Tuesday, December 21, 2010

10 Misteri Yang Kekal Misteri


Dalam jangkamasa 100 tahun yang lepas, dunia telah menyaksikan pelbagai pembaharuan dalam bidang penyelidikan, teknologi dan kemajuan sains. Manusia telah sampai ke bulan, menyelam ke dasar laut yg amat dalam dan juga menemui sel binaan manusia- DNA. Namun disamping itu semua, masih ada lagi perkara yang  tidak dapat deselesaikan dan kekal misteri sehingga kehari ini . Berikut wa list down 10 kejadian yang paling misteri dalam abad lepas yang masih meninggalkan persoalan tentang jawapannya.

1. SS Ourang Medan 


Satu mesej kecemasan telah diterima pada bulan 1947 yang memberitahu bahawa kesemua anak kapal termasuk kapten telah mati didalam kabin dan diatas jambatan. Adalah dipercayai bahawa semua krew telah menemui ajal ketika satu lagi kod morse dikesan dengan ayat terakhirnya "aku mati" kemudian terus senyap.

Kod tersebut diterima oleh kapal kapal yang berdekatan  dan dapat dikenalpasti datangnya dari kapal pengangkut barangan milik Belanda yang dikenali sebagai SS Ourang Medan yang ketika itu berada di Selat Melaka.

Kapal dagang yang paling hampir, The Silver Star telah bergegas untuk memberikan bantuan kecemasan. Ia kemudiannya bersama sama dengan kapal penyelamat Belanda yang lain  menemui pemandangan yang mengerikan dimana kesemua anak kapal dijumpai tergeletak disekitar kapal tersebut. Mayat mereka bertebaran dan apa yang lebih membingungkan kesemua mereka mati dengan mata yang terbuka dan wajah yang seperti menanggung kesakitan. Anak kapal Silver Star juga menjumpai mayat operator radio yang masih memegang alat frekuensi kod morse yang juga terbuka matanya dengan gigi yang menyeringai. Bagaimanapun tiada satu luka atau kecederaan pun yang dijumpai pada mayat mayat tersebut.

Keputusan telah diambil untuk menunda kapal yga dilanda misteri itu ke pelabuhan, namun sebelum sempat prosesnya bermula, tiba tiba kelihatan asap berkepul kepul keluar dari dek yang paling bawah. Ini membuatkan semua anggota penyelamat panik dan berlari meninggalkan kapal dan menuju ke kapal masing masing. Mujur tali penunda yang mengikat kapal tersebut pada kapal penunda telah dapat dileraikan sebelum SS Ourang Medan kemudiannya meletup dan terus tenggelam . 

Ada pendapat yang mengatakan, perkara tersebut berkemungkinan disebabkan oleh gas beracun yang meluap naik dari lantai dasar laut yang mengakibatkan malapetaka kepada keseluruhan krew dan kapal terbabit. Malah ada yang kontroversial yang menganggap ia adalah kerana puaka kawasan tersebut, malahan makhluk asing turut dikaitkan. Walauapapun tanggapannya, nasib yang menimpa SS Ourang Medan kekal tidak terungkai sehingga ke hari ini.


2. Kepingan Aluminium di Auid

Pada tahun 1974 (1973 menurut sesetengah sumber), kepingan aluminium aneh telah dijumpai disekitar tebing Sungai Mures, Transylvannia, berdekatan bandar Auid. Ianya ditemui jauh tertanam dibawah timbunan pasir bersama sama dua buah tulang mastodon. (mastodon ni hape eh ?)

Semasa ujikaji dijalankan, objek itu - yang menyerupai bentuk kepala tukul - diselaputi selapis oksid yang setebal 1 mm yang menunjukkan ianya berusia antara 300 - 400 tahun. Kemudiannya, ujian lanjut yang dijalankan oleh pakar dari Switzerland mendapati keputusan yang serupa, bagaimanapun oleh kerana ianya dijumpai bersama tulang mastodon, ianya boleh jadi berusia sehingga 20,000 tahun. 

Biarpun aluminium bukanlah sesuatu yang ganjil dan taburannya merata diseluruh dunia, tapi ia hanya boleh didapati setelah diekstrak dari mineral yang lain dan memerlukan teknologi yang moden sedangkan kepingan aluminium yang dijumpai ini nyata telah mendahului zaman. Seorang jurutera angkasalepas berpendapat. kepingan aluminium itu mirip kepada tapak landing gear yang dipasang pada pesawat angkasalepas. Komuniti saintis pula berpendapat, objek tersebut dicipta dibumi dan tujuannya masih belum dapat dikenalpasti.

Malangnya, kepingan ini kini tersimpan dilokasi yang dirahsiakan dan menyukarkan proses mengenalpasti. Bagaimanapun foto objek pelik ini masih dapat ditemukan dalam internet.


3. Pengkalan Dulce

Binaan kompleks yang ditebuk didalam bebatuan di Archuleta Mesa, Dulce, New Mexico ini sepatutnya menjadi lokasi yang dirahsiakan, bagaimanapun berlaku kebocoran maklumat dari saksi dan para bekas pekerja yang mendakwa bahawa tempat ini telah dijadikan makmal genetik secara kerjasama antara manusia dan makhluk asing. 

Pelbagai bunyian aneh yang kedengaran dari tapak ini telah meningkatkan spekulasi tentang kewujudannya disamping acapkali kelihatan helikopter berlegar legar disekitar kawasan tersebut.

Seorang penulis telah menemubual saksi yang menyatakan "disana terdapat ujikaji yang dilakukan terhadap ikan, anjing laut, burung dan tikus sehingga bentuk haiwan tersebut telah berubah sama sekali. Terdapat juga manusia yang mempunyai banyak kaki dan dilengkapi senjata juga terdapat sekandang kelawar yang mempunyai bentuk seperti manusia yang setinggi 7 meter. Makhluk asing telah menurunkan banyak ilmu genetik kepada manusia samada yang baik mahupun yang buruk."  

Kerajaan Amerika telah menafikan kewujudan Pangkalan Dulce ini bagaimanapun ia masih tidak dapat menghentikan spekulasi yang tersebar berkenaan perkara tersebut.


4. BEKs

Besar kemungkinan luorang belum pernah terdengar tentang BEKs (Black Eye Kids). Hanya sedikit cerita kewujudannya yang dapat diketahui dan amat jarang didengar tetapi melalui internet, kisahnya berkembang dengan cepat. Laporan berkenaan penemuannya bukan sahaja aneh tetapi juga sangat menakutkan. 

Kisahnya selalu bermula dengan cerita yang sama .. iaitu loceng pintu akan berbunyi , seorang atau dua kanak kanak akan muncul didepan pintu 'mangsa' dan ingin meminta pertolongan samada ingin menggunakan tandas atau ingin membuat panggilan kecemasan atau apa apa perkara lain. Mereka meminta untuk dibenarkan masuk kedalam rumah, malahan dalam sesetengah kes mereka merayu untuk masuk, namun selalunya pemilik rumah enggan membenarkan lantaran perasaan tidak tenang dan wajah mereka yang mencurigakan. Mungkin keadaan mata BEKs yang hitam keseluruhannya yang menjadi penyebab kenapa tuan rumah enggan membenarkan dan dalam setengah laporan , wajah mereka menjadi kabur. 

Menurut seorang dari mangsa yang didatangi BEKs, Selama 3 hari berturut turut BEKs menjelma dihadapan rumahnya, apabila polis dihubungi, mereka hilang tiba tiba, selepas dari itu tiada lagi kemunculannya dihadapan rumah namun sesekali beliau akan terserempak dengan BEKs tersebut dikawasan bandar seolah olah mengekorinya. Apabila ia pergi ke kawasan lain di Sacramento, wajah itu masih kelihatan di sebalik pepohon atau diseberang jalan dan sedang merenungnya.

Satu lagi kes dimana seorang lelaki telah membenarkan BEKs tersebut masuk ke dalam rumah untuk menggunakan tandas dan telefon. Sebaik sahaja ia masuk kedalam rumah, lelaki tersebut ternampak perubahan pada matanya dan serta merta beliau menjadi sangat cemas. BEKs itu datang menghampirinya dan memberitahu bahawa kedatangan mereka adalah untuk menjemput lelaki tersebut. Mujur lelaki itu dapat melarikan diri dan meninggalkan rumah itu dengan segera. 


5. Peta Piri Reis

Tersimpan didalam Istana Topkapi, Istanbul, Peta Piri Reis merupakan satu teka teki yang amat membingungkan tentang kewujudannya. Ia dengan jelas menunjukkan garis Pantai Barat Afrika, Pantai Timur Amerika Selatan malahan sebahagian dari Pantai Utara Antartika (yang hanya diketahui umum penemuannya 300 tahun setelah hayat Piri Reis). Apa yang lebih menakjubkan, peta ini menunjukkan Antartika tanpa dilitupi dengan ais sedangkan bukti geologi menunjukkan bahawa Antartika adalah sebuah dataran tanpa ais hanya pada 4000 tahun SM. 

Reis merupakan laksamana terbilang Turki yang amat cenderung dalam bidang Kartografi (mudah difahami dengan statusnya sebagai pelayar). Dengan kelebihan kedudukannya dan kemudahan untuk masuk ke Perpustakaan Diraja Konstantinople, peta miliknya yang terlukis diatas kulit rusa adalah hasil karya orang terdahulu yang mana ada antaranya hasil kartografi yang sezaman dengan Alexander The Great. Peta ini juga menunjukkan ciri ciri sangat terperinci tentang topografi di Amerika Selatan seperti contoh - Banjaran Andes- berbanding dengan apa yang dipercayai oleh orang England pada tahun 1513.


6. Batu Bersurat - Ayat Perintah

Sebuah batu yang seberat 80 tan dan terletak di Hidden Mountain, New Mexico merupakan salah satu perkara yang kekal misteri sehingga ke hari ini. Terdapat tulisan disisi batu tersebut yang mengandungi apa yg dipercayai sebahagian dari 10 Perintah Tuhan (10 Commandments) yang terdiri dari tulisan Paleo-Ibrani.

Dijumpai ketika penjelajahan akademik oleh seorang arkeologi, Professor Frank Hibben pada tahun 1933. Menurut catatan, batu tersebut telah diketahui kewujudannya oleh penduduk tempatan sejak berdekad dekad lamanya dan jurupandu arah yang membawa Hibben ke lokasi batu tersebut mengatakan bahawa beliau telah mengetahui tentangnya sejak 1880 lagi. Jika menurut kepada risalah penemuannya, jika benar, jika ukiran yang terdapat pada batu itu memang asli, ini akan membawa kepada pertukaran sejarah penemuan Benua Amerika yang selama ini kita ketahui dijumpai oleh Columbus. Ini juga akan membuktikan kedatangan kaum Yahudi atau Phoenician yang memiliki tulisan itu, lebih awal dari sejarah yang kita ketahui. 


 7. The Somerton Man

Pada awal tarikh 1 Disember, 1948, satu mayat lelaki telah dijumpai terdampar di Pantai Somerton, Adelaide. Lelaki tersebut dianggarkan berusia di awal 40an dan dalam keadaan fizikal yang baik. Apa yang menjadi tandatanya, kesemua label pada pakaiannya hilang, tanpa kad pengenalan dan juga rekod pergigiannya tidak menyamai seseorang pon yang diketahui.

Pakar bedah dan agensi penyiasatan Scotland Yard menemui jalan buntu dalam mencari identiti mayat tersebut dan sebab sebab kematiannya. Misteri ini ditambah dengan penemuan secarik kertas yang bertulis 'Tamam Shud' didalam saku tersembunyi dari seluar mayat tersebut. Kertas itu dikenal pasti adalah cebisan dari buku 'The Rubaiyat Of Omar Khayam' dan mempunyai seakan akan kod rahsia dibahagian belakangnya.

Beberapa percubaan yang telah dilakukan oleh para amatur dan profesional untuk memecahkan kod itu namun tidak berhasil. Identiti mayat dan penyebab kematiannya masih kekal tidak diketahui sehingga ke hari ini. Kes ini tidak pernah ditutup oleh Badan Siasatan Jenayah Australia Selatan dan beberapa individu masih meneruskan penyiasatan.


8. Gef - Cerpelai Yang Boleh Berkata Kata 

Juga dikenali dengan nama Spook Dalby, Gef dikatakan adalah satu makhluk mirip kepada bentuk cerpelai. Ia dilaporkan tinggal bersama keluarga Irving, dikawasan rumah ladangnya berdekatan dengan dusun Dalby, Isle Of Man. Gef masih kekal sebagai satu makhluk yang misteri dan tidak dikenalpasti spesisnya. Ia digelar (bersama beberapa gelar lainnya) sebagai poltergeist, criptid dan juga dikatakan sebuah cerita pembohongan. (yang diada adakan). 

Diceritakan, pada bulan September 1931, keluarga Irvings mula diganggu dengan bunyi cakaran yang kuat dari loteng rumahnya. Kemudian bunyi tersebut bertukar seakan akan bunyi bayi sedang ketawa, setelah itu menjadi bunyi bayi yang baru mula belajar bercakap dan perlahan lahan ia mengungkapkan kata demi kata seolah olahnya 'haiwan' tersebut sedang mengulangi apa yang diperkatakan oleh keluarga Irving. Jika itu masih dirasakan kurang pelik, sebagai tambahan, 'haiwan' yang dikatakan 'cerpelai yang cerdik ini' atau 'roh dari bumi', ataupun 'hantu dalam bentuk tupai', ini dikatakan mempunyai kemampuan untuk menyanyi. 

Kes ini telah disiasat oleh Harry Price, namun disebalik gambar gambar kabur yang dikatakan makhluk tersebut sedang berkeliaran diatas padang, tiada satu pun bukti yang jelas untuk menyokong kewujudan Gef ini. 


9. Black Mouselueum - Pusara MacKenzie

Edinburgh sangat terkenal sebagai syurga bagi pemburu hantu. Boleh dikatakan tiada tempat di ibukota Scotland ini yang tidak mempunyai sejarah seramnya yang tersendiri dan diantaranya ada satu kawasan yang amat popular dan menawarkan satu cerita menarik dan telah didokumentasikan dengan baik.

George MacKenzie (1638 - 1691) merupakan seorang ketua hakim yang amat kejam dan sering menjatuhkan hukuman tanpa belas kasihan semasa hayatnya. Kini, roh beliau (atau benda lain) dikatakan kembali menghuni pusaranya dan meneruskan keinginan jahat sebagaimana ketika beliau masih hidup

Pada tahun 1998, penceroboh telah memasuki pusaranya ini dan telah terpijak lantai yang reput lalu terperosok kedalam satu ruang dibawah yang dipenuhi dengan rangka manusia. Sejak dari itu, sebanyak 450 kes kejadian aneh telah dilaporkan, antaranya orang hilang ingatan, dirasuk , kejadian kebakaran secara tiba tiba dan penemuan bangkai haiwan dalam jumlah yang besar disekeliling makam tersebut. Para pengunjung pula telah dilaporkan ada yang patah jari, rambut ditarik dari belakang, ditumbuk atau ditendang oleh sesuatu, lebam , calar, melecur , melecet, loya dan menjadi bingung serta beberapa kes lagi yang agak terpencil.

Kebanyakan kesan yang menimpa pengunjung tidak disedari pada awalnya, sehinggalah mereka telah tiba ke rumah masing masing , atau ketempat penginapan , barulah ketika itu kecederaan yang menimpa mereka disedari. Ada juga kes yang mengatakan mereka diekori sehingga ke rumah. Apa juga yang mendiami Black Mouseleum, ia sememangnya ada dan sangat aktif.


10. DB Cooper

Penyelesaian untuk misteri yang paling memeningkan ini masih berlegar dan membebani penyiasat di Jabatan FBI. Pada 24 November 1971, seorang lelaki yang dianggarkan berusia pertengahan 40an dengan nama pengenalan Dan Cooper (juga digelar DB Cooper oleh kekhilafan akhbar) telah merampas sebuah pesawat Boeing 727 dan meminta wang tebusan berjumlah USD200 ribu bersama 2 unit set payung terjun. Dia mendakwa memiliki sebutir bom didalam begnya dan kemudian disahkan dia berkata benar oleh pramugari. 

Permintaan Cooper telah ditunaikan di Lapangan Terbang Seattle - Tacoma dimana dia telah membebaskan penumpang dan beberapa anak kapal sebelum mengarahkan pesawat itu diterbangkan ke Mexico. 

Beberapa ketika setelah diudara, Cooper telah membuka pintu belakang pesawat lalu terjun. Waktu itu hujan sedang turun dengan suasana malam yang sangat gelap. Pemburuan selama 5 bulan - yang dikatakan termahal dan dengan alat yang termaju pada ketika itu - gagal untuk mengesan jejak Cooper melainkan wang telah lusuh sejumlah USD 5 880 yang ditemui oleh seorang kanak kanak pada tahun 1980. 

Pada tahun 2007, FBI telah membuka semula kertas siasatan yang sebelumnya merumuskan bahawa tidak mungkin Cooper terselamat dalam terjunannya. Biarpun ada beratus ratus petunjuk baru sejak 1971 pada perkembangan kes tersebut (termasuk mereka yang mengaku sebagai Cooper), identiti sebenar beliau masih kekal misteri dan ini merupakan satu satunya kes rampasan pesawat di dunia yang tidak dapat diselesaikan.

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |