Wednesday, December 15, 2010

Bangkai Katak Dalam Tin Minuman



Seorang lelaki, Fred DeNegri sedang memanggang daging dibelakang rumahnya dan mula merasa kehausan. Dia mengambil setin Diet Pepsi, menarik penutupnya dan terus meneguk untuk menghilangkan dahaga apabila dia tiba tiba tersedak kerana merasa kelainan pada rasa Pepsi tersebut - pekat dan seperti berlendir. 

Beliau kemudiannya dengan segera membawa tin tersebut ke sinki dan mula menuangnya untuk melihat apa yang terkandung sehinggalah sesuatu yang berwarna merah jambu terjulur keluar diikuti dengan objek yang agak gelap. Walaupun telah cuba sedaya upaya menggoncang tin tersebut, namun objek itu masih gagal untuk dikeluarkan.

Dengan penuh rasa jijik dan loya, pasangan DeNegri terus menghubungi Kawalan Racun serta FDA (Food and Drug Administration) dan tin minuman tersebut telah diambil dan dibawa ke makmal ujikaji untuk mengenalpasti bahan yang seakan akan berlumpur itu. 

Pasangan tersebut akhirnya menerima laporan lengkap yang dikeluarkan oleh Jabatan FDA yang telah merumuskan bahawa bendasing yang terdapat didalam tin minuman tersebut adalah merupakan bangkai seekor kodok atau katak.

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |