Sunday, February 20, 2011

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 16


Artifak Menakjubkan Dari Peradaban Manusia

Sambungan dari Part 15

Tinggalan Menakjubkan Di Bandar Tiahuanaco

Lebih kurang 4,000 meter (13,000 kaki) di atas paras laut, di Pergunungan Andes yang terletak antara Bolivia dan Peru, bandar Tiahuanaco penuh dengan runtuhan yang membuatkan ramai pelawat terpegun. Kawasan ini dianggap sebagai antara satu keajaiban arkeologi di Amerika Selatan, dan mungkin juga di dunia.

Antara tinggalan Tiahuanaco yang paling menakjubkan adalah satu kalendar yang menunjukkan ekuinoks- ekuinoks, musim- musim, dan posisi bulan pada setiap jam dan pergerakannya. Kalendar ini antara bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat yang tinggal di kawasan itu memiliki teknologi yang tinggi. Antara tinggalan lain yang mengagumkan adalah monumen-monumen yang diperbuat daripada blok batuan besar, sesetengah daripadanya mempunyai berat sehingga 100 tan.

Seorang penulis Reader's Digest menulis, "...para jurutera terbaik hari ini masih lagi bertanya kepada diri sendiri tentang keupayaan mereka untuk memotong dan menggerakkan batuan besar seperti yang digunakan untuk membina bandar tersebut. Batuan gergasi itu kelihatan seperti acuan telah digunakan untuk memotongnya..."

Sebagai contoh, dinding-dinding bandar berkenaan dibina dengan meletakkan blok-blok seberat 60 tan di atas blok batu pasir yang beratnya lebih kurang 100 tan. Kerja-kerja batu yang digunakan untuk membina dinding tersebut memerlukan kepakaran yang amat mendalam. Blok-blok segi empat sama dicantumkan dengan alur yang tepat. Lubang sepanjang 2.5 meter (8 kaki) telah dibuka di dalam blok-blok seberat 10 tan. Pada sesetengah bahagian runtuhan tersebut, terdapat saluran air yang diperbuat daripada batu dengan kepanjangan 1.8 meter (6 kaki) dan keluasan setengah meter (1.5 kaki). Ini adalah sebahagian ketetapan yang jarang dipadankan walaupun di hari ini. Adalah amat mustahil untuk mereka menghasilkan kerja-kerja berkenaan tanpa kehadiran teknologi seperti yang digambarkan oleh evolusionis. Ini kerana dalam keadaan yang serba primitif, ianya akan memerlukan masa yang lebih panjang daripada hayat manusia untuk mendirikan hanya satu daripada struktur-struktur tersebut. Secara tidak langsung, ini bermakna yang pembinaan bandar Tiahuanaco mengambil masa berkurun lamanya, dan dengan sendirinya membuktikan kesalahan pendapat evolusionis.

Gate Of The Sun
Antara satu daripada monumen terpenting di Tiahuanaco adalah Gate of the Sun. Diperbuat daripada satu blok tunggal, dengan ketinggian 3 meter (10 kaki) dan kelebaran 5 meter (16.5 kaki) serta berat yang dianggarkan lebih daripada 10 tan. Gerbang tersebut dihiasi dengan pelbagai ukiran. Tiada penjelasan tentang teknik-teknik yang digunakan dalam pembinaannya. Apakah jenis teknologi yang diaplikasikan pada struktur yang sebegitu menarik? Bagaimana batu seberat 10 tan diekstrak, dan dengan apakah ianya dibawa dari kuari batuan. Jelas bahawa semua ini dicapai dengan menggunakan lebih daripada alatan dan perkakasan asas seperti yang digembar-gemburkan oleh evolusionis.

Sekiranya anda mengambil kira keadaan geografi di kawasan Tiahuanaco, semua pencapaian mengandaikan bahagian yang lebih mengagumkan. Bandar itu terletak berkilometer jauhnya dari mana-mana kawasan petempatan biasa dan dibina pada dataran tinggi yang lebih kurang 4,000 meter (13,000 kaki), di mana tekanan atmosfera hanya separuh berbanding atmosfera di paras laut. Tahap oksigen yang berkurangan ini akan menyebabkan sebarang kerja memerlukan lebih banyak tenaga kerja.

Semua ini membuktikan, seperti juga kawasan lain di dunia, bahawa peradaban yang maju telah wujud di masa lalu - sekaligus menyangkal dakwaan bahawa masyarakat sentiasa berkembang kepada tahap yang lebih maju.

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |