Tinggalan Masyarakat Purba Yang Mengagumkan
Kesilapan konsep tentang evolusi sosio-budaya telah dikemukakan pada beberapa waktu yang berbeza oleh orang-orang seperti August Comte, Herbert Spencer dan Lewis Henry Morgan - dan kemudian digabungkan dengan teori Charles Darwin - menyatakan bahawa semua masyarakat berkembang daripada primitif ke arah peradaban yang lebih kompleks. Penipuan ini dibangunkan pada akhir kurun ke-19 dan pengaruhnya meningkat selepas Perang Dunia 1, disokong dengan asas yang kononnya 'saintifik' untuk rasisme, kolonialisme, dan gerakan eugenik yang kejam. Masyarakat di kawasan dunia yang berbeza dengan budaya, warna kulit dan ciri fizikal yang berlainan tertakluk kepada layanan yang tidak berperikemanusiaan hasil daripada praandaian yang tidak saintifik itu.
Ramai penulis dan pemikir seperti Adam Ferguson, John Millar dan Adam Smith menyatakan bahawa semua masyarakat berubah menerusi empat peringkat asas: memburu dan mengumpul, hidup di perkampungan dan berpindah-randah, pertanian dan akhirnya, perniagaan. Menurut evolusionis, orang primitif yang baru barubah daripada beruk hanya memburu dan mengumpul tumbuhan dan buah-buahan dengan alatan yang paling asas. Sementara kecerdikan dan kemampuan meningkat secara beransur-ansur, mereka mula menternak haiwan ragut seperti biri-biri dan lembu. Kepintaran dan keupayaan orang primitif seterusnya berkembang ke tahap di mana mereka mula melibatkan diri dalam bidang pertanian, dan akhirnya, terlibat dalam perniagaan dan pertukaran barangan.
Walau bagaimanapun, banyak penemuan terbaru dalam bidang arkeologi, antropologi, dan cabang sains yang lain telah menyangkal dakwaan asas kisah 'evolusi budaya dan sosial'. Semua ini tidak lain hanyalah percubaan materialis untuk menggambarkan perubahan manusia daripada binatang tidak berakal dan menanam mitos ini - yang kononnya atas dasar falsafah - bersandarkan sains.
Keupayaan manusia untuk hidup dengan berburu atau bertani tidak membuktikan bahawa mereka lebih mundur atau maju secara mental. Dengan kata lain, tiada masyarakat yang terlibat dengan perburuan disebabkan kemunduran dan secara mental lebih hampir kepada beruk. Mengusahakan bidang pertanian tidak bermakna sesebuah masyarakat itu telah menjarakkan diri mereka daripada kehidupan primitif. Tiada sebarang aktiviti masyarakat yang membayangkan bahawa penduduknya adalah keturunan hidupan yang lain. Di sepanjang proses yang kononnya evolusi, aktiviti-aktiviti seperti itu tidak melahirkan individu yang lebih maju dari segi kepintaran dan keupayaan. Banyak puak-puak yang secara teknologinya terkebelakang pada hari ini hanya memburu dan mengumpul, tetapi ini langsung tidak menunjukkan bahawa mereka bukan manusia. Begitu juga dengan kehidupan manusia puluhan ribu tahun akan datang, sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka ratusan ribu tahun lalu. Manusia terkemudian bukan primitif, dan manusia akan datang juga bukan spesis yang lebih maju.
Masyarakat yang hidup dengan memburu atau bertani tidak menjadi cermin kepada kemajuan atau kemunduran mental . |
Membina sejarah evolusi peradaban berdasarkan gaya hidup sesebuah masyarakat merupakan cara yang tidak saintifik. Perspektif sebegini semata-mata bergantung pada pelbagai tafsiran terhadap penemuan arkeologi yang berdasarkan prejudis saintis materialis, yang menganggap manusia yang menggunakan perkakasan batuan adalah manusia beruk yang mendengus, berjalan bongkok, dan bersifat binatang. Tetapi tiada tinggalan yang memberi maklumat tentang kapasiti mental mereka. Semua ini semata-mata andaian. Seperti mana yang telah dinyatakan, jika banyak contoh seni hari ini ditemui dalam 100,000 tahun akan datang dan jika manusia pada masa itu kekurangan maklumat, kemungkinan mereka juga akan menghasilkan tafsiran berbeza berkaitan kemanusiaan hari ini dan teknologi yang kita miliki.
Seperti yang telah ditunjukkan tadi, pandangan bahawa masyarakat berubah tidak berdasarkan kepada mana-mana bukti saintifik. Asas teori ini adalah kesilapan dan pendapat tidak saintifik bahawa manusia pada mulanya memiliki minda seperti beruk. William Howells, seorang ahli antropologi evolusionis di Universiti Harvard mengaku bahawa teori evolusi menimbulkan persoalan lain, bukan berkaitan dengan tubuh tetapi berkenaan sifat yang mempengaruhi falsafah, menentukan fakta saintifik yang lebih sukar. Howells menyatakan bahawa sifat tidak 'difosilkan' seperti mana tengkorak dan ianya tidak kekal seperti alatan batu. Maka, katanya, kita hanya ada sedikit petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku dalam sejarah purba. Beliau juga menyatakan bahawa adalah mustahil untuk menguji hipotesis seperti itu.(1)
Baru-baru ini, majoriti saintis sosial telah mengaku tentang kesalahan dalam pandangan evolusionis, dan menyatakan teori evolusi sosial bertentangan dengan sains dalam perkara berikut:
- Ia hampir kepada diskriminasi etnik, membuat tafsiran berat sebelah tentang masyarakat berbeza - contohnya, anggapan bahawa masyarakat Barat lebih bertamadun.
- Ia menganggap semua masyarakat berkembang di laluan yang sama, menggunakan cara yang sama, dan berkongsi tujuan yang sama.
- Ia melihat masyarakat daripada kaca mata materialistik.
- Ia kebanyakannya bertentangan dengan penemuan. Ramai komuniti yang hidup dalam keadaan primitif mempunyai nilai rohani yang lebih maju berbanding masyarakat lain yang dianggap moden - dalam erti kata lain mereka adalah pencinta kedamaian dan menerima kesamaan. Ole kerana cara pemakanannya, mereka juga lebih sihat dan kuat.
Hal-hal di atas dengan jelas menunjukkan bahawa perkembangan masyarakat daripada primitif kepada moden merupakan pendapat yang amat bertentangan dengan nilai dan fakta saintifik. Teori ini berdasarkan tafsiran menyimpang yang dipengaruhi oleh ideologi materialis. Tinggalan dan artifak yang ditinggalkan oleh tamadun purba telah mendedahkan kesilapan dalam pembohongan 'evolusi sejarah dan budaya'.
Nota : (1) William Howells, Getting Here: The Story of Human Evolution, Washington, D.C.: Compass Press, 1993, p. 229
4 comments:
[ma] sekali try comment style baru daaa .. ntah jadi ntah tidak [/ma]
try yang ni plak
[im] http://2.bp.blogspot.com/_rKG-ziTSNUQ/TNre7OZCEzI/AAAAAAAACEQ/oNyvoWQOCuY/s1600/colored+comment+text.png [/im]
try kaler kaler plak [co="red"] Karmic [/co] [co="blue"] Ternyata [/co] [co="green"] ensem [/co] [co="red"] keh keh keh [/co]
test .. :)) =)) :(( :|