Perghh .. serba salah wa nak letak tajuk cam kat atas tu .. tapi tu le perkara yang wa nak share untuk posting ni .. pernah tak luorang terfikir kenapa biskut kering (dikenali ngan nama biskut mayat disesetengah negeri atau cracker) mempunyai sejumlah lubang di tebuk diseluruh kepingannya ?
Lubang lubang tu sebenarnya ditebuk untuk satu tujuan yang penting dalam pembuatan biskut ni .. bukan sekadar untuk gimik, atau nak bagi nampak cantik .. atau sekadar dekorasi biskut sebagaimana mungkin difikirkan sesetengah orang. Tanpa lubang tersebut, biskut tak dapat dimasak dengan sempurna kerana fungsinya sebagai tempat keluar bagi wap panas yang membantu proses pembuatan agar ia masak sekata. Faktor kedua, tanpa lubang tersebut, biskut sukar untuk dibentuk menjadi kepingan kerana dohnya akan menggelembung (macam kek) disebabkan wap panas terperangkap didalamnya. Disamping itu juga ia membuatkan biskut yang dimakan terasa lebih rapuh dan rangup.
Dalam proses pembuatan, doh akan dileperkan menjadi kepingan sebelum digerakkan kearah roller yang mempunyai penebuk lubang (cam penebuk lubang talipinggang tu le). Jumlah tebukan lubang bergantung pada saiz dan keperluan pengeluaran biskut yang dibuat. Lebih besar jarak antara lubang, lebih banyak gelembung udara yang terhasil dan selalunya biskut gini tak dapat bertahan lama sebelum jadi lemau. Manakala semakin rapat jarak lubang, menjadikan biskut itu lebih kering. keras, rangup dan dapat bertahan lebih lama.
Fakta Tambahan
☺ Biskut (Cracker) pertama kali dibuat oleh John Pearson dari Newburyport, Massachussetts. Pearson adalah seorang pelaut dan selalu memikirkan satu makanan yang boleh bertahan lama dalam pelayaran tidak sebagaimana kuih tradisional yang cepat basi dan rosak. Pada tahun 1792, beliau telah mencampurkan tepung dgn air dan terus membakarnya, ciptaan yang terhasil beliau namakan Pearson's Pilot Bread (huh tak glemer langsung) seterusnya dikenali dengan nama Hardtack atau Sea Biscuits. Biskut ciptaannya ini dengan cepat menjadi sangat popular dikalangan nelayan, pelayar dan pelaut oleh kerana ketahanannya dalam masa yang panjang.
☺ Perkataan 'Cracker' pula tercetus pada tahun 1801, juga di Massachussetts apabila Josiah Bent telah membakar keseluruhan doh yang yang telah dileperkan secara tidak sengaja. Ketika sedang terbakar, doh tersebut mengeluarkan bunyi melepuh (crack) yang akhirnya membawa pada nama yang kita kenal pada hari ni. Josiah Bent juga adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan biskut ini sebagai snek harian bukan sekadar makanan bagi pelaut sebagaimana yang dicipta oleh saingannya, Pearson. Untuk itu, beliau telah menambah perisa kepada biskut buatannya sehingga tercipta plak biskut soda dan pelbagai biskut lainnya.
☺ Perkataan "Biskut" (Biscuit) adalah berasal dari perkataan Latin 'bis coctus' yang bermaksud dimasak 2 kali. Perkataan ini kekal sehingga sekarang dan menjadi nama naungan bagi resepi yang bergabung dibawahnya seperti Cracker, Kuih yang bersaiz kecil, Hardtack, Kek keras, Cookies dan sebagainya.
☺ Perkataan 'Cookies' pula adalah terbitan dari perkataan Belanda 'koekjes' dari kata asal 'koek' yang bermaksud kek. Ia menjadi perkataan yang popular di US sedangkan di England, mereka lebih gemar memanggil Cookies dengan nama Small Cakes, Seed Biscuits atau Tea Cakes.
☺ Perkataan 'Biskut Mayat' plak ? hadoih .. kena cari gak ni
2 comments:
biskut mayat plak mendapat nama apabila ianya menjadi hidangan bagi penggali kubur yg sedang bertungkus lumus mengorek lubang kubur utk di siapkan secepat yg mungkin...
kah kah kah kah kah...
kah kah kah ... apsal tak namakan biskut kubur je ? salah tu .. biskut mayat tu memang selalunya dihidangkan masa ada kematian .. sebabnya ? simple dan emergency .. selalunya hidang ngan teh o ..