Mursal adalah kata nama perlakuan daripada perkataan irsal iaitu melepaskan.Ia seolah-olah perawi hadith mursal melepaskan sanad tanpa menyambungkannya.Al-Khafi (yang tersembunyi) pula lawan kepada al-Jali (yang terang) kerana bentuk Irsal ini tidak jelas dan hanya diketahui melalui kajian.
Dari Segi Istilah :
Hadis yang diriwayatkan daripada perawi yang ditemuinya atau sezaman dengannya dengan menggunakan lafaz seolah-olah ia mendengar daripadanya seperti ‘telah berkata’.
Contohnya :
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah melalui Tariq Umar bin Abd al-Azizi daripada ‘Uqbah Ibn ‘Amir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Semoga Allah merahmati ketua sekalian pengawal.”
Umar tidak pernah pernah bertemu dengan ‘Uqbah sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Mizzi di dalam kitabnya,al-Atraf.
Cara mengenal Mursal Khafi
Mursal Khafi dapat dikenali melalui salah satu daripada tiga perkara yang tertera :
- Kenyataan oleh sebahagian imam bahawa perawi ini tidak bertemu dengan orang yang dia meriwayatkan daripadanya atau orang yang tidak pernah mendengar sama sekali.
- Perawi memberitahu bahawa dia tidak pernah bertemu dengan perawi yang dia meriwayatkan daripadanya atau tidak pernah mendengar daripadanya satu hadis pun.
- Hadis itu datang melalui jalan lain yang mempunyai tambahan perawi di antara perawi tersebut dan orang yang meriwayatkan daripadanya.Cara yang ketiga ini terdapat perbezaan dalam kalangan ulama’ kerana kadang-kadang ia termasuk dalam al-Mazid Fi Muttasil al-Asanid.
Hukumnya
Ia adalah hadis dha’if kerana ia salah satu bentuk munqathi’.Apabila jelas terbukti terputusnya sanad itu maka hukumnya adalah munqathi’.
* Sumber dari buku Mustalah Hadith
0 comments: