Thursday, December 9, 2010

Stadium Bola Piala Dunia 2022 Qatar


Mungkin luorang dah tahu negara Qatar dah pon memenangi bidaan untuk anjur kejohanan Piala Dunia 2022 mengalahkan Australia dan Jepun, pesaing paling sengit. Tapi Qatar kena amik perhatian yang betul betul serius sebab dah banyak komen komen sinis tapi bernas yang dilontarkan dari beratus ratus page dan blog .. antara yang jadi masalah yang perlu diselesaikan ialah jadual perlawanan .. ngan suhu 40 darjah Celcius masa musim panas .. perlawanan masa tu memang perlu dielakkan .. Franz Beckenbauer dah cadang agar perlawanan dibuat masa bulan Januari ke Februari .. sebab masa tu iklim ok skit kot .. kalo buat gak masa musim panas .. konfem negara arab boleh jadi juara edisi tu .. keh keh keh .

Satu lagi perkara .. stadium .. Qatar dah pon melakarkan rupabentuk stadium yang akan digunakan sempena temasya sukan terbesar dunia ni .. kalo panjang umo kita .. sempat le kita nengok nanti .. kalo idak .. nengok gambar je le .. huhuhu .. 8 stadium yang dicadangkan :

Lusail Iconic Stadium

Lokasi : Lusail City
Kapasiti : 86,250 Penonton
Keterangan : Venue untuk perlawanan pembukaan dan perlawanan akhir Piala Dunia 2022



Doha Port Stadium

Lokasi : Doha
Kapasiti : 44,950 Tempat Duduk
Keterangan : Dibina di atas semenanjung buatan yang diwujudkan khas untuk permbinaan stadium ini



Stadium Al Shamal

Lokasi : Al Shamal
Kapasiti : 45,120 Tempat Duduk
Keterangan : Mempunyai tempat duduk tetap di tingkat bawah sebanyak 25,500 kerusi dan selebihnya tempat duduk bolehubah di tingkat atas.



Stadium Al Gharafa

Lokasi : Doha
Kapasiti : 21,175 Tempat Duduk ( Sedia Ada )
Keterangan : Stadium ini akan dinaik taraf dengan penambahan elemen aras bolehubah dan bila dah siap akan mempunyai tempat duduk sebanyak 44,740 kerusi


Stadium Al Khor

Lokasi : Al Khor
Kapasiti : 45,330
Keterangan : Dibina dikawasan yang dinamakan Zon Sukan Dan Rekreasi.



Stadium Universiti Qatar

Lokasi : Doha
Kapasiti : 43,520 Tempat Duduk
Keterangan : Stadium baru yang akan dibina untuk menggantikan stadium trek dan padang yang sedia ada di tapak Kampus Universiti Qatar.



Stadium Al Rayyan 

Lokasi : Al Rayyan
Kapasiti : 21,282 Tempat Duduk ( Sedia Ada )
Keterangan : Stadium yang ada sekarang akan diperbesarkan dengan menggunakan elemen modular untuk membentuk aras ke 2. Dijangkakan apabila siap nanti , ia boleh menampung seramai 44,740 orang penonton.


Stadium Al Wakrah

Lokasi : Al Wakrah
Kapasiti : 45,120 Tempat Duduk
Keterangan : Bakal dibina didalam kawasan yang dikatakan bandar tertua di negara Qatar.



Qatar , negara kecik je kat Teluk .. dah dapat hak menganjurkan Piala Dunia ..kita bila lagi ? ..tahun 3002 ? kah kah kah

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |