La Isla de la Munecas (Latin- yang bermaksud Pulau Anak Patung) adalah merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yg terkenal di dunia. Terletak di negara Mexico, dan dengan melihat pada namanya, orang mungkin memikirkan suatu tempat yang menarik dan meninggalkan kenangan yang indah. Tetapi hakikatnya, senario yang wujud adalah sebaliknya dan sangat menganggu pandangan bilamana beribu ribu anak patung yang kebanyakannya telah cacat dan buruk bergantungan hampir di kebanyakan pokok di pulau itu.
Don Julian Santana, telah menyepi dari keluarganya serta dunia luar untuk menghuni pulau ini dan telah mengabdikan 50 tahun dari hayatnya untuk mencipta 'La Isla de la Munecas'. Dikatakan, beliau melakukan semua ini adalah untuk memberi ketenangan kepada roh kanak kanak perempuan yang telah lemas di dalam terusan yang ada disitu. Apa pun alasannya, dia berjaya mengubah pulau itu menjadi tempat yang aneh, misteri dan menyeramkan dimana setiap pergerakan terasa bagai diperhatikan oleh ratusan pasang mata milik anak anak patung tersebut.
Don Julian sentiasa memencilkan diri dan akan hanya keluar apabila ingin mengumpulkan anak anak patung samada yang telah rosak di tapak pembuangan sampah atau dibeli sebagai pertukaran dari hasil tanamannya yang berbentuk buah buahan dan sayuran. Adalah dipercayai bahawa beliau tidak suka pada pencerobohan atau diganggu dan atas sebab itu beliau cuba menakutkan manusia dari menghampiri tempatnya dengan menggantungkan wajah wajah anak patung yang menyeramkan.
Pada tahun 2001, Don Juan telah didapati mati lemas didalam terusan yang sama di sekitar rumahnya. Biarpun pada dunia, beliau telah mati tetapi pandangan yang menyeramkan miliknya tetap ada disitu melalui wajah wajah anak patung yang tidak bernyawa, rosak dan digantung yang seolah olah menggambarkan hukuman dan seksaan manusia yang sadis.
Tempat ini kekal menyeramkan namun menyediakan tarikan pelancongan kepada anak muda yang gemar kepada darah dan kematian. Banyak pula pengunjung yang berasa sedih dan simpati pada wajah wajah anak patung yang sebenarnya tidak bernyawa namun tetap memandang kepada pengunjung seolah olah mereka yang menyebabkan kematiannya.
0 comments: