Wednesday, December 8, 2010

Moist Chocolate Cake


Moist Chocolate .. ngaaaaaaaa

Resepi ni diambil dari Buku Resepi Chef Arm yang bertajuk Cita Rasa Fusion 60 Resepi Chef Arm.. yeah .. wa yakin ramai antara korang memang suka makan kek .. baik kek batik ke .. kek lapis ke .. kekwa ke .. errr .. tu kek gak ke ?? kah kah kah .. moh kita layan moist chocs .. yummy 

»»Bahan A ( Diayak Bersama ) ««
  • 280g Tepung Gandum
  • 40g Serbuk Koko
  • 2 Sudu Teh Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Teh soda Bikarbonat

»» Bahan B ««
  • 2 Sudu Teh Nescafe ( larutkan Dengan 1 Sudu Teh Air panas )
  • 280g Marjerin
  • 200g Gula Halus
  • 5 Biji Telur Ayam
  • 1 Sudu Teh Esen Vanila
  • 250g Coklat Masakan ( Dicairkan )
  • 1/4 Cawan Air Sejuk ( Betul2 Sejuk )

»» Cara Penyediaannya ««
  1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  2. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat masakan yang telah dicairkan dan kacau.
  3. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan air sejuk dan dikacau sebati.
  4. Masukkan ke dalam acuan kek.bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 1 jam 30 minit.Angkat dari ketuhar dan sejukkan.siap untuk disajikan.
  5. Masukkan dalam mulut .. kah kah kah 
so lepas ni luorang takyah sesusah .. buat je macam pro .. bukan senang wooo nak dapat resepi ni .. melainkan kalo luorang berani beli buku resepi tu .. hwa hwa hwa 

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |