Mesir Purba : Tamadun Gemilang Dalam Seni Dan Sains
Teknik dalam proses mumia telah menunjukkan bahawa peradaban Mesir Purba telah maju dalam bidang perubatan |
Mesir purba yang mempunyai lebih pengetahuan dan pengalaman merupakan antara peradaban manusia yang paling mengagumkan dari segi seni dan sains, serta tidak mustahil mereka merupakan sumber yang diwarisi oleh sesetengah masyarakat primitif. Di kalangan masyarakat Mesir, golongan yang menyimpang, agama pagan, terdapat pekerja-pekerja Yahudi dengan pengetahuan seni yang berasal dari zaman Nabi Nuh (as) dan Nabi Ibrahim (as). Mereka yang berkemahiran ini menggunakan ilmu yang dipelajari daripada nabi-nabi terdahulu.
Pencapaian masyarakat Mesir masih belum dapat ditandingi oleh kebanyakan negara moden hari ini. Di pelbagai kawasan di Asia, Amerika Selatan, atau Afrika, termasuk Mesir sendiri, kehidupan yang lebih ke hadapan daripada tamadun lalu masih berjalan. Peradaban Mesir purba yang menempa pelbagai kejayaan hebat terutamanya dalam bidang perubatan, anatomi, perancangan bandar, senibina, seni halus dan tekstil, kini terus dikaji oleh ramai saintis dengan keterujaan dan ketakjuban.
Asal-Usul Perubatan Mesir Purba
Kecanggihan yang dicapai oleh ahli-ahli fizik di zaman Mesir purba amat mengagumkan. Banyak hasil penemuan yang menghairankan ahli-ahli arkeologi kerana tiada sejarawan yang menjangka teknologi tinggi seperti itu dari peradaban yang wujud dalam tahun 3,000 BC.
Analisis X-ray ke atas mumia mendapati bahawa pembedahan otak telah dilakukan di zaman Mesir purba.(i) Tambahan pula, operasi tersebut dilaksanakan dengan menggunakan teknik-teknik yang lebih profesional. Apabila tengkorak mumia yang menjalani pembedahan diperiksa, didapati bahawa pemotongannya telah dilakukan dengan kemas. Tulang tengkorak yang kembali bercantum membuktikan yang pesakit mampu hidup lama selepas pembedahan tersebut.(ii)
Satu lagi contoh dalam bidang perubatan. Kemajuan yang besar dicapai pada kurun ke-19 berdasarkan perkembangan pantas dalam sains ujikaji, termasuk penemuan antibiotik. Walau bagaimanapun, perkataan 'penemuan' tidak seberapa tepat kerana kebanyakan teknik berkenaan telah diketahui oleh masyarakat Mesir purba.(iii)
Tubuh Firaun Tutankhamen telah diawet didalam dua keranda (berlapis) |
Bukti penting berkaitan kemajuan masyarakat Mesir dalam bidang sains dan anatomi boleh dilihat pada mumia-mumia yang mereka tinggalkan. Mereka menggunakan ratusan teknik berbeza dalam proses yang membolehkan tubuh hidupan disimpan untuk ribuan tahun.
Proses mumifikasi adalah sangat kompleks. Pertama, otak dan organ dalaman mayat dikeluarkan dengan alatan khas. Peringkat seterusnya melibatkan penyahhidratan tubuh selama 40 hari dengan menggunakan natron. (Natron adalah sejenis garam mineral, kandungan utamanya adalah campuran sodium bikarbonat dan sodium karbonat dengan sedikit sodium klorida dan sodium sulfat.) Selepas cairan berlebihan dalam badan dikeluarkan, rongga badan kemudian dipenuhkan dengan kain linen, pasir atau habuk kayu. Kulit disapukan dengan campuran herba khas dan seterusnya dilapis dengan cairan damar untuk melindunginya. Akhir sekali, tubuh tersebut dibungkus dengan balutan kain linen. (iv)
Paderi Mesir yang terlibat dalam perubatan merawat banyak penyakit di kuil mereka. Seperi juga hari ini, ramai doktor Mesir yang mengkhusus dalam pelbagai cabang perubatan. Setiap doktor memberi perkhidmatan mengikut kepakaran masing-masing.
The Smith Papyrus yang menerangkan tentang penggunaan bandage dengan menggunakan linen |
Para doktor di Mesir dikawalselia oleh Negara. Sekiranya pesakit gagal untuk sembuh atau meninggal dunia, kerajaan akan menyiasat puncanya dan menentukan sama ada cara rawatan yang digunakan oleh doktor bersesuaian dengan undang-undang. Jika didapati berlaku kesilapan semasa rawatan, doktor tersebut akan didenda mengikut rangka perundangan yang ditetapkan.
Setiap kuil memiliki makmal yang serba lengkap di mana ubatan disedia dan disimpan.
Kejayaan pertama dalam farmakologi, dan penggunaan balutan dan tekapan, bermula di zaman Mesir purba. Papirus Smith (yang sepenuhnya berkaitan dengan perubatan) menerangkan bagaimana jalur perekat linen - bahan yang sesuai untuk membuat balutan - digunakan untuk menutup luka.
Penemuan arkeologi telah mendedahkan satu gambar terperinci berkenaan amalan perubatan di Mesir. Tambahan pula, nama dan gelaran lebih daripada 100 orang doktor yang mengkhusus dalam bidang masing-masing telah ditemui.
Ukiran timbul pada dinding sebuah kuil di Kom Ombo menunjukkan ukiran sebuah kotak peralatan pembedahan. Kotak ini mengandungi kekacip logam, pisau bedah, gergaji, kuar, spatula, cangkuk kecil dan angkup.
Teknik-teknik yang digunakan adalah pelbagai. Bukaan dan retakan ditetapkan, splin digunakan dan luka ditutup dengan jahitan. Retakan yang berjaya sembuh selepas rawatan boleh dijumpai pada kebanyakan mumia.
Walaupun tiada kesan pembedahan ditemui pada kebanyakan mumia, terdapat 13 rujukan kepada jahitan pembedahan pada Papirus Smith. Ini membuktikan bahawa masyarakat Mesir purba mengurus luka pembedahan dengan baik dan menggunakan benang linen. Jarum dalam segala kemungkinan diperbuat daripada tembaga.
Doktor-doktor Mesir dapat membezakan antara luka yang tidak berkuman dan yang dijangkiti kuman. Mereka menggunakan campuran lemak kambing gurun, minyak fir dan kacang pis hancur untuk membersih luka yang dijangkiti.
Penisilin dan antibiotik hanya ditemui baru-baru ini. Walau bagaimanapun, masyarakat Mesir purba telah menggunakan versi organik pertama ubatan ini dan juga jenis-jenis antibiotik yang lain, serta menulis penerangan bersesuaian untuk pelbagai jenis penyakit.(v)
Seiring dengan perkembangan besar dalam bidang perubatan, penggalian juga telah mendedahkan bahawa mereka sangat berminat dalam perkara seperti perancangan bandar dan senibina.
Nota :
(i) : Moustafa Gadalla, Historical Deception: The Untold Story of Ancient Egypt, Bastet Publishing, Erie, Pa., USA, 1996, pp. 295, 296.
(ii) : Interview with Dr. Zahi Hawass, Director of the Pyramids, http://www.pbs.org/wgbh/nova/pyramid/excavation/hawass.html
(iii) : Gadalla, Historical Deception, p. 296
(iv) : http://www.amonline.net.au/teachers_resources/ background/ancient_egypt04.htm
(v) : Afet İnan, Eski Mısır Tarihi ve Medeniyet (Ancient Egyptian History and Civilization), Ankara: Türk Tarih Kurumu Basımevi, 1956, p. 318.
0 comments: