0
comments
Wednesday, June 13, 2012
Posted by
Unknown
Labels:
Resepi
Dah lama tak beresepi weyh.. So kali ni wa nak share resepi Peach Cobbler. Wa guna peach sebab tu nama dia peach cobbler, kalo luorang nak tukar ikut selera memasing pon takde masalah. Tukar je peach tu dengan buah lain, bahan bahan selebihnya maintain sama.
Lahir pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 di kampung Rusila, Marang, Terengganu. Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.
KELUARGA
Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajjah Zainab bt. Awang dan Dr. Norzita Taat. Anak 13 orang. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulong beliau belajar di Universiti Iman, Yaman.
PENDIDIKAN
Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973. Tamat dengan B. A (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)
POLITIK
Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang.
1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat.
Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980.
Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.
Menjadi Presiden PAS sejak 2002 (sehingga kini), bagi meneruskan perjuangan Almarhum Ust. Fadzil Noor yang kembali kerahmatullah.
PILIHANRAYA
Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.
ANTARABANGSA
Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.
Antaranya :-
1. Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
2. Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
3. Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
4. Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
5. Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
6. Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
7. Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.
BADAN BUKAN KERAJAAN
Menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Terengganu 1977 - 1978.
PENGALAMAN KERJA
Menjadi Pegawai Yayasan Islam Terengganu setelah tamat belajar 1977 - 1978
Berikut adalah 10 binaan rumah yang sangat wadehex. Kalau luorang taknak kena gelak ngan orang kampung, sila jangan tiru rumah rumah stylo macam kat bawah ni.
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.
Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India - 1952.
Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.
Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab
Buku Buku:
Karangan buku hasil dari buah tangan beliau sendiri, ataupun hasil dari koleksi ceramah oleh pelajar pelajar, begitu juga penulisan yang berdasarkan pemikiran beliau itu banyak jumlahnya dan dengan mudah boleh didapati dari kedai kedai buku yang menjual buku berkaitan agama.
Berikut adalah beberapa tajuk buku TGNA:
Muhammad (SAW) bukan Nasionalis
Tafsir Al-Quran, Surah Surah Pilihan
Bertemu Janji Allah (Bahagian 1)
Bertemu Janji Allah (Bahagian 2)
Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman
Muhammad SAW Jejak Junjungan Mulia
Unplugged 2
Asmaul Husna; Dengan NamaMu Aku Hidup
Hidayah
Telaga Budi
Kenal Pembeza Hak Dan Batil
Kisah Cinta Dalam Al-Quran
Ingatlah Tempatmu Di Akhirat
Bunga Kebahagiaan
Bertemu Janji Allah (Bahagian 1)
Soal Jawab Isu-Isu Mencabar Dalam Islam
Taqwa
Akhlak Bermuamalat
Tundukkan Hati
Bertemu Janji Allah (Bahagian 2)
Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman
Kemuncup Dalam Perjuangan
Selain itu terdapat pula buku yang membuat perbandingan dan ulasan tentang peribadi beliau seperti:
Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz : Wan Ji Wan Hussin
Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat : Annual Bakri Haron & Abdul Shukur Haron
Saat Cinta Bertasbih: Tribut Untuk Tuan Guru: Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, Rossem
Tugas Yang Pernah Disandang:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik:
1967 - Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang - Menteri Besar Kelantan.
Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN Semut Api
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 22 Tahun.
Secara totalnya (2012) Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 45 Tahun.
Nota : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'. The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Satu penghormatan buat TGNA.
Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .
Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!