bentuk yang dibuat itu cuma ilusi optik.. dasat eh?



Tugu yang direkacipta oleh Bruno Catalano dan terletak di Perancis. Weyh .. ni bukan Hologram tapi memang dibentuk cenggitu .. gila apa manusia .. huhuhu

Saturday, July 7, 2012

Sengal : Cara Yang Betul Dan Salah Dalam Mengasuh Bayi

0 comments










Apsal part yang NO tu semua macam masuk air je wa tengok .. manual ni sebenarnya nak bagi tunjuk ajar ke atau nak berkurang ajar ? kah kah kah kah

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |