Kita biasa mendengar perumpamaan 'ulat dalam batu pun boleh hidup'. Peribahasa ni walaupun untuk menunjukkan betapa rezeki itu ada dimana mana namun sekaligus memberitahu kita sememangnya tidak menjadi sesuatu yang pelik sekiranya kita menjumpai ulat dalam sebiji batu. Tapi bagaimana pula kalau yang dijumpai itu seekor katak ?
Pada tahun 1761, Ambroise Pare, seorang pakar fizik kepada Henry III, Perancis telah menulis sesuatu yang menakjubkan kedalam buku Laporan Tahunan. Tulisannya berbunyi begini :
"Ketika duduk di bangku berdekatan sebuah kampung yang bernama Meudon, dan setelah bertemu dengan seorang pekerja kuari yang mana saya telah menghantar beberapa biji batu yang besar dan keras untuk dipecahkan, di dalam salah satu batu tersebut, kami menjumpai seekor katak yang besar, masih hidup dan tiada tanda tanda ada ruang untuk kemasukan kedalam batu tersebut. Pekerja kuari itu memberitahu saya, ini bukanlah kali pertama dia menjumpai perkara seperti itu, malah kadang kadang terdapat juga lain lain hidupan yang boleh dijumpai didalam batu yang dipecahkan."
Perkara penemuan Ambroise Pare dan banyak lagi penemuan yang serupa dengannya masih menimbulkan pertanyaan dan masih kekal misteri hingga ke hari ini. Persoalannya, berapa lama katak atau hidupan lain nya, telah terperangkap didalam batu yang tidak mempunyai jalan keluar/masuk itu dan bagaimana ia boleh kekal hidup sehingga ia dijumpai ?
* Macam magic le plak .. mungkin lepas ni kita takkan berasa hairan kalo ada owang ubah peribahasa 'katak dalam batu pon boleh hidup' .. huhuhu .. parah .. bergurau plak katak ni
0 comments: