Friday, November 19, 2010

Buku Urantia - Misteri atau Penyelewengan


Urantia adalah merupakan sebuah buku atau kitab yang dipercayai oleh penganutnya bukan berasal dari tulisan manusia. Mempunyai 2097 halaman, berbahasa Inggeris dan terdiri dari pecahan 196 makalah, buku ini didakwa adalah hasil dari tulisan makhluk pertengahan (dikatakan roh, jin, dsb) dan dipimpin oleh entiti yang digelar "kaunselor tuhan". Buku Urantia didakwa telah menyimpan semua intisari dasar kehidupan. Sejarah manusia, asal-usul penciptaan,halatuju hidup manusia, falsafah, keagamaan, sains, kosmologi, alam semesta, masa depan bahkan didakwa telah mencatat riwayat hidup Jesus lebih lengkap daripada kitab injil. 

Buku ini 'diwahyukan' pada tahun 1934-1939 di Chicago dan di'turunkan' kepada sebuah forum yang terdiri dari sejumlah 30 orang pelajar dan disampaikan dengan bantuan makhluk tengah (midwayers). Sumber data utamanya merupakan adalah memori manusia yang menyaksikan, makhluk tengah yang juga menyaksikan, diikuti sebahagian kecil dari alam roh. Mereka percaya bahawa pemerintahan alam sejagat merakan setiap peristiwa bahkan setiap pemikiran manusia adalah bersifat kekal. 

Menurut tulisan yang ada dalam buku tersebut, terdapat banyak galaksi dan planet yang didiami oleh pelbagai makhluk. Jumlah yang dicatatkan menghampiri 7 trilion planet. Bahkan ada terdapat sejenis makhluk yang tidak bernafas (non breathers) yang tinggal tidak berjauhan dengan bumi (inhabits a sphere in close proximity to Urantia). Mereka menduga ia mendiami bulan atau planet lain yang berdekatan dengan bumi seperti Marikh dan Zuhrah(Venus) sebagai contoh.

Selain itu, terdapat informasi teknologi yang disampaikan melalui buku itu yang menyatakan bahawa terdapat partikel yang lebih kecil dari elektron yang bernama ultimaton. Menurut buku tersebut lagi, Alam semesta berasal dari ledakan besar pertama yang dilakukan oleh Master Force Organizer yang diutus oleh Tuhan. Berkenaan dengan Sistem Suria, planet planet terbentuk kerana kelewatan Sistem Dark Angona yang berada berdekatan dengan Matahari, menyebabkan sebahagian kuasa matahari terbias dan membentuk sejumlah 12 buah planet. Planet yang ke 5 yang terletak diantara Marikh Dan Musytari telah hancur disebabkan laluan orbitnya terlalu dekat dengan Musytari (Jupiter). Sementara Bulan sebenarnya merupakan sebuah planet yang ditarik oleh medan graviti Bumi. Pada mulanya, Bumi setelah terbentuk, hanyalah dipenuhi dengan air sebelum muncul daratan tunggal dan kemudiannya berpecah menjadi beberapa dunia. 

Didalam daftar buku tersebut juga menceritakan bahawa manusia mula berevolusi dari tumbuhan primitif -> haiwan -> dinasour -> mamalia -> monyet -> manusia purba. Tumbuhan pertama itu adalah ciptaan genetik oleh para Life Carrier yang diutus Pemerintah Local System. Manusia moden adalah hasil evolusi dari bangsa merah (Indian), kuning (China), biru (Eropah), indigo (Negro), hijau dan jingga. Setelah itu ditambah dengan bangsa ungu (Adam) yang bukan penduduk asal dari Bumi. Bangsa ungu ini paling banyak dikesan bermastautin di Timur Tengah, Eropah-Amerika dan China Utara. Keturunan dari mereka inilah yang dikatakan paling unggul dari segi genetiknya meliputi ketahanan fizik, keberanian, kepandaian dan jatidiri.

Lebih menakjubkan lagi, ia menyatakan bahawa manusia boleh membuat perjalanan luar angkasa melebihi kelajuan cahaya dengan menggunakan Utusan Enseraphimed dimana sepanjang perjalanan manusia itu akan dibungkus dan dibawa dalam keadaan tidur. Dicatatkan bahawa kelajuan Utusan Enseraphimed ini adalah 559 batu sesaat maksimum, manakala purata kelajuannya adalah 550 batu per saat. Sementara itu terdapat pula Utusan Solitary dan Utusan Gravity yang boleh memecut jauh lebih laju dari Utusan Enseraphimed

Nota : 
  • Untuk pembacaan lebih lanjut, google Urantia. Banyak laman yang menceritakan pro & kons 
  • Laman Web Urantia Foundation : http://www.urantia.org/en/urantia-book
  • Perbincangan Lanjut Tentang Kelemahan : http://thenoock.com/2010/03/buku-urantia-dan-titik-lemahnya.html
  • Urantia adalah nama gelaran bagi planet kita - Bumi
  • Ia menafikan sebagai sebuah kita agama tetapi ironinya banyak menceritakan tentang Jesus dan kepercayaan Kristian.
  • Dipercayai ditulis oleh seorang doktor yang bernama William S Sadler yang dikatakan mengalami fenomena aneh ketika tidur.
* Perkara perkara gini .. bagi wa bukan la satu yang mustahil terjadi ..pemberitaan tentang masa silam.. sebab sebelum kedatangan Rasulullah SAW, syaitan dan jin masih berleluasa untuk mengintai langit dan mengetahui segala ceritanya.. setakat tu .. then selepas turunnya wahyu untuk Rasulullah .. langit dah ditutup untuk golongan ni.. tu sebab jin baru tahu pasal ayat ayat Al Quran dari pembawaan Rasulullah .. (refer Quran Surah Al Jin)
* Bab kejadian manusia dari tumbuhan tu ngan teori evolusi tu .. memang tak masuk akal la.. manusia ni sebaik baik kejadian .. ada plak dari dinasour ngan monyet .. huhuhu .. tu dah bercampur ngan teori darwin .. 
* Selebihnya cerita pasal alam semesta .. wa rasa cam dah citer Star Wars plak .. keh keh keh .. ada watak Master Force Organizer .. pengaruh Darth Vader ke ? 
* Apa apa pun .. perkara ni sekadar info untuk luorang.. baca boleh .. percaya jangan .. ni semua le medium untuk menggoncang iman .. sampai ada dah pengikutnya dikalangan orang yang kurang didikan agama. 

0 comments:

Comment here

 

Disclaimer

Segala terbitan, rencana, artikel, gambar, rujukan, info, sketsa dan segala bentuk material lain adalah hanya sebagai bahan yang wa kumpul, salin, baca, dengar, tonton samada dari media internet ataupun televisyen dengan bertujuan untuk disimpan sebagai rujukan sendiri dan bukan bersifat komersial .

Wa berlepas diri dari pertanggungjawaban diatas segala maklumat, pandangan , coretan, kritikan dan ketepatan fakta yang mana benar sewaktu ia diterbitkan .. Pembaca adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rujukan lain sekiranya terdapat percanggahan yang meragukan .. harap maklum .. adios .. Karmic Luv Ye Oll ~!!

Sembang Sampai Lebam

FeedCount

Facebook Page

Statistik

Followers

| Karmic's © 2011. All Rights Reserved | Template Style by Karmic | Design by Planet Gedobah | Back To Top |