Bangkok - 25/11/10 . Sejenis spesis baru buaya yang hidup 100 juta tahun dulu telah dikenalpasti melalui fosil yang dijumpai diThailand. Saintis dari Universiti Mahasarakham, Komsorn Lauprasert, mejelaskan spesis itu mempunyai kaki yang lebih panjang berbanding buaya yang ada pada masa kini dan berkemungkinan memakan ikan sebagai diet berdasarkan rupabentuk giginya.
Komsorn jua berpendapat, buaya tersebut tinggal didarat dan boleh berlari dengan pantas. Pada mulanya fosil tengkorak buaya yang berukuran 15 sentimeter panjang, yang ditemui ditapak penggalian di daerah Nakhon Ratchasima ataupun lebih dikenali dengan nama Korat, tidak dikenalpasti sebagai spesis yang telah pupus.
Kini, spesis tersebut telah diberi nama Khoratosuchus Jintasakuli, sempena nama tempat ia ditemui iaitu Korat dan digabungkan dengan nama Pengarah Jabatan Kayu dan Mineral, Institut Penyelidikan Timur Laut, Pratueng Jintasakul. Penemuan ini telahpun diterbitkan oleh The Geological Society of London.
Daerah timur laut negara Thailand telah menjadi lokasi penting bagi kajian peleontologi sejak abad terakhir ini. Telah banyak fosil pra sejarah ditemui dikawasan yang kini digelar dengan nama rantaian dinasour, dimana ianya dipenuhi dengan fosil batu sedimen era Mesozoic.
Saintis dari Thailand dan juga Perancis mula menjalankan penyelidikan bersama pada tahun 1980, selepas ahli geologi yang sedang dalam mencari lokasi uranium terjumpa tulang paha dinasour dihujung tahun 1970 an.
* 100 juta tahun ? hmang aih .. ye ke tu .. tapi wa tak heran laa prof tu sebut .. buaya dok kat darat .. banyak dah suku sakat spesis ni .. kah kah kah .. lagu satu nama spesis diowang bagi pon boleh tahan gak speselnya .. Jintasakuli .. kih kih kih ... bukan jin pakai toncit tau ..
0 comments: