Wednesday, December 1, 2010

Terjemahan Al Fatihah


BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Al-Fatihah - Surah Pertama 

«1» Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

«2» Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

«3» Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

«4» Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

«5» Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

«6» Tunjukilah kami jalan yang lurus.

«7»  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

* Juga disebut Ummul Qura atau Ummul Kitab (juga mempunyai lebih dari 20 nama panggilan), merupakan induk kepada keseluruhan ayat Al Quran. Ayat ini diturunkan di Mekah dan menurut yang lebih utama oleh jumhur ulama mengandungi 7 ayat (diperselisihkan samada ayat Basmalah termasuk atau tidak kedalam surah Alfatihah). 

* Ini merupakan terjemahan secara langsung dari ayat ke ayat, bukan berbentuk penafsiran. Sila rujuk Tafsir dan Penerangan dari sumber lain .. :) .. wa bukan ahli dalam hal tu .. tak mo memandai mandai

1 comments:

Unknown on December 6, 2010 at 4:08 PM said...

try

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |