Saturday, January 8, 2011

Zaman Batu: Satu Pembohongan Part 13


Artifak Menakjubkan Dari Peradaban Manusia

1. Megalit

Megalit ialah nama yang diberi kepada monumen yang terbina daripada sekumpulan blok batuan gergasi. Banyak megalit purba masih kekal sehingga ke hari ini. Antara aspek monumen ini yang paling mengejutkan ialah bagaimana blok-blok batuan besar sedemikian, yang sesetengahnya mempunyai berat lebih daripada satu tan, telah digunakan untuk membina struktur yang dibincangkan, bagaimana dan teknik apa yang telah digunakan untuk membawa batuan ini ke tapak pembinaan. Bagaimana manusia pada zaman itu mendirikan struktur sebegini dengan meletakkan satu blok batu yang besar di atas blok yang lain? Megalit ini biasanya dibina dengan menggunakan batu yang dibawa dari jauh, dan kini dianggap sebagai keajaiban dalam pembinaan dan kejuruteraan. Golongan yang menghasilkan kerja sedemikian pasti memiliki teknologi yang maju.


Binaan Megalit masih belum mampu ditandingi dengan teknologi moden

Pertama sekali, perancangan pastinya sesuatu yang penting untuk mendirikan monument-monumen ini, dan rancangan itu mesti difahami dengan tepat dan sepenuhnya oleh setiap orang yang terlibat dalam projek tersebut. Lukisan teknikal tentang lokasi pembinaan monumen harus disediakan. Tambahan pula, pengiraan dalam lukisan-lukisan ini mestilah bebas daripada sebarang ralat, kerana kesilapan kecil akan menyebabkan pembinaan struktur ini mustahil. Organisasi yang terlibat juga harus sempurna jika pembinaan dilaksanakan. Faktor-faktor seperti penyelarasan pekerja dan keperluan mereka (makanan, rehat, dsb.) amat penting untuk proses pembinaan yang teratur.

Jelas bahawa mereka yang terlibat dalam pembinaan ini mempunyai banyak pengetahuan dan teknologi yang jauh lebih canggih daripada apa yang biasa dibayangkan. Sebagaiman yang telah dijelaskan dalam buku ini, peradaban tidak sentiasa bergerak ke hadapan; ada kalanya merosot. Dan sebenarnya dalam kebanyakan waktu, perkembangan dan penguncupan tamadun boleh wujud serentak di pelbagai tempat dunia.

Barangkali mereka yang membina megalit memiliki tamadun yang lebih maju seperti mana yang ditunjukkan oleh tinggalan arkeologi dan sejarah. Struktur yang dibina membuktikan bahawa mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam matematik dan geometri; tahu teknologi yang diperlukan untuk mendirikan monumen dengan mengira titik teguh di kawasan berbukit; mengguna peralatan (seperti kompas) untuk menentukan kedudukan geografi, serta mampu mengangkut bahan-bahan binaan dari jarak jauh apabila diperlukan. Tentu saja mereka tidak melakukan semua ini dengan hanya mengguna alatan dan tenaga kerja primitif. Banyak eksperimen oleh pengkaji dan ahli arkeologi telah membuktikan bahawa adalah mustahil untuk membuat monumen sebegini dalam keadaan seperti yang didakwa oleh teori evolusi. Ramai penyelidik yang cuba untuk membina monumen sama dengan menghasilkan semula keadaan 'Zaman Batu' khayalan telah gagal. Mereka bukan saja menemui kesukaran untuk membina struktur sama, tetapi juga mengalami masalah dalam memindahkan blok-blok batuan dari tempat lain ke tapak binaan. Ini sekali lagi menunjukkan manusia zaman itu tidak mundur seperti dakwaan evolusionis. Mereka menikmati dan memahami senibina, memanfaat teknologi pembinaan dan turut mengkaji astronomi.

The Ishtar Gate, Baghdad
Memang diketahui bahawa hanya blok batuan, struktur batuan dan pelbagai alatan batuan yang tersisa daripada peradaban ribuan tahun dulu. Namun, adalah tidak wajar untuk melihat beberapa struktur batuan dan artifak lalu membuat kesimpulan bahawa mereka hidup terkebelakang dan kekurangan teknologi serta hanya tahu mengguna batu. Andaian yang didasarkan pada pelbagai dogma sebegini tiada konotasi saintifik. Tetapi jika semua penemuan ini dikaji tanpa sebarang praandaian negatif, penjelasan yang hampir kepada kebenaran akan dapat dibuat.  Walaupun manusia ratusan ribu tahun dulu hidup dalam rumah-rumah kayu yang hebat, membina vila dengan tingkap kaca dan mengguna bahan dekorasi paling menarik, tentu saja hanya sedikit buktinya yang tahan terhadap kesan-kesan hakisan angin, hujan, gempa bumi dan banjir selama berkurun-kurun. Dalam keadaan semulajadi, hanya purata 100 ke 200 tahun masa yang diperlukan untuk kayu, kaca, tembaga, gangsa dan logam lain untuk luluh sepenuhnya. Dengan kata lain, dalam masa dua abad, dinding-dinding rumah anda akan reput, dan hanya beberapa perhiasan dalamannya yang akan tinggal. Malah hanya sedikit yang akan kekal andai dipengaruhi oleh gempa bumi, banjir atau taufan. Apa yang akan tinggal hanyalah blok-blok batuan yang mengambil masa lebih lama untuk dihakis. Bahkan peralatan batuan juga akan hancur menjadi serpihan-serpihan kecil. Maka, amat mustahil untuk menggambarkan cara kehidupan masyarakat pada zaman itu semata-mata berdasarkan blok batuan tersebut. Hubungan sosial, kepercayaan, citarasa dan pemahaman artistik tidak dapat digambarkan secara jelas.


Tetapi, evolusionis tetap berpegang pada pendapat mereka dan mencemar pelbagai hasil penemuan dengan banyak gambaran rekaan yang karut. Mencipta fanstasi dengan penyelewengan fakta adalah cara yang sebenarnya dikritik sendiri oleh segelinti evolusionis. Malah mereka menamakan kaedah sebegini sebagai 'Sekadar Cerita'.

Just So Story - Rudyard Kipling
Istilah tersebut yang muncul dalam kritikan Stephen Jay Gould, seorang ahli paleontolgi evolusionis terkenal, dipinjam daripada sebuah buku terbitan tahun 1902 bertajuk Just So Stories karya penulis dan penyair British bernama Rudyard Kipling (1865-1936). Dalam buku cerita yang ditujukan untuk kanak-kanak ini, Kipling menulis beberapa kisah fantasi tentang bagaimana pelbagai hidupan mendapat organ dan sifat masing-masing. Sebagai contoh, beliau menulis petikan berikut tentang belalai gajah:

Pada zaman dahulu kala, sang haiwan yang disukai, Gajah, tidak mempunyai belalai. Ia hanya mempunyai hidung yang kehitaman dan membonjol . . . Tetapi ada seekor anak Gajah kecil yang mempunyai perasaan ingin tahu . . . Maka ia pun berpergian . . . sehingga sampai di tebing Sungai Limpopo yang licin dan kabut, ia terpijak sesuatu yang disangkanya batang kayu. Tetapi itu sebenarnya Sang Buaya . . . kemudian anak Gajah menundukkan kepala menghampiri mulut sang Buaya yang berbau dan bertaring, lalu Sang Buaya menerkam pada hidung si anak Gajah . . .  Kemudian anak Gajah duduk pada punggungnya dan menarik, dan tarik, dan tarik, dan hidungnya pun mula memanjang. Sementara Sang Buaya pula terkial-kial di dalam air sambil melibas-libas ekornya, dan ia menarik, dan tarik, dan tarik.(1)

Gould dan beberapa saintis evolusionis lain telah mengkritik penulisan yang penuh dengan senario serupa tanpa ada sebarang bukti untuk menyokong mereka. Begitu juga dengan mereka yang cuba menjelaskan perkembangan masyarakat dalam rangka teori evolusi. Sebagaimana cerita dongeng Kipling, saintis sosial evolusionis bergantung semata-mata pada imaginasi. Bayangkan sejarah manusia yang berdasarkan masyarakat-masyarakat yang moyang mereka kononnya hanya tahu mendengus dan mengguna alatan batuan kasar, tinggal di dalam gua, dan hidup semata-mata bergantung pada hasil buruan dan kutipan, yang kemudiannya mula berkembang dan menceburi bidang pertanian, lalu mula mengguna logam, serta mula membina hubungan sosial seiring dengan peningkatan keupayaan mental mereka. 'Sejarah' sedemikian tiada bezanya dengan kisah bagaimana Sang Gajah mempunyai belalainya.


Gould memberi penjelasan tentang pendekatan tidak saintifik ini:

Para saintis sedar bahawa kesemua kisah tersebut sekadar cerita rekaan; malangnya, ia dipaparkan dalam penulisan yang profesional sehingga mendapat perhatian serius. Akhirnya ia menjadi 'fakta' dan tergolong dalam kesusasteraan popular...(2)

Gould menambah lagi dengan menyatakan bahawa cerita rekaan tersebut tidak membuktikan apa-apa dalam rangka teori evolusi:

Dalam tradisi 'sekadar cerita' sejarah semulajadi evolusi, cerita-cerita tersebut tidak membawa apa-apa makna. Tetapi pengaruhnya, dan kes-kes sama yang lain, telah mengatasi kepercayaan saya secara perlahan sejak dulu lagi. Idea-idea rekaan yang semakin banyak mungkin menyelamatkannya setakat ini, tetapi kebanyakan konsep yang diselamat oleh spekulasi murahan tidak mencukupi buat saya.(3)


Nota :
1. Rudyard Kipling, The Elephant's Child, from Just So Stories, 1902; http://www.boop.org/jan/justso/elephant.htm 

2. Stephen Jay Gould, "Introduction," in Björn Kurtén, Dance of the Tiger: A Novel of the Ice Age, New York: Random House, 1980, pp. xvii-xviii. 
3. Stephen Jay Gould, "The Return of Hopeful Monsters," in The Panda's Thumb: More Reflections in Natural History, [1980], London: Penguin, 1990, reprint, p. 158.

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |