Saturday, April 21, 2012

Pasta Lada Hitam - Black Pepper Pasta

0 comments



Dah lebih setahun blog ni bersawang .. dah lama le takde resepi ye dak ?? .Resipi ini ada terkandung dalam Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Kumpulan Karangkraf ).

PASTA LADA HITAM.

Bahan-Bahan : -


  • 250g spageti ( Direbus & Ditoskan )
  • 3 Sudu Besar Minyak Zaitun
  • 1 Biji Bawang Besar ( Dicincang )
  • 1 Ulas Bawang Putih ( Dicincang )
  • 50g Kucai ( Dihiris )
  • 8 Ekor Udang Segar
  • 5 Sudu Besar Sos Lada Hitam
  • 1 Sudu Besar Serbuk Pati Ikan Bilis



Cara Penyediaannya : -


  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang besar bersama bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan goreng seketika.
  3. Kemudian masukkan sos lada hitam dan pati ikan bilis.
  4. Masukkan spageti dan kucai.kacau dengan sekata dan bolehlah dihidangkan panas-panas


Secara retoriknya plak wa akan katakan .. selamat mencuba ~!! .. perghhhh ..

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |