Pengarah William Friedkin mempunyai tugas berat untuk menterjemahkan novel William Peter Blatty kelayar perak namun ia berjaya dengan cemerlang. Filem ini mengekalkan unsur suspens tanpa sebarang bantuan kesan khas dan garapannya tidak kaku. Terbitan semula filem The Exorcist baru baru ini dengan ditambah sentuhan baru dengan kesan yang dipertingkatkan, membuatkan ianya menjadi lebih menarik. Tidak dinafikan, ia adalah sebuah filem yang paling menakutkan sepanjang masa.
The Haunting
Lupakan pembuatan semula filem ini pada 1999 yang mengecewakan, naskah asal yang diarahkan oleh Robert Wise pada tahun 1966, adalah cerita yang benar benar menakutkan. Julie Harris telah beraksi dengan cemerlang dengan membawakan watak Eleanor, yang bersama watak watak lain, telah dipujuk untuk tinggal selama satu malam di sebuah rumah yang terkenal dengan gangguan hantunya. Diakui pada ketika itu, kesan khas tidak begitu meyakinkan namun ia berjaya meninggalkan bekas yang mendalam kepada penonton. Babak menyeramkan : Ada sesuatu yang membentur ke pintu bilik Eleanor dan ia meminta agar Theo, rakan sebiliknya agar berhenti memeluknya dengan kuat, sedangkan Theo ketika itu sebenarnya berada dibilik yang berasingan.
Jacob's Ladder
Jacob Singer (Tim Robbins) adalah seorang veteran perang Vietnam yang kelihatan sangat dihantui oleh pengalaman perangnya yang mengerikan. Adakah ianya satu bentuk dari eksperimen tentera ? Adakah Jacob akan menjadi gila ? Atau adakah sesuatu yang lain bakal terjadi ?? Kelihatan ada entiti di mana mana dan Jacob tidak tahu kepada siapa yang harus dia percaya. Filem yang amat luar biasa ini membawa kita turut merasai mimpi buruknya dan kita juga sebagaimana Jacob akan sering tertanya tanya, apa yang nyata dan apa yang tidak.
Poltergeist
Masih merupakan salah satu cerita seram terbaik yang pernah dihasilkan. Filem ini mengambil plot sebuah rumah Amerika yang biasa, tenang dan selamat lalu bertukar menjadi rumah berpuaka. Semuanya bermula dengan beberapa perkara pelik dan aneh yang berlaku didalam rumah yang baru diduduki oleh keluarga tersebut dan sampai kekemuncaknya apabila anak mereka Carol Anne yang berusia 5 tahun tiba tiba hilang. Sekumpulan ahli paranormal telah didatangkan untuk menyelidiki perkara tersebut namun tiada satu pun diantara mereka bersedia untuk perkara yang bakal mereka hadapi. Babak menyeramkan : Seorang psikik, memperincikan tentang keadaan kanak kanak yang hilang tersebut, memberitahu kepada kedua orang tuanya bahawa terdapat banyak tangan yang melingkari tubuh anak tersebut termasuk dari yang dipunyai oleh makhluk jahat.
The Sixth Sense
Cole Sear (Haley Joel Osment), 9 tahun, sentiasa kelihatan terganggu, ketakutan dan ibunya tidak dapat mengenalpasti puncanya. Dia akhirnya mengaku kepada seorang psikiatris - Malcolm Crowe (Bruce Willis) bahawa segalanya adalah disebabkan dia boleh melihat orang orang yang telah mati dimana mana dan mereka selalunya dalam keadaan mengerikan untuk dilihat. Pengarah M Night Shyamalan telah membawa filem ini mengikuti acuan lama cerita seram seperti dalam edisi Twilight Zone, tanpa kebergantungan kepada kesan khas yang berlebihan. Filem ini telah digarap dengan bijak dan memberikan kejutan yang tidak diduga di akhir plotnya. Babak menyeramkan : Cole telah membina sebuah khemah perlindungan sendiri didalam biliknya, tapi apabila menghampirinya, dia tahu disana mungkin terdapat hantu seorang kanak kanak perempuan yang sedang menunggu didalamnya.
Rosemary's Baby
Dibuat pada tahun 1968 oleh Roman Polanski, filem ini masih dirasakan menyeramkan pada beberapa aspek seperti lagu temanya, kehebatan Mia Farrow, persembahan yang sampai ke saraf, bangunan apartment Dakota, watak Ruth Gordon yang aneh dan melucukan dan sebuah bilik yang penuh dengan pemuja pemuja syaitan yang berbogel. Walaupun tanpa mengetahui tentangnya, Rosemary (Mia Farrow) telah dipilih oleh sebuah permesyuaratan yang berpusat di New York untuk menjadi ibu kepada Iblis itu sendiri. Tetapi apabila dia mengesyaki sesuatu yang diluar fikiran itu mungkin adalah sesuatu yang benar, sipa yang ingin mempercayainya ? . Babak menyeramkan : Urutan/Rantaian mimpi Rosemary.
The Omen
Ini adalah salah satu filem yang terawal mengangkat subjek Anti Kristian sebagai watak yang hidup di zaman kita, dan dalam kes ini, didalam wujud seorang kanak kanak lelaki yang bernama Damien., Tertukar identiti ketika ditempat kelahiran, telah menempatkan kanak kanak ini (yang lahir dari serigala) didalam sebuah rumah milik Duta Amerika ke Great Britain, (Gregory Peck), dan oleh kerana itu berpotensi untuk dianggap sebagai kuasa masa depan dunia. Ianya merupakan sebuah filem dengan garapan tema yang menarik dari pengarah Jerry Goldsmith. Babak menyeramkan : Di parti harijadi Damien, pengasuhnya telah memutuskan untuk membuktikan kesetiaannya kepada beliau .. dengan mengantung dirinya dari atap rumah.
The Innocents
Berdasarkan novel yang ditulis oleh Henry James 'The Turn Of The Screw' filem yang dibikin pada tahun 1961 ini merupakan sebuah cerita thriller/hantu yang secara perlahan menarik penonton kedalam dunia yang menyeramkan pada zaman Victoria England. Deborah Kerr membawa watak sebagai seorang penjaga yang diupah untuk menjaga anak anak yatim piatu, namun tidak berapa lama setelah mula bertugas, rumah yang pada mulanya ceria mula dilanda perkara perkara yang aneh. Penjaga kanak kanak tersebut mula ternampak sesuatu - hantu, dan mula menyinkap tabir rahsia sejarah rumah tersebut dan bagaimana ianya mungkin memberi kesan bahkan merasuk kanak kanak yang tinggal disitu.
Psycho
Berbanding kegagalan filem yang dibuat semula pada tahun 1998, Filem Alfred Hitchcock yang dihasilkan pada tahun 1960 didalam versi hitam putih adalah yang terbaik untuk ditonton. Persembahannya, seni pengarahan dan sudut fotografinya jauh lebih unggul berbanding filem yang dihasilkan semula. Sudah pasti sukar untuk menandingi kehebatan, penghayatan yang berkesan dan lakonan yang menyeramkan oleh Anthony Perkin yang menjiwai watak Norman Bates. Hitchcock membikin filem ini dengan anggaran perbelanjaan yang ketat dengan tiada penglibatan kesan khas - hanya mengharapkan kepada suasana/keadaan semulajadi dan kekuatan karakter. Boleh dikatakan segenap plot filem yang dihasilkan ini meninggalkan memori yang mendalam, termasuklah dari segi rekaan tajuk dan skor muzik oleh Bernard Herrmann.
The Shining
Stanley Kubrick ingin membuat sebuah filem yang terperinci dari novel yang dihasilkan oleh Stephen King, walaupun hasilnya tidak sebagaimana yang beliau harapkan namun filem tersebut mempunyai kejutan, menakutkan dan imej imej seram yang tersendiri. Pada awalnya, lakonan Jack Nicholson dilihat seperti tidak tentu arah dan berlebih lebihan, namun selepas itu, persembahan lakonannya mula meresap dan meninggalkan kesan. Biarpun sebahagian dari plot filem ini terlalu longgar dan lakonan oleh Shelly Duvall pula kelihatan kaku, namun ada sesuatu tentang filem ini yang membuatkan kita tidak jemu untuk menontonnya berulang ulang kali.
* tu le setakat ni senarai cerita paling seram kat hollywood .. tapi sebenarnya mat saleh ni tak nengok lagi cerita gonduruwo, sundelbolong, nang nak ngan nek nak .. keh keh keh ... sesilap nak gi toilet pon terbantut..
0 comments: