Friday, November 26, 2010

Black Dragon Fish


Dragonfish Hitam (Black Dragonfish)
  1. Merupakan sebahagian dari keluarga Malacosteid, spesis terdekat dengan Ikan Viper (The Viperfish)
  2. Mempunyai badan yang bercahaya (bioluminescent) dan mampu mengeluarkan warna merah dan hijau kebiruan 
  3. Cahaya itu dikeluarkan melalui satu organ dalaman ikan itu yang bernama photophore.
  4. Kebanyakan organisma laut dalam, hanya membalikkan warna biru kerana hanya warna itu yang mempunyai jarak gelombang yang jauh dan kebanyakan organisma tersebut kekurangan pigmen yang bloeh menyerap cahaya dan ia hanya sensistif kepada warna biru 
  5. Cahaya yang dipantulkan oleh Dragonfish boleh mencecah ke tahap infra red dan sukar untuk dikesan oleh mata manusia, dan ini juga merupakan kelebihan dragonfish dalam pemburuannya.
  6. Boleh mengeluarkan cahaya yang bersinar untuk menjauhkan pemangsa atau mencari mangsa yang tidak waspada kerana warna yang dikeluarkan mengelirukan mangsa.
  7. Cahaya tersebut juga dipercayai digunakan untuk tujuan mengawan. Tidak banyak yg diketahui tentang proses ini namun dipercayai Dragonfish mengawan secara bersendiri dengan ikan betina mengeluarkan telurnya untuk disenyawakan oleh ikan jantan manakala telurnya pula akan terapung dipermukaan laut sehingga menetas. Anak anak ikan yang lahir akan kekal di laut cetek sehingga meningkat matang sebelum kembali ke dasar lautan dalam.
  8. Tinggal dikedalaman 1500 meter dibawab paras laut . (1.5km) dan kebanyakannya bertumpu di Utara dan Barat Lautan Atlantik dan juga di Teluk Mexico
Ikan ikan lain yang dinamakan Dragon Fish 
  1. Barbeled Dragonfish, ikan laut dalam yg bercahaya dan tergolong didalam keluarga Stomiidae
  2. Arowana , ikan air tawar yang bersaiz besar dari keluarga Osteoglossidae
  3. Lionfishes, paling menonjol , ikan marin yang berbisa dari genus Pterois dan Dendrochirus, keluarga Scorpaenidae
  4. Violet Goby, ikan yang mempunyai bentuk seakan akan belut yang juga dikenali dengan nama Dragon Goby.
* luorang tak seram ke nengok ikan ni .. huhu ..sebenarnya banyak lagi kategori ikan ni dari genus dan genera yang lain .. sama je leihkurang rupa dan bentuknya .. dan yang paling menarik .. ikan ni bukan je ada gigi kat rahang .. tapi kat lidah dia sekali .. memang kalo dah kena ngap .. konfem tak selamat .. mesti dia takleh nak kiss eh ? kih kih kih 

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |