Kita tidak akan dapat mengetahui perkara ini dari media arus perdana, tetapi diberitakan pada sebuah kongres yang telah diadakan di San Francisco, sejumlah lebih dari seribu (1000) orang arkitek dan jurutera telah menandatangani sebuah petisyen untuk mendesak kerajaan US unutk memulakan sesi penyiasatan baru tentang kemusnahan yang melanda World Trade Center pada 9/11
Yang pasti, kesemua mereka memperjudikan masa depan dan karier mereka apabila memilih untuk tidak percaya kepada versi kerajaan tentang perkara tersebut. Mereka mempertikaikan dan ingin mengetahui bagaimana keluli 200,000 tan boleh terlerai dan runtuh hanya dalam 11 saat. Persoalan yang ditimbulkan, adakah memang benar keruntuhan itu adalah diakibatkan oleh perlanggaran dari pesawat yang dirampas ataupun 'peletupan yang terkawal dari dalam yang membawa kepada musnahnya bangunan berkembar itu bersama sama dengan Blok 7.
Richard Gage, yang merupakan ahli kepada American Institute Of Architects dan pengasas kepada Kumpulan Arkitek & Jurutera Untuk Kebenaran 9/11 telah bekata
Agensi Pengurusan Kecemasan Pusat beserta Institut Piawaian Dan Teknologi Nasional telah mengeluarkan laporan rasmi yang tidak tepat, kontradiksi dan penuh penipuan dalam memperincikan kejadian yang menimpa menara tersebut
Beliau sangat mempertikaikan tentang keadaan Blok 7 yang turut runtuh, yang mana bangunan setinggi 47 tingkat ini musnah secara jatuhan bebas pada petang itu sedangkan ia langsung tidak dilanggar oleh pesawat terbabit.
Jesse Ventura pula menulis , sebahagian orang mempersoalkan kenyataan bahawa menara berkembar tersebut runtuh selang setengah jam sedangkan ia dibina dengan kukuh. Kenyataannya, dengan binaan konkrit 425 000 ela kubik beserta 200 000 tan keluli ia sememangnya dibina untuk bertahan dari perlanggaran kapal jenis Boeing 707, kapal terbang yang terbesar waktu pembinaan menara tersebut pada tahun 1973. Analisis menunjukkan Boeing 707 yang bergerak pada kelajuan 600 batu sejam (dan mempunyai 4 buah enjin) tidak akan menyebabkan kerosakan teruk sedangkan kapal Boeing 757 yang terbabit dalam pelanggaran 9/11 bersaiz lebih kecil dan mempunyai hanya 2 buah enjin dan bergerak disekitar 440 dan 550 batu sejam.
Kita diberitahu, campuran minyak berkuasa tinggi dari pesawat ini yang telah mencairkan keluli didalam tetulang pencakar langit tersebut. Harus diingat, belum pernah ada bangunan pencakar langit yang lain runtuh hanya disebabkan oleh kebakaran bagaimana besar pun ia. Jadi adakah ini adalah bermaksud ianya kemusnahan yang dikawal dari dalam ? Bangunan itu jatuh, tegak dan lurus keatas tapaknya sendiri dalam jangkamasa lebihkurang 10 saat. Ianya mencabar hukum fizik kerana sebuah objek yang dijatuhkan dari atas bangunan setinggi 110 tingkat akan mengambil masa 9.2 saat. Sebuah objek bebas mengambil masa yang sama dengan bangunan yang mempunyai struktur ? Ini menunjukkan seolah olah keluli tersebut memang telah cair sepanjang tetulangnya.
Institut Piawaian Dan Teknologi Nasional (NIST) yang memulakan siasatan pada bulan Ogos 2002 dan 3 tahun sesudahnya mengeluarkan laporan rasmi setebal 10 000 muka surat, melalui jurucakapnya berkata tiada bukti yang menunjukkan ada berlaku letupan dalaman. Tetapi Steven E Jones turut melaporkan bahawa cairan besi yang dijumpai di bawah tanah seminggu sesudah itu merupakan bukti bahawa ia bukan disebabkan oleh minyak pesawat. Lawatan yang dibuat oleh Jesse Ventura beserta isterinya Terry ke tapak kejadian bersama Gabenor Pataki, 3 minggu setelah kejadian mendapati kerja kerja penggalian diatas tapak tersebut telah diarahkan untuk dihentikan sementara kerana masih dalam kepanasan dengan suhu yang amat tinggi. Kebakaran berterusan selama 3 bulan dan ini merupakan kebakaran yang paling lama dalam sejarah. Apakah ini disebabkan oleh minyak pesawat ? Sedangkan apa yang kita tahu, besi hanya mencair pada suhu 2000 darjah Fahrenheit dan berapa pula kuantiti minyak tersebut ?
Mungkin, apa yang lebih dipercayai sebagai bukti tentang letupan dalaman adalah sebuah kertas kajian yang telah dilakukan selama 2 tahun dan oleh 9 orang pengkaji yang telah diterbitkan didalam Open Chemical Physic Journal, pada bulan April 2009. Dalam ujikaji keatas sampel debu dari tapak kejadian, para saintis ini telah menemui cip nano-thermite, yang mana merupakan sumber letupan berteknologi tinggi. Sebahagian dari laporan yang diketuai oleh Dr Niels Harrit mengatakan ;
Thermite tersebut berasal dari tahun 1893. Ia adalah merupakan campuran aluminium dan serbuk karat, yang bertujuan untuk menghasilkan haba bersuhu tinggi. Tindakbalas darinya boleh menghasilkan besi berkepanasan 2500 darjah Celcius. Ia boleh digunakan untuk membuat kimpalan disamping boleh mencairkan besi lain. Jadi, untuk nano-thermite, serbuk dari tahun 1893 ini telah diubah menjadi partikel yang lebih kecil dengan campuran yang sempurna. Bila ia bertindakbalas, ia boleh menghasilkan haba yang sangat panas dengan lebih pantas. Nano-thermite boleh dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan suhu yang lebih tinggi atau dijadikan letupan yang sangat efektif. Ia mengandungi kekuatan yang lebih tinggi dari dinamit dan juga boleh digunakan sebagai minyak roket.
Richard Gage merupakan salah seorang dari ratusan arkitek dan jurutera struktur yang jujur dan berani mempertaruhkan kariernya untuk mengeluarkan rentetan yang lebih terperinci tentang letupan yang dikawal beserta implikasinya dalam kes runtuhan menara tersebut. Beliau secara menyindir mengatakan
Apabila memperkatakan tentang Sains, ianya tidak boleh dipertikaikan.
Nota : Jesse Ventura adalah penulis asal artikel ini dan beliau merupakan penulis buku yang bertajuk Konspirasi Amerika yang mempersoalkan kedudukan kerajaan dalam hal 9/11 ini. Beliau telah mengirim artikel yang sama ke Huffington Post untuk diterbitkan, bagaimanapun usaha beliau telah disekat.
2 comments:
bro..
apsal citer x habis bro..
mana sambungan artikel ni?? wa nak copy post dlm blog wa, menarik ni bro...
kih kih kih kih kih..
tapi skerat je, camna nie...
weyh .. nak abih cemana .. diowang baru buat petisyen tahun ni .. US blom tindakbalas lagi .. takkan nak sambung ngan cite 3 abdul ? kah kah kah