Wednesday, December 15, 2010

Kepala Ayam Hidangan Happy Meal


Seorang wanita Amerika telah mengunjungi restoran McDonald's dengan membawa dua orang anaknya yang berusia 6 dan 8 tahun.

Beliau memesan  2 set Happy Meals ayam untuk anak-anaknya sementara hamburger dengan kentang goreng untuk dirinya sendiri. Ketika mereka mula menjamu selera, anaknya yang berumur 6 tahun lebih tertarik untuk bermain gelongsor di seberang jalan daripada menjamah ayam yang dibeli ibunya bahkan tidak langsung menyentuhnya. Lalu si ibu memutuskan untuk menghabiskan bahagian anaknya. 

Tanpa melihat kedalam kotak Happy Meal tersebut, beliau telah memilih ketulan yang paling besar dan terus membawa kemulutnya  dan ketika itu anaknya yang berusia 8 tahun tiba tiba berteriak dan menghalang beliau dari terus memakan ayam tersebut. Beliau amat terkejut apabila setelah itu mendapati - walaupun diselaputi dengan kerak tepung, jelas ianya adalah bahagian kepala ayam.

Pengurus restoran makanan segera tersebut telah menawarkan pulangan bayaran disamping bekalan makanan percuma selama 2 minggu sebagai usaha untuk menutup kejadian, namun telah ditolak malahan restoran tersebut telah di kemukakan saman sebanyak USD100,000 sebagai gantirugi. 

* huhuhu .. ini bebetul happy punya meal .. happy happy bagi orang marah .. kah kah kah 

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |