Wednesday, November 24, 2010

Kopi Luwak - Termahal Tapi ...



Tahukah luorang , kopi yang termahal kat dunia ni bukan datang dari Brazil ataupun kepulauan Hawaii, bukan juga dari Jamaica tapi dari negara jiran kita Indonesia .

Kopi ni diakui memang yang termahal kat dunia dengan data harga yang berbeza beza . Kat wikipedia dinyatakan harga untuk 450g ialah USD100 , lebih kurang RM330, harga untuk kopi yang siap dibancuh plak boleh mencecah $65 secawan .. humang aih .

Tapi, yang wa nak cerita bukan le sebab harga dia.. tapi kopi tu sendiri .. kalo luorang nak tau .. kopi ni sebenarnya adalah sisa buangan (najis) dari sejenis binatang yang digelar musang kelapa kat Indonesia. Musang ni dikatakan makan biji kopi mentah dan kebanyakannya tak hadam dalam perut dan hasil pengeluaran tu le yang diowang amik utk dibuat minuman .. hadoih .. kembang tekak .

Mengikut kata penggemar kopi, rasa yang dihasilkan memang berbeza dan mempunyai nikmat yang tersendiri .. dan sehingga kini kopi ini mendapat permintaan yang tinggi dari peminat kopi seluruh dunia .

* Bila nengok kat dia punya packaging kat gambar atas tu.. memang nampak dasat ah kopi ni.. terserlah kemewahan dia .. tapi cuba luorang nengok gambar masa kopi luwak memula dikutip .. kih kih kih ... dalam bahasa ringkasnya .. taik musang .. hadoih .. takde menda lain ke nak minum .. dibagi free pon wa tak nak .. kah kah kah ... tapi nak buat cemana .. dah peminum kopi tegar suka .. hantam saja laaa .. yang pasti .. ia tetap najis mutawassitah .. luorang nak minum ?? terpulang .. keh keh keh .. 

Baca kat forum ni untuk pengedar yang sah ... huhuhuhu

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |