Monday, January 3, 2011

Asal Usul UPS - United Parcel Service



Pada tarikh 28 Ogos 1907, berbekalkan duit $100 yang dipinjam berserta sebuah basikal, dua orang remaja, Claude Ryan (18) & Jim Casey (19), telah menubuhkan sebuah syarikat yang mereka gelar "American Mesengger Company" di Seattle, Washington. Pejabatnya pula sebenarnya hanyalah di aras bawah sebuah hotel yg terletak dipersimpangan 2nd Avenue dan Main Street. 

Pada masa itu, kebanyakan penduduk tidak memiliki talian telefon, maka penghantaran telegram menjadi medium yang sangat penting.  Proses nya mudah, Casey & Ryan cuma perlu menunggu panggilan telefon di lobi hotel tersebut, terima pesanan dari pemanggil, kemudiannya penghantaran mesej tadi akan dibuat oleh adik kepada Casey dan beberapa remaja lain yang diupah untuk melakukan kerja sambilan. Permulaannya, mereka hanya menguruskan penghantaran telegram ini, kemudiannya ia berkembang kepada apa sahaja barangan yang memerlukan servis penghantaran yang sesuai dengan menggunakan basikal ataupun dengan hanya berjalan kaki.

Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan, Casey dan Ryan telah membuat keputusan untuk bergabung dengan Merchant's Parcel Delivery iaitu syarikat yang menjadi saingan mereka dalam perniagaan ini. Penggabungan ini menjadikan mereka mampu untuk membeli beberapa buah motorsikal dan kereta penghantaran dengan menjadikan Ford Model T sebagai kereta pertama mereka. Namun pada masa tersebut, jumlah penduduk yang mempunyai talian telefon telah bertambah dengan mendadak sehingga membuatkan mereka mengalihkan perkhidmatan mereka kepada peruncit peruncit dengan menawarkan khidmat penghantaran barangan terus kerumah para pelanggan.

Ketika Casey bersara dari UPS dalam tahun 1962, syarikat ini telah pun bertapak di 31 buah negeri di Amerika Syarikat dengan hasil tahunannya sebanyak 550 juta USD dan mempunyai kira kita 22,000 orang pekerja.

Kini, syarikat yang diasaskan dalam serba serbi kekurangan oleh 2 orang remaja ini, bernilai lebih kurang 50 Bilion Dollar (USD50b), mempunyai pekerja seramai 500 ribu orang di 200 buah negara, membuat penghantaran sebanyak 3.8 bilion bungkusan dan dokumen setahun. Humang aih .. tu le dia .. 100 dollar (pinjam plak tu), basikal tua, keinginan dan keazaman .. yeah .. luorang mampu mengubahnya .. huhuhu.

Fakta Berkaitan 

Bagaikan di awal penubuhan, UPS kembali mengambil pekerja penghantaran bermotosikal di Vancouver, Washington dan beberapa buah bandar di Oregon.

UPS telah membangunkan satu sistem untuk mengawal perjalanan trak penghantaran dengan mengurangkan kadar belok ke kiri (Amerika mempunyai sistem pemandu disebelah kiri yang bermakna untuk membelok kekiri mereka harus berhenti dipersimpangan lampu isyarat) . Dengan mengurangkan kebarangkalian belok ke kiri ini, mereka telah berjaya menjimatkan sebanyak 51,000 gelen bahanapi setahun (itupun di Washington DC sahaja).

Ketika UPS mengembangkan sayap perkhidmatan mereka ke Jerman Barat, mereka terpaksa menukar warna pakaian seragam mereka dari coklat menjadi warna hijau. Ini adalah kerana warna colat adalah warna pakaian rasmi tentera Nazi. 

Pada tahun 1919, nama Merchant's Parcel Delivery telah ditukar kepada United Postal Service. Dalam masa yang sama, syarikat ini telah mula berkembang ke negeri negeri lain di luar Seattle. Maka kemudiannya ia dinamakan UPS dimana 'United' melambangkan penyatuan pejabat pejabat diluar Seattle bernaung dibawah pengurusan induk, 'Parcel' merujuk perkara utama perniagaan ini sementara 'Service' pula melambangkan ianya merupakan sebuah syarikat pekhidmatan. 

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |