Saturday, January 8, 2011

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 14


Artifak Menakjubkan Dari Peradaban Manusia

2. Newgrange


Pemakaman yang terletak berhampiran Dublin ini disepakati telah dibina sekitar 3,200 BC. Newgrange sememangnya telah usang sebelum kewujudan peradaban Mesir, dan sebelum kelahiran tamadun Babylon dan Cretan. Stonehenge, antara struktur batuan yang paling terkenal di dunia, masih belum dibina pada waktu itu. Kajian menunjukkan bahawa Newgrange bukan sahaja sebuah kawasan perkuburan, tetapi para pekerjanya mempunyai pengetahuan mendalam tentang astronomi - dan memiliki teknik kejuruteraan serta ilmu senibina yang perlu diberi perhatian.

Ramai ahli arkeologi menghuraikan Newgrange sebagai keajaiban teknikal. Sebagai contoh, kubah di atas struktur itu sememangnya adalah kehebatan kejuruteraan. Setiap batu yang berat di bahagian bawah dan ringan di sebelah atas dengan cermat diletakkan saling bertindih sehingga setiap satunya lebih menonjol daripada yang di bawah. Maka terbinalah satu cerobong berbentuk heksagon dengan ketinggian enam meter di atas bahagian tengah struktur itu. Di atas cerobong itu terdapat penutup yang diperbuat daripada batu yang boleh dibuka dan ditutup bila perlu.

Newgrange, binaan yang mengandungi 93 buah Megalit
Jelas bahawa binaan gergasi ini dibina oleh mereka yang mempunyai pemahaman mendalam tentang kejuruteraan, mampu mengira dengan tepat, merancang dengan betul, mengangkut beban batuan yang berat, dan memanfaat ilmu pembinaan mereka. Evolusionis tiada penjelasan tentang cara pembinaan struktur ini kerana berdasarkan pandangan karut mereka, manusia pada masa itu bekerja dalam keadaan serba kekurangan dan terkebelakang. Tetapi amat mustahil untuk monumen sebesar itu didirikan oleh golongan yang tiada pengetahuan yang baik dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan.


Ciri-ciri astronomi bangunan itu sendiri sungguh mengagumkan. Pembinaan struktur gergasi ini membenarkan biasan cahaya yang menarik pada solstis musim sejuk. Sebaik saja matahari muncul pada hari terpendek dalam setiap tahun, sinaran cahaya matahari menerangi ruang pemakaman Newgrange. Di saat ini, berlakulah permainan cahaya yang sempurna. Sinaran matahari pagi menembusi bukaan kecil di bawah bumbung pintu masuk dan menyinari laluan ke ruangan dalamannya. Semua blok batuan diletak pada sudut yang membenarkan pembiasan cahaya - satu faktor penting yang memungkinkan berlakunya semua pertunjukan cahaya ini.

Maka, dapat dilihat bahawa para pembina Newgrange bukan sahaja mempunyai ilmu kejuruteraan, malah memiliki pengetahuan astronomi yang membolehkan mereka mengira masa harian dan pergerakan matahari.
Newgrange hanyalah sebahagian daripada struktur batuan zaman itu yang masih lagi kekal di wilayah berkenaan. Dengan melihat pada struktur ini saja, anda dapat menyimpulkan bahawa ianya didirikan oleh golongan yang mempunyai pengetahuan mendalam serta menggunakan cara dan teknik yang amat canggih. 

Apakah tafsiran yang boleh dibuat berkaitan dengan gaya hidup mereka? Masyarakat yang membina struktur ini pastinya telah hidup dalam persekitaran yang selesa dan penuh tamadun. Jika mereka mempunyai pengetahuan astronomi dan kemahiran yang baik untuk membuat pemerhatian dengan tepat, kehidupan seharian juga pasti bertamadun selari dengan perkembangan pengetahuan mereka. Monumen batuan ini mungkin satu-satunya bangunan yang kekal daripada masyarakat yang hidup dalam rumah yang selesa, mempunyai taman-taman yang diselenggara dengan baik, menerima rawatan di hospital yang bagus, terlibat dengan aktiviti ekonomi, menghargai seni dan sastera serta menikmati warisan budaya yang luas lagi penting. Semua tafsiran realistik berkenaan pembina monumen batuan ini adalah berdasarkan penemuan arkeologi dan fakta sejarah. 

Tetapi, evolusionis yang telah sebati dengan pemikiran materialis lebih cenderung mengaitkan cerita rekaan hasil dogma-dogma tertentu berbanding membuat tafsiran rasional yang bersesuaian dengan sains. Walau bagaimanapun, semua cerita mereka tidak akan pernah mampu untuk memberi penjelasan muktamad dan benar.

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |