Thursday, December 16, 2010

Jalan Terpendek Di Dunia


Ebenezer Place, yang terletak didalam kawasan Wick, Caithness, Scotland, telah dinobatkan sebagai jalan terpendek dunia didalam Guinness Book of Records dengan panjangnya hanyalah 2.06M (6 '9 ") . Ukuran ini dikatakan sama dengan ketinggian Vanja Ivesa (pemain bolasepak untuk kelab Eskisehirspor di Turki), Zdeno Chara (pemain yang paling tinggi dalam NHL) atau Nelly Alisheva (pemain bolatampar yang paling tinggi). Ia secara rasmi telah diisytiharkan sebagai sebuah jalan pada tahun 1887.

Ceritanya bermula pada awal tahun 1880an apabila seorang pedagang tempatan yang bernama Alexander Sinclair, telah pulang ke Scotland dari Amerika, dengan membawa kekayaan yang memuaskan. Beliau kemudiannya telah membina sebuah bangunan yang akhirnya dijadikan sebagai sebuah hotel yang diberi nama Hotel Mackay's dipersimpangan jalan Union dan River Streets.

Pada tahun 1883, apabila bangunan itu telah siap dibina, Majlis Bandaran telah mengarahkan pemilik bangunan untuk menamakan ruang yang paling pendek di sudut bangunan tersebut. Permintaan itu dilaksanakan dan lahirlah sebatang jalan yang pendek walaupun pada awalnya belum dapat diiktiraf sebagai sebuah jalan selama 4 tahun. Ini adalah disebabkan masa yang diperlukan untuk merekabentuk pintu Ebenezer Place sebagaimana yang wujud sekarang.

Sehingga ke hari ini, cuma terdapat sebuah alamat di Ebenezer Place iaitu No 1 Bistro yang merupakan sebahagian dari MacKay's Hotel dan sememangnya tiada ruang yang tinggal untuk alamat ke 2 . 

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |