Sunday, November 28, 2010

Pening Tahap 4



Rock N Roll Lu Punya Suka

Hadoih.. Beberapa hari kebelakangan ni wa rasa lemau memikirkan blog ni. Adakah wa dah termasuk kedalam nuansa ke'berong'an tanpa sedar ? ataupun wa dalam proses tersampuk ngan misteri secawan milo ? keh keh keh .. apa pun dengan kadar segera, wa terpaksa stay dalam kehenseman tanpa ragu ragu .. sebab blog ni masih panjang perjalanannya.

Masa awal wa nak mulakan blog ni .. tak banyak yang wa fikirkan. Yeah .. knowledge or read, write n post. Tujuan wa cuma satu, blog untuk info .. sekurang kurangnya untuk koleksi diri .. sebab tu wa namakan catatan-karmic. Methode nya mudah, dari  pembacaan, rujukan, tontonan, ikutan, pengalaman dan memacam medium lain, kemudian wa kumpul, saring, edit ikut kesesuaian diri sendiri. Then, wa kategorikan ikut tajuk yang sesuai dengan post supaya senang wa nak rujuk/baca bila masa senggang. Atas sebab tu, pada mulanya, template blog yang wa pilih sangat minimum, sekadar berbasa-basi, plain dan menjemukan. (actually dah banyak kali bertukar tukar address, title ngan template) takde label, takde iklan dan takde meta tag untuk SEO (Pengoptimum Enjin Carian). Ye le, sekadar untuk diri sendiri ngan kengkawan yg terapat.

Kemudian, (baca ngan efek seram dan bulu roma yang merinding tak hengat) datang lak fikiran yang entah dari planet mana, rasa cam nak open ke public.. kongsi info ngan luorang.. bak kata orang ulu Papua New Guinea - Why Not ? Almaklum, kategori Info dan Pengetahuan Am (bukan Amran tau.. dia tak tau apa apa pasal blog ni.. kah kah kah) amat luas skopnya, mencakupi pelbagai aspek dalam hidup dari sekecil kecil perkara sehingga ke hal hal pentadbiran dan ianya boleh datang dari sudut yang tak tersangka .. ceh wa cakap dah gaya profesor. Jadi, mungkin saja apa yg wa kongsikan, adalah sesuatu yang luorang dah pon baca, tatap atau dengar tapi apa ada hal,  ilmu tu sendiri bersifat anjal, berkembang, dan sentiasa ada pembaharuan, gitu gak le blog ni, wa cuba tampilkan ngan gaya yg tersendiri, penuh ngan unsur berlagak namun dihiasi ngan gaya manja .. kah kah kah.

Seterusnya, bila dah nak jadikan terbitan umum, timbullah memacam perkara yang merasuk wa sampai wa minum pon rasa haus, makan plak rasa lapar dan banyak lagi perkara yang boleh menyumbang kepada tumbesaran ukurlilit pinggang wa secara extreme, atau dalam ertikata lain .. macam ada sebiji tembikai dalam perut .. huhuhu. Datanglah isu nak memper'ensem'kan penampilan blog, halatujunya, susun aturnya, tajuk yang sesuai, isi yang mantap, script script java, tips/trick dan hacks, meta tags untuk SEO, internet yang diserang demam malaria tapioka dan memacam perkara yang boleh membuatkan kepala rasa cam nak membelon. Ada plak memember yang mintak supaya wa tumpu pada sesuatu isu yang tertentu cam agama ke, politik ke, lawak, hal ehwal semasa termasuklah isu isu perjambanan.. hak hak hak.. poning pokcik.

Above all that, wa rasa, wa perlu kekal ngan tujuan awal blog ni dibina. INFO & PENGETAHUAN AM (mungkin je wa start ngan blog lain kalo diperlukan untuk isu yang spesifik). Supaya wa tak pening lagi dalam menentukan arah tuju blog walopon skang ni pon dah nampak cam tak tentu arah .. kah kah kah. Apa yang wa harapkan, kalau boleh (rayuan gombal ni), luorang kunjung lah selalu, buat cam arkib info sendiri, komen le mana yang patut (pakai anonymous pon takpe) , kritik le bila perlu, bagi le pandangan yang membina, share ngan member, klik le kat memana yang sesuai dan kalo luorang nak kirim posting pon boleh . Dengan itu, mungkin akan menjana semangat wa untuk terus mengemaskini (sebab kebanyakan blog tumbang selepas 2 tahun). 

Tu je le kot yang wa nak kata untuk kepeningan tahap 4.. kalo cakap bebanyak kang .. luorang plak yang terjangkit pening yang tak ketahuan .. keh keh keh .. apa apa pon .. stay kewlz .. smile .. and luv ye oll ~!! Adios .

1 comments:

Anonymous said...

kah kah kah kah...
wa nak komen ni..!!! komen wa ialah NO KOMEN!!!
muahahahahahahahahaha...
buat jer bro, sekurang2 nya bleh kongsi info dgn kengkawan...
wa pun nak kena belajar banyak dari lu ni, kira mcm sifu la jugak...

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |