Wednesday, December 15, 2010

Juruterbang Tanpa Tangan Yg Pertama



Jessica Cox, yang berasal dari Tucson, Arizona, mengalami kecacatan yang luar biasa semasa dilahirkan - tanpa tangan. Semasa masih dalam kandungan, pemeriksaan yang dijalankan terhadap ibunya tiada menunjukkan tanda tanda yang luar biasa tentang dirinya. 

Biarpun dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna namun beliau dikurniakan semangat yang kental dan tak mengenal erti mengalah. Beliau yang juga seorang graduan dalam bidang psikologi, boleh menulis, menaip, memandu kereta, menyisir rambut dan menggunakan telefon bimbit dengan hanya menggunakan kaki.

Jessica juga pernah menjadi penari dan pemegang talipinggang hitam Tae Kwan-Do sebanyak 2 kali. Selain dari itu, beliau tidak mempunyai halangan dalam mendapatkan lesen memandu, menjadi juruterbang serta boleh menaip 25 patah perkataan seminit.. humang aih .. orang normal banyak yang tak leh lawan dia ni .. huhu.

Pesawat yang dipandu adalah dari jenis Ercoupe, antara sejumlah pesawat yang dibina dan diluluskan dengan tidak mempunyai pedal. Tanpa pedal kemudi, Jessica bebas menggunakan kakinya sebagai ganti tangan. Masa yang diambilnya untuk mengambil lesen pesawat ringan adalah selama 3 tahun (berbanding kebiasaannya 6 bulan bagi manusia normal). Beliau mempunyai 3 orang jurulatih penerbangan dan melengkapkan latihan selama 89 jam, menjadikannya juruterbang pesawat yang pertama di  dunia yang tidak mempunyai tangan... perghh 

* dan kita memang patut rasa malu dengan semangat yang ditunjukkan oleh Jessica Cox .. debudak kita yang sempurna sifat pon .. banyak yg tak sempurna akal .. huhuhu

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |