Friday, December 24, 2010

Spaghetti Berempah Ala Melayu



Oret .. wa terus quote kata Chef Arm ..

Erm hari ni saya akan berikan resipi iaitu Spageti Berempah Ala Melayu, dimana resipi ini juga anda semua boleh dapatkan pada Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Kumpulan Karangkraf ).


☺ Bahan-bahan ☺

  • 500g Spageti ( Direbus & Ditoskan )
  • 1 Pokok Sawi ( Dikerat-kerat )
  • 300g Daging Kisar
  • 150g Udang Segar
  • 5 Biji Tomato ( Dipotong Dadu )
  • 1 kuntum Bunga Kantan ( Dikisar )
  • 10 Biji Bawang Merah ( Dikisar )
  • 6 Ulas bawang putih ( Dikisar )
  • 2cm Halia ( Dikisar )
  • 1cm Lengkuas ( Dikisar )
  • 1 batang Serai ( dikisar )
  • 5 Sudu Besar minyak Masak
  • 1 Sudu teh Ketumbar ( Dikisar )
  • 1 sudu Teh Jintan Manis ( Dikisar )
  • 1 Sudu Teh Jintan Putih ( Dikisar )
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • 2 Sudu Teh Garam
  • 2 Sudu Teh Gula
  • 1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam
  • 5 Sudu Besar Sos Tomato

☻ Cara Penyediaannya ☻

  1. Daging dan udang dibersihkan terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi, kemudian masukkan daging dan udang.
  3. Masukkan air asam jawa.biarkan mendidih, kemudian masukkan sawi, tomato, garam, gula, lada hitam dan sos tomato.
  4. setelah masak, masukkan spageti yang telah direbus, kemudian gaul sebati.

perghh ... bahan punya le banyak .. cara dia 4 step je ... huhuhu .. sempoi

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |