Tuesday, December 21, 2010

Sup Kepah Istimewa



yeah .. resepi seafood dari Chef Arm .. Kepah .. bukan Che' Pah tau .. Tipah pon bukan .. huhu


» Bahan-bahan «

  • 3 Biji Tomato ( Dipotong Dadu )
  • 450ml Air
  • 1 Ulas Bawang Putih ( Diketuk )
  • 1 Tangkai Cili Kering ( Dihiris Halus )
  • 3 camca Besar Minyak Zaitun
  • 600g Kepah
  • 1 Camca Besar serbuk Pati Ikan Bilis
  • 2 Tangkai Daun Pasli ( Dihiris Halus )
  • 1 Tangkai Daun Ketumbar ( Dihiris Halus )
  • 1 Camca Teh Garam
  • 1 Camca Teh Gula

» Cara Penyediaannya «

  • Panaskan minyak zaitun, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili kering hingga naik bau.
  • Setelah itu, masukkan kepah dan dikacau rata.
  • Kemudian masukkan tomato dan dikacau rata.
  • Masukkan air dan biarkan seketika.Setelah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk pati ikan bilis.
  • Mereneh sup sehingga kulit kepah terbuka sendiri.
  • Kemudian masukkan daun ketumbar dan daun pasli.gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |