Sambungan Dari Part 3
Objek objek batu yang terselamat dalam penemuan arkeologi dikatakan banyak yang masih baik dan dalam keadaan terpelihara. Apabila pemerhatian dilakukan , logik akal akan merumuskan objek tersebut memerlukan alat pertukangan besi yang khusus dan baik untuk melorek, mencanai dan membentuk sudut objek dengan begitu terperinci. Adalah perkara yang sangat mustahil jika sekiranya objek itu dikatakan dibentuk dengan menggesekkan, menempa, dan mengetuk hanya menggunakan batu sebagai asas pertukangan. Infrastruktur yang asas sangat diperlukan untuk membentuk sudut yang tepat pada batuan keras seperti granit dan melakar ukiran pada permukaan batu tersebut.
Kebanyakan objek yang dijumpai masih tajam dan utuh, menandakan ianya dibuat dengan ketepatan pemotongan dan pembentukan. Ciri ciri yang digambarkan oleh pendokong evolusionis bahawa objek tersebut datang dari era Zaman Batu Berlarik (Polished Stone Age) adalah tidak masuk akal dan tidak mempunyai sokongan saintifik sama sekali. Adalah sangat mustahil untuk sesuatu bentuk yang dicanai akan kekal utuh selama beribu ribu tahun. Objek obejk batu tersebut kekal licin adalah kerana ianya dipotong dengan sudut yang tepat bukan sebagaimana yang didakwa - dicanai.
Luorang juga boleh melakukan ujian yang sama di rumah. Dapatkan sepotong batu keras seperti granit dan cuba jadikannya lembing seperti yang telah digunakan oleh mereka yang hidup 100,000 tahun dahulu. Tetapi luorang tidak dibenarkan untuk menggunakan selain daripada sepotong granit tersebut dan juga batu. Sejauh mana luorang rasa dapat melakukannya? Mampukah luorang menghasilkannya dengan hujung runcing, simetri, kehalusan dan gilapan yang sama seperti yang terdapat dalam lipatan sejarah? Mari kita bergerak lebih jauh; dapatkan sepotong granit berukuran satu meter persegi, kemudian cuba ukirkan gambar seekor haiwan untuk menunjukkan kedalaman ukiran pada permukaan granit. Bagaimanakah keputusan yang mungkin luorang akan perolehi dengan mengasah batu pada sepotong batu pejal? Jelas bahawa tanpa adanya perkakas besi dan keluli, luorang tidak akan mampu membuat walaupun sebentuk lembing, apatah lagi ukiran batu yang menarik.
Objek 1 |
Pemotongan dan pengukiran batuan adalah bidang yang memerlukan kemahiran tersendiri. Teknologi yang diperlukan adalah penting untuk membuat kikir besi, mesin pelarik dan perkakas lain. Ini menunjukkan bahawa alatan berkenaan memang telah digunakan pada masa tersebut dan teknologi 'primitif' juga berkembang maju. Dengan erti kata lain, dakwaan evolusionis bahawa cuma peralatan batu yang diketahui dan ketiadaan teknologi hanyalah sekadar mitos. Zaman Batu tidak pernah wujud.
Namun, adalah munasabah bahawa peralatan keluli dan besi yang digunakan untuk memotong dan membentuk batuan tidak kekal sehingga ke hari ini. Dalam persekitaran yang secara semulajadi lembap dan berasid, semua alatan logam akan melalui pengoksidaan dan akhirnya lesap. Apa yang tinggal hanyalah pecahan dan serpihan batuan hasil kerja mereka yang mengambil masa lebih lama untuk lenyap. Tetapi untuk mengkaji serpihan berkenaan dan mengatakan bahawa masyarakat dahulu kala cuma menggunakan batu bukanlah rumusan saintifik.
Objek 2 |
Kini, ramai evolusionis akur bahawa penemuan arkeologi tersebut langsung tidak menyokong Darwinisme. Seorang ahli arkeologi evolusionis, Richard Leakey, mengakui bahawa dakwaan terhadap penemuan-penemuan itu adalah mustahil dari perspektif teori evolusi, terutamanya peralatan batu:
Hakikatnya, bukti kukuh tentang kelemahan hipotesis pengikut Darwin boleh ditemui dalam rekod arkeologi. Jika mereka benar, maka kita berharap untuk melihat kewujudan serentak bukti dalam rekod-rekod arkeologi dan fosil bagi hidupan berkaki dua, teknologi dan pembesaran saiz otak. Tetapi tidak kita. Hanya satu aspek rekod pra-sejarah sudah mencukupi untuk membuktikan bahawa hipotesis itu tidak benar: rekod perkakasan batuan.( 1 )
Nota :
Objek 1 - Kapak batu. Untuk mengukir dan membentuk sudut dengan tepat, peralatan lain yang lebih keras diperlukan.
Objek 2 - Batu ini dipercayai berasal dari 11 ribu tahun yang lampau. Mustahil ukiran diatasnya ditempa dengan hanya menggunakan batu. Evolusionis tidak dapat mendatangkan hujah yang rasional dan keterangan yang logik untuk menerangkan bagaimana ia terbentuk dengan sudut yang begitu terperinci. Sudah tentu pealatan seperti besi dan keluli amat diperlukan dalam menghasilkan objek seperti ini.
Nota 1 - Rujukan Richard Leakey, The Origin of Humankind (Science Masters Series), New York: BasicBooks, 1994, p. 12.
0 comments: