Thursday, December 23, 2010

Nasi Goreng Perancis



Untuk kali ni .. european le plak .. nak harap makan kat sana .. cam takde harapan la ye dak ? sib baik ada Chef Arm ni .. boleh gak rasa nasi goreng perancis .. bonjour .. kah kah kah .. astalavista


☺ Bahan-bahan ☺

  • 1 Camca Besar Minyak Masak
  • 2 Camca Teh Minyak Bijan
  • 1 Biji Bawang Besar ( Dihiris )
  • 1 Ulas Bawang Putih ( Dicincang )
  • 10 Ekor Udang
  • 1 Camca Teh Garam
  • 10 Batang Kacang Buncis ( Dihiris Halus )
  • 3 Cawan Nasi Putih
  • 1 Camca Besar Udang Kering ( Ditumbuk )
  • 3 Biji Telur Ayam
  • 1 Camca Teh serbuk Lada Putih

☻ Cara Penyediaannya ☻

  1. Sapukan garam diatas udang.
  2. Panaskan minyak masak dan goreng udang dan ketepikan.
  3. Goreng telur mata kerbau dan taburkan serbuk lada putih, ketepikan.
  4. Panaskan minyak bijan dan tumiskan bawang besar, bawang putih sehingga berbau harum.
  5. Masukkan kacang buncis dan gaul rata.Masukkan nasi dan udang kering, digaul rata.
  6. Susun udang dan hias dengan telur di atas nasi goreng.
gitu le kira kiranya .. ermmm .. lepas makan terasa nak cakap perancis le plak .. comment'alevous .. keh keh keh .. lepas ni nak usha nasi goreng antartika .. hwa hwa hwa

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |